Sukanya bayi kepada remote control,  kunci & telefon, ini mungkin sebabnya. Ketiga-tiga objek ini selau menarik perhatian bayi. Nak tau kenapa?

Kadang-kadang mama dan papa berasa pelik, kenapa objek-objek ini menjadi kesukaan bayi. Rupanya-rupanya ia berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan perkembangan visual dan sensori si bayi.

KUNCI

KENAPA BAYI SUKAKANNYA?

Kunci, tak kira kunci rumah atau kunci kereta memang kesukaan si kecil. Kunci khususnya yang diperbuat daripada logam mempunyai rupa bentuk berkilat menarik perhatian mereka. Apabila ia dikumpul dua atau lebih, maka ia akan menghasilkan bunyi yang menyeronokkan bayi.

IA BOLEH JADI BERBAHAYA KERANA…

Kunci yang diperbuat daripada keluli yang disalut selalunya mempunyai plumbum yang boleh membahayakan bayi dan boleh menyebabkan keracunan logam. Selain itu, kunci juga boleh memerangkap kekotoran dan minyak. Bentuknya yang runcing dan bergerigis boleh mencederakan bayi. Maka ia amat tidak sesuai untuk dijadikan mainan bayi.

Bayi Suka Sangat Remote Control,  Kunci & Telefon, Ini Sebabnya. Hati-Hati Tak Kena Cara Boleh Undang Bahaya

ALAT KAWALAN JAUH

KENAPA BAYI SUKAKANNYA?

Ia mempunyai butang yang berwarna-warni. Butangnya lembut dan adakalanya bercahaya/ berkelip-kelip apabila butang ditekan. Ini lah sebabnya ia ‘interaktif’ sungguh kepada si manja.

IKLAN

Lebih-lebih lagi bila si kecil boleh melihat kesan menekan butang-butang pada alat kawalan jauh itu. Kalau tindakannya itu menyebabkan saluran TV tertukar atau TV dimatikan/dihidupkan, maka makin seronoklah dia!

Bayi Suka Sangat Remote Control,  Kunci & Telefon, Ini Sebabnya. Hati-Hati Tak Kena Cara Boleh Undang Bahaya

IA BOLEH JADI BERBAHAYA KERANA…

Seronok memang seronok, tapi mama dan papa perlu tahu yang alat kawalan jauh diperbuat daripada butang-butang kecil yang boleh terbuka atau tertanggal. Alat ini juga menggunakan bateri yang boleh mengakibatkan risiko tertelan kepada bayi.

Bayi Suka Sangat Remote Control,  Kunci & Telefon, Ini Sebabnya. Hati-Hati Tak Kena Cara Boleh Undang Bahaya

IKLAN

TELEFON

KENAPA BAYI SUKAKANNYA?

Tidak kira sama ada telefon bimbit, telefon pintar atau telefon rumah, semua ketiga-tiga ini menjadi kesukaan si manja. Telefon bimbit dan telefon rumah, mempunyai butang kecil dan skrin yang menampilkan pelbagai objek apabila butangnya ditekan.

Manakala skrin telefon pintar pula mengeluarkan cahaya apabila butangnya ditekan. Tarikannya bukanlah sekadar video atau Youtube semata-mata, telefon bimbit itu sendiri yang amat menarik perhatian si anak. Bentuk luarannya yang berwarna hitam dan putih juga menangkap visual anak kecil.

Bayi Suka Sangat Remote Control,  Kunci & Telefon, Ini Sebabnya. Hati-Hati Tak Kena Cara Boleh Undang Bahaya

IA BOLEH JADI BERBAHAYA KERANA…

IKLAN

Telefon ialah peralatan untuk berkomunikasi dan bukannya permainan. Ia terdedah kepada kekotoran dan kuman berbahaya yang mungkin boleh menyebabkan si manja sakit apabila memasukkannya ke dalam mulut.

Dalam satu kajian di Britain, penyelidik mendapati terdapat bakteria pada 92% telefon bimbit yang diuji. Lebih buruk lagi, satu daripada enam telefon telah tercemar dengan bakteria E. coli yang boleh menyebabkan masalah perut yang serius (berpotensi mengancam nyawa bayi). Virus yang menyebabkan selesema juga misalnya boleh hidup di beberapa permukaan untuk sehari atau lebih.

Sekiranya telefon tersebut mempunyai tali cord, maka risiko terbelit juga amat tinggi!

Bayi Suka Sangat Remote Control,  Kunci & Telefon, Ini Sebabnya. Hati-Hati Tak Kena Cara Boleh Undang Bahaya

PENYELESAIAN IALAH CARI PENGGANTI YANG SESUAI!

Mama dan papa, jika bayi suka bermain dengan kunci, telefon dan alat kawalan jauh,  gantikannya dengan mainan yang direka khas untuk bayi yang menyerupai fungsi dan bentuknya. Pastikan permainan yang dibeli yang diperbuat daripada plastik bebas Bisphenol A, (bebas BPA). Jangan lupa periksa sebelum beli, pastikan ada pelekat logo yang berwarna hitam putih ini atau MC (Malaysian Conformity).

Bayi Suka Sangat Remote Control,  Kunci & Telefon, Ini Sebabnya. Hati-Hati Tak Kena Cara Boleh Undang Bahaya

Artikel berkaitan: Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI