Kita selalu dengar susu ibu adalah titisan emas. Kenapa susu ibu kelihatan amat berharga di mata kita semua? Kerana ia dibuat oleh Pencipta khusus untuk anak manusia.

Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom.

Baca 7 fakta menarik tentang keunikan payudara yang bijak menghasilkan susu mengikut keperluan bayi kita.

1. Waktu cuaca panas, lebih banyak foremilk dihasilkan.

Tahu tak ibu-ibu, waktu cuaca panas, lebih banyak foremilk (susu yang lebih cair) akan terhasil untuk mengelakkan bayi dehidrasi. Jika ibu memang menjaga jadual perahan dan kerapkan penyusuan, ibu tak perlu risau dengan perubahan ini.

Bayi Teruja Nampak Ibu, Sebab Dia Nak Tahu Apa Pula ‘Rasa’ Susu Ibu Yang Baru

Waktu musim sejuk pula, lebih banyak hindmilk yang dihasilkan untuk memastikan bayi mendapat lemak mencukupi.

Saya pernah melalui pengalaman susu lebih pekat dan blocked duct juga ketika berada di luar negara waktu musim sejuk walaupun jadual perahan saya sama sahaja ketika di Malaysia.

2. Kuantiti susu ibu berubah mengikut pertambahan usia bayi

Seawal kelahiran, jumlah susu yang terhasil sangat sedikit dan kita sebut ia sebagai kolostrum. Jumlahnya yang sedikit dan ibu lihat hanya beberapa titis itu adalah mencukupi dengan saiz perut bayi yang masih kecil.

IKLAN

Kemudian kuantitinya akan bertambah seiring dengan usia dan saiz perut bayi. Jadi ibu tak perlu risau kalau di peringkat awal susu ibu masih lagi sedikit kerana sedikit itu amat mencukupi!

3. Susu ibu berubah ketika bayi alami growth spurt atau ketika bayi sakit

Ketika bayi melalui fasa growth spurt di mana bayi perlukan lebih banyak kalori untuk pembesaran, bayi akan menyusu lebih kerap (dan ibu rasa bayi macam tak cukup susu). Keadaan ini akan menjadikan penghasilan lemak dalam susu ibu meningkat.

Sama juga ketika bayi sakit, ‘tanda sakit’ dari air liur bayi ketika menyusu di payudara akan dikesan dan menghasilkan antibodi yang spesifik untuk melawan jangkitan pada tubuh bayi. Magik kan?

Sama juga ketika ibu demam atau tidak sihat, antibodi yang dihasilkan dalam tubuh ibu akan dipindahkan secara pasif kepada bayi melalui susu ibu menjadikan bayi dapat menerima antibodi itu juga sebagai persediaan kepada jangkitan yang sama.

Bayi Teruja Nampak Ibu, Sebab Dia Nak Tahu Apa Pula ‘Rasa’ Susu Ibu Yang Baru

IKLAN

4. Susu ibu berubah dari siang ke malam

Waktu siang terutama awal pagi, lebih banyak susu dihasilkan kerana aras hormon prolaktin yang lebih tinggi ketika ini. Ini bersesuaian dengan keadaan ibu yang perlu menyediakan jumlah susu yang mencukupi untuk bayi.

Menjelang malam pula, susu yang dihasilkan mengandungi tinggi hormon melatonin yang membantu bayi untuk tidur lena. Jadi, kalau bayi susah tidur di rumah pengasuh, boleh beri susu perahan waktu malam.

5. Susu ibu di satu payudara dah cukup ‘air dan nasinya’.

Tiada istilah kiri air, kanan nasi. Penghasilan susu ibu pada awal proses penyusuan akan dimulai dengan foremilk. Dan selepas lebih kurang 10 minit, hindmilk akan mula dikeluarkan.

IKLAN

Tidak perlu bertukar-tukar payudara pada satu sesi. Menyusukan sebelah payudara pada satu sesi ini sudah memadai membekalkan ‘nasi dan air’ untuk bayi. Kedua-dua komposisi ini (foremilk dan hindmilk) sangat diperlukan oleh bayi ketika menyusu.

6. Susu ibu berubah warna

Selain warna kekuningan pekat pada awal kelahiran (kolostrum), susu awal ibu juga boleh terdiri dari pelbagai warna yang lain seperti warna jernih, kebiruan, oren atau warna krim.

Sekiranya ibu telah melalui satu tempoh penyusuan dan ibu mengenal pasti warna merah jambu, merah atau seperti warna berkarat dalam susu, mungkin ia tanda puting ibu luka atau ada sesuatu yang berlaku di bahagian dalam payudara.

Perubahan warna seperti ini dapat membantu ibu mengenal pasti sesuatu yang tidak normal berlaku dan ibu dapat lakukan pemeriksaan lanjut.

7. Susu ibu berubah rasa

Apa yang ibu makan mempengaruhi rasa susu ibu. Jadi tak hairanlah kalau bayi teruja nampak ibu balik dari kerja sebab nak cuba ‘rasa’ susu ibu yang baru.

Kredit: Nad Masrom

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI