Ads

Bayi Tidur Meniarap Nampak Macam Comel, Mak Ayah Jangan Biasakan, Ada Bahayanya!

Seronok melihat bayi nyenyak tidur sambil meniarap. Jangan biasakan bayi kecil kita tidur dalam keadaan sebegini walaupun tidurnya berkualiti dan cukup nyenyak.

Menurut perkongsian oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari, anak kecil yang tidur posisi meniarap sebenarnya membuatkan lebih mudah terkena risiko kematian mengejut (Sudden Death Infant Syndrome) atau SIDS. Walau nyenyak bagaimanapun anak tidur, sebaiknya cubalah elakkan.

Bayi Tidur Meniarap Nampak Macam Comel, Mak Ayah Jangan Biasakan, Ada Bahayanya!


Ketika berjalan melangkah masuk ke bilik tersebut, tak semena-mena jantung si ibu berdebar kencang sebaik saja terpandang bayinya yang berusia hampir dua bulan tu.

Tak pernah pulak sebelum ni anaknya tidur meniarap atas toto begitu. Perasaan bimbang makin galak memenuhi ruang hati. Apatah lagi bila melihat bibir si comel tu dah kebiruan malah langsung tak ada respon waktu tubuh kecil tu digerak-gerakkan!

Bayi Tidur Meniarap Nampak Macam Comel, Mak Ayah Jangan Biasakan, Ada Bahayanya!

Tanpa membuang masa bayi tersebut segera dikejarkan ke klinik kesihatan yang paling hampir dengan rumah. Namun doktor dah tak mampu nak buat apa-apa sebab bayi malang tu dah meninggal dunia.

Ads

Kisah menghayat hati ni baru je lagi berlaku sebenarnya kat sebuah negeri di selatan tanah air tahun lalu.
Kes kematian mengejut (Sudden Death Infant Syndrome) melibatkan bayi berumur kurang setahun yang sihat tubuh badan memang antara yang kerap berlaku dekat mana-mana negara sekalipun.

Bayi Tidur Meniarap Nampak Macam Comel, Mak Ayah Jangan Biasakan, Ada Bahayanya!

Dekat Amerika Syarikat je dilaporkan hampir 3500 bayi meninggal dunia setiap tahun berpunca daripada SIDS ni.
Sebab tu saya mintak sangat-sangat mak ayah semua tolong pastikan 5 langkah keselamatan ni kita lakukan supaya kes kematian bayi tak berlaku kat dalam rumah kita sendiri.

👉 Pastikan bayi kita yang belum sampai umur setahun tidur dalam posisi menelentang (sleep on back).
Tak usah biarkan dia tidur mengiring atau meniarap walaupun sekejap melainkan mak ayah yakin boleh perhatikan si comel sepanjang dia berada dalam posisi tu.

Ads

👉 Tidurlah kat bilik yang sama dengan baby kita untuk mudahkan pemantauan tapi jangan tidur atas tilam yang sama. Kita takut bayi berisiko lemas disebabkan terhempap badan atau tangan mak ayah sendiri. Paling selamat kalau baby dapat tidur di dalam kot (baby cot) atau tilamnya sendiri.

👉 Tilam baby tu tolong gunakan yang leper, padat dan tak terlalu lembut. Tilam lembut yang tebal berisiko buatkan badan dan muka bayi kita tenggelam dalam tu hingga hidungnya terhalang lalu kelemasan.

👉 Bayi kita tak perlukan bantal, selimut tebal, pad tepi apatah lagi soft toys. Benda tu semua kalau ada duk kat keliling bayi boleh meningkatkan risiko berlaku SIDS ni.

Ads

Bayi Tidur Meniarap Nampak Macam Comel, Mak Ayah Jangan Biasakan, Ada Bahayanya!

👉 Tolong halang perokok dari mendekati si comel. Kesan habuk dari asap rokok pada pakaian, mulut dan kulit perokok (third hand smoke) bila tersebar masuk ke saluran pernafasan baby kita, akan mengakibatkan keradangan.

Itulah yang kerap buatkan baby susah nak bernafas akhirnya meningkatkan risiko untuk mengalami SIDS.

Artikel berkaitan: Jangan Tidurkan Bayi Atas Sofa, Tilam Lembut & Bantal, Letak Atas Tilam Padat & Kemas

Bayi Tidur Meniarap Nampak Macam Comel, Mak Ayah Jangan Biasakan, Ada Bahayanya!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ruang Terapi Sensori Percuma Bantu Perkembangan Anak Istimewa, Legakan Beban Ibu...

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald membantu ribuan anak istimewa di Malaysia melalui terapi percuma yang selamat, komprehensif dan mesra keluarga.