Bayi Tumbuh Ruam Lepas Demam? Doktor Terangkan Jenis & Cara Penjagaan. Paling Penting Mesti Rawat Segera!

Share

Demam suhu tinggi dan tiba-tiba anak tumbuh ruam. Apakah jenis-jenis ruam yang selalu muncul selepas demam?

Ruam selepas anak demam sering berlaku. Menurut Dr Aimi Jaafar, ruam terbahagi kepada beberapa jenis yang biasa dihadapi si kecil seperti campak, chicken pox, ruam berair & hand foot and mouth disease (HMFD).

Dinasihatkan membawa anak yang demam mendapatkan rawatan segera.

Ruam selepas demam selalunya disebabkan oleh virus

#1: CAMPAK

Campak jarang ditemui kerana bayi sudah diberikan vaksin. Ruam terjadi selepas 2 minggu kontak dengan jangkitan. Antara komplikasi yang mudah terjadi ketika ini ialah dehidrasi, penumonia atau meningitis. Dapatkan rawatan segera. Ibu bapa perlu memastikan anak cukup air & nutrisi lengkap untuk meningkatkan pertahanan badan.

#2: CACAR AIR/ CHICKEN POX

Ruam berair selalunya bermula pada dada, belakang dan kemudian seluruh badan. Pastikan anak cukup air dan makan. Akan pulih dalam masa 1 minggu.

#3: ROSEOLA

Kanak-kanak 2 tahun selalu djangkiti virus ini. Demam suhu tinggu disusuli demam, batuk, selesema, kurang selera makan dan cirit birit.

#4: HFMD

Banyak berlaku pada kanak-kanak 5 tahun ke bawah. Ruam pada jari kaki, tapak tangan & kaki, tepi mulut, punggung & kelangkang. Masalah ulser dalam mulut perlu dijaga supaya tidak berlaku jangkitan.

RAWATAN SEGERA & PEMANTAUAN MUSTAHAK!

Pemantauan sangat penting & pastikan sistem badan anak kuat. Paling penting dapatkan rawatan secepat mungkin.

Sumber: Dr Aimi JaafarKlinik Taqwa Bangi

IKLAN