Kematian bayi lelaki berusia lapan bulan yang ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah taska di Kelemak semalam meninggalkan kesan yang mendalam kepada ibu dan ayahnya.

Menurut perkongsian bapanya, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan pengasuh di taska itu terhadap bayinya, Muhammad Al Fateh Mohd Fikry Amri dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.

Mohd Fikri berkata, dia dan isteri menunggu selama 13 tahun untuk mendapatkan zuriat, namun tidak menyangka nyawa anak tunggalnya itu diragut dalam keadaan tragis.

“Bedung Bayi, Sumbat Botol Susu & Tekup Bantal” Bapa Hiba Pemergian Anak Tragis!

“Dia bedung anak saya, sumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup dengan bantal.

“Saya boleh terima sekiranya anaknya itu meninggal dunia disebabkan tersedak susu atau terjatuh kerana ia di luar kawalan, namun kesal sebaliknya berlaku,” katanya hiba.

Tambahnya lagi, dia selama ini menyangkakan tadika terbabit mempunyai lesen sepanjang beroperasi lebih empat tahun.

“Bedung Bayi, Sumbat Botol Susu & Tekup Bantal” Bapa Hiba Pemergian Anak Tragis!

“Selama ini saya ingat taska itu ada lesen sebab sudah beroperasi empat tahun, tetapi apabila disiasat polis rupanya tiada lesen. Itu yang agak terkilan.

“Saya harap insiden ini diambil tindakan supaya tak jadi kepada anak-anak lain,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Alor Gajah, di sini semalam.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak setelah selesai proses bedah siasat.

Terdahulu seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taska di Taman Kelemak Utama di sini pada Jumaat.

Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!

“Know Know Dah Dua Bulan” Sharifah Amani Tayang Muka Anak, Comelnya!

Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: Sinar Harian

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI