Bee Caliph Dinobatkan Sebagai Tadika Taska Dinamik, Ceria & Kreatif Untuk Top Educator Pa&Ma 2025

Share

Tahun 2025 merupakan kali pertama diadakan Top Educator Pa&Ma yang menghimpunkan jenama-jenama hebat dari institusi kewangan, taska, pra sekolah, dan pusat perkembangan kanak-kanak untuk diraikan penuh makna.

Ia bukan sekadar penganugerahan tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, keringat dan komitmen mereka yang bekerja tanpa penat demi memastikan ibu bapa di Malaysia dapat memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Buat julung kalinya telah menyaksikan satu nama yang cukup menonjol dan layak diangkat iaitu Bee Caliph bagi anugerah Tadika Taska Dinamik, Ceria & Kreatif.

Di Sebalik Nama Bee Caliph Adanya Seorang Wanita, Sebuah Misi, Seribu Harapan

Bee Caliph tidak lahir dari struktur yang besar, ia bermula dari hati seorang wanita bernama Nur Fazella binti Abd Jamil, atau lebih mesra dengan panggilan Teacher Elly. Berbekalkan Master in Early Childhood Education, beliau bukan sahaja pengasas, tetapi juga seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak yang lantang memperjuangkan perkembangan fitrah anak kecil. Jiwa pendidik dalam dirinya bukan sekadar profesion, tetapi amanah.

Visi: Melahirkan Pemimpin

Kecil Yang Berilmu, Berakhlak & Berkemahiran

Bee Caliph membawa visi besar untuk menjadi pusat pendidikan awal yang mendidik dan menjaga anak-anak berkembang secara holistik melalui kreativiti dan penerokaan alam. Bagi mereka, setiap anak berhak membesar bukan sahaja dengan ilmu, tetapi juga akhlak, keyakinan diri dan kemahiran untuk memimpin masa depan.

Bee Caliph bersama Prof Dr Mahani Razali pakar ECCE Malaysia dan OT AISYAH ROZALI

Misi Bee Caliph:

  • Menjalankan proses pembelajaran melalui projek kreatif dan menyeronokkan
  • Membimbing dan membina watak anak yang berakhlak dan berkeyakinan diri melalui contoh daripada guru dan ibu bapa
  • Melatih kemandirian anak melalui rutin harian
  • Mempercepatkan kepintaran anak secara kreatif melalui penerokaan alam semula jadi dengan kaedah Learning by Doing
  • Membina kerjasama erat dengan ibu bapa untuk mengoptimumkan pendidikan dan pengasuhan

Dari 2006 Hingga Kini, Sebuah Perjalanan Penuh Cahaya

Ditubuhkan pada tahun 2006, Bee Caliph telah berkembang menjadi satu nama yang dihormati dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Kini mereka menguruskan 4 cawangan merangkumi taska, tadika dan pusat jagaan harian di sekitar Batu Pahat, Parit Raja, Pura Kencana dan Taman Universiti di negeri Johor.

Lebih 25 Tenaga Pengajar, Satu Misi Yang Sama

Dengan lebih 25 orang guru, pengasuh, dan pasukan pengurusan, Bee Caliph bergerak sebagai satu keluarga besar. Mereka bukan sekadar staf tetapi juga pemilik jiwa yang membentuk masa depan anak-anak dengan kreativiti, kasih sayang dan dedikasi.

Antara aktiviti sensori yang dilakukan bersama murid-murid di Bee Caliph

Titik Mula: Ketika Seorang Guru Percaya “Kreativiti Mempercepatkan Kepandaian Anak”

Segalanya bermula apabila Teacher Elly melihat ramai anak kecil tidak diberi ruang meneroka, bermain dan belajar secara fitrah. Dunia hari ini terlalu cepat, terlalu terikat. Dari keresahan itu lahirlah Bee Caliph iaitu sebuah pusat yang menggabungkan nature-based learning, kreativiti, dan pembentukan sahsiah sebagai tunjang pendidikan holistik.

Di sini, anak-anak bebas menjadi diri mereka. Bebas bertanya. Bebas berlari. Bebas menjadi kecil hari ini supaya mereka mampu menjadi besar suatu hari nanti.

Murid-murid Bee Caliph bebas melakukan pelbagai eksplorasi menarik bersama rakan-rakan di sekolah

Antara pencapaian Bee Caliph:

  • Terpilih sebagai Top 5 Educator Pa&Ma 2025
  • Memenangi Anugerah Penarafan Bintang Negeri Johor (Taska Terbaik Batu Pahat – 4 Bintang)
Anugerah Penarafan Bintang Taska JKM Negeri Johor 2025
  • Penerima Malaysia Education Star Award 2025 (Best Creative ECCE Program)
  • Penerima Anugerah Tadika & Taska Kreatif Jenama Pilihan Pa&Ma 2024
Salah seorang penerima anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2024
  • Memberi impak kepada lebih 4,000 kanak-kanak sejak 2006
  • Diiktiraf sebagai pusat yang aktif dalam memajukan pendidikan parenting melalui TikTok, seminar dan sesi keibubapaan

Masa Hadapan Bee Caliph Menuju Langkah Lebih Besar

Perancangan masa depan Bee Caliphs sangat jelas—dan sangat besar. Mereka mahu:

  • Menambah cawangan Bee Caliph di seluruh Johor dan Malaysia
  • Menubuhkan pusat latihan & pensijilan (TVET, SKM, TOT) untuk pendidik awal kanak-kanak
  • Mewujudkan One Stop Centre
    untuk program keibubapaan dan pendidikan anak
  • Menghasilkan program digital kreatif seperti e-book interaktif, AI-based assessment tools dan aplikasi keibubapaan
Podcast bersama Dr Catur Setiaworgo Pakar antarabangsa pendidikan awal kanak-kanak from Jakarta Indonesia

Apabila ditanya tentang harapannya, Teacher Elly tersenyum sambil berkata:

“Saya mahu Bee Caliph jadi rumah ilmu untuk semua baik untuk anak, ibu bapa dan guru. Biar kita sama-sama lahirkan generasi kecil yang bukan sekadar bijak, tapi berbudi. Semoga mereka membesar dengan akal yang cerdas, hati yang lembut dan jiwa yang berani.”

Harapan Bee Caliph Untuk Dunia Pendidikan Awal

Bee Caliph berpegang pada satu prinsip: pendidikan awal bukan pertandingan akademik. Ia adalah perjalanan membina akhlak, sahsiah, kreativiti dan keyakinan diri. Apabila akar ini kuat, akademik akan tumbuh dengan sendirinya dengan lebih cepat dan kukuh.

Setiap anak adalah pemimpin kecil. Bila mereka dibentuk melalui fitrah, kasih sayang dan alam, pembelajaran bukan lagi beban. Ia menjadi keindahan yang datang secara semula jadi melalui hati yang gembira.

Tahniah sekali lagi buat Bee Caliph yang telah terpilih sebagai Top Educator Pa&Ma 2025 dengan anugerah Tadika Taska Dinamik, Ceria & Kreatif!

 

Published by
Emy H