Sebagai ibu,memang normal kalau kita risau tengok anak orang lain nampak lebih tinggi atau cepat membesar berbanding anak sendiri. Kadang-kadang kita mula tertanya-tanya, “Adakah anak saya mendapat nutrisi yang mencukupi atau mungkin ada sesuatu yang kurang dalam pemakanan dia?”.
Hakikatnya, walaupun anak makan nasi, sayur, ayam dan buah setiap hari, mereka masih boleh kekurangan nutrien penting seperti protein dan kalsium yang membantu pertumbuhan badan termasuklah risiko mengalami masalah bantut atau lambat membesar.
Masalah Bantut Bukan Sekadar Tentang Ketinggian
Ramai ibu tak sedar bahawa masalah bantut bukan hanya bermaksud anak lebih rendah daripada rakan sebaya. Ia sebenarnya menunjukkan anak mungkin tidak mendapat nutrisi mencukupi untuk tumbesaran optimum dari segi ketinggian, tenaga, hingga perkembangan otak.
Faktor utamanya sering kali datang daripada pengambilan nutrien yang tidak seimbang, walaupun kelihatan anak makan dengan baik. Dalam keadaan inilah susu menjadi pelengkap penting untuk bantu anak mendapatkan nutrien-nutrien yang mungkin ‘tertinggal’ daripada diet harian mereka.
Tahukah anda, lebih dari 90 peratus kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat vitamin D yang secukupnya dan lebih 50 peratus pula kekurangan kalsium. Hal ini agak membimbangkan kerana kita tahu kepentingan vitamin D dan kalsium yang membantu tumbesaran kanak-kanak.
Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf – Sokongan Nutrisi Dari Alam Semula Jadi
Kalau ibu masih tercari-cari susu terbaik untuk bantu anak membesar dengan tinggi dan kuat, Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf adalah pilihan yang tepat. Susu ini merupakan sumber kaya nutrien penting yang diformulasikan khas untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Ia mengandungi DHA, protein, kalsium dan vitamin D yang sangat penting untuk membantu anak anda membesar dengan sihat. Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf ini mampu mengisi jurang nutrisi yang mungkin makanan lain tidak dapat bekalkan kepada kanak-kanak melalui diet harian mereka
Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf yang sedap dan dapat membantu anak membesar dengan tinggi dan sihat ini mengandungi:
Kandungan DHA, Protein dan Vitamin D yang tertinggi berbanding jenama susu tepung rumusan yang lain dalam katagori harga yang sama di pasaran. Seperti yang diketahui ramai, DHA sangat penting bagi membantu perkembangan otak manakala protein penting untuk pertubuhan dan Vitamin D pula amat baik untuk penyerapan kalsium.
100% kalsium, dah tentulah bagus untuk kesihatan gigi dan tulang anak yang membantu mereka membesar dengan tinggi dan kuat!
Dihasilkan daripada susu lembu New Zealand yang diberi makan rumput, Fernleaf membawa kualiti yang telah dipercayai selama lebih 40 tahun. Setiap kali anak minum, ia memberi keyakinan bahawa mereka mendapat khasiat sebenar dari alam semula jadi.
Ibu Bijak Pilih Yang Lengkap, Sedap & Berbaloi
Selain kaya dengan nutrisi, Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf juga didatangkan dalam pilihan perisa yang pastinya menjadi kegemaran anak iaitu Asli dan Madu untuk anak 1–3 tahun serta Asli, Madu dan Coklat untuk anak 4–6 tahun.
Rasanya enak, teksturnya smooth dan yang paling penting , susu ini mampu milik! Tak perlu berbelanja besar untuk berikan nutrisi berkualiti kepada anak tersayang. Inilah orang kata, 2 dalam 1. Khasiat dapat, poket pun tak ‘koyak’!
Bantu Anak Membesar Tinggi, Kuat dan Yakin!
Setiap ibu pastinya mahu melihat anak membesar dengan sihat dan ceria. Jadi, jangan biarkan kekurangan nutrisi menjejaskan pertumbuhan mereka. Tambahkan segelas Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf dalam rutin harian anak kerana setiap tegukan penuh dengan kasih sayang dan nutrisi yang membantu mereka membesar dengan tinggi, kuat dan yakin menghadapi dunia!
Jom Pilih Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-kanak Fernleaf Hari Ini!
Berikan sokongan terbaik untuk tumbesaran anak tersayang dengan Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-kanak Fernleaf, pilihan bijak yang diyakini ibu-ibu di Malaysia.
“Kita perlu jadi kawan dengan anak-anak. Turunkan ego, cuba luangkan masa dengar apa anak nak bercerita..” Ini tip dikongsikan personaliti TV, radio, pelawak dan pelakon, Issey Fazlisham.
Bapa kepada empat cahaya mata ini menganggap keluarga adalah nombor 1. Tanpa adanya isteri dan anak-anak, kejayaan seorang lelaki tak akan bermakna. Berkongsi perasaannya sebagai daddy, Issey tidak menyangka rezekinya dapat menjaga tiga anak yatim yang kini menjadi anak tiri.
“Ini adalah amanah Allah untuk saya. Saya tahu bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab ini. Tak dinafikan, awal-awal saya berkahwin dengan Aimi Jamel, anak-anak Aimi agak kekok dan malu-malu kerana mereka dah besar.
“Disebabkan itulah, saya cuba untuk cipta satu bonding dengan mereka iaitu selalu berkomunikasi dan ambil tahu perkembangan mereka setiap masa. Dari situ, sehari ke sehari hubungan kami makin baik dan kini masing-masing manja dengan saya,” kongsinya dalam Pa&Ma Gala 2022.
Tambah Issey, walaupun dalam sehari tidak dapat meluangkan masa yang lama dengan anak-anak dan isteri, seboleh upaya dia akan curi sekejap masa waktu malam sebelum semua lelapkan mata.
“Jika saya tiada shooting atau apa-apa program malam, saya akan pastikan Maghrib mesti dah ada di rumah. Waktu inilah dapat makan sekeluarga, tengok anak-anak buat kerja sekolah dan menonton TV bersama,” katanya.
Penerima Best Papa Millenial 2022 ini juga turut berkongsi tip rumah tangga, bilik tidur adalah tempat perbincangan utama bagi pasangan suami isteri. Sebagai pasangan biliklah tempat untuk berbincang apa saja tanpa anak-anak dengar.
“Saya anggap bilik tidur zon serius suami isteri. Jadi apa sahaja permasalahan perlu diselesaikan bersama. Jika baik komunikasinya, insyaAllah eloklah semuanya.
“Macam saya, walaupun seorang pelawak, tapi dengan Aimi tak boleh bergurau sembarangan. Dia seorang yang sensitif. Jadi kena tengok pada situasi juga. Tapi dengan anak-anak, elemen lawak menjadi keutamaan sebab ini yang boleh merapatkan hubungan kami,” ujarnya.
Bercerita mengenai perjuangan melihat isteri bersalin anak sulungnya, Faaeq Fathian, Issey menjelaskan jatuh air mata jantan tengok perjuangan isteri bersalin.
“Waktu ini memang rasa sebak sangat. Baru tahu kuatnya seorang ibu untuk melahirkan zuriatnya. Saat doktor suruh untuk memotong tali pusat bayi, tak disangka-sangka besarnya anugerah Allah untuk saya.
“Jadi saya dah janji dengan Aimi sesibuk mana pun, dalam doa sentiasa ada nama mereka. Daddy nak minta maaf kalau daddy tak sehebat arwah papa,” akhirinya.
Sarat hamil anak keempat, jurusolek dan instafamous yang cukup dikenali, MUA Bellaz mengalami alahan yang teruk di trimester terakhir kehamilannya.
Di usia kandungannya yang memasuki 31 minggu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengalami alahan gatal-gatal pada kulitnya.
Menurut kata Bellaz, berbeza kehamilannya kali ini kerana mengalami alahan ketika hampir waktu melahirkan.
” Alahan anak kali ni dekat-dekat nak bersalin dia bagi. Kaki tangan hampa toksah cerita la. Habis muka ni tahan ja tak mau garu. Tapi dia naik miang tu Allah aii.
“Nak makeup gena, sakgi dia akan naik timbul macam sopak garam tu. Adeh miang. Anak bertuah sungguh la hat ni lahai,” kongsi Bella.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut personaliti kesayangan ramai ini turut mendoakan agar alahan yang dialami Bellaz cepat-cepat sembuh.
Semoga alahan yang dialami Bellaz cepat-cepat berlalu dan bersedia untuk menempuh kehamilan kelak.
Terdahulu, Bellaz yang kini sedang hamil anak perempuan keduanya, tidak sabar menantikan kelahiran buah hatinya. Bellaz turut mempunyai tiga orang cahaya matanya, Airis Alisha, Aidil Mikhail dan Aisy Ean Yusuf.
Lima Ogos lalu menjadi detik terindah buat penyanyi, Shila Amzah yang kembali bergelar isteri apabila sah menjadi isteri kepada influencer, Ubai.
Banyak perkongsian gambar-gambar indah sepanjang majlis berlangsung dikongsikan oleh Shila menerusi Instagramnya.
Namun sekeping gambar di pelamin bersama buah hati tersayang, Seth Uwais, anak Shila bersama bekas suami menjadi foto kenangan paling bermakna.
Tambah menarik perhatian pastinya kapsyen lucu Shila bersama anak dan suami.
“Lepas ni tengok gambar kahwin, takde lah Seth tanya kenapa tak invite dia pergi wedding,” seloroh Shila di kapsyennya.
Teramat bertepatan sekali bila mana Shila menulis kapsyen sebegitu. Ayat-ayat biasa yang selalu ditanyakan oleh anak-anak kita kepada mak ayahnya. Memang lucu!
Dalam pada itu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli turut mengucapkan terima kasih di atas semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan majlis pernikahannya di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur tempoh hari.
Terdahulu, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum sah bercerai pada 8 Februari 2022 setelah empat tahun bergelar suami isteri. Shila turut mempunyai seorang cahaya mata, Seth Uwais yang dilahirkan pada 31 Ogos 2019.
Kisah benar Nourul Depp kanser membuka mata wanita tentang pentingnya pemeriksaan awal, keputusan berani membuang rahim dan ovari, serta perjalanan pulih yang penuh kekuatan dan inspirasi.