Berkongsi gambarnya dan si comel Maryam pulang ke kampung halaman untuk mengundi keduanya nampak teruja dan bersemangat menaiki kenderaan awam.
Diusik Suami Dalam Komen
Memandangkan lokasi mengundi Mawar antara zon panas yang mengetengahkan calon terkenal YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mawar sempat bertanya lokasi undi para pengikutnya.
Ads
Lucunya apabila, suami sendiri Fizo Omar mengusik isteri tersayang tentang mana satu parti politik yang dipilih memandangkan warna baju yang dipakai dan purse di tangan berbeza warna.
Ramai pengikutnya turut sama mengusik supaya memilih calon berwarna biru yang lebih muda.
Mawar sangat menghargai peluang untuk pulang mengundi di kampung halamannya untuk kali kedua. Menurutnya lima tahun lepas Maryam belum ada lagi di dunia tapi untuk kali ini dia gembira kerana berpeluang membawa balik Maryam.
Ads
Apa pun Mawar menyatakan rasa kagum menjadi orang Permatang Pauh dan mengakui mula belajar mengenal politik sejak tahun 1998 melalui keluarganya.
Jom Maryam kita balik KL ya. 5 tahun lepas Maryam tak lihat dunia lg time election kali ni Mama bawa awak balik . Kali ke 2 dh Mama Maryam mengundi Apa pun cheq bangga jadi orang Permatang Pauh. Dari tahun 1998 dah belajar politics dengan family.
Nampaknya calon ‘biru yang lebih muda’, YB Nurul Izzah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU14 baru-baru ini.
Perginya insan tersayang membuatkan hati menjadi sayu dan sedih. Apatah lagi jika mempunyai hubungan yang rapat.
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia ekoran daripada tercekik bebola ikan semasa mengambil sarapan pagi di tadika. Ia dibuktikan dengan keputusan bedah siasat yang dijalankan.
Dalam kejadian yang berlaku Khamis lalu, si kecil dikenali sebagai Allahyarham Izmir Merican Idham Merican meninggal dunia semua menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
AWALNYA SUKAR TERIMA PUNCA KEMATIAN
Berkongsi kisah tragis ini, Emi yang juga ibu saudara Izmir memberitahu mereka sekeluarga pada awalnya sukar menerima punca kematian kanak-kanak itu.
“Saya dapat tahu daripada pakcik (datuk mangsa) pada kira-kira jam 11.45 pagi. Waktu itu saya terus terkedu, terduduk dan menangis.
“Saya terus tinggal kerja..pergi bersiap ambil anak dari sekolah dan terus ke rumah pakcik. Sampai sana baru tahu sebenarnya Izmir tercekik fishball.
“Kami semua in denial sebab fishball tu ingatkan kecil dan tak mungkin tercekik tapi rupa-rupanya besar. Memang besar dan sepatutnya dipotong,” katanya.
MENGGELUPUR & MULUT BERBUIH TAPI IZMIR TIADA SAWAN
Jelas Emi, kejadian berlaku ketika anak-anak pra sekolah di tadika itu sedang bersarapan.
“Saya diberitahu kejadian berlaku ketika sarapan dan hidangan pagi itu ialah mi sup. Agak terkilan jugalah.
“Bila cikgu datang dia dah menggelupur sebelum mulutnya berbuih. Tak dapat bayangkan keadaan ketika itu.
“Paling menyedihkan adik dia pun satu sekolah di situ, tengok abang dia tengah struggle. Ingatkan sakit perut tapi sebaliknya berlaku,” katanya.
Emi turut terkilan dengan responds pihak pengurusan tadika terbabit semasa menangani situasi cemas berkenaan.
“Sewaktu kejadian mak ayah Izmir baru sampai pejabat. Tadika tanya mak dia sama ada Izmir ada sawan ke, mak dia kata tak ada.
“Saya juga diberitahu mereka buat CPR tapi Izmir tak sedar sebab fishball masih tersekat. Masa itu dia sampai hospital, Izmir masih lagi diberi bantuan CPR.
BADAN MASIH PANAS
Emi juga turut berkata badan anak saudaranya itu masih panas ketika kejadian.
“Waktu itu badannya masih panas. Lepas stop CPR…terus sejuk. Macam tak boleh ikhtiar lagi dah, nak operate pun tak sempat. Dia hilang sekelip mata,” kata Emi.
BARU MINGGU LEPAS DATANG BERAYA
Emi turut memberitahu Allahyarham seminggu sebelum kejadian telah hadir beraya di ke kediamannya. Antara perkara pelik yang terjadi ialah si kecil ini enggan menerima duit raya.
“Baru minggu lepas mereka datang beraya ke rumah kami. Dok nampak muka dia seronok main dengan anak saya (Dzariff).
“Mulut ni tak habis puji Izmir comel geram tengok pipi putih gebu dia. Tengok Allah marah puji lebih-lebih. Subhanallah tersentak sangat.
“Patutnya minggu ni kami pergi beraya rumah mereka. Beriya ajak Dzariff datang rumah. Dia macam dapat rasa dia nak pergi. Bila Dzariff datang tengok Izmir tak ada.
Dalam pada itu, Emi turut mendedahkan perubahan sikap Izmir sebelum kejadian tersebut.
“Minggu lepas masa nak bagi duit raya, dia tak nak ambil. Mak dia ada kata semua rumah dia buat macam tu.
“Mak dia pun cakap pelik sebab semua budak suka bila dapat duit raya,” kata Emi.
HARAP JADIKAN PENGAJARAN
Selepas insiden itu, Emi berharap agar tragedi ini dapat dijadikan pengajaran dan membuka mata orang ramai.
“Jangan ambil remeh. Sepatutnya haramkan terus makanan seperti fishball, buah anggur dan rambutan di sekolah.
“Kalau tidak kes seperti ini tidak mustahil akan berulang lagi pada masa hadapan,” katanya yang turut menggesa pihak tadika atau sekolah diajar cara untuk menangani situasi kecemasan seperti kes tercekik makanan.
Seorang Lans Koperal menembak isterinya yang sedang hamil 5 bulan pada jarak dekat hingga meninggal dunia di tempat kejadian semalam.
Ketika ditemu ramah pemberita, ibu Safsufarnisya memberitahu menantu lelakinya itu seorang yang sangat baik dan dianggap seperti anaknya sendiri. Menantunya juga seorang yang ringan tulang dan suka membantu keluarga.
“Dia tidak pernah berkira dan kalau dia pulang ke rumah ini, dia pasti akan membawa pulang makanan termasuklah lauk-pauk.
“Paling mengharukan adalah menantu makcik ini sering membawa kami termasuk Allahyarham keluar bersiar-siar sekiranya ada kelapangan”.
Walau bagaimanapun, menurutnya menantunya mengalami kemurungan beberapa tahun sebelum ini. Malahan menantunya pernah memandu kereta tanpa tujuan hingga kehabisan petrol.
Apabila petrol habis, menantunya solat di tepi jalan sambil menangis teresak-esak. Arwah isterinya ketika itu terpaksa menghubungi balai tempat suaminya bekerja untuk mengesan dan membawanya pulang.
“Ainul nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.
Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.
Melalui status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nurul Erwani berkata, pembedahan membuang ketumbuhan anaknya itu berjaya dan Ainul berjaya melepasi risiko bahaya.
“Alhamdulillah, sampai tidak tahu macam mana lagi nak ucap terima kasih pada doktor yang terbabit. Sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.
“Ainul sekarang sedang berehat dan doktor tengah memantaunya,” katanya.
Malah, Nurul Erwani turut memuat naik gambar terbaharu Ainul Mardhiah dan kelihatan anak kecil itu sedang tidur.
Nurul Erwani juga turut menitipkan kata-kata kesyukuran kerana Ainul dah berjaya melalui satu pembedahan besar dan sangat bersyukur Allah permudahkan segalanya. Doa orang ramai yang tak putus-putus buat Ainul juga antara yang diangkat oleh Allah untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya sejak lahir.
Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang❤️
Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London.
Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami?
Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga ❤️
Semalam, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat kira-kira 200 gram di mulutnya.
Bayi dibuang di TBS menjadi tragedi menyayat hati yang mengundang persoalan tentang nilai sebuah nyawa, tanggungjawab ibu bapa dan harapan pasangan yang menanti zuriat.