Sejak berita penularan wabak HFMD makin meningkat, ramai ibu bapa mula risau nak bawa anak keluar berjalan atau melakukan aktiviti luar rumah. Kebanyakannya berpendapat ada baiknya duduk di rumah sahaja daripada terpaksa lihat anak menderita sakit. Itu saja caranya.
Sekarang tengah musim ni, kalau boleh elakkan lah bawa anak ke ‘indoor playground’ terutamanya untuk anak kecil bawah 3 tahun. Huhu mereka paling mudah terjangkit sebab antibodi masih lagi belum berkembang sepenuhnya. Lagi-lagi kalau anak sejenis yang masukkan semua barang dalam mulut, bola-bola dalam “ball pit” tu pun dia nak masukkan dalam mulut.
Namun bagi ibu bapa yang terpaksa juga bawa anak keluar atas sebab-sebab tertentu, langkah pencegahan perlu memandangkan sekarang ini pelbagai wabak penyakit ada.
Nak mudah boleh ikut tip ibu ini, Hani Mynis dalam menyediakan barang keperluan khas untuk anaknya keluar lagi-lagi waktu wabak HFMD sedang merebak.
Sekarang ni musim HFMD tengah sakan merebak kan? Selepas insiden Aqil kena HFMD kali ketiga (dia dah pernah kena HFMD tiga kali berturut-turut dalam tempoh lima bulan 2016) dulu-dulu, Hani jadi sedikit paranoid dengan kebersihan sekeliling Aqil kalau kita orang bawa dia berjalan terutamanya ke pasaraya atau taman permainan dalam kompleks membeli belah (kesian anak ibu, paranoid punya pasal setahun lebih ibu ayah “haramkan” dia dari jejak “indoor playground”).
Oleh itu, kita orang pastikan beg jalan Aqil lengkap dengan barang yang kita orang perlukan untuk pastikan sejarah tak berulang.
Ads
Ingat tak hani pernah kongsi ‘Medical kit Aqil’ haritu? Kit perubatan Aqil ni memang kitorang wajib bawa kalau balik kampung atau berjalan jauh-jauh/melancong.
Tapi kalau setakat berjalan dekat-dekat ke pasaraya, atau ke taman permainan, “beg jalan Aqil” lah penyelamat. Beg jalan Aqil ni memang ditinggalkan je sangkut dalam kereta jarang bawa masuk rumah kecuali nak ‘restock’ barang dalam beg. Sebab tak nak ada risiko beg tertinggal dan keluar berjalan tanpa beg ni.
Memandangkan ada yang tanya apa yang wajib bawa dalam beg jalan Aqil ni, Hani kongsikan untuk semua ibu bapa.
Ads
Antibacterial wipes Ni kiranya barang paling penting yang wajib ada dalam beg jalan Aqil. Hani gunakan untuk lap troli, ‘baby chair’ kat restoran atau kedai makan, atas meja makan kat restoran/kedai makan pun hani lap kadang2 terutamanya kat kawasan Aqil akan pegang Dalam beg ni juga ada tisu basah.Hand sanitizer Benda kedua penting. Hani lebih suka Hand sanitizer jenis spray macam ni. Senang nak guna. Hani sembur kat tangan dia sejurus dia masuk kereta dari mana-mana tempat yang kitorang pergi (dari pasaraya/taman permainan/indoor playground) sebab dia dalam kereta suka makan biskut lah apaGel aloe vera Untuk pelbagai kegunaan macam hani pernah share dalam post “medical kit Aqil” sebelum ni. Punyalah berkesan, untuk medical kit Aqil pun ada untuk beg jalan Aqil pun ada benda alah ni Terutamanya untuk merendahkan suhu badan dia kalau badan dia dedor dalam kereta atau demam dalam perjalanan ke klinik.Pembalut / penampal luka / hansaplast Ini lebih kepada kes kecemasan kalau budak bertuah tu main kat taman permainan lari-lari jatuh terluka lutut ke (nauzubillah, semoga selamat2 je lah anak-anak kita)Iv kids/ minyak angin anak Untuk kegunaan emergency dia juga, kalau tetiba dia sakit perut ke kembung perut atau selsema.Sapu tangan / napkinEkstra lampin pakai buang – jika anak masih memakainya -boleh sediakan botol spray berisi air paip, just incase pampers anak penuh terpaksa tukar pampers dalam kereta.Ekstra satu set pakaianStokin anak. Kalau anak sejuk dalam kereta atau tetiba anak nak singgah ke “indoor playground” ke (sekarang larangan ke indoor playground dah ‘lifted’ haha sebab Aqil dah besar, macam kesian pulak dia pandai minta nak main dalam tu) Tapi sekarang ni tengah musim hfmd merebak mmg tak lah ibu nak benarkan dia main kat indoor playgroundPlastik sampah. Untuk masukkan pampers anak yang dipakai, atau masukkan baju kotor
Walaupun tiga kali Aqil kena HFMD bukan lah semata-mata disebabkan indoor playground/troli pasaraya, this is the least that we can do. Kita tak boleh kawal kebersihan semasa di taska/rumah pengasuh.
Apa yang penting selain kita ambil langkah berjaga-jaga untuk sedaya upaya elakkan anak terkena HFMD ialah kesedaran untuk kuarantin anak kita kalau dia dah terkena HFMD untuk mengelakkan anak kita menjangkiti kanak-kanak lain.
Duit raya lebih besar pahala beri pada Syawal atau Ramadan. Duit raya adalah adat yang masih diamalkan dalam masyarakat Melayu di Malaysia sebagai tanda pemberian ikhlas dan amalan sedekah.
Pemberian duit raya bukan sekadar tradisi tetapi juga satu bentuk kebajikan yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan. Namun, timbul persoalan sama ada lebih besar pahalanya jika diberikan pada bulan Syawal atau Ramadan.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala sedekah, manakala sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala – iaitu pahala sedekah dan pahala mengeratkan silaturahim.
Nabi Muhammad SAW terkenal sebagai insan yang paling pemurah, terutama dalam bulan Ramadan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, disebut bahawa Baginda menjadi lebih pemurah ketika bertemu Malaikat Jibril, seumpama angin yang bertiup kencang memberi manfaat kepada semua.
Sheikh Muhammad Hasan Al-Dedu Al-Shanqiti menjelaskan bahawa pemberian Nabi SAW sangat cepat dan menyeluruh, menunjukkan keutamaan bersedekah sebelum orang meminta. Oleh itu, memberi duit raya dalam bulan Ramadan lebih digalakkan kerana pahalanya berlipat ganda.
Bila berbicara tentang duit raya, pasti ramai yang sudah sediakan awal-awal untuk diberikan kepada anak-anak, ibu ayah, adik beradik, saudara mara dan lain-lain.
Pemberian yang sedikit atau banyak bukanlah ukuran keikhlasan bagi seseorang, jangan sesekali pertikai apa yang diberikan, tapi nilailah sejauh mana kesyukuran yang kita panjatkan. Penting bagi setiap ibu bapa untuk menasihati dan mengajari anak-anak tentang adab menerima pemberian duit raya.
Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah kepada orang miskin pahalanya satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat(keluarga) pahalanya dua; pahala sedekah dan pahala silaturahim.” (HR an-Nasaie, hadis sahih)
SubhanAllah, hebatnya orang melayu yang menjadikan pemberian duit raya sebagai satu adat dari dulu sehingga sekarang. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, bahkan di dalam kitab Fathul bari yang dikarang oleh Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani R.A menyebut bahawa “Menzahirkan perasaan bergembira pada hari-hari perayaan adalah di antara syiar Islam”.
Bagaimanapun, menjadi satu tanda tanya kepada masyarakat kini.. pemberian duit raya lebih baik diberikan semasa Syawal atau Ramadan? Adakah pahala kedua-duanya sama?
Baca artikel lain juga: HARAM Guna DUIT RAYA Anak Tanpa Sebab Kecuali TERDESAK, Jadilah Mak Ayah AMANAH
Sahabat, ganjaran pahala adalah milik Allah. Sebagai hamba-Nya, kita digalakkan bersedekah pada bila-bila masa namun Nabi Muhammad SAW menggandakan amalan sedekahnya apabila menjelang Ramadan. Maka, disarankan jika ingin lakukan pemberian duit raya, berikanlah lebih awal iaitu dalam bulan Ramadan.
Maksudnya: “Nabi SAW merupakan manusia yang paling pemurah dengan kebaikan. Baginda menjadi lebih pemurah dalam bulan Ramadan, apabila bertemu dengan malaikat Jibril. Jibril akan hadir berjumpa Nabi SAW setiap malam di bulan Ramadan sehingga tamatnya Ramadan. Nabi SAW akan membacakan al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril bertemu baginda, baginda menjadi lebih pemurah daripada angin yang bertiup.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Sheikh Muhammad Hasan al-Dedu al-Shanqiti menjelaskan:
“Sesungguhnya angin mursalah bertiup sangat laju dan akan mengenai seluruh apa yang dilalui. Demikianlah dengan pemberian Nabi Muhammad SAW, memberikan segala-galanya sehingga meliputi seluruh rumah. Ia juga ibarat lajunya pemberian Nabi sehingga baginda memberi sebelum orang meminta, dan baginda menghulurkan bantuan ke tempat yang jauh sebagaimana angin yang bergerak ke tempat yang jauh dalam waktu yang singkat.”
Moga ikhlas dan syukur terus terpahat dalam diri kita sama ada bagi yang memberi atau menerima. Bagi yang tidak mampu, janganlah bersedih hati. Pemberian duit raya bukanlah satu kewajipan melainkan hanya satu adat yang diraikan, masih banyak lagi amalan yang boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim antara kita dan insan lain, In sha Allah.
Tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang ingin memberikan duit raya ketika Syawal, akan tetapi amat digalakkan untuk memberikannya ketika Ramadan. Nabi SAW akan menggandakan amalan sedekahnya apabila menjelang Ramadan.
Apa pun, yang lebih penting adalah keikhlasan dalam memberi dan rasa syukur bagi yang menerima.
“Anak saya ni slow sikit cikgu”, “alah bagus apanya, dekat rumah macam apa dah perangai” selalu tak kita melabel-labelkan anak depan orang ramai atau orang luar?
Hal ini sebenarnya teramatlah salah. Mengapa? Tulisan saudara kita, Encik Hazhari Ismail di facebooknya ini banyak benarnya. Ya..kita sendiri yang melabelkan anak-anak kita sehingga terbawa-bawa. Semua ini sifat negatif yang akhirnya memberi kesan kepada anak itu sendiri.
MELABEL ANAK
“Anak saya ni slow sikit.”
Manusia ini hidup di dalam keadaan ‘homogeneity’, iaitu kehidupan kita adalah sama untuk dikatakan sebagai normal. Jika ada terlain sedikit, maka kita akan hukum orang yang tak sama dengan melabel mereka dengan macam-macam.
Kita bukan bercakap tentang label kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, ADHD dan sebagainya. Bukan itu yang saya maksudkan. Label yang terhasil dari pemerhatian biasa.
“Oh, Ahmad ini cuai sikit. Careless. Jangan bagi anak saya apa-apa responsibilities ye cikgu.”
Ibu Ahmad melabel anaknya dari kecil sebagai anak yang sentiasa cuai. Tidak percaya dengan anak sendiri. Sampaikan semua benda dibuatkannya. Masukkan buku di dalam beg untuk hari esoknya, pack barang, basuh pinggan dan sebagainya.
Di sekolah, Ahmad sentiasa diingatkan untuk tidak membuat kesalahan bodoh di dalam latihan. Diulang-ulang perkataan careless atau cuai di dalam benak minda Ahmad.
***
Apabila kita melabel, perkataan itu sifatnya sangat kuat. Kuat mempengaruhi. Setiap label perkataan yang kita berikan seperti malas, bijak, lembam, hiper – merupakan satu bentuk jangkaan yang mampu mempengerahui perangai atau tingkah laku jangka panjang.
Ingat lagi report kad? Guru akan menulis komen atau ulasan tentang prestasi anak murid sepanjang tahun tersebut.
“Ain seorang pelajar yang pendiam.”
“Keputusan Ali merosot kerana terlalu banyak bermain.”
“Prestasi teruk. Tidak bermaya.”
Niat asal selain memberikan ulasan kepada ibu bapa, sebenarnya ulasan itu juga bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal guru tahun depan berdepan dengan anak murid yang baru. Malangnya, apabila guru baru menerima label ulasan yang berbentuk negatif, ada kebarangkalian label tersebut terbawa-bawa dan memberikan expectation yang kurang kepada murid.
Si kecil akan rebel di dalam kelas kerana terus-terusan mereka dilabel dengan benda yang negatif.
Guru satu hal. Ibu bapa pun satu hal.
***
Menurut Alagammai, seorang pakar terapi pendidikan dan kesihatan mental, melabel boleh menjadi sesuatu yang baik. Walaubagaimanapun, melabel dengan perkataan yang buruk atau bahaya berbanding yang baik adalah sesuatu yang zalim. Lagi menzalimkan adalah jika kita bagitahu orang lain tentang label yang digunakan.
Jadi, apa cara yang terbaik yang boleh dilakukan?
(1) Terangkan keadaan yang berlaku, bukan fokus sifat anak-anak.
Contohnya, jika si kecil memecahkan pinggan kita akan terpacul “Adik ini selalu sangat tak berjaga-jaga. Semalam pecahkan pinggan. Minggu lepas pecahkan minggu. Setiap masa nak pecahkan pinggan kenapa.”
Boleh tukar kepada, “Adik tak berjaga-jaga hari ini. Sebab tak pegang betul-betul, pinggan dah pecah.”
Elakkan menggunapakai perkataan ‘selalu’. Fokus apa yang sedang terjadi. Tak perlu mengungkit cerita lama. Perkataan ‘selalu’ menunjukkan tingkahlaku yang dah lepas-lepas.
(2) Label juga boleh jadi sesuatu yang tricky
Memanggil anak-anak dengan panggilan ‘brilliant’. Its only a single word. Kanak-kanak akan berasa tertekan untuk menjadi yang paling top setiap masa. Di sini, kita panggil sebagai ‘overestimate’ kelebihan seseorang.
Boleh tukar kepada, “Ibu sangat bangga tengok adik buat latihan untuk exam esok.” Pujian yang sama. Tetapi, mampu menghilangkan rasa tekanan anak-anak.
(3) Senang cerita, tak perlu nak label-label
Label yang diberikan berbeza dari orang yang memberi dan orang yang menerima. Ia sesuatu yang subjektif. “Kamu ini tak pandailah.” Persoalannya, nak pandai bagaimana lagi? Tiada indikator yang tepat untuk menjadi pandai.
Maka, ia adalah strategi yang sangat tidak efektif untuk membina jati diri atau tingkah laku. Apatah lagi untuk mewujudkan motivasi.
Kredit: Hazhari Ismail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun ini, situasi anak-anak papa mama yang tahun 1 tak sama seperti anak-anak tahun 1 tahun-tahun sebelumnya. Jika dulu ada sesi orientasi selama seminggu untuk perkenalkan kawasan sekolah, tetapi dalam norma baharu ini mungkin dah tak sama.
Jadi penting untuk ibu bapa persiapkan emosi anak agar mereka dapat menerima suasana baru di sekolah kerana musim Covid ini ibu bapa tak boleh menunggu di dalam kawasan sekolah kerana bilangan orang pada satu masa perlu dihadkan.
Mungkin ada yang risau tetapi tip yang dikongsikan oleh pengetua tadika, Puan Ashikin Hashim ini boleh dijadikan panduan ibu bapa.
Persediaan anak masuk darjah 1. Selain persediaan akademik, apa lagi yang anak perlu belajar? InshaAllah 1/3/2021 akan bermulalah sesi persekolahan untuk anak-anak pra sekolah, darjah 1 dan 2. Termasuk lah saya berdebar nak hantar anak bongsu yang darjah 1.
Dulu sebelum musim pandemik, ada anak-anak yang berpeluang melawat sekolah melalui program tadika untuk membiasakan mereka dengan suasana sekolah. Tapi sekarang disebabkan Covid, tak ada program sebegini. Anak mungkin zero knowledge berkenaan sekolah yang bakal dia pergi.
Jadi, apa persediaan yang kita kena siapkan selain persiapkan akademik mereka? Saya senaraikan beberapa dan ibu-ibu boleh tambah jika ada yang saya terlepas ya.
1. Pastikan anak sudah boleh pakai dan tanggal baju sekolah sendiri. Ini sangat penting bagi anak yang duduk di transit. Mana nak letak baju yang dah pakai, cara nak sangkut baju dan sebagainya.
2. Jika dulu kita latih anak guna duit dan cara beratur di kantin, musim pandemik ni mungkin kita kena sediakan bekal dari rumah. Lebih selamat dan terjamin kebersihannya. Anak-anak pun tak perlu ambil masa beratur nak membeli. Tapi tak salah ajar anak cara guna duit. Mungkin ada barang yang dia nak beli di koperasi sekolah.
3. Cara buka seluar/kain dan seluar dalam semasa bak pergi toilet. Ini sangat penting. Jika anak tak pandai buka seluar separuh, macamana caranya. Mana pula nak letak seluar jika anak buka semua. Sekolah anak saya kena buka kasut dan pakai selipar bila masuk tandas huhu.
4. Cara basuh selepas membuang air besar dan kecil. Cara letak paip dan gayung. Ini semua penting kena ajar.
5. Ajar anak tempat tunggu masa balik. Cari port yang mudah. Pesan anak jangan pergi tempat lain. Jika anak naik transport, bincang pula dengan transporter.
6. Yang ke 6 ni mungkin terkeluar tajuk sikit tapi saya selalu cakap pada anak, guru di sekolah rendah tak sama dengan tadika tau. Guru di tadika mungkin ada masa nak pujuk nak peluk nak lap hingus. Tapi di sekolah rendah, guru lebih tegas, dan semua benda kena berdikari tak boleh harap guru.
Cukup lah dari saya. Jika ada tambahan boleh lah berkongsi ya.
**Dapatkan barang keperluan anak pada harga yang cukup istimewa. Nak tahu lanjut klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Terima kasih PakNil! Mahu taja vaksin Covid-19 kepada yang memerlukan. Baca di AWANI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.