Hari raya Aidiladha baru je berlalu, pasti ramai yang dapat daging korban kan. Jadi kalau mama-mama semua tak tahu nak masak apa dengan daging korban tu, apa kata buatkan untuk si manja menu begedil daging.
Tapi bagi anak mama-mama yang kurang gemarkan daging, mama masih boleh menggunakan ayam. Pilih Protein yang anda suka untuk ditambah dalam begedil ini. Ikuti perkongsian resipi dari Puan Farah Soraya;
Ads
Bahan-bahan Daging/Ayam (ikut pilihan masing2) Organic Pasta brand Neutral Potato Carrot
Oregano herbs
Cream cheese.
Cara-cara Rebus potato sampai lembut. Rebus pasta dan daging/ayam sampai masak. Mashedkan potato then masukkan creamcheese dan isi daging/ayam yang dah diracik. Last sekali masukkan oregano herbs. Lepastu bentukkan ikut citarasa masing masing.
Ads
Mommy simpan dalam fridge malam tadi then pagi tadi baru goreng. Sebelum goreng mommy salut dengan telur.
Untuk baby yang gemar menu western boleh guna pasta sauce. Macam-macam menu boleh buat dengan pasta sauce ni. Memudahkan kerja. boleh digunakan untuk pizza, cheezy wedges, potato loaded dan macam-macam lagi menu.
Beef bolognese sauce🍖
Tomato pes
Capcicum ( red) – kisar
Unsalted butter
Bawang holland
Bawang putih
Serbuk ayam
Daging kisar
Cara- caranya
✏️Tumiskan bawang putih dan bawang holland bersama unsalted butter sehingga naik bau
✏️Masukkan tomato pes dan capcicum, tambah air jika perlu
✏️ Masukkan daging kisar. Nak guna ayam pon blh. Biarkan sehingga daging masak
✏️Perasakan dengan serbuk ayam. Boleh add on herb. Dah siap!
Cara-caranya
✏️Panaskan unsalted butter dan kemudian masukkan puree jagung
✏️Masukkan full cream milk dan cream cheese, biarkan sehingga pekat
✏️Perasakan dengan serbuk ayam
✏️Dah siap.
Creamy pumpkin sauce
Puree labu
Unsalted butter
Full cream milk
Cream cheese
Serbuk ayam
Cara-caranya
✏️Panaskan unsalted butter dan kemudian masukkan puree labu
✏️Masukkan full cream milk dan cream cheese, biarkan sehingga pekat
✏️Perasakan dengan serbuk ayam
✏️Dah siap.
Selain sandwich berinti sardin, sandwich telur juga antara yang selalu jadi pilihan. Cuma yang jadi masalahnya, ada yang masih belum tahu tip nak buat untuk bagi sedap dan kurang bau hanyir telur.
Jika beli harganya boleh tahan juga sedangkan kalau buat sendiri di rumah, modal RM10 dah puas anak beranak makan. Nak tahu apa rahsia kesedapan sandwich telur ini resipi yang dikongsikan oleh Nur Laila boleh mama cuba.
Egg Mayo Sandwich (100% resepi jualan saya!)
Lepas ni boleh buat je dari rumah. Mesti anak-anak teruja mak depa pandai buat sandwich sedap. Hihi.
Egg mayo saya bukan semata telur dan mayo je tau. Berpuluh kali olah nak dapatkan rasa yang tak muak. (Sebenarnya saya tak suka egg mayo, tapi resepi ni buat saya suka dan makan dengan girangnya.)
Resipi Sandwich Telur
Bahan-bahan:
5 biji telur rebus
5 sudu besar mayonis
1/2 st garam
1 st gula
Air perahan lemon/ limau kasturi
Timun jepun di dadu
1 st lada hitam
P/s: Pink tu garam bukit, dan perang tu gula perang. Rumah saya tak ada stok garam putih dan gula putih.
Cara-cara membuatnya:
Lenyek ikut suka uols ye. Tak perlu halus sangat supaya ada rasa telur.
Campur je semua bahan tadi. Lemon tadi perah dulu ye.
Tadaa, dah siap
Sapu marjerin pada roti, letak salad Romania dan tomato. Boleh tambah mayo kalau suka.
Bubuh 2 sudu besar egg mayo tadi pada roti, dan potong kepada 4 bahagian.
Siap. Resepi ni boleh jadi 5 set sandwich telur mayo.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ikan celup tepung sudah terbiasa bagi kita. Apa kata kali ini kita cuba pula bebola ikan celup tepung yang rasanya lain dari yang lain. Bancuhan tepung buat bebola jadi lagi rangup.
Caranya cukup mudah tapi sedap. Jom cuba perkongsian resipi Nur Masri. Sedap!
Makanan nostalgia masa sekolah rendah sekitar tahun 80an, lepas balik sekolah sementara menunggu bas sekolah tiba, beli makanan yang dijual di gerai luar sekolah.
Bebola ikan salut tepung, tapi yang dijual tu dia cucuk pada lidi pendek. Sekarang tak pernah jumpa dah.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!