Jangkaan JP Morgan yang meramalkan kes positif bakal berada di puncak sehingga mencecah 6,300 esok sedikit merisaukan kita. Namun begitu kes kumulatif sebanyak 4,817 kes setakat semalam membuatkan kita boleh menarik nafas lega. Malah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menjangkakan jumlah kes COVID-19 di negara ini esok adalah di bawah 5,000 kes.

Kenyataan ini membuktikan jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara kita masih berada di dalam kawalan yang baik sambil mengenepikan unjuran JP Morgan itu. Pun begitu sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, KKM sudah pun membuat persiapan awal menghadapinya.

Bekalan Hanya Cukup 2 Minggu, KKM Masih Perlukan Sumbangan PPE!

Namun begitu, masalah kekurangan beberapa peralatan terutama PPE dilihat sebagai masalah utama. Kementerian Kesihatan (KKM) masih menggalakkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menderma peralatan perlindungan peribadi (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan dalam merawat pesakit COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bekalan PPE bagi melindungi petugas barisan hadapan masih diperlukan kerana ia antara peralatan pakai buang yang digunakan setiap hari. Dr Noor Hisham menjelaskan penggunaan PPE adalah setiap hari, berbeza dengan ventilator yang mencukupi setakat ini.

Bekalan Hanya Cukup 2 Minggu, KKM Masih Perlukan Sumbangan PPE!

“Penggunaan PPE juga meningkat daripada dua hingga 10 kali ganda berbanding dengan keadaan normal.

IKLAN

“Setakat ini ventilator kita cukup, ada 956 unit, dah cukup tidak perlu ada pertambahan ventilator lagi. Tetapi tidak dengan PPE, NGO kalau nak derma, dermalah PPE kat kita (KKM). Kita masih terima PPE,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata KKM mempunyai sistem pemeriksaan stok PPE di negeri-negeri dan hospital di seluruh negara. Beliau berkata perolehan PPE adalah melalui tiga kaedah iaitu secara pukal dari negeri-negeri dan pusat, perolehan di peringkat negeri dan secara derma daripada NGO.

Bekalan Hanya Cukup 2 Minggu, KKM Masih Perlukan Sumbangan PPE!

“Apa yang penting ialah kita kena berterusan untuk mendapatkan PPE daripada perolehan. Setakat ini, PPE ada, sekurang-kurangnya dua minggu kita boleh bertahan,” katanya.

IKLAN

Pereka Fesyen & Universiti Tampil Beri Sumbangan

Dalam pada itu, bukan hanya beberapa barisan pereka fesyen seperti Dato Radzuan Radziwill, Datuk Rizalman, Melinda Looi, Khoon Hooi, Bryan Koo, Justin Yap, Fizi Woo, Alia Bastaman, Jovian Mandagie, Rizman Ruzaini yang El Azman yang turun padang menyumbangkan PPE buat petugas flonliners tetapi beberapa NGO juga tidak kurang membantu.

Bekalan Hanya Cukup 2 Minggu, KKM Masih Perlukan Sumbangan PPE!

IKLAN

Malah beberapa universiti tempatan juga tidak terkecuali membantu untuk menjahitkan PPE buat petugas flonliner. Antaranya seperti USIM, UUM, Pemadam dan sebagainya.

Terbaru hari ini, berbekalkan 13,000 meter kain tanpa tenun (non-woven), Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menyiapkan sekurang-kurangnya 6,000 gaun PPE untuk diserahkan kepada petugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Syabas buat semua!

Bekalan Hanya Cukup 2 Minggu, KKM Masih Perlukan Sumbangan PPE!

 

Teruskan menyumbang buat petugas barisan hadapan kita.

Sumber: Astro Awani & BERNAMA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI