Bekukan Beras Cara Pantas Masak Bubur Bayi. Sesuai Untuk Ibu Yang Super Busy

Share

Tip bekukan beras boleh menjadi cara pantas para ibu yang super busy untuk memasak bubur bayi mereka.

Ibu bekerja yang sentiasa mengejar masa dan ada bayi tentu memerlukan cara pantas untuk masak bubur si kecil.

Bila si manja sudah mula makan makanan pejal pada usia enam bulan, ibu kena memperuntukan masa untuk memasak makanan untuk anak. Kadangkala kekangan masa atau kesibukan membuatkan ibu mengejar masa untuk memasak.

Akibatnya ibu terpaksa membeli makanan segera atau pun makanan bayi homemade yang sudah tentu menelan belanja besar.

Bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi masalah para ibu dan mungkin boleh mengakibatkan stres dan sebagainya, ada tip mudah yang boleh menjadi alternatif.

Apa yang penting, ia masih membolehkan si manja makan dari air tangan ibu yang terjamin kebersihan dan khasiatnya.

Sebenarnya ada bermacam tip yang dikongsi mengenai cara pantas dan mudah untuk memasak bubur bayi. Semuanya membantu para ibu, tapi terpulanglah pada masing-masing untuk memilih cara mana yang lebih sesuai untuk diri sendiri.

Perkongsian dari ibu ini, Puan Aza Razif dalam facebook Geng Memasak Untuk Anak (GMUA) diharap membantu para ibu memasak bubur untuk anak tersayang.

Hari ni nak share 1 tips dgn ibu-ibu semua. Dalam previous post saya hari tu saya ada mention pasal beras yang dibekukan untuk masak bubur baby kan

Tujuannya untuk bagi beras cepat kembang dan tak perlu tunggu lama waktu masak bubur.

Bila ada yang personal message bertanya sebab tak berapa faham so ini saya share detail nye ye.

Actually tips bekukan beras ni sangat sesuai untuk ibu-ibu bekerja yang kesuntukan masa, housewife yang nak jimat masa pun boleh juga guna tips ni.

Cara-caranya boleh refer setiap gambar ya. Moga bermanfaat untuk semua.

1. Basuh beras bersih-bersih dan masukkan dalam bekas kecil.

2. Isi air melepasi paras beras.

3. Beras yang dah siap isi air terus masukkan dekat freezer untuk dibekukan.

4. Beras yang dah beku ready to cook.

5. Lalukan bekas beras beku dengan air.

6. Beras beku selepas dikeluarkan dari bekas.

7. Terus masukkan dalam periuk tanpa perlu defrost beras.

8. Tambah air lagi ikut sukatan yang diperlukan.

9. Selepas 5 minit beras dah kembang! Dalam 7-10 minit siaplah bubur nasi. Teksturnya pun cantik dan halus.

Basuh beras bersih-bersih & masukkan dalam bekas kecil
Isi air melepasi paras beras
Beras yang dah siap isi air terus masukkan dekat freezer untuk dibekukan
Beras yang dah beku ready to cook
Lalukan bekas beras beku dengan air
Beras beku selepas dikeluarkan dari bekas
Terus masukkan dalam periuk tanpa perlu defrost beras tu
Tambah air lagi ikut sukatan yang diperlukan
Selepas 5 minit beras dah kembang. Dalam 7-10 minit siaplah bubur nasi. Teksturnya pun cantik & halus
IKLAN