Ramai kaum ibu cukup ‘berhantu’ kalau boleh masuk kedai yang menjual pelbagai barangan rumah pada harga murah. Ibaratnya bawa RM50 dalam beg, keluar dapat berplastik-plastik barangannya.
Namun ada tanggapan orang, barang yang dijual kurang berkualiti dan sesetengah barangan plastiknya boleh memudaratkan kesihatan. Bagi menjawab persoalan dan tanggapan ini, Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim ada jawapannya.
Saya secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka yang harga murah ni. Bukan apa, saya suka kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah kita maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony… ke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius. Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ianya adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Untuk kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
Ads
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung.
Bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi. Yang lain masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar. Dan sistem sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semulajadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ianya dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ianya selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya. Semoga bermanfaat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam trimester akhir kandungan, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini hanya menunggu masa untuk melahirkan bayi lelakinya pada bila-bila masa sahaja.
Malah sebelum ini pun, Elly memberitahu dia dah pun bercuti bersalin dan kini banyak berehat di rumah sementara menunggu kelahiran baby Haider.
Terbaru di instagramnya, Elly memuat naik satu video menunjukkan anak perempuan sulungnya, Puteri Sara Sefhia sedang mengurut lembut kakinya yang sembab dan membengkak itu.
Menurut Elly, dia ada cakap yang kakinya sakit, tak sangka pula anak perempuannya itu terus mengambil besen berisi dan memintanya merendam kaki dalam air sambil mengusap lembut dengan sabun.
“Anak mama suka buat mata mama masuk cili..Mama cakap, kaki mama sakit, lalu Spa pun dibuka oleh Manja Sara Sefhia la dikkkkk..Love u Manja Papa Mama.”
Nampak sangat matang dari usianya kakak Sara Sefhia ini. Mungkin juga kakak faham keadaan mama dan tak sabar nak tunggu adik baby keluar nanti.
Apa yang terharunya, ketika Elly mengucapkan terima kasih pada Sefhia, lembut saja suara Sefhia membalas ‘you’re welcome’ dan ‘i love you too’.
Video yang dikongsikan oleh Elly itu mendapat reaksi dari peminatnya dan semua memuji kematangan Sefhia yang nampak bertanggungjawab dan penyayang.
Sejuk perut mama mengandung dapat anak yang penyayang seperti Sefhia. Kita tengok pun rasa terharu sebab pandai layan mama.
“Macam masih baru tengok kaki mama tu berstokin masa di wad lepas lahirkan awak dulu. Sekarang dah boleh berbakti untuk mama. Moga Allah memberkati dan memayungi mu hingga syurga Sara..”❤️
“Bagusnya anak bertuah..”
“Tengok tangan pun jadi laa, macam dah besar sangat, matang betul..”
Sebelum ini, ketika kandungannya 35 minggu, Elly dah dimasukkan ke wad apabila mula menunjukkan tanda kontraksi. Setelah ke hospital, doktor buat pemeriksaan, bayi mula bertenang dan dibenarkan pulang ke rumah.
Elly meminta orang ramai doakannya agar dapat melahirkan bayi lelakinya itu cukup bulan dengan selamat.
Kredit: IG Elly Mazlein
**Dapatkan barangan keperluan bayi pada harga yang sangat berbaloi di sini.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang mengikuti perkembangan Que Haidar, pasti mengetahui tentang cara pertuturan anak-anaknya dirumah yang menggunakan bahasa Inggeris. Que Haidar yang medirikan rumah tangga bersama Linda Jasmine dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan yang sangat comel.
Que Haidar telah berkongsi video di instagram dimana anaknya iaitu Tengku Cleopatra sedang mengadu sesuatu di dalam bahasa Melayu. Apa yang menariknya Cleo sudah fasih berbahasa Melayu.
PERGI CEPAT… PERGI CEPAT
KITA TAK BOLEH MARAH DIA, NANTI CIKGU MARAH
Cleo yang fasih berbasaha melayu jelas sekali menarik minat ramai yang menonton video tersebut. Rata-rata kagum melihat Cleo bertutur dalam bahasa melayu dan pujian-pujian di tinggalkan di ruangan komen.
Suka tengok family ni, tetap junjung bahasa ibunda
Eh Eh Cleo dah pandai cakap melayu
Arghh bahasa melayu dia, comel sangat
Respect, ur kids tak lupa bahasa ibunda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam satu mimpi yang langsung tak disangka-sangka. Tapi itulah janji Allah! Siapa sangka selepas 24 tahun menanti seorang zuriat, akhirnya Allah memakbulkan doa pasangan suami isteri ini dengan kehadiran seorang bayi perempuan comel dalam hidup.
Kehadiran bayi ini adalah yang ditunggu-tunggu oleh Fazilah dan suami sejak mula berkahwin sehinggalah usianya mencecah 43 tahun. Orang kata berkat kesabaran dan tak putus doa, ganjaran kini dah ada depan mata.
Difahamkan Fazilah telah selamat bersalin bayi perempuan pada 5 Jun lalu dengan bayi yang sihat dan tiada sebarang komplikasi.
Menerusi perkongsian di Facebook, Fazilah memuat naik beberapa keping gambar dengan meluahkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata itu selepas melakukan pelbagai usaha, ikhtiar dan doa yang tak pernah putus.
Menurut Fazilah, setiap pasangan suami isteri pastinya ingin memperoleh zuriat sendiri tetapi semua itu rahsia Allah dan percaya dengan rezeki masing-masing . Hanya cepat atau lambat saja.
Anugerah Terindah Penantian 24 Tahun …Syukur Pada Mu Yaa…Allah
Melahirkan adalah pengalaman yang sangat luar biasa. Saat melahirkan menunjukkan kekuatan tekad untuk membawa kehidupan baru ke dunia. Yaa…Allah berikan syurgamu untuknya kerana dia adalah syurga dalam hidupku.
Selama 24 tahun tempoh yang lama pelbagai ujian di tempuhi..Usaha, ikhtiar dan doa dengan penuh pengharapan ..tiada satupun pasangan suami isteri yg telah Allah satukan dlm pernikahan yg sah tidak mahukan zuriat tetapi rezeki manusia itu berbeza-beza.
Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim A.S telah berkahwin lama dan tidak dianugerahkan anak ujian yg dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S amat besar disebabkan Nabi Ibrahim merupakan insan yg Allah sayang…tetapi Nabi Ibrahim A.S tidak pernah berputus asa…sebagaimana doa Nabi Ibrahim A.S kpd Allah “Kurniakanlah kepadaku seorang anak dikalangan anak-anak yang soleh …sebagaimana isteri Nabi Ibrahim Siti Sarah memberi keizinan kpd Nabi Ibrahim A.S mengahwini Siti Hajar….dengan harapan agar Nabi Ibrahim A.S mempunyi zuriat…akhirnya Allah memberi zuriat kpd Nabi Ibrahim A.S..
Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah. Bagi pasangan yg menanti cahaya mata insyaallah satu hari nanti Allah akan rezekikan utk kita jua …kerana semua atas kehendaknya …
Syukur Alhamdulillah pada hari Jumaat 05.06.2020 saya selamat melahirkan anak perempuan Nur Fasihah Qhadeejah Binti Mohamad…jam 9.58 pagi …. anugerah terindah buat saya dan suami walaupun diusia yg sudah lewat.
Kegembiraan dalam tangisan penantian yg ditunggu-tunggu akhirnya Allah makbulkan …saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kpd Doktor K.Anussia Klinik Kesihatan Lawin …semua jururawat ..terutamanya kak zaharaton yg memberi perkhidmatan yg terbaik hanya Allah yg dpt membalas segala kebaikan ….kepada yg bertanyakan khabar…mendoakan yg baik2 utk sy…semoga Allah membalas sagala kebaikan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.