Menurut Dr Noor Hisham, tiga jenis ubat yang berdaftar di negara ini dikenal pasti boleh digunakan untuk rawatan Covid-19 dan bekalan ubat tersebut telah sedia ada di Malaysia.

Ubat-ubat tersebut adalah ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir/ Ritonavir’.

Tiga Jenis Ubat Rawat Covid-19 Dikenal Pasti, Bekalan Ada Di Malaysia

IKLAN

STATUS UBAT BAGI RAWATAN COVID-19 DI MALAYSIA

1. KKM ingin melaporkan berkenaan status ubat bagi rawatan COVID-19 di Malaysia. Semakan dengan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati bahawa ubat ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir/ Ritonavir’ adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Bekalan ubat tersebut telah sedia ada di Malaysia untuk kegunaan rawatan penyakit lain dan boleh digunakan untuk rawatan COVID-19.

IKLAN

2. Bekalan ubat-ubatan yang memerlukan pengimportan seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19. Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh World Health Organization (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial – COVID-19’ yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan. NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin. Bagi ubat Favipiravir, KKM sedang mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal.

3. Dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), KKM.

IKLAN

4. KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI