Lumrah orang perempuan memang suka beli tapi sayang nak guna. Bila suami tanya “kenapa tak guna barang yang dibeli tu?” Jawapannya “yang lama elok lagi, sayanglah nak guna yang baru..”
Bukan saja pinggan mangkuk, kasut, beg tangan, baju atau apa saja mesti simpan dulu. Kadang bila mengemas baru perasan barang yang dibeli beberapa tahun lepas masih tak guna dan elok je dalam kotak atau plastik.
Sama juga set pinggan mangkuk atau tupperware kebanyakan ibu-ibu rela simpan dalam almari. Hanya guna sesekali jika ada tetamu datang, majlis tertentu ataupun ketika Hari Raya.
Kalau diikutkan, barang-barang yang kita beli jika disimpan saja dan tak guna, kita akan berat saat dihisab nanti. Na’uzubillahi min zalik. Ingat bukan tak boleh membeli, boleh tetapi jangan mengumpul harta.
Seperti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor, ada tiga perkara yang dia belajar dari arwah maknya sehingga buatkan diri tersedar dan cuba ubah untuk jadi lebih baik.
1) Pinggan mangkuk untuk kegunaan keluarga dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam.
Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami atau anak-anak dapat merasa guna pinggan cantik kan. Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata abah,
Ads
“ Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun..”
2) Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun tak apa asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila mak meninggal saya wakafkan telekung-telekung dia yang masih elok di surau- surau.
3) Sejadah. Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Encik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya mengambil anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir, jelas terpancar kegembiraan di wajah pasangan ini.
Achey memberitahu dalam tempoh ini, bukan hanya kegembiraan semata-mata tetapi isterinya sedang dalam proses menjadi ibu susuan kepada anak angkat mereka, yang kini hampir berusia dua bulan.
Menurutnya, dia dan isteri bersepakat melakukan proses itu dalam menjadikan Nur Tiara sebagai mahram selain untuk mengelakkan isu lain pada masa akan datang.
“Alhamdulillah selepas mendapat pandangan daripada keluarga dan ahli agama kami sepakat untuk jadikan dia anak susuan agar tak timbul soal mahram apabila dia dewasa kelak.
“Sekarang masih dalam proses dan alhamdulillah Allah pun permudahkan proses itu untuk isteri saya,” katanya.
Achey dan isteri mengambil Nur Tiara sebagai anak angkat pada 6 Ramadan lalu.
Nur Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu pada pukul 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dalam pada itu, Achey berkata, Nur Tiara juga sudah sah menjadi anak angkat mereka dari segi undang-undang selepas membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM).
Kata Achey lagi, walaupun prosesnya sedikit rumit namun dia lega dapat menyelesaikan perkara itu demi masa depan anak mereka.
“Memandangkan kami tidak pernah berdaftar dengan JKM untuk proses ambil anak angkat… Ambil dulu baru daftar, jadi prosesnya banyak sikit.
“Tetapi tidak mengapa, baik saya selesaikan sekarang pendaftaran sijil kelahirannya dan perakuan Nur Tiara sebagai anak angkat agar tiada masalah berbangkit di kemudian hari,” jelasnya.
Sementara itu, Nur Hasanah pula berkata, walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman sebagai ibu bapa namun kehadiran Nur Tiara banyak mengajar mereka.
Malah Nur Hasanah turut memuji Achey yang disifatkan sebagai ringan tulang bagi menguruskan anak mereka.
“Kalau Tiara terjaga malam, Achey yang bangun tukar lampin, buat susu… Alhamdulillah dia sangat membantu.
“Dari situ juga kami sama-sama dapat belajar kerana tidak pernah ada pengalaman tetapi semuanya dipermudahkan dan ramai membantu dalam memberi tip keibubapaan,” ujarnya.
Sumber: mstar & ig achey/ tiara zinnirah nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali beli buku pasti anak akan koyakkan bila dah jemu membaca. Salah satu sebabnya kerana buku dah pun lusuh dan anak-anak pun hilang minat untuk membaca. Sebenarnya ada cara nak pastikan buku anak-anak masih dalam keadaan baik dan nak elakkan mereka mengoyaknya.
Cara yang dikongsikan oleh ibu ini, Yatie Eimra bagus juga untuk ibu praktikkan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim persekolahan yang bakal bermula awal tahun depan. Dapatlah buku kekal sampai hujung tahun.
Tip Penjagaan Buku
Orang kata bagus kalau kita beri anak pendedahan pada buku sejak dari kecik supaya boleh pupuk minat anak untuk membaca. Masa anak 1½tahun dulu, dia ada buku favourite dia tapi kalau dah namanya bebudak, kompemlah suka main dan koyak buku. Masalahnya bila buku favourite dia koyak, terpaksalah saya belikan buku yang sama lagi. Lepas tu anak main & koyak lagi dan lagi.. ?
Sekarang ni pulak, buku favourite dia gambar ultraman lak. Asyik bawak jenjalan sampai dah terkoyak bahagian tepi buku tu. Saya memang nak pupuk anak suka membaca buku, tapi dalam masa yang sama saya tak nak ajar anak tak hargai barang. Dapat buku baca/main sampai koyak² & terpaksa beli baru. Nak-nak anak dah makin besar ni, nak latih supaya lebih hargai buku & barang dia.. Iyelah, saya bukannya berasal dari famili yang senang, dulu nak beli sebuah buku pun kena menyimpan.
Sebab tu saya suka jaga buku (termasuk gak koleksi novel zaman belajar dulu) ? & selotape bahagian bucu buku, balut dan sebagainya. Dak Fydh ni lak, makcik dia bagi buku yang beli dari luar negara. Kang kalau koyak, memang tak ler ummi nak belikan nak oii?
So sekarang kita guna teknik selotape untuk buku anak lak.? Bila selotape ni, buku tak mudah koyak & tahan lebih lama (walaupun dah renyuk tapi tak mudah terkoyak). Boleh gak terus selotape buku yang baru untuk prevent dari koyak. Saya lagi suka selotape buku masa masih baru, sebab nanti takdelah rosak teruk. Anak baca/main lasak sikit pun, tak risau.
Guna selotape besar camni.
Saya bukakkan buku & selotape sekeping². Tapi kalau tak nak bukak pun takpe. Selotape pada seluruh permukaan kertas untuk jadikan kalis air & kalis koyak ? Nak selotape sebelah atas je pun boleh (tak mudah koyak, tapi sebelah atas je kalis air), tapi kalau selotape 2-2 belah lagi bagus.
Untuk mukasurat tengah, pastikan selotape atas stapler sebagai langkah keselamatan. Takdelah terkena kat jari bebudak tu..
Selotape dari tengah buku memanjang ke bawah (anak panah merah). Guna selotape saiz biasa pun takpe. Ni sekadar nak bagi senang nampak. Selotapekan jugak kulit dari luar (sebab bila dah lunyai macam ni, kulit buku akan mudah terkoyak)
Kalau ada buku jenis tetingkap camni (lift the flap book), selotape kat bahagian bawah bukaan supaya tak koyak habis.
Jom buat untuk anak-anak kita
Kredit: Yatie Eimra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa sedar, perasaan dan emosinya terjerut yang kemudiannya akan menjadi punca kepada berontaknya jiwa mereka. Susunan kelahiran boleh memberi kesan kepada anak-anak anda terutamanya anak kedua atau di tengah.
Sindrom anak kedua atau anak tengah adalah masalah besar pada kanak-kanak hingga ada yang mengatakan anak kedua sering menimbulkan masalah dan buat perangai.
Menurut pakar psikologi Kevin Leman dama bukunya, The Birth Order Book,anak tengah adalah anak kedua yang dilahirkan dalam keluarga lebih daripada dua adik beradik. Ada kala, anak tengah merasa kekurangan dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian ibu mama dan papa. Antara gejalanya ialah;
Anak tengah mungkin tidak ada rasa “memiliki” kepada keluarga seperti anak-anak lain. Dia rasa dia perlu berjuang untuk lebih untuk dekat dengan keluarga kerana berasa diabaikan dan ‘tidak diingini’. Kadang-kadang, anak tengah juga merasakan dihimpit di antara adik-beradik yang lain. Dia rasa tiada ruang untuk dirinya di dalam keluarganya!
Cara atasi: Mama dan papa perlu memberikan perhatian. Selalu ajaknya bermain dan ucapkan penghargaan dan memuji mereka agar mereka tidak terpinggir.
2.Rendah diri
Anak kedua atau pertengahan selalu merasakan bahawa dirinya tidak diingini dan mungkin mempunyai harga diri yang sangat rendah. Malah lebih buruk lagi, si kecil membina rasa “tidak diperlukan” dalam dirinya hingga boleh menjejaskan emosinya sehingga dewasa. Hal ini mempunyai kesan yang serius kepada pembangunan keseluruhannya. Dia akan mengalami perasaan rendah diri dalam proses pembesarannya. Keyakinan dirinya juga mungkin tipis kerana perasaan yang terlepas pandang oleh mama dan papanya
Cara atasi: Jangan membandingkan mereka dengan adik-beradik lain dan cari jalan untuk mengawal tindak balas anak kepadanya supaya dia berasa seiring dengan anda.
3.Suka menyendiri
Selalunya mereka lebih cenderung menyendiri dalam apa-apa aktiviti serta mempunyai personaliti introvert atau tidak suka bersosial. Mereka merasa seperti orang luar dalam keluarga. Oleh sebab itu mereka suka melakukan semua perkara sendiri seperti memakai pakaian sendiri, makan sendiri atau bermain sendirian. Suka menghabiskan masa dengan bersendirian kerana berasakan tiada orang mengendahkan dirinya. Dia cuba untuk mencipta dunianya sendiri dan berdikari.
Cara atasi: Adakan waktu khas untuk mama atau papa dengan dia si anak tengah. Luangkan masa untuk bermain bersama-samanya. Main peranan masak-masak atau sekadar membaca bersama-sama. Mama juga boleh mengajaknya keluar berdua sahaja tanpa membawa adik-beradik lain. Katakan hari ini girls day out!
4.Kecelaruan
Kanak-kanak yang menghidap sindrom kedua juga tidak jelas arah tuju. Terdapat banyak kekecewaan di dalam diri mereka dan mereka berjuang untuk mencari arah yang sebenar kehidupan mereka. Mereka tidak selesa untuk berhubungan rapat dan bermesra dengan ibu bapa dan adik-beradik mereka. Ada juga keadaan anak tengah lebih rapat dengan kakak atau abang berbanding ibu dan ayahnya sendiri! Kebanyakan mereka yang mengalami sindrom ini mempunyai risiko kecelaruan untuk menentukan minat, menyalurkan bakat serta tiada arah tuju.
Cara atasi: Mereka mahukan perhatian anda dan kata-kata perangsang. Pandulah potensi dan bakat dirinya kepada bidang yang bersesuaian agar dia boleh melihat jelas masa depannya.
5.Keras kepala dan buat perangai
Selalunya, anak kecil akan percaya apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahnya dan benar-benar bergantung kepada kedua-duanya. Tetapi tidak bagi si manja yang mengalami sindrom anak pertengahan ini. Mereka yang sudah menanamkan perasaan diabaikan dan tidak disayangi dalam dirinya berasa sukar untuk mempercayai dan mendengar kata-kata orang lain. Ada kalanya mereka ini cenderung untuk keras kepala dan enggan mendengar pendapat orang lain.
Cara atasi: Sementelah dirinya dirasakan terabai, kata-katanya juga enggan didengari. Tidak adil bagi si kecil ini. Justeru, biarkan si kecil meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Biar dia merasakan dirinya ‘didengari’. Mintalah pendapatnya dalam apa-apa hal secara spontan. “Apa pendapat kakak kalau ibu pakai baju ini dengan seluar ini?” atau “Abang rasa kita perlu atau tidak bersihkan sangkar kucing kita? Dah kotor ke? Cuba Abang tengok?”.
TIP TANGANI AWAL SINDROM ANAK TENGAH
Sindrom anak kedua ini memanglah kelihatan tidak berbahaya namun dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan emosi dan psikologi si anak. Hal ini memanglah mencabar dan perlukan inisiatif dan tanggungjawab dari ibu dan ayah. Berikut adalah perkara yang boleh untuk menangani tanda-tanda awal sindrom ini.
a)Bersikap adil
Berikan sama rata apa jua barang atau hadiah kepada si manja dan adik- beradiknya. Misalnya untuk hadiah hari jadi si abang mendapat kamera digital manakala adiknya mendapat sebuah basikal baru manakala bagi dirinya hanyalah sebuah buku. Ini jelas tidak adil untuk si anak tengah!
b)Luangkan masa untuk setiap anak
Cuba ingati masa yang anda luangkan untuk setiap anak, adakah seimbang adakah adil? Jika merasakan ada anak yang ketinggalan dalam meraih perhatian anda, maka lebihkan fokus dan masa anda kepadanya untuk tempoh tertentu.
c)Beri perhatian
Misalnya si kecil bercerita kepadanya yang dia berasa sunyi dan ingin memasak atau bermain dengan anda. Ini tandanya dia perlukan perhatian anda. sesuaikan dengan keadaan anda. Biarkan dia membantu anda memasak kerana sekurang-kurangnya anda dan dia dapat meluangkan masa bersama-sama.
d)Bijak guna masa
Masa terhad di rumah menjadi kekangan untuk anda memberikan perhatian kepada setiap anak. Manfaatkan masa di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke tadika atau semasa makan untuk bertanya tentang perkembangan terkini dirinya. Misalnya tentang apa yang dia makan di sekolah, kawan rapatnya hadir ke sekolah atau tidak dan sebagainya. Hal ini menunjukkan anda berminat kepada dirinya dan dia rasa tidak terabai.
e)Cuba empati
Letak diri anda pada kedudukan anak. Dengan ini anda boleh merasakan jika dia sedang cemburu, menjauhkan diri dan sedih dengan tindakan anda. Anda juga boleh mengesan perubahan dirinya dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membuatnya bersedih.
Sempena kemerdekaan yang ke-63 tahun ini dengan tema Malaysia Prihatin, NU Ideaktiv juga menunjukkan sokongan dengan #kitakansama. Semoga Malaysia terus sejahtera dan berjaya di masa hadapan!
#kitakansama #MalaysiaPrihatin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.