Bella, anak sulung Datuk Dr Sheikh Muszaphar baru berusia 7 tahun tapi sudah pandai buat karangan. Netizen juga memuji tulisan tangan Bella yang cantik!
Bella atau Sophea Isabella, 7, adalah cahaya mata pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan pertama negara. Baru-baru ini beliau berkongsi tentang karangan bertajuk ‘About Me’ yang ditulis Bella di Instagram. Karangan mengenai diri dan keluarga yang ditulis Bella adalah jujur dari kaca mata seorang anak kecil.
Pic – Bella’s essay which surprises me!
An essay says a lot about the person who writes them especially when it’s written by kids – since kids do not lie . They just don’t know how especially those who are below 7 years old .
Ads
As usual after doing homework with the girls I always make it a routine to check their bags … and found this essay written by Bella.
I’m glad she feels confident and secured about herself . The bully part is totally true which she always gives in to Tasha , she loves the twin boys and feel she’s more famous than me – Haha !
Which is true as she gets more fans wanting to take pictures with her when I bring her along with me .
Love As Always …
Just sharing the things that you learn from your child .
Ads
PS – Need to investigate why she wrote “ sometimes happy “. ?
And forgive her spelling mistakes …
Ada satu perkara yang merisaukan si ayah bila Bella menulis dia ‘sometimes happy’ dalam karangannya itu hinggakan Datuk Dr Sheikh Muszaphar mahu menyiasat. Ini adalah hasil siasatan beliau.
Ilmu memasak seharusnya diperlu diterapkan kepada anak-anak sejak kecil agar anak mahir untuk berada di dapur. Baik anak perempuan mahupun anak lelaki, kesemuanya harus dibiasakan sejak kecil lagi.
Bagi superdaddy, Khairul Abdullah, menyedari akan kelebihan memasak ini untuk anak-anaknya, sejak awal-awal lagi kemahiran memasak sudah dipraktikkan kepada anak-anaknya.
Biar anak berdikari dan tahu selok belok di dapur malah mahir memasak sepertinya yang menyediakan hidangan berkhasiat untuk anaknya setiap hari. Ini yang dikongsikan oleh beliau di facebooknya malah seharusnya dicontohi oleh kita semua.
Sebagai seorang lelaki yang mahir memasak, semestinya aku nak anak-anak turut mahir atau sekurang-kurangnya boleh memasak. Benda ni kena pupuk, tak kiralah anak lelaki ke perempuan.
Salah satu cara adalah dengan bagi depa main masak-masak. Ini untuk tarik minat dan bagi depa full experience mengunakan alatan memasak.
Nak bagi yang real tu setakat memasak yang simple dan guna alatan yang simple dan tak tajam dan merbahaya tu of course kita benarkan. Tapi kalau dah nak kena potong bagai tu seram jugak kan.
Aku bacalah, kelebihan memasak dengan anak-anak atau bermain masak-masak dengan anak-anak bukan setakat bagi depa suka dan pandai masak, its more than that.
1. Meningkatknan kemahiran hidup. Anak yang suka memasak dan boleh memasak, campak kat mana pun dia tak kebulur nanti.
2. Menjadikan anak tidak memilih makanan. Bila depa reti dan pandai masak, inshaAllah depa makan apa sahaja, tak jadi picky eater.
3. Meningkatkan kualiti kesihatan. Kajian menunjukkan orang yang makan di rumah (home cooked) adalah lebih sihat dan bahagia. Jadi kita nak anak-anak sihat.
4. Membangunkan fizikal anak. Pegang, potong, gunting, gelek, gulung, susun semuanya ni menjadikan fine motor skils anak-anak lebih bagus.
5. Kebijaksanaan. Anak-anak belajar berkomunikasi, belajar mengira, belajar sains melalui memasak ni. Kalau ada playkitchen ni depa belajar memasak, berjual-beli dan macam-macam kemahiran.
6. Membina hubungan yang baik. Anak-anak akan lebih bonding dengan mak-ayah, adik beradik, rakan-rakan. Depa akan belajar berkerjasama dan bertolak ansur.
Haaa, itu serba sedikit kebaikan bagi anak-anak memasak bersama kita dan jua main masak-masak sendiri atau bersama adik beradik dia yang lain.
Aku harap anak-anak aku ada basic skill memasak ni. Benda penting untuk survive ni. Bukan tentang masak apa yang sedap, tetapi tentang kebolehan mengolah barang asas kepada makanan. Contohnya kalau ada tepung sahaja, apa yang dia boleh masak dengan tepung tu. Apa sains di sebalik tepung, air, garam dan telur.
Once dia ada that skill, inshaAllah dia tak kebulur dan boleh hidup di mana-mana sahaja. Okeh, aku sekarang tengah berkira-kira nak beli playkitchen tu. Dah tengok dah di Shopee brand Mamakiddies, rega dia RM399. Sat nak pecah tabung.
Ehhh, ehhh, lagi satu. Memasak tak menjadikan anak lelaki kita lembut dah lemah gemalai macam sotong okeh.
Macam aku ni, kekal kacak dan macho jer pun. Dan, pandai masak sambal sotong.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu diketahui mempunyai banyak manfaat. Selain kaya dengan kalsium, susu juga adalah minuman yang memberikan pelbagai sumber nutrisi seperti protein, karbohidrat, lemak dan vitamin.
Walau bagaimanapun, adakah kebarangkalian susu boleh membahayakan kesihatan jika diambil terlalu banyak?
Berikut merupakan alasan mengapa minum susu terlalu banyak boleh memberi kesan buruk, sama seperti jika tidak minum cukup susu:
Berat berlebihan dan obesiti
Menurut kajian yang dijalankan selama 3 tahun dalam kalangan kanak-kanak sekolah, mereka yang diberikan 3 gelas susu atau lebih setiap hari adalah lebih berat daripada kanak-kanak yang minum susu dalam jumlah yang lebih rendah.
Kajian menunjukkan bahawa penambahan pengambilan susu; tidak kira susu skim atau lemak penuh, tiada kaitan dengan kawalan berat badan, tetapi dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak.
Kajian membuktikan bahawa walaupun tiada hubungan antara kenaikan berat badan dan lemak tenusu, namun kandungan kalsium dalam produk tenusu sebenarnya menggalakkan kenaikan berat badan.
Kekurangan zat besi dan anemia
Minum banyak susu boleh menyebabkan kalsium yang ada dalam susu, menghalang penyerapan dan penghasilan zat besi. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa paras zat besi kanak-kanak menurun dengan drastik selepas minum susu berlebihan.
Tambahan pula, memandangkan susu merupakan minuman yang tinggi tenaga yang menggalakkan kekenyangan pada tempoh yang lama, maka kanak-kanak yang minum terlalu banyak susu akan rasa kenyang sehinggakan mereka tidak mahu makan sebarang jenis makanan.
Kekurangan zat besi menghalang pengeluaran darah dan penghantaran oksigen, yang akan mengganggu prestasi kognitif dan perkembangan kanak-kanak.
Kekurangan zat besi yang berpanjangan menjurus kepada anemia, iaitu keadaan yang menimbulkan pelbagai bahaya pada kesihatan seperti lemah fizikal, kesukaran memberi tumpuan, sakit dada, tekanan darah rendah, dan peningkatan kecenderungan kepada jangkitan.
Pengambilan kerap dan berpanjangan untuk makanan yang tinggi tenaga, tetapi rendah serat seperti susu boleh membawa kepada sembelit atau pergerakan usus terbantut disebabkan kurangnya pengambilan serat – komponen penting untuk pergerakan usus yang sihat dan normal bagi semua peringkat umur individu.
Kanak-kanak yang kuat minum susu juga selalunya terlalu kenyang untuk makan makanan serat lain. Selain itu, prosedur pempasteuran atau UHT (Suhu Ultra Tinggi) juga dipercayai memusnahkan semua enzim yang diperlukan untuk susu dicerna dengan betul dalam tubuh.
Intolerans laktosa dan alahan
Jumlah susu yang boleh diminum oleh kanak-kanak bergantung kepada berapa banyak laktosa yang boleh dihasilkan. Sesetengah kanak-kanak mungkin boleh minum beberapa gelas susu sehari, sementara sesetengah yang lain hanya boleh minum beberapa hirupan susu sahaja.
Tanda-tanda intolerans laktosa termasuklah kejang dan kembung perut, serta cirit-birit. Sementara, alahan protein susu boleh menyebabkan simptom yang teruk seperti muntah-muntah, gatal, berdehit, atau juga anaphylaxis – masalah dengan pernafasan.
Pengambilan susu: Berapa banyak yang dianggap terlebih susu?
Kajian dilakukan oleh Canadian Institutes of Health Research dan St. Michael’s Hospital Foundation terhadap 1311 kanak-kanak sihat di Toronto, yang berusia lingkungan umur 2 hingga 5 tahun.
Pemerhatian kajian adalah pada paras vitamin D dan zat besi dalam sampel darah kanak-kanak, di samping memantau jumlah susu yang mereka ambil setiap hari, penyelidik menyimpulkan bahawa kanak-kanak disarankan minum susu sebanyak 500 mililiter setiap hari untuk mendapatkan paras zat besi dan vitamin D yang secukupnya.
Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak boleh minum susu lebih daripada 700 ml setiap hari.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang, kalau nak didik anak biarlah dari usianya masih kecil. Mereka ibarat kain putih, ibu ayahlah yang ebrtanggungjawab untuk mencorakkannya. Banyak nilai murni yang perlu diajarkan pada anak supaya mereka membesar menjadi individu yang positif.
Salah satunya adalah sifat sabar agar ia dapat menjadi asas bagi membentuk disiplin dan buat anak menjadi lebih berbudi pekerti.
Anak pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson iaitu Isaac Raees selalu mendapat perhatian para pengikut di media sosial kerana wajahnya yang comel serta telatahnya yang bijak.
Meninjau ke akaun TikTok @zahirahmacwilson, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Isaac di meja makan. Di dalam video itu, Zahirah meletakkan coklat di dalam sebuah mangkuk dan meminta Isaac untuk tidak memakannya sehingga dia kembali.
Dengan yakin dia menjawab okey dan bermulalah adegan comel Isaac yang memujuk dirinya untuk bersabar dan tidak memakan coklat itu. Sambil mencuit-cuit coklat itu, dia ketawa dan menyebut “Wait, sabarr.”
Tonton video;
Lucunya kerana beberapa kali dia melihat coklat itu dan kelihatan seperti tidak sabar untuk makan, tetapi terus memujuk diri untuk bersabar.
Ternyata gelagat Isaac mencuit hati ramai orang untuk meninggalkan komen;
Cabaran tersebut berjaya ditempuhi Isaac dan dia tidak makan walaupun sedikit coklat yang ada sehingga Zahirah kembali. Dia kemudiannya dibenarkan untuk makan dan menyuapkan coklat itu pada mommynya. Memang patuh pada arahan, penyabar. Baguslah Isaac, good boy!