Adakah dikira pahala sunat sekiranya mencukur rambut anak lelaki yang baru lahir terlebih dahulu sebelum melakukan aqiqah kerana tidak cukup wang untuk melakukan majlis aqiqah pada hari ke-7 kelahiran?
Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang perkara ini. Ikuti perkongsian daripada lama sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini.
Sunat cukur rambut pada hari ke-7 walaupun masih belum berkemampuan untuk melakukan sembelihan aqiqah. Pahala sunat tetap dikira walaupun apa yang lebih baik adalah melakukan aqiqah terlebih dahulu sebelum mencukur rambut berdasarkan hadis Nabi SAW dan pandangan para ulama dalam bab ini. Namun begitu, sekiranya tidak mempunyai kelapangan waktu atau terdapat kekangan tertentu, maka boleh menangguhkan majlis aqiqah di kemudian hari sama ada pada hari ke-14, hari ke-21, atau mana-mana hari yang berkelapangan.
Namun begitu, sunnah-sunnah lain seperti mencukur rambut dan pemberian nama tetap dilakukan pada hari ke-7 kerana kesemuanya merupakan sunnah yang berbeza-beza dan tidak terikat untuk melakukannya secara serentak.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda SAW, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.
Mencukur rambut bayi merupakah salah satu perkara sunat yang digalakkan oleh Syarak. Ini berdasarkan hadith daripada Saidina Ali RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.” Ali berkata: “TImbangannya menyamai satu dirham atau setengah dirham.”
Riwayat al-Tirmizi (1519)
Ads
Namun begitu, timbul persoalan berkenaan di antara mencukur rambut dengan aqiqah, yang manakah perlu didahulukan?
Bagi menjawab persoalan di atas, Imam Nawawi Rhm. dalam hal ini menyebut khilaf ulama Syafieyyah dalam hal ini,
Maksudnya:“Berkenaan isu adakah didahulukan cukur rambut berbanding sembelih (aqiqah)? (Jawapannya) Terdapat dua pandangan. [Pandangan paling tepat] adalah seperti yang dipegang oleh penulis, al-Baghawi, al-Jurjani, dan selain mereka bahawa disunatkan mencukur rambut setelah melakukan aqiqah (kerana) terdapat hadis yang menunjukkan isyarat (tertib) sebegitu. [Pandangan kedua menyebut] disunatkan mencukur rambut sebelum melakukan aqiqah. Pandangan ini dipegang oleh al-Mahamili dalam kitabnya al-Muqni’ dan dirajihkan oleh al-Ruyani sepertimana yang dinukilkan daripada ibarat Imam al-Syafie. Wallahua’lam.”
(Rujuk: al-Majmu’ Syarh Muhazzab, 8/433)
Hadis yang dimaksudkan imam Nawawi di atas merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda,
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih (aqiqah) untuknya pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya, dan diberikan nama.”
Riwayat Abu Daud (1522)
Mengikut susunan hadis di atas, saranan untuk sembelihan akikah disebut terlebih dahulu sebelum disebutkan cukur rambut dan pemberian nama. Perkara ini dikuatkan lagi dengan pandangan yang diriwayatkan ‘Abd al-Razzaq dalam mushannafnya, daripada Ibn Juraij, katanya:
يُبْدَأُ بِالذَّبْحِ قَبْلَ الْحَلْقِ
Maksudnya: “Dimulakan dengan sembelihan (aqiqah), kemudian cukur rambut.”
(Rujuk: Mushannaf ‘Abd al-Razzaq, 4/332)
Ads
Berdasarkan perbahasan di atas, tertib yang paling terbaik adalah seperti yang ditunjukkan dalam hadis di atas iaitu mendahulukan majlis aqiqah terlebih dahulu sebelum melakukan cukur rambut dan selainnya pada hari ke-7 kelahiran.
Sekiranya tidak berkelapangan atau mempunyai kekangan-kekangan tertentu, maka boleh menangguhkan majlis aqiqah pada hari ke-14 atau hari ke-21. Sekiranya masih tidak berkelapangan juga, boleh melakukannya pada bila-bila waktu yang berkelapangan sebelum umur bayi menjengah akil baligh.
Namun begitu, sunnah-sunnah lain seperti mencukur rambut dan pemberian nama tetap dilakukan pada hari ke-7 kerana kesemuanya merupakan sunnah yang berbeza dan tidak terikat untuk melakukannya secara serentak.
Jangan cium mulut anak, mulut adalah bahagian privasi anak. Cium mulut/bibir anak ini tidaklah melambangkan sayang sebenar. Pilihan lain untuk menunjukkan kasih sayang dari segi sentuhan adalah dengan usapan kepala dan belakang badan ataupun pelukan. Bibir adalah bahagian sensitif yang sepatutnya dijaga sentuhannya.
Sumber: Canva
Melalui perkongsian Wan Nur Syakira di facebook, perbuatan mencium mulut anak tidak boleh dilakukan dan dibiasakan kerana bibir termasuk dalam bahagian sensitif dan hanya anak-anak sahaja yang boleh pegang. Antara bahagian yang peribadi atau private adalah bibir, dada, zakar/faraj, punggung dan paha. Ini hak ekslusif mereka sahaja.
Menurutnya lagi, antara sebab kenapa ibu bapa tidak dibenarkan untuk cium bibir anak-anak adalah:
Bibir termasuk dalam anggota private part dan juga anggota seksual
Bibir ini sangat sensitif dan membuatkan manusia teransang .
Bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal sahaja iaitu suami dan isteri.
Kawasan bibir adalah kawasan yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dibimbangi boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti.
Kanak-kanak kecil tidak terlepas dari rasa “pleasure” akibat rangsangan itu. Mungkin ada masih bergurau mesra dengan kanak-kanak dengan mencium bibir mereka, hentikan dan gunakan cara lain yang lebih baik untuk bergurau dengan mereka.
Melalui perkongsian Dr Taufiq Razif, alternatif buat Ibu bapa boleh cium di tempat lain seperti:
1. Ciuman di kepala (ciuman kebanggaan)
Bila kita rasa berbangga dengan pencapaian anak kita. Contohnya dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
2. Ciuman di dahi (tanda reda)
Bila anak kita buat sesuatu yang membuatkan kita rasa reda dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Ciuman di pipi (ciuman rindu)
Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru pulang dari sekolah, tempat terbaik nak cium adalah di bahagian pipi.
4. Ciuman di tangan (ciuman kasih sayang)
Ciuman di tangan sangat istimewa, sebab itu kita perlu mengajar anak kita mencium tangan kita bagi menzahirkan rasa hormat dalam diri.
Kita perlu hormat sensitiviti anak dari kecil dan ajarkan anak pendidikan seksualiti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
April Merupakan Bulan Kesedaran Caesarean Sedunia. Caesarean bukanlah pengakhiran kepada kelahiran normal. Berapa ramai yang boleh melahirkan secara normal selepas melahirkan secara caesarean pada kali pertama.
Anda perlu tahu
• Ibu caesarean merupakan seorang ibu yang kuat kerana mereka berjaya mengatasi ketakutan dan menerima sebarang komplikasi yang boleh berlalu sepanjang pembedahan dan selepas pembedahan. Malah, mereka juga tahu komplikasi yang bakal mereka terima pada kehamilan seterusnya tetapi mereka terus hamil lagi dan mendoakan kelahiran yang normal boleh mereka lalui.
• Ibu caesarean merupakan ibu yang berani kerana kita sendiri tahu tidak ada suami/keluarga boleh menemani mereka semasa di dewan bedah. Betapa gugupnya sendirian dikelilingi orang asing yang terdiri dari doktor, jururawat serta ppk di dalam dewan bedah. Tangan yang mampu mereka pegang semasa dalam ketakutan hanya tangan perawat berbeza dengan kebanyakan ibu yang melahirkan normal, ada sahaja suami/keluarga yang boleh menemani di dewan bersalin. Tabah bukan?
• Ibu caesarean merupakan ibu yang sentiasa tidak hirau parut yang jelas kelihatan di abdomennya. Parut itu merupakan tingkap kepada kelahiran anak kedunia dan tidak kira besar mana dan lebar mana saiz parut itu pun, ia tidak menganggu emosi si ibu malahan ia merupakan satu kenangan seumur hidup yang boleh dikongsikan dengan si anak tanda pengorbanan sewaktu melahirkan.
Ibu caesarean juga hamil 9bulan dan membawa perut kesana kemari seperti ibu melahirkan normal.
Ada ibu caesarean turut merasa sakit mahu melahirkan juga seperti ibu kelahiran normal.
Ada ibu caesarean tidak mempunyai pilihan untuk dibedah berbanding ibu yang melahirkan normal
Ibu caesarean juga turut merasakan erti menjadi seorang ibu sama seperti ibu melahirkan normal.
Maka, tidak kira melahirkan secara caesarean atau normal sekalipun, nikmat menjadi ibu tidak boleh dinafikan sama sekali.
Diberikan bius, dilapah abdomen dari kulit ke rahim, dijahit lapis demi lapis, kemudian perlu bangun setelah beberapa jam kesan bius hilang, tunggu pula beberapa hari baru boleh pulang jika masih dikatakan tidak punya pahala selayaknya ibu melahirkan normal, anda memang kejam. Ibu caesarean, usahlah merasakan diri serba kekurangan.
Berbengkung memberikan banyak manfaat kepada ibu selepas bersalin. Ibu-ibu jangan mengelat rutin ini semasa berpantang!
Rutin berpantang berbengkung yang juga dikenali sebagai berbarut ini dilakukan oleh wanita sejak berzaman kerana terbukti memberikan banyak manfaat kepada wanita selepas bersalin.
Menurut juruterapi berpengalaman Noraziati Ahmad dari Urban Women Spa, wanita tidak sepatutnya mengabaikan rutin berpantang selepas bersalin. Kini banyak jenis bengkung terdapat di pasaran dan tidak menjadi alasan untuk melengah-lengahkannya. Pilihlah yang mana sesuai dengan rutin berpantang dan praktikaliti kepada anda.
Lebih labuh kain bengkung maka lebih baik kerana jika lebih panjang ia akan membantu meliputi daripada bahagian bawah payudara sehingga ke paha untuk kesan yang lebih optimum.
BILA BOLEH MULA BERBENGKUNG?
Berbengkung bagi wanita selepas bersalin normal dilakukan tiga hari selepas bersalin. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean pula, bolehlah mula memakai bengkung bertali dua minggu selepas bersalin tetapi dilonggarkan pada bahagian atas parut bedah.
Bagaimana pun semasa ibu ketika di dalam wad selepas bersalin sudah boleh mula memakai bengkung lembut berpelekat sebagai langkah awal mengelakkan perut menggeleber dan ibu lebih selesa.
Menurut Noraziati, dalam rutin berpantang harian, berbengkung dilakukan selepas selesai mandi herba, berurut dan bertungku. Selepas berbengkung, lazimnya ibu akan diberikan jamu kencur untuk pemulihan dalaman.
11 MANFAAT BERBENGKUNG
1. Bengkung mengampu bahagian perut. Ibu rasa lebih selesa untuk bergerak selepas bersalin terutama sekali semasa di hospital.
2. Lazimnya wanita selepas bersalin perutnya tidak segera mengempis. Berbengkung mengelakkan perut menggeleber dan lama-kelamaan akan mengempiskan. Jika diamalkan dengan disiplin pemakanan yang sihat, ibu boleh mendapatkan bentuk badan yang ramping dan perut kempis.
3. Mengelakkan perut ibu dimasuki angin. Angin ini jika tidak dibendung dipercayai boleh menyebabkan meroyan.
4. Menggalakkan pengecutan rahim.
5. Memecahkan lemak.
6. Meletakkan kembali batu merian pada tempatnya iaitu di antara pusat dan ari-ari.
7. Menggalakkan pengeluaran darah nifas terutama sekali darah yang berketul.
8. Memudarkan parut regangan pada perut (jika dipakai bersama dengan herba barut).
9. Merapatkan kembali tulang rusuk dan pelvis yang mengembang semasa hamil.
10. Membantu ibu memperbaiki postur badan.
11. Dipercayai boleh mengelakkan sakit belakang kepada ibu dalam jangka masa panjang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Astro, peneraju kandungan dan hiburan negara, tampil dengan satu pelancaran istimewa yang cukup bermakna — “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, sebagai tanda penghargaan kepada...