Ads

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Buka Lebih Banyak Peluang Kerjasama Baharu!

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Buka Lebih Banyak Peluang Kerjasama Baharu!

Nu Ideaktiv Sdn Bhd kini melangkah ke fasa baharu dengan memperkenalkan identiti seeNI, sekali gus membuka lebih banyak peluang dalam industri media, kandungan digital dan kerjasama komersial.

Syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf itu kini menyatukan pelbagai jenama media popular di bawah satu jenama induk bagi memperkukuh hubungan antara kandungan, komuniti dan rakan perniagaan.

Hala tuju baharu ini diperkenalkan menerusi acara The New World of seeNI yang berlangsung di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City, petang ini.

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Buka Lebih Banyak Peluang Kerjasama Baharu!

Acara tersebut turut mengetengahkan perancangan kandungan seeNI bagi tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, pemilik jenama dan pemain industri.

Berteraskan tiga tunjang utama iaitu Komuniti, Kandungan dan Komersial, transformasi ini bukan sekadar perubahan identiti, malah menjadi langkah strategik untuk memperluas peluang pengiklanan, penajaan dan kerjasama dengan pelbagai jenama.

Antara jenama yang berada dalam ekosistem seeNI ialah Media Hiburan, NONA, Remaja, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga, Pa&Ma, Roda Panas, Borak seeNI dan seeNI Creator Academy.

Ads

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Buka Lebih Banyak Peluang Kerjasama Baharu!

seeNI Satukan Kandungan, Bakat dan Komuniti

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, peralihan kepada seeNI mencerminkan aspirasi syarikat untuk membina sebuah ekosistem media yang lebih bersepadu.

Menurutnya, penyatuan jenama media, bakat kreatif dan komuniti ini mampu memberikan nilai tambah kepada pengguna serta membuka lebih banyak peluang kepada rakan komersial.

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Buka Lebih Banyak Peluang Kerjasama Baharu!

“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami,” katanya.

Ads

Beliau turut menegaskan bahawa seeNI mahu melangkaui pendekatan pengiklanan konvensional dengan menawarkan kerjasama yang lebih menyeluruh melalui kandungan relevan, bakat kreatif dan penglibatan komuniti.

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Buka Lebih Banyak Peluang Kerjasama Baharu!

Perkenal seeNI Collective dan seeNI Talent

Sebagai sebahagian daripada transformasi ini, seeNI turut memperkenalkan seeNI Collective yang menghimpunkan kepakaran kandungan, bakat kreatif, komuniti dan rakan strategik dalam satu ekosistem.

Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS, Novel Karangkraf, Komet Productions, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA).

Ads

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Buka Lebih Banyak Peluang Kerjasama Baharu!

Kerjasama ini dijangka membuka lebih banyak peluang dalam bidang penerbitan kandungan, pembangunan bakat baharu, fesyen dan gaya hidup.

Sementara itu, seeNI Talent pula berperanan menghubungkan bakat kreatif dengan peluang kempen jenama, acara dan kerjasama komersial yang bersesuaian.

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Buka Lebih Banyak Peluang Kerjasama Baharu!

Lebih Banyak Perancangan Menarik Menjelang 2027

Dengan membawa aspirasi ‘More Begins Here’, seeNI komited untuk terus berkembang sebagai platform media bersepadu yang bukan sahaja menawarkan kandungan menarik, malah menghubungkan komuniti dan membuka lebih banyak peluang perniagaan.

Transformasi ini sekali gus menandakan permulaan baharu buat seeNI dalam memperkukuh kedudukannya dalam landskap media dan kandungan digital Malaysia, khususnya menjelang tahun 2027.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Kanak-Kanak 10 Tahun Hamil 6 Bulan, Pendedahan Mengejutkan!

Kanak-kanak 10 tahun hamil 6 bulan di Argentina selepas mengadu sakit perut teruk. Kes mengejutkan ini jadi peringatan penting buat ibu ayah.