Keputihan atau lelehan faraj ialah jangkitan kulat, selalunya berlaku disebabkan oleh kulat jenis candida albicans. Keputihan lazim dialami oleh wanita, tetapi ia juga boleh berlaku kepada lelaki.

Benarkah Keputihan Punca Sukar Hamil? Suami Isteri Wajib Tahu Tentang Masalah Ini

Walau bagaimanapun, terdapat desas-desus yang mengaitkan keputihan dengan kesuburan. Adakah keputihan menjadi penyebab seseorang wanita itu sukar hamil?

Adakah saya mengalami keputihan?

Keputihan biasanya tidak menyakitkan, tetapi ia memberikan kesan tidak selesa kepada si penghidapnya. Lelehan faraj yang sihat adalah cair dan berwarna jernih. Walau bagaimanapun, keputihan yang tidak sihat mengeluarkan lelehan yang pekat, berwarna putih dan ada kalanya keruh serta berbau busuk. Simptom-simptom seseorang wanita itu mengalami keputihan adalah:

IKLAN
  • Lelehan putih (seperti keju kotej, yang selalunya tidak berbau
  • Kegatalan dan iritasi di sekeliling faraj
  • Sakit dan rasa pedih semasa melakukan hubungan seks atau semasa membuang air kecil

Namun, jika anda tidak pasti sama ada anda mengalami keputihan ataupun tidak, anda perlu memeriksa lelehan faraj anda.

Mengapa saya boleh mengalami keputihan?

Salah satu pencetus keputihan berlaku adalah hubungan seks, dan kadangkala keputihan juga disalurkan melalui hubungan seks. Keputihan berlaku disebabkan oleh kulat yang dipanggil candida, selalunya tidak menyakitkan. Keputihan cenderung untuk membiak pada keadaan panas dan lembap, dan berkembang jika sisa bakteria berubah. Ini boleh terjadi jika:

  • Kulit anda mengalami iritasi atau rosak
  • Anda mengambil antibiotik
  • Kawalan diabetes anda lemah
  • Anda mengalami sistem imun yang lemah
  • Anda mengalami fasa menopaus
  • Anda sedang hamil

Adakah keputihan boleh mempengaruhi kesuburan?

Tiada bukti yang menunjukkan keputihan yang berlaku pada seseorang wanita itu boleh menjejaskan peluangnya untuk hamil. Meskipun keputihan atau lelehan faraj membuatkan bahagian intim anda berasa tidak selesa, namun ia bukanlah termasuk dalam kategori penyakit kelamin atau STI. Walau bagaimanapun, gejala keputihan seperti gatal dan rengsa boleh mengurangkan nafsu seks anda. Malahan, keputihan juga boleh membuatkan anda rasa pedih selepas melakukan hubungan seks.

IKLAN

Jangkitan keputihan sepatutnya tidak menghalang anda untuk hamil. Namun, jika masalah ini dibiarkan tidak dirawat, ia mungkin akan menjejaskan keseimbangan pH pada lelehan faraj anda, seterusnya menyukarkan sperma untuk sampai kepada telur anda. Justeru itu, keputihan perlulah dirawat bagi membolehkan anda dan pasangan menikmati hubungan intim anda berdua, sekali gus membantu meningkatkan peluang anda untuk hamil.

Bagaimana untuk merawat keputihan?

Anda perlu guna ubat antikulat untuk merawat masalah keputihan. Ubat antikulat ini boleh diambil dalam bentuk tablet dan dimasukkan ke dalam faraj anda. Selain itu, ubat antikulat juga terdapat dalam bentuk krim bagi membantu anda melegakan kerengsaan. Jika menggunakan ubat ini, keputihan biasanya akan hilang dalam masa seminggu, selepas 1 dos ubat digunakan atau krim disapu setiap hari.

IKLAN

Jika keputihan masih belum hilang, anda masih perlu menjalani rawatan. Tempoh rawatan boleh berlangsung sehingga 6 bulan. Lazimnya, doktor akan membantu anda untuk mengenal pasti punca keputihan anda, yang mungkin disebabkan oleh haid ataupun hubungan seks. Doktor juga akan menyarankan anda kekerapan menggunakan ubat tersebut.

Rawatan keputihan hanya perlu diberikan kepada anda jika anda sahaja yang mengalaminya, bukannya pasangan anda.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI