Tanyalah mana-mana isteri, perkataan pertama yang keluar dari mulut isteri bila ditanya apa yang diinginkan daripada seorang suami adalah memahami, ringan tulang dan boleh membimbing.
Tiga ciri ini jika ada kira lengkap dan boleh mengembirakan hati isteri. Nampak simple tapi impaknya sangat berkesan.
Berikut antara perkongsian dari Azlan Noor yang suka berkongsi kisah inspirasi dan motivasi di facebooknya.
‘Benda simple yang semua suami dalam dunia patut buat kepada isteri’
Perlakukan dengan baik
Layan isteri dengan sabar, kasih sayang dan lemah lembut. Paling penting, tak bersikap kasar.
Bimbingan berterusan
Selalu bagi nasihat ke jalan kebenaran untuk bahagia dunia dan akhirat.
Luangkan masa
Mengutamakan isteri dengan sentiasa ada masa untuk berbual, melayan dan bergurau senda.
Ads
Pendengar yang setia
Satu kelegaan bagi isteri bilamana suami sedia mendengar keluhan dan luahan rasa yang terbuku di hatinya.
Komunikasi dua hala
Suami dan isteri duduk berbincang dan terbuka dengan pendapat masing-masing tentang masalah keluarga dan mencari jalan penyelesaian terbaik bersama-sama.
Suami yang tenang dan rasional.
Isteri perlukan suami yang sentiasa tenang dan bertindak mengikut fikiran rasional dan bukan emosi semata-mata. Tidak baran dan meninggikan suara.
Akhlak dan Ilmu agama
Isteri perlukan suami yang memberikan contoh akhlak yang baik serta mampu beri bimbingan dan nasihat agama kepada isteri dan anak-anak.
Sumber motivasi dan semangat
Setiap kali isteri dalam masalah, suami ada untuk memberi motivasi, dorongan dan kata-kata semangat kepada keluarga.
Ads
Terima isteri seadanya
Tak mengungkit kesilapan dan kelemahan yang pernah isteri lakukan, dan terima baik dan buruk isteri sepenuhnya.
Sama-sama uruskan hal rumah tangga
Suami yang tak berkira dan ringan tulang membantu isteri dalam menguruskan keperluan asas rumah tangga.
Selalu menghubungi ketika berjauhan
Isteri akan berasa lega andai suami menghubungi dan memberitahu keberadaan mereka kerana isteri risau keselamatan suami.
Jujur dan setia itu kuncinya
Semua yang diatas tadi akan sia-sia jika suami berlaku tak jujur dan tidak setia dengan ikatan perkahwinan. Berlaku jujur dan setia lah dengan isteri mu wahai suami.
Impian untuk memiliki pasangan yang memahami, anak-anak yang baik dan soleh solehah sentiasa nombor satu dalam diri setiap individu. Tapi bagaimana nak dapat kebahagiaan itu?
Menurut Ustaz Ebit Lew tiada siapa boleh beri kita bahagia melainkan Allah SWT sahaja. Dialah yang memberikan hati kita tenang dan bahagia. Dialah yang menjadikan suami/isteri saling sayang-menyayang dan anak-anak baik mendengar kata.
Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Allah SWT bagi macam-macam nikmat kepada kita.
Nak bahagia kena berjuang dan berkorban
Macam mana nak buat supaya anak-anak dengar cakap, macam mana nak buat supaya isteri/suami bertambah sayang pada kita? Apa amalan-amalan yang patut kita buat?
Tambah Ustaz lagi, kalau kita nak kan kebahagiaan tersebut mula-mula sekali kena buat baik pada keluarga, sentiasa doa kepada Allah supaya gerakkan hati pasangan kita untuk sayangkan kita, gerakkan hati anak-anak mudah mendengar cakap.
Oleh itu ketua keluarga iaitu suami kena bawa isteri dan anak-anak dekat dengan Allah SWT. Bawa ahli keluarga belajar iman, kenal Allah dan Rasulullah s.a.w. Contoh keluarga bahagia dan rumah tangga paling bahagia adalah rumah tangga Nabi s.a.w. Jadikan kisah kehidupan Nabi sebagai contoh kita hidup berkeluarga.
Kalau kita nak Allah SWT sayang jadi kita kena sanggup buat apa sahaja untuk pastikan Allah sayang kita. Dalam hidup ini tak perlu cari siapa salah dan siapa silap. Suami tak perlu cakap isteri silap dan isteri juga tak perlu salahkan suami. Masing-masing kena berkorban dan berusaha mendekatkan diri pada Allah SWT.
Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
Amal 3 doa ini untuk bahagia
1. Surah al-Furqan ayat 74
Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”
Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome.
Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang ALlah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekta dengan Allah SWT dan Nabi s.a.w.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.”
Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan pelu cium suami/isteri dan anak-anak.
Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.
3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua alli keluarganya memeluk Islam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak. Anak buat silap bukan bermakna kita hanya berdiam diri sahaja tetapi perlu ada cara untuk membuatkan mereka sedar apa kesalahan yang dilakukan.
Begitu juga dengan cara Datuk Fazley Yaakob mendidik anaknya. Chef selebriti berusia 40 tahun ini turut mengenakan hukuman setimpal sekiranya anak-anaknya melanggar peraturan.
“Saya didedahkan dengan dua perkara oleh parents iaitu kasih sayang yang sentiasa dibentuk dan juga disiplin yang disarankan setiap waktu.
“Jadi, untuk anak-anak, bila masa untuk dibelai manja, saya akan layan, tapi kalau time rotan, saya rotan betul,” katanya.
Begitu pun, pelantun lagu Asmara ini berkata, hukuman yang dikenakan masih di tahap berpada-pada.
“Cuma, bila saya rotan, saya ada batas, saya hanya pakai hanger plastik dan tali pinggang kecil.
“Dan… saya hanya akan pukul di tapak tangan kiri dan kalau perlu, saya akan pukul dia punya bambam (punggung), tapi itu pun tak kuat. Biasanya, saya lebih guna suara (tinggi).
“Tapi, saya memang bersikap adil dengan anak-anak. Kalau abang kena rotan, adik kena tengok. Kena jadi saksi supaya mereka tak repeat benda sama. Kadang-kadang, semua pun kena rotan,” katanya sambil tertawa.
Bagaimanapun, juara Masterchef Celebriti Malaysia ini enggan bersikap terlalu garang lantaran bimbang anak-anaknya akan menyimpan perasaan takut dan dendam.
“Saya tak nak benda itu berlaku. Saya sendiri walaupun ayah saya garang gila tapi saya tak pernah berdendam dengan dia.
“Prinsip saya dengan anak-anak, kalau saya rotan tak sampai dua minit. Saya hanya bagi dua minit untuk saya peluk dan cium. Saya takkan biar lama-lama. Begitu juga isteri.
“Biasanya, kalau saya marah anak-anak, isteri yang akan peluk mereka, begitu juga sebaliknya. Selama ini, memang itulah prinsip yang kita kekalkan,” katanya.
Lebih membanggakan, katanya, hukuman yang dipraktikkannya itu dilihat berjaya meninggalkan kesan positif.
“Alhamdulillah, pada saya ia berjaya kerana guru-guru mereka melihat anak-anak saya sebagai unik.
“Malah, mereka (guru) juga memuji tingkah laku anak-anak saya yang saling menjaga di antara satu sama lain ketika di sekolah,” katanya.
Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Soraya Abdul Aziz pada 2007.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah (Payish), 10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 8, Ahmad Firudz Shah (Piyush), 7, dan Alayna Selma, tujuh bulan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertunang sepatutnya menjadi fasa yang penuh kepercayaan dan kesediaan untuk membina masa depan bersama. Namun, apa berlaku bila kepercayaan yang diberi mula goyah… bukan kerana orang luar, tetapi kerana seseorang yang terlalu ‘dekat’ – anak buah perempuan sendiri.
Hubungan yang dilihat terlalu akrab mula mengundang rasa tidak selesa. Mesej setiap masa, keluar berdua, berkongsi minat, malah ada kalanya layanan itu jauh lebih manis berbanding layanan terhadap tunang sendiri.
Apabila lelaki yang digelar ‘tunang’ lebih kerap menyebut nama anak buahnya berbanding tunangnya sendiri, pasti ada yang tidak kena. Lebih membimbangkan, apabila si tunang menyuarakan kebimbangan, respons yang diterima hanyalah:
“Dia tu macam adik sendiri. Jangan fikir bukan-bukan.”
Namun begitu, bila kerap bersama, saling bertukar hadiah, dan menonton rancangan kegemaran hingga larut malam bersama — adakah masih dianggap “sekadar adik”?
Bagaikan menambah garam pada luka, lelaki ini dilaporkan merancang untuk membawa anak buahnya tinggal bersama selepas mereka berkahwin nanti. Rasionalnya? Supaya anak buah itu tidak kesunyian dan boleh menemani isteri di rumah.
Namun persoalannya, adakah wanita yang bakal bergelar isteri itu benar-benar dihormati? Atau hanya dijadikan ‘peneman rasmi’ dalam hubungan yang sudah pun diramaikan sebelum masanya?
Tidak salah bersikap mesra dengan ahli keluarga. Tapi bila mesra itu membuat pasangan sendiri rasa tersisih, ia bukan lagi soal ‘keluarga’ — ia soal keutamaan.
Kadang kala, red flag bukan datang dalam bentuk kasar atau baran. Ia datang dalam bentuk lembut… seperti hubungan yang terlalu akrab, layanan yang terlalu manis, dan keengganan untuk meletakkan pasangan di tempat utama.
Ramai yang sangka ujian hanya datang selepas perkahwinan. Namun kadangkala, bertunang itu sendiri sudah cukup untuk membuka topeng siapa diri sebenar yang kita pilih.
Lebih baik patah tunang, daripada patah hati bertahun-tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!