Seawal usia anak satu tahun, sudah ada sebutan perkataan yang keluar dari mulut anak. Seronoknya bila dengar anak ‘membebel’ dalam bahasanya sendiri. Bila kita asyik bersembang dengan anak, lebih cepatlah mereka akan dapat bercakap.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Besar peranan ibu ayah untuk menggalakkan anak untuk bercakap mengikut fasa perkembangannya. Ada sesetengah anak mungkin akan mengambil masa untuk mahir bercakap, tetapi jika konsisten diberi galakan mereka pasti boleh!
Biarpun anak-anak masih kecil dan tak boleh bercakap, sangat penting untuk ibu ayah berborak dengan mereka. Dengan cara ini sebenarnya dapat memberi pendedahan kepada anak untuk belajar pelbagai perkataan baharu.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Melalui penulisan Pn. Wawa Shauqi, ada beberapa kesilapan yang dibuat ibu ayah menyebabkan anak mejadi lewat pertuturan.
10 Kesilapan Mak Ayah Punca Anak Speech Delay
Ads
1️⃣ Tidak berkomunikasi dengan anak ketika bayi. Kerana menganggap anak tidak faham dan tidak mampu respon.
2️⃣ Tidak belajar teknik rangsangan pertuturan. Kerana merasakan anak akan pandai bercakap dengan sendirinya.
3️⃣ Tidak mendedahkan anak dengan aktiviti dan ransangan yang secukupnya kerana tak tau tentang keperluan sensori.
4️⃣ Menganggap gajet sebagai alat yang berkesan untuk bantu anak bercakap dan berkomunikasi.
5️⃣ Menganggap dialog kartun yang ditiru anak sebagai sebahagian tanda komunikasi.
6️⃣ Terus memberi anak objek yang mereka mahu bila anak meminta dengan cara merengek/ menunjuk dengan jari/ menarik tangan kita.
7️⃣ Bercakap pelat atau ‘baby talk’ dengan anak.
8️⃣ Sering membiarkan anak bermain bersendirian tanpa kita terlibat.
9️⃣ Menjadi wakil untuk menjawab soalan yang diajukan orang kepada anak.
🔟 Membiarkan anak terdedah dengan skrin lebih dari 2 jam sehari. (Termasuk TV, smartphone, tab dan laptop)
Besar sungguh kuasa media sosial. Kajian dilakukan mendapati ibu ayah yang kurang engagement dengan media sosial akan lebih waras kawal emosi dengan baik bila anak buat perangai.
Sebaik bergelar ibu bapa, anda sepatutnya sudah bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia kecil yang sukar diduga dan difahami.
Penulis buku keibubapaan, Adlil Rajiah yang sering berkongsi tip-tip keibubapaan di media sosial bercerita tentang pengalamannya sendiri yang sama seperti ibu bapa lain dalam membesarkan anak.
Tadi someone DMed me on instagram and said
“Untung la dapat anak macam Haikal. Handsome, bijak, tak banyak ragam. Mesti awak tak pernah experience malu kat tempat awam sebab anak tak buat perangai, kan?”
Hmm. Nak tergelak pun ada baca mesej macam ni. Sebab terkenangkan baru tadi saya dimalukan.
Masa singgah kat petronas tadi, saya sengaja biarkan Haikal “explore kedai” sementara saya pilih air tin. Baru je nak capai Nescafe, tiba2–
“Mamaaaaa!!! Nak berak!”
Dan semua orang memandang.
Ikutkan hati, nak je buat-buat tak kenal. Tapi sebab Haikal obvious gila berlari ke arah saya, memang tak boleh nak buat apa la hahaha.
Dan masa bayar kat kaunter, sempat mamat cashier tu mengusik–
“Dik, lepas berak kang jangan lupa pam ok?”
Hmm. Sabarlah sabariah.
Dan of course itu bukan pertama kali saya “dimalukan”.
Menjadi Ibu Bapa Itu Perkara Yang Mencabar
I mean, kamonnn mak bapak mana yang tak pernah experience anak berguling-guling kat lantai pasaraya sebab nak mainan, anak terkencing kat kedai makan, anak terjatuhkan barang-barang kat rak kedai, anak main baling-baling makanan lalu termelepek kat muka orang, anak meraung-raung masa orang tengah solat berjemaah.
Kita semua pernah melalui, kan? Kalau tak pernah, kau tunggu. Masa mu akan tiba
Kita semua tahu, seindah mana pun hidup yang dipertontonkan di social media, hakikatnya tetap–life is all about struggling. And parenthood is full of challenges.
Kan siang-siang lagi Allah dah beritahu dalam surah At-Taghabun; anak itu nikmat–
dan UJIAN.
So once kau beranak je, bersiap sedialah untuk diuji oleh manusia kecil itu
And talking about Haikal–dia ni sebenarnya budak biasa je. Ada ragamnya juga. Dan saya, pun ibu biasa. Yang selalu jugak bertukar hijau.
And to be honest, kalau nak dibandingkan dengan anak2 orang lain, Haikal masih banyak kekurangan.
And that is why–saya sentiasa pilih untuk tidak membandingkan.
Saya pilih untuk raikan apa saje yg indah pada dia. I just follow his pace, without comparing it to anyone else’s–including mine when i was at his age.
Saya percaya, if we keep comparing ourselves (or our child) to others– we will never win.
We will never feel enough. Sebab sehebat mana pun kita (atau anak kita), pasti akan ada orang lain yang lebih hebat.
Tapi kalau kita fokus pada diri sendiri, fokus untuk kalahkan diri yang semalam,
setiap hari kita akan menang.
Tip Nak Jadi Ibu Bapa Yang Tak Stres
By the way, saya nak kongsi sikit some random parenting tips yang saya kutip dari ibu bapa yang jauh lebih berpengalaman, dan save dalam phone sejak sekian lama, sebagai “reminder” setiap kali hubungan saya dengan Haikal renggang. Atau setiap kali saya bertukar hijau.
1. Talk good about your kids, always.
Di depan, atau di belakang anak, always talk good about them. Your words are the most “hijab-less” doa in the universe. Walau macam mana setan pun perangai anak kau, jaga aib dia, dan bercakap yang baik2 tentang dia.
Jangan sesekali lupa, yang Allah sedang uji sebenarnya bukan anak itu–tetapi kita.
2. Lihat setiap anak sebagai individu unik.
Tanpa dibandingkan dengan sesiapa termasuk adik beradiknya, anak2 jiran, anak2 kawan sepejabat, dan diri kau sendiri.
Sebab dia– adalah unik. Maka biarkan dia unik.
3. Apa pun jadi, jangan lepas tangan, jangan tarik muka.
Kau kenapa nak merajuk lebih-lebih? Pastu anak ikut tabiat kuat merajuk, tahu pulak tak suka. You’re the parent, you set the right example.
Apa pun jadi, pandang muka anak, peluk dia, dengar penjelasan dia, dengar apa yang dia rasa. Sebab di saat kita rasa anak tak mahukan kita itulah–sebenarnya dia sangat perlukan kita.
4. Jangan terlalu engage dengan social media.
Kajian menunjukkan, ibu bapa yang banyak engagement dengan social media tidak mampu kawal emosi dengan baik dan mudah hilang kewarasan.
5. Live the moment.
Bila anak kat depan mata, lupakan sekejap hal kerja, ketepikan sekejap phone, lupakan sekejap pinggan mangkuk yang bertimbun dalam sinki. Beri ruang untuk diri dan anak untuk saling merasai kehadiran each other.
6. Treat your spouse nicely.
Because that’s how your child will treat you, and their spouse in the future.
7. Jangan ungkit pengorbanan bila marah anak.
Contohnya, “Mama yang beranakkan kau sampai terburai perut, sekarang kau dengar cakap mama.” JANGAN.
Bukan anak tu yang buat perut kau terburai. Tapi sebab Allah yang nak beri kita rezeki melalui anak itu. Mengungkit pengorbanan adalah seperti kita taknak pun Allah beri rezeki.
8. Stop chasing “performance goals”
(contoh: aku nak anak aku jadi penghafaz quran tersohor), but start creating “process goals” (contoh: aku nak spend sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk baca Quran bersama anak).
Takde siapa pun dalam dunia ni yang beranak-beranak je terus jadi ibu bapa yang sempurna. It’s a learned skill.
So take your own sweet time to learn, to be the parent yang bukan saje disayangi oleh anak2– tapi juga oleh Allah.
Jika anak masih belum boleh bercakap, anda perlu mendapatkan nasihat pakar supaya dapat anak dapat memberi tumpuan semasa belajar.
Perkongsian Pakar Terapi Pertuturan Ruby Speech Therapy, Sungai Petani, Kedah, Izyan Atika Abu Bakar menjelaskan bahawa setiap ibu bapa perlu peka terhadap masalaah pertuturan anak.
Jangan dibiarkan masalah sehingga anak masuk ke tadika kerana ia akan menjejaskan tumpuan belajar kanak-kanak.
Umur 5 tahun sepatutnya sudah lancar bercerita, bertanya itu ini, membuat alasan begitu begini dan ada yang sudah mula membaca.
Tapi ada ibu bapa yang mendapati anaknya masih tidak lancar bercakap walaupun telah berusia 5 tahun. Kebiasaannya kanak-kanak sebegini telah mengalami lewat perkembangan pertuturannya sejak kecil lagi. Ada yang mula bercakap pada usia 3 tahun.
Oleh kerana masyarakat malaysia ramai yang suka beranggapan ‘nanti dah tadika, ok la tu’, maka ibu bapa tunggu hingga anak berusia 5 tahun. Majoriti kanak-kanak mula dihantar ke tadika pada usia 4,5 tahun.
Selepas masuk tadika, barulah ibu bapa merasa ‘terkesan’ dengan masalah pertuturan yang dihadapi oleh anak.
Secara umumnya, dari pengalaman saya, kanak-kanak usia 5 tahun yang tidak lancar bercakap ini selalunya mengalami masalah TUMPUAN. Masalah tumpuan menyumbang kepada masalah INGATAN.
Ada antara mereka yang masih tidak mengenal jenis-jenis warna asas. Apatah lagi jika ibu bapa suruh mereka ingat ABC, 123. Mereka juga tidak dapat menjawab soalan-soalan mudah kerana mereka tidak tumpu pada soalan yang ditanya. Semakin panjang soalan, makin susahlah dia nak jawab.
Selain itu, kosa kata kanak-kanak ini juga amat terhad. Mereka lebih senang menggunakan istilah ‘yang tu’, ‘kat sana’, sambil tunjuk isyarat. Ayat yang digunakan pula pendek-pendek dan struktur ayatnya tidak lengkap. Kata hubung dan kata fungsian seperti ‘dengan, nanti, kalau, lepas tu, pun, juga’ tidak dapat digunakan dalam perbualan harian.
Saya tidak menafikan bahawa memang wujud ‘spontaneous recovery’ bagi kanak-kanak yang lambat bercakap. Namun adalah lebih baik untuk kita berusaha melakukan sesuatu daripada sekadar menunggu dan mengharapkan keajaiban.
Jika anda mengambil keputusan untuk menunggu, dan anak anda tidak mengalami ‘spontaneous recovery’, umurnya terus juga meningkat kepada 6 tahun, 7 tahun, 8 tahun dan seterusnya. Anda tidak akan boleh berpatah balik pada masa yang telah berlalu.
Sedangkan umur kritikal untuk kanak-kanak belajar kemahiran pertuturan bahasa adalah sejak lahir hingga 5 tahun. Semakin umurnya meningkat, semakin mencabarlah perjalanannya.
Oleh itu, jangan bertangguh untuk mendapatkan perkhidmatan speech therapy seawal usia 2 tahun sekiranya anda mengesyaki anak anda mengalami masalah bertutur.
Kawal kata-kata bila marah jika tak mahu anak nampak kelemahan kita sebagai mak ayah. Boleh dikatakan kita semua pernah marah, itu sifat manusia. Marah biar secara berakal dengan mengawal perasaan dan kata-kata yang diucap.
Usah biar kemarahan dikuasai emosi dan nafsu kerana akan terbit kata-kata yang tidak dapat dikawal, yang terbit dari nafsu marah bukan dari akal. Maki hamun, sumpah seranah itu kebiasaan orang marah, itulah senjata syaitan.
Jangan pandang remeh pada setiap perkataan yang keluar dari lidah anda. Ada ketikanya, apa yang kita sebut, tiba-tiba diperkenan Allah, maka terjadilah. Jika ia perkara yang buruk, maki hamun sumpah seranah, lalu termakbul, bagaimana?
Apa yang dibimbangkan ibu dan bapa apabila marah anak-anak, selalu terlajak kata, apa kata jika waktu itu Allah terima perkataannya.
Kawallah perkataan bila marah. Bagaimana jika saat itu Allah mengangkat perkataan kita yang bukan-bukan? Kalau marah pun, jangan berleter panjang, mengulas itu ini bagai ulasan selari pertandingan bola sepak kerana bimbang terlajak kata.
Ada ibu yang tersebut “Anak tak guna, memang betul tak dengar cakap ibu…..” Ada ayah termaki “Pergi sekolah tapi tetap tak pandai juga…”Kawallah marah dengan diam, kunci mulut.
Sebaliknya, marilah kita sentiasa melafazkan kata yang baik-baik sahaja kepada anak, suami, isteri, ahli keluarga atau pun rakan-rakan dalam apa situasi moga akan terjadilah saat Allah menerima kata-kata tersebut.
Jika diamal dalam hidup, pasti akan kita temui di satu masa situasi Allah mengangkat kata-kata kita yang baik seperti dalam hadis yang disebut di atas. Bila sendirian, bisiklah pada diri kata yang baik, doa dan munajat mengadu kepada Allah dengan harapan saat Dia menerima kata-kata kita dipertemukan seperti yang nabi sebut.
Sebab itu kita disuruh terus berdoa, bermunajat tanpa jemu untuk kebaikan anak dan keluarga hingga ke akhir hayat kerana kita tidak tahu bila Allah menerima doa dan munajat kita, bila saat kata-kata kita diangkat Allah.
Berhentilah dari marah dengan cara berleter panjang kepada anak-anak, berpadalah sekadar menyatakan kemarahan kita dengan sepatah dua yang terkawal, jika panjang pun tidak membawa kebaikan, melainkan lebih melukakan dan bimbang kata-kata buruk kita dimakbul, bimbang kita kena menelan kembali setiap kata yang terbit waktu marah itu di akhirat.
Sumber: Perkongsian Amira Sulaiman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!