Kadang kala telatah kanak-kanak ni boleh membuatkan kita ketawa bila melayan karenah mereka.
Sama juga dengan seorang kanak- kanak yang videonya telah dimuatnaik menerusi instagram reel di mana telah meniru gaya ayahnya sehinggakan bukan sahaja cara berjalan dan pemakaian tetapi bahkan perut ‘boroi’ juga ditirunya.
Kanak- kanak tersebut dilihat berdiri di tepi ayahnya dan memakai jubah lelaki dan apa yang menarik perhatian adalah si anak itu meniru gaya ayahnya dan turut memasukkan bola di dalam baju untuk meniru perut boroi si ayah yang membuatkan warganet terhibur.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet tergelak dengan kecomelan kanak- kanak yang berani meniru ayahnya sebijik sama dan ramai juga menganggap yang mungkin itu adalah hasil “kerja” ibunya yang mahu anaknya mengikut jejak langkah ayahnya.
Bagi ibu bapa yang pertama kali anak bakal masuk Tahun 1, pasti akan ada sedikit kekeliruan bila mengisi borang pendaftaran secara online terutama di bahagian rekod kesihatan anak.
Walaupun dah ada buku rekod kesihatan anak, nama suntikan tu berbeza pada borang online dengan dalam buku tersebut. Jadi ibu bapa kena alert ya!
Mungkin ada yang keliru pasal suntikan DTaP – sebab ia sebenarnya terdiri daripada 3 suntikan serentak iaitu
– Difteria
– Tetanus
– Pertussis
Bagaimanapun, dalam borang diceraikan satu-satu. Itu yang menyebabkan ibu bapa yang baru pertama kali isi akan sedikit keliru.
Pastikan nama suntikan dan tarikhnya betul. Jadi semua sekali ada 10 jenis suntikan tau.
1. BCG 2. Hepatitis B 3. Difteria (dalam buku tulis DTaP) 4. Pertussis (dalam buku tulis DTaP) 5. Tetanus (dalam buku tulis DTaP) 6. Haemophilis Influenza (Hib) 7. Polio (IPV) 8. Measles 9. Mumps 10. Rubella
Info Tambahan:
✅ Difteria, pertussis, tetanus, heamophilus influenza, polio disuntik pada hari yang sama.
– Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning),
✅ Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru).
– Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan).
✅ Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).
– Disuntik semasa umur baby 12 bulan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tak risau bila mendapat berita anak yang baru berusia 2 tahun tertelan sesuatu. Itulah yang dikongsi oleh Puan Amiza yang mana ketika kejadian dia berada di tempat kerja dan bergegas pulang untuk melihat keadaan anaknya itu.
Bismilahirahmanirrahim. Mummy simpan sini sebagai pengajaran untuk mummy dan mummy lain kat luar sana.
Special Baby
Semua tau yang Humaira Farisha, 2 tahun is a special baby, ada masalah otak berlubang. Mummy bagi pakai gelang dekakat tangan kiri sebab tangan kiri adik tak bergerak dan selalu genggam je.
Ikhtiar Untuk Sakit
Ini salah satu ikhtiar mummy, sebab mummy pernah terbaca yang pakaikan emas boleh elak dari kerap sakit. Harini before mummy pergi work, adik okay dan banyak bebel.
Mummy hantar adik pergi rumah neni macam biasa. Jam lebih kurang 9.10 pagi, neni call mummy. Suara neni cemas dan panik sambil bagitahu yang adik dah tertelan emas. Mummy pon dengar suara adik nangis masa neni call. Anak saya bila dia rasa sakit dia akan mengamuk, mungkin masa mengamuk gelang tu terputus dan dia tertelan emas tu.
Bawa untuk x-ray
Allahu masa tu hati mummy macam nak gugur😣😣 mummy terus tinggalkan discussion dengan hr dan supervisor untuk balik tengok adik.
Sampai rumah neni bagitau adik dah muntah yang bulat tu tapi yang bentuk handbag tak jumpa. So, mummy buat keputusan untuk bawa adik ke klinik untuk x-ray dan mintak neni sambung cari dekat rumah.
Sampai dekat klinik, kita daftar dan jumpa doktor dulu. Doktor bag surat untuk buat x-ray. Masa tunggu result x-ray mummy sentiasa doa semoga adik tak telan charms tu. Apakan daya masa result x-ray keluar mummy terkejut rasa nak rebah tengok charms handbag tu dah dalam perut adik.
Mummy peluk adik erat-erat 😭😭😭 sambil air mata mummy mengalir. Allah je tau masa tu hati mummy macam mana. Lepas tengok result doktor klinik refer adik ke hospital selayang untuk jumpa pakar. Dalam perjalanan mummy pegang adik kuat-kuat sambil hati ni memberontak salahkan diri sendiri.
Masuk ke zon kuning
Sampai hospital doktor masukkan adik kat bahagian kecemasan zon kuning. Alhamdulillah doktor kata charms tu dah masuk dalam perut bukan saluran penafasan🥺🥺 adik pon nampak ok je dan doktor kata adik boleh discharge dengan bekalan ubat untuk kluarkan charms tu. Buat masa 4-5 hari mummy kena pantau adik.
Nampak macam tak ada pape tapi sangat bahaya kalau charms tu masuk dekat saluran pernafasan. So, ni pengajaran dan situasi yang mummy takkan lupakan. Semoga tak jadi lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Bukan mudah bagi wanita yang bekerja untuk berhenti kerja secara tiba-tiba. Semuanya memerlukan perancangan yang teliti lebih-lebih lagi komitmen yang tinggi jika bekerja. Banyak yang harus difikirkan.
Begitulah kisahnya yang dikongsikan oleh Pn Fakarina (Nama Pena) apabila dia berkongsi saat-saat dibuang kerja akibat pandemik Covid-19. Namun dia tak mudah mengalah, dia bangkit menjadi suri rumah yang berjaya dan kuat malah pendapatan kini melebihi gajinya semasa bekerja. Malah dia lebih seronok menjadi suri rumah, banyak masa yang boleh diluangkan bersama anak-anak.
Saja nak share pengalaman baharu saya. Sebelum ni saya ibu berkerjaya.
Saya terlalu sibuk dengan karier & terlalu menjaga prestasi terbaik dalam syarikat. Anak-anak seramai 4 org masih dalam perhatian tapi dengan bantuan pengasuh yang saya bayar upah setiap bulan.
Semua Pengasuh Yang Uruskan Keperluan Anak
Saya ada 2 pasang anak. Sulung lelaki 15 tahun, No 2 dan no. 3 perempuan 12 tahun dan 9 tahun. Yang bongsu lelaki 7 tahun.
Pengangkutan anak-anak pergi balik sekolah, diupah van sekolah uruskan. Saya balik keje selalu lewat dan masa saya dengan anak-anak kadangkala terhad. Jumpa mereka masa nak tidurkan dan dodoikan mereka. Sabtu ahad baru ada masa untuk keluarga.
Kerja saya memang tak tentu masa. Walaupun hakikat saya bekerja 8-5 dan 5 hari seminggu..Kadangkala waktu sabtu ahad pun saya kena ke kilang. Kalu ada shipment, saya akan bekerja hingga lewat malam.
Urusan anak-anak sebelum ni terpaksa saya serahkan kepada pengasuh yang saya bayar upah mengasuh setiap bulan. Kekadang anak-anak nak apa pun kena minta pengasuh wasaps saya.
Tiada Masa Bersama Anak, Pulang Lewat & Asyik Bekerja
Balik lewat. Kadang-kadang anak nak minta saya ajarkan kerja sekolah, sampi lewat malam baru selesai. Urusan pergi balik sekolah diuruskan pakcik berbangsa india..dia yang uruskan dengan amanah..3 orang anak-anak saya. Yang sulung tinggal di asrama menengah agama di Tangkak.
Sambil-sambil berkerja hakiki, saya dah mulakan perniagaan atas talian sejak 2 tahun lebih lepas..untuk tambah-tambah income..Kerja yang saya perolehi tu pun ditawarkan kepada saya dengan gaji lebih lumayan berbanding syarikat sebelumnya. Tapi bila syarikat ada krisis kewangan dan projek di luar negara…majikan ambil pendekatan buang pekerja terakhir masuk ke kilang.
Mula Diberhentikan Kerja Sejak PKP
Takdir Allah, kerana pandemik saya diberhentikan kerja pada hujung bulan sept 2020. Notis 24 jam dengan pampasan. Last in first out.Saya diberikan notis 24 jam dengan pampasan selepas sehari hari lahir saya.
Malah gaji saya kiranya besar sebagai Senior Exec buatkan saya down jugak awal-awalnya. Saya bekerja sebagai Senior Executive di Sebuah kilang Pembuatan bahagian logistik. Down jugaklah..walaupun hakikat berbisnes online saya dapat income lebih dari gaji hakiki..Tapi tentunya berbezakan…ada gaji tetap dengan bisnes yang belum tentu income..nak kena rajin berusaha baharu achieve target.
Redha, Makin Bahagia Jadi Suri Rumah
2 minggu saya istiharah..Tapi akhirnya saya redha dengan ketentuan ni.. Sebabnya memang saya pernah letakkan target usia saya 45 tahun saya tak nak keje dengan org lagi. Tapi jawapan tu Allah bagi di usia saya 40 tahun..
Sekarang diam tak diam hampir, 6 bulan lebih saya jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Saya semakin gembira dengan kehidupan sekarang. Saya mulakan semula apa yg pernah saya lakukan…dari bawah dari awal…Sambil-sambil menjana pendapatan santai-santai di rumah dengan bisnes online untuk membantu ekonomi keluarga. Saya buat semua jenis bisnes, Saya Supreme Leader Kepada Angsa Emas Beaute, produk Magical C Pure. Leader Kepada Lenne Beauty, Produk Doublesscocoffe. Stokis kepada Naim Beef, Produk Daging Tempatan Perap Fidlot dan Patty Premium. Leader Atiya Beauty, Produk Lipmatte Dan Agen serta dropship beberapa produk lain.
Walaupun saya berbisnes dari rumah saya aturkan masa saya…macam saya bekerja..Saya wujudkan working space dalam bilik saya..saya juga buat media sosial seperti fb live dan lain-lain. Pagi selepas uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar suami ke tempat keje..saya mulakan kerja online bisnes saya..promosi..live…jumpa team..cari retails..Tengahari kembali uruskan anak amik pergi sekolah…Perantaraan waktu sebelum balik sekolah petang, saya akan curi masa untuk cod dan dan lain-lain.
Tahun Ini Akhirnya Dapat Uruskan Anak Ke Sekolah
Selepas ambil anak sekolah…hantar mereka pulang ke rumah dan amik suami pula balik kerja. Waktu Malam saya fokus kepada pembelajaran anak-anak. Dapat luangkan masa dengan suami dan anak-anak. Kadang-kadang kalau ada keperluan cod kami sekeluarga pergi bersama-sama.
Tahun ni, saya uruskan sendiri anak pergi balik sekolah. Baru saya faham kenapa anak-anak kadang-kala hilang fokus dalam pelajaran dan kepenatan mengejar masa.
Zaman saya dulu sekolah dengan mereka jauh berbeza. Saya jadi lebih prihatin dan banyak tumpuan saya kepada perkembangan mereka.Anak-anak juga gembira mama mereka ada banyak masa bersama-sama. Suami saya pun cakap, emosi anak-anak semakin baik sejak saya ada di rumah selalu.
Emosi Anak Happy, Ibu Kurang Stress
Emosi anak-anak happy bila balik mama yang ambil..tak perlu bersesak dalam van..berpanas..Lebih selesa nak bersiap di umah sendiri berbanding pengasuh sebab anak kedua saya dah 12 tahunkan..isu aurat pula dengan anak-anak dan suami pengasuh. Apa diorang nak, nak saya masak..saya boleh layan..emosi saya lebih stabil dan kurang stress menghadap sikap majikan. Seronok tengok mereka happy dan tak perlu buat temujanji jumpa mama sendiri.
Malah saya rasa puas hati, kerana saya uruskan sendiri.Entahlah, sedikit sebanyak saya mungkin terlepas peluang sebelum ni utk memberikan perhatian sepenuhnya kepada permata-permata hati saya.
Tapi sekarang masih tidak terlewat, saya bahagia dengan momen-momen tingkah anak-anak. Saya percaya kepada rezeki Allah. Yang penting keberkatan dan magnet rezeki terus dipraktikkan. Seronok rupanya jadi suri rumah tangga ni.
Baru saya tahu.
Saya doakan suri-suri lain juga menikmati kebahagiaan masing-masing.
Nasihat saya pada suri yang dibuang kerja;
1. Jangan putus asa tentang rezeki kerana Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita sejak azali.
2. Rancang kewangan rumah tangga untuk elakkan bebanan dengan komitmen sedia ada. Jika perlu strukturkan semula pinjaman dan dapatkan nasihat AKPK adalah terbaik. Janji nama kita bersih sebab kena ingat masa depan anak-anak masih panjang.
3. Nikmati masa kualiti dengan keluarga sebab masa yang kita alami sekarang tidak akan ada siaran ulangan.
4. Banyakkan komunikasi dengan pasangan, bahagi tugas dan berkongsi emosi dlm rumah tangga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.