Tiada cara yang terbukti bagi menganggarkan ketinggian anak kita apabila mereka besar nanti. Namun ada beberapa formula yang boleh digunakan sebagai panduan yang diberikan oleh pakar paediatrik dari Amerika Syarikat, Dr Jay L. Hoecker.
BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA?
Cara pertama:
• Tambahkan ketinggian ibu dan ayah dalam sentimeter.
• Bahagi dua untuk mendapat anggaran ketinggian anak kita bila dewasa.
Ads
Cara lain adalah dengan menggandakan dua kali ketinggian anak kita pada usia dua tahun (jika lelaki) atau pada usia 18 bulan (jika perempuan).
Walau bagaimanapun, kita kena ingat ketinggian anak kita bergantung pada faktor genetik, pemakanan dan persekitaran (terutaman aktiviti fizikal). Kanak-kanak juga membesar dengan kadar yang berbeza, ada yang cepat membesar dan ada yang lambat membesar.
Ads
Jika kita risau dengan tumbesaran anak kita, berbincanglah dengan doktor. Atau catatkan graf tumbesaran anak kita mengikut carta pertumbuhan fizikal yang standard, dan pastikan tumbesaran mereka mengikut umur anak-anak kita.
Tinggal seminggu lagi cuti sekolah. Masih ada masa jika ada ibu bapa yang belum sempat membawa anak pergi cuti-cuti. Biasanya ramai ibu bapa yang bekerjaya akan menghabiskan cuti tahunan pada minggu terakhir. Inilah masa yang paling sesuai!
Apa kata minggu terakhir ini, bawa anak-anak ke tempat menarik di sekitar Penang. Selain itu boleh, ‘jalan-jalan cari makan’ menikmati makanan yang sedap di sini. Berikut antara destinasi best di Penang untuk bawa anak-anak bercuti.
20 DESTINASI MENARIK DI PENANG WAJIB PERGI!
1.Rumah P Ramlee
2.Pasar Malam Batu Feringgi
3.Escape Theme Park
4.Muzium GohKaki
5.Dark Mansion Penang
6.Pantai Batu Ferringhi
7.Taman Burung Penang
8.Muzium Perang Penang
9.Adventure Zone, Resort Golden Sands di Feringghi
10.Rainbow Skywalk
11.Countryside Stables Penang
12.Bukit Bendera
13.Phantamania
14.Street Art Penang
15.Upside Down Museum
16.Wonderfood Museum
17.Ice cafe Georgtown
18.Design village
19.Pantai Batu Feringghi
20.Tropical Spice Garden
Dalam pada itu, terdapat perkongsian percutian menarik oleh Encik Faidhi Badri dan isteri yang mengunjungi beberapa destinasi di Penang. Boleh bantu kita ‘explore’ apabila cuti-cuti ke sana!
Dalam Malaysia pun banyak lagi tempat yang cantik. Jom bercuti ke Penang! Rasa nya semua dah tahu penang ni syurga makanan dan kat penang ni banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Ini kami share tempat makan dan tempat menarik yang hangpa boleh pergi bawak family hangpa. Sekali skala hangpa jalan penang apa ada hal kan. Haria Penang haria!
Ni kami nak share sikit, budget kami bawah RM500 termasuk hotel, hotel kami tidur di Tune Hotel. Makan dan sebagainya tu pun tak habis. Saya dengan wife berdua aja. Nasib la pergi time cuti sekolah ni tak berapa jem sangat. Fuhhh lega! Kami malas nak cita panjang nanti hangpa tak larat nak baca. Kami share gambaq noh, hampa boleh tengok sendiri noh! Happy holidayyy kat hangpa. Haria penang Haria.
Juga pastikan sebelum pergi holiday tu rajin-rajin listkan mana tempat nak pergi.
Nanti takda la kelam kabut. Kami pun tak biasa jalan Penang. Guna MR.waze ja dan minta tolong kawan-kawan. Semoga info yang kami share ni berguna untuk semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu ayah mana yang tak risau bila anak ketagih gajet hingga boleh menyebabkan tingkah laku berubah menjadi negatif. Kalau ada anak anda kini sedang mengalami masalah ketagihan gajet, boleh ikut cara ibu ini buat pada anak-anaknya yang ketagih gajet.
Hayana Darlizdalam perkongsian di facebook mengaku anak-anaknya menghadapi masalah ketagihan handphone sehingga menyebabkan tingkah laku mereka sukar dikawal, kerap mengamuk dan asyik menghadap handphone 24 jam sehingga dia mengambil langkah drastik demi memastikan anaknya berubah.
Maafkan saya sebab bertangguh lama nak kongsikan cara saya hentikan ketagihan handphone pada anak.
Ya anak-anak saya (Adam dan Adzan) ketagih handphone saja. Sebab kami tak ada gajet lain seperti tab.
Cara kami:
1. Menipu. Memang kami terpaksa menipu. Ini memang betul-betul tipu sunat. Kebetulan suami perlu bekerja di luar negara ketika itu. Kami tipu yang handphone mereka akan dibawa ke luar negara (anak-anak ada handphone sendiri). Padahal sebenarnya saya cuma sorokkan di dalam almari baju.
2. Dua bulan berjauhan dengan abi nya, saya “handle” anak seorang diri di rumah tanpa bantuan handphone untuk tenteramkan mereka. Memang rumah tunggang langgang. Anak-anak bergaduh tak kira masa. Tapi saya perasan yang hubungan mereka mula menjadi semakin rapat.
3. Ajaibnya langsung tak terkeluar di mulut mereka minta guna handphone saya untuk tonton youtube. Langsung. Selama dua bulan.
4. Cukup dua bulan, abi mereka pulang ke tanah air. Soalan pertama anak-anak “mana handphone”. Kami pandang sesama sendiri. Ketika itu kami duduk dan beritahu cerita sebenar kepada mereka. Dan kami sedarkan mereka yang mereka lebih seronok bermain tanpa handphone. Dan anak-anak setuju.
5. Maka bermula episod hidup kami membesarkan dan mendidik anak-anak tanpa handphone.
6. Ya, semudah itu. Langkahnya mudah, jalannya panjang dan berliku. Perlu istiqamah, perlu gigih dan tabah teruskan.
Bangga?
Ya memang kami bangga dapat betulkan silap kami. Dan syukur sangat Allah permudahkan semuanya.
Melihat Adam jadi lebih bertanggungjawab terhadap adik-adiknya. Perpustakaan mini di rumah sudah mula digodek walaupun buku-buku habis tercarik.
Alhamdulillah.
Saya tak suruh anda ikut saya menipu. Tapi saya sangat sarankan, sila betulkan kesilapan anda mulai sekarang.
Membiarkan anak-anak terus hanyut dengan dunia gajet adalah sangat salah. Anda kenal anak anda, anda sepatutnya tahu cara terbaik untuk “deal” dengan mereka.
Pasang niat, tawakal dan bolos saja dinding itu.
Semoga berjaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kerap mengamuk bukan saja-saja. Tapi ia berpunca dari sikap ibu bapa sendiri yang kerap pukul dan tengking. Macam tak percayakan?
Sebenarnya pada usia 1.5 hingga 3 tahun anak-anak sangat EGO-CENTRIC. Manakala pada usia 3 hingga 6 tahun ini anak-anak sudah mula mahu membina skil interpersonal mereka. Iaitu skil bergaul. Mereka mula belajar untuk bertolak ansur dan ini juga boleh membuat emosi mereka kurang selesa.
Belajar berkawan bagi sesetengah anak agak mencabar emosi.Pada usia ini anak sudah boleh memahami penerangan anda. Oleh itu jika anak mengamuk, anda sudah boleh memberitahu dan menerangkan bahawa mengamuk itu tidak elok. Jika dia mahukan sesuatu maka dia boleh meminta dengan anda dengan baik.
Oleh itu bila anak meminta sesuatu, anda dengarlah permintaannya, jika boleh beri, jika tidak ambillah masa untuk menerangkan dan berilah alternatif lain. Pada usia 3 tahun, anak itu baru hendak belajar memahami permintaan dan perasaan orang lain. Jika anda bersabar mendidiknya dan bertolak ansur dengannya, maka anak ini tidak akan suka mengamuk semasa usia ini kerana dia sudah boleh berkomunikasi dengan anda.
Ambilah secara serius keperluan anak memberitahu perasaannya. Anda TIDAK perlu ikut semua permintaannya tapi anda perlu memberi ruang untuk dia memberitahu.
Anak-anak sangat aktif masa ini dan memerlukan ‘outlet’ sihat untuk tenaganya digunakan. Rancanglah aktiviti lasak utk dia melakukan setiap hari. Memanjat gril dengan selamat boleh menjadi salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di rumah.
Walaupun pada usia ini anak boleh dimarah, namun berpada-padalah memarahi anak. Mendisiplinkan anak adalah penting, tapi ingatlah matlamat disiplin adalah untuk anak itu menjadi lebih upaya.
Jika anak pada usia ini mengamuk; anda boleh memujuk, menenangkan sama seperti usia 1.5 -3 tahun. Cuma pada usia ini anda boleh memberi sedikit hukuman untuk dia faham mengamuk itu tidak baik. Hukuman seperti suruh dia duduk senyap di atas sesebuah kerusi yang anda boleh panggilkan nama yang baik ‘ reflection chair’ , Tujuannya, bila dia duduk di situ, dia akan memikirkan perangainya tadi.
Anda juga perlu peka dan menjadi pro-aktif supaya boleh mengelakkan anak itu mengamuk. Contohnya, jika nampak dia sudah letih, ajaklah untuk tidur atau baring dengan anda sekejap dan buat aktiviti relaks.
Sebenarnya, jika pada usia 1.5 hingga 3 tahun tadi bila anak itu mengamuk, dia dikendalikan dengan baik, membina, sabar dan penuh kasih-sayang, anak itu akan kurang mengamuk pada usia seterusnya.
Apa yang menjadi anak itu suka mengamuk ialah pada usia kecil lagi bila anak itu menangis dan mengamuk, jalan penyelesaian yang diambil oleh ibu bapa, pengasuh dan orang dewasa ialah untuk marah, menengking dan memukul. Maka ledakan emosi anak itu menjadi lagi parah dan terbawa terus ke umur seterusnya!
Oleh itu jika anda hendak anak kurang mengamuk, layan dan kendalikanlah dirinya baik-baik semasa dia mengamuk pada usia 1.5 hingga 3 tahun itu. Teach them with reason, they will learn to be reasonable.
Tapi kalau sudah tersilap, maka mulakanlah sekarang. Banyakkan memberi kasih sayang. Memeluk, menyatakan sayang, mendengar rintihan mereka dan sebagainya.
Ibu masih ingat lagi semasa anak-anak ibu pada usia ini, bila mereka terlampau letih atau sakit dan mereka merengek, Ibu selalu katakan kepada mereka, ‘Tak pe, merengeklah, it is okay. Mummy dengar and mummy sayang..’ ternyata bila mereka sudah puas merengek, mereka senyap dan yang penting mereka rasa mereka dikasihi kerana mereka didengari.