Siapa tidak kenal Ustazah Shadiya Abbas yang terkenal sebagai pendakwah dan sentiasa aktif melakukan program-program amal bersama suaminya. Namun pemergiannya secara mengejut jam 5.05 pagi (5 April) benar-benar dirasai oleh semua.

Menerusi perkongsian di Facebook suami arwah, Ustaz MK Azman, beliau memaklumkan jenazah arwah kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk beberapa prosedur sebelum ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.

“Berat Hati Meninggalkan Isteri Kesayanganku”. Ustazah Shadiya Abbas Meninggal Dunia

Meninggal sebab sesak nafas

Innalillahi wainna ilahi rojiun..

Dukacita dimaklumkan isteri kesayanganku Shadiya Abbas baru disahkan telah meninggal dunia jam 5.05am sbb sesak nafas (asma).

Terpaksa buat ujian Covid untuk pastikan positif atau tidak

“Berat hati nak meninggalkan guru, teman, buah hati saya di Hospital Sungai Buloh ini. Oleh kerana kematian musim Covid, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah buah hati saya positif atau tidak. Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan result tersebut, bermakna esok bagi jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.

IKLAN

Jadi jenazah akan disimpan dahulu di Hospital Sungai Buloh. Insya Allah saya kuat kecuali jika anda call saya. Doakan yea sahabat² sekalian..

“Berat Hati Meninggalkan Isteri Kesayanganku”. Ustazah Shadiya Abbas Meninggal Dunia

Sementara itu, menerusi perkongsian dari teman seperjuangan arwah ramai yang terkejut dengan pemergian pejuang Islam ini tanpa sebarang tanda.

Moga Allah kurniakan Syurga Firdaus

View this post on Instagram

Al fatihah. Allahu… *إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ* *أَللَّهُمَّ اغْفِرْلها وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُا وَوَسِعْ مَدْخَلَهُا وَاغْسِلْهُا بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِا، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِا، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِا، وَأَدْخِلْهُا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُا مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ. Telah kembali ke rahmatillah , ustazah @shadiyaabbas sebentar tadi. Sebagai seorang sahabat, ku menjadi saksi bahawa Ustazah Shadiya adalah seorang muslimah solehah mukminah yg bertaqwa kepada Allah, sahabat yg sangat baik, adik yg manja pada karektor namun jiwanya kental. Allahu Akbar! Terlalu tersentak hati ini. Tapi yakin dgn rahmat Allah Yg Maha Luas… Allah sangat mencintaimu dik… Allahu Akbar! Semoga perjalananmu ke sana penuh dengan segala kenikmatan, keindahan, kedamaian yg tidak dapat dibayangkan oleh kami yg masih hidup di dunia ini. Allahu akbar! Berilah kekuatan pada suami, anak2 dan seluruh kaum keluarga almarhumah. Sahabat2 sekalian, mari sama-sama kita doakan agar Allah kurniakan Syurga Firdaus buat Ustazah Shadiya yg amat kita kasihi.

A post shared by Ustzh Datuk Dr Norhafizah Musa (@ustazahnorhafizahmusa) on

IKLAN

Semoga ditempatkan bersama mujahidah

Sempat sambut ulang tahun perkahwinan ke-17

Apa yang cukup menyentuh perasaan, nukilan oleh Ustaz MK Azman sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17 tahun pada 30 Mac lalu adalah yang terakhir untuk arwah Ustazah Shadiya.

IKLAN

Pemergian arwah pasti akan dirasai oleh ketiga-tiga anak arwah yang masih kecil dan belum puas bermanja lagi. Difahamkan anaknya yang ketiga paling rapat dengan arwah ustazah.

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..”

Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Ustazah Shadiya Abbas.

Sumber: FB Ustaz MK Azman

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI