Polis menahan seorang wanita yang juga pengasuh kepada bayi berusia lapan bulan bagi membantu siasatan susulan dakwaan individu terbabit menampar bayi berkenaan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu Rabu lalu yang dibuat ibu bayi terbabit.
“Susulan itu, polis menahan wanita berusia 48 tahun bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Kredit Foto: IHSAN Polis
“Kejadian itu disedari ibu bayi berkenaan ketika mengambil anaknya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan mendapati pipi bayi terbabit kemerah-merahan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Mengaku sengaja menampar
Kamaruzaman berkata, siasatan mendapati pengasuh bayi berkenaan mengaku tidak sengaja menampar pipi bayi berkenaan ketika berada di dalam buaian kerana mangsa dikatakan sering muntah.
Gambar Hiasan
“Polis kini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan ini dan menunggu laporan penuh perubatan ke atas mangsa. Kes akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat dan arahan pertuduhan dengan kadar segera.
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan polis,” katanya.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengalami kecederaan bahagian kakinya selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan dua jari kaki kiri mangsa iaitu jari kelingking dan jari tengahnya cedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, berdasarkan laporan, kejadian berlaku semasa mangsa bersama bapanya yang berusia 36 tahun berada di aras bawah pusat beli-belah berkenaan.
Menurutnya, dua beranak itu dipercayai menaiki eskalator dari aras bawah untuk ke tingkat satu.
“Semasa menaiki eskalator itu, dua jari kaki kanak-kanak itu tersepit pada bahagian tangga bergerak itu.
“Mangsa terpaksa menahan kesakitan selama beberapa minit sebelum kakinya berjaya dikeluarkan dari bahagian eskalator itu dengan bantuan orang awam,” katanya.
Menurut Mohd. Suhaimi, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, bapa mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini kira- kira pukul 5.03 petang semalam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas selamat melahirkan bayi lelaki ketiga 4 September lalu, Intan Saleh telah berkongsi wajah puteranya buat tatapan ramai.
Menerusi perkongsian Intan di instagram dan Tik Toknya, dia menunjukkan beberapa momen Ayyaz ketika sedang tidur dan menguap.
Apa yang menarik perhatian peminatnya, Intan dalam nada bergurau menulis selama 9 bulan bonda bawa Ayyaz, tapi keluar-keluar kembar daddy. Bonda sayang Ayyaz,” tulisnya
Susulan perkongsian Intan, ramai yang menitipkan doa yang baik-baik buat Ayyaz agar menjadi anak soleh dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapanya.
“Alhamdulillah. Semoga jadi anak yang soleh, aamin.”
“MasyaAllah, so cute. Semoga membesar menjadi anak yang soleh🤲”
“Muka daddy sangat..”
Sementara itu, ramai juga yang teruja melihat kecomelan Ayyaz dan menyatakan muka Ayyaz copy paste daddynya.
“Muka sebiji daddy..”
“Aah photocopy daddy..”
“Muka daddy…alhamdulillah sihat semuanya”
“Hahahha memang sebijik ayah. Bentuk muka. Hidung 😂”
“Kembar daddy betul ni..”
Sebelum ini, semasa mengandungkan Ayyaz, Intan telah mengalami Plasenta Previa Tahap 2 yang mana kedudukan uri berada di bawah rahim serta menutupi pintu rahim. Malah ketika usia kandungan 34 minggu, doktor menasihatkannya untuk berehat dan tidak lasak sehingga proses bersalin.
Keadaan ini menyebabkan Intan terpaksa menjalani proses bersalin secara pembedahan baru-baru ini.
Intan kini mendirikan rumah tangga dengan Aizam Yahya yang beberapa tahun lebih muda daripadanya pada 20 Disember 2021.
Intan juga pernah berkahwin dengan pemuzik bebas, Ude Wahid. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri yang kini berusia enam tahun.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Di sebalik penderitaan fizikal dan tekanan hidup yang mencengkam, sebuah keluarga kecil membuktikan bahawa kasih sayang dan pengorbanan adalah kekuatan utama dalam menghadapi ujian. Kisah menyayat hati ini tular di TikTok apabila seorang warga emas yang menghidap pelbagai penyakit kronik, tetap memilih untuk menjaga isterinya yang terlantar sakit, dengan penuh kasih dan setia.
Warga emas tersebut sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai apabila memohon agar Tuhan memberikan keajaiban untuk isterinya yang kini tidak mampu lagi bercakap dan kakinya telah dipotong. Meskipun dirinya sendiri diuji dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan kegagalan buah pinggang tahap lima, cintanya tidak pernah pudar.
“Mak cik sakit. Kaki dia pun sudah dipotong. Dia tidak boleh bercakap lagi. Sekarang saya jaga dia.” “Doktor suruh buat dialisis, saya tak mahu. Nanti susah tiada siapa nak jaga isteri saya.”
Namun kisah cinta ini tidak hanya tertumpu pada pasangan warga emas itu. Di sebalik ketabahan mereka, berdirilah seorang anak perempuan yang memikul beban besar pada usia muda. Dalam sebuah rakaman luahan emosi yang tular, anak perempuan mereka berkongsi isi hatinya yang selama ini dipendam jauh di lubuk jiwa.
“Saya kerja part-time je sekarang. Mak bapak saya dua-dua sakit. Jadi saya lebih rela jaga mereka.” “Kalau ada peluang, saya memang nak sambung diploma. Cita-cita saya nak jadi cikgu.” “Tapi sebabkan ibu ayah saya sakit, saya pilih untuk jaga mereka dulu.”
Bukan sahaja mengorbankan pendidikan, anak muda ini juga menyimpan kerinduan mendalam terhadap saat-saat bahagia yang pernah mereka sekeluarga lalui bersama.
“Apa yang saya paling rindu adalah makan sama-sama .” “Tapi saya tak pernah tunjuk dekat diorang saya sedih atau saya lemah. Saya kuat demi diorang.” “Saya nak cakap pada ayah dan ibu, semoga cepat sihat. Saya harap ayah dan ibu selalu bahagia.”
Kisah keluarga ini menjadi refleksi mendalam buat masyarakat bahawa erti kasih sebenar bukanlah pada kesempurnaan, tetapi pada ketulusan hati untuk menerima dan menjaga, walau dalam keadaan yang paling sukar. Baik si ayah yang sanggup menolak rawatan demi menjaga isterinya, mahupun si anak yang menangguhkan masa depannya demi dua insan tercinta, semuanya adalah lambang cinta yang tidak dapat dinilai dengan apa jua harta dunia.
Di akhir perkongsian, warga emas tersebut sempat berpesan kepada para suami di luar sana,
“kalau ada isteri macam ni, sihat sayang, sakit pun kena sayang juga, tak boleh tinggalkan dia”
Keluarga ini bukan hanya mengajar kita tentang pengorbanan, tetapi juga tentang harapan. Dalam dunia yang sering menyanjung kesempurnaan, mereka hadir dengan kekurangan namun penuh kasih. Semoga kisah mereka menjadi inspirasi buat kita semua agar lebih menghargai keluarga dan tidak berputus asa walau seberat mana dugaan yang datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!