Selepas selamat melahirkan bayi lelaki ketiga 4 September lalu, Intan Saleh telah berkongsi wajah puteranya buat tatapan ramai.
Menerusi perkongsian Intan di instagram dan Tik Toknya, dia menunjukkan beberapa momen Ayyaz ketika sedang tidur dan menguap.
Apa yang menarik perhatian peminatnya, Intan dalam nada bergurau menulis selama 9 bulan bonda bawa Ayyaz, tapi keluar-keluar kembar daddy. Bonda sayang Ayyaz,” tulisnya
Susulan perkongsian Intan, ramai yang menitipkan doa yang baik-baik buat Ayyaz agar menjadi anak soleh dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapanya.
“Alhamdulillah. Semoga jadi anak yang soleh, aamin.”
“MasyaAllah, so cute. Semoga membesar menjadi anak yang soleh🤲”
IKLAN
“Muka daddy sangat..”
Sementara itu, ramai juga yang teruja melihat kecomelan Ayyaz dan menyatakan muka Ayyaz copy paste daddynya.
“Muka sebiji daddy..”
“Aah photocopy daddy..”
“Muka daddy…alhamdulillah sihat semuanya”
“Hahahha memang sebijik ayah. Bentuk muka. Hidung 😂”
IKLAN
“Kembar daddy betul ni..”
Sebelum ini, semasa mengandungkan Ayyaz, Intan telah mengalami Plasenta Previa Tahap 2 yang mana kedudukan uri berada di bawah rahim serta menutupi pintu rahim. Malah ketika usia kandungan 34 minggu, doktor menasihatkannya untuk berehat dan tidak lasak sehingga proses bersalin.
Keadaan ini menyebabkan Intan terpaksa menjalani proses bersalin secara pembedahan baru-baru ini.
Intan kini mendirikan rumah tangga dengan Aizam Yahya yang beberapa tahun lebih muda daripadanya pada 20 Disember 2021.
IKLAN
Intan juga pernah berkahwin dengan pemuzik bebas, Ude Wahid. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri yang kini berusia enam tahun.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Hanya perlu diajar dan disimbahkan dengan sedikit kasih sayang, anak-anak kita yang masih kecil menunjukkan sikap yang luar biasa.
Cerita ini dikongsikan sendiri oleh cikgu yang cukup dikenali di media sosial, Cikgu Fadli Salleh di facebooknya yang begitu mengagumi sikap anak-anak muridnya di Tahun 1 yang mempunyai hati yang cukup mulia. Anak kecil istimewa, rakan sekelas mereka menjadi ladang pahala dan pengalaman baru bagi anak-anak ini. Hebat!
Aku namakan anak comel ini Seri, bukan nama sebenar. Seri ni murid tahun 1. Hari pertama persekolahan, Seri sangat pendiam. Orang lain dah bergerak masuk kelas, Seri masih duduk di situ. Sendirian.
Seolahnya langsung tak faham arahan. Tapi dia tak menangis. Cuma menunduk tak nak pandang wajah dan mata guru.
Puas la cikgu-cikgu memujuk. Termasuk PK Petang sekali. Kena pimpin baru dia nak bangun dan berjalan masuk kelas.
Setiap hari memang akan ada guru yang pimpin masuk kelas. Kalau tak, dia akan duduk tanpa bergerak kat dewan.
Masa dia berjalan, kami guru-guru perasan, sebelah kakinya tempang. Selepas dirisik, rupanya Seri anak istimewa. Pendengaran dia pun ada masalah, pertuturan juga.
Dalam kelas, Seri hanya menyendiri. Tidak bergaul sesiapa dan tiada siapa nak mendekatinya. Suatu hari aku masuk kelas Seri dan aku kena betulkan keadaan ini. Maka aku bercakap pada semua murid dalam kelas Seri,
“Dalam kelas kita, ada seorang murid istimewa tau. Murid istimewa ni biasanya tempat mereka di syurga akhirat kelak.
Kena layan dan berkawan dengan murid istimewa ni. Kena bantu dia, kena tolong dia. Jangan pulaukan, jangan pula menganjing dan memalukan dia.
Awak tahu kan siapa?” Semua murid menunjuk pada Seri. Tanpa aku suruh, dua tiga kawan berdekatan dia bangun dan terus menuju kat Seri.
“Awak. Nanti kita rehat sama-sama ya”. “Awak nak pergi tandas cakap kat saya ya, saya teman”. “Awak nak pensel tak? Kita ada pensel lebih”.
Serius masa tu bergenang kolam airmata aku. Betapa murni dan sucinya jiwa anak-anak ini. Kita cuma perlu beri sedikit ‘spark’ untuk menghidupkan api kasih sayang dan keprihatinan dalam jiwa mereka.
Selepas hari itu, setiap hari akan ada kawan-kawan dia pimpin Seri masuk kelas. Teman Seri ke tandas, rehat bersama, buat kerja sama-sama.
Inilah dia ilmu yang tidak tertulis dalam buku teks. Ia dipelajari melalui universiti kehidupan. Setinggi mana lulusan, itu cuma sekeping kertas sahaja. Hasil sebenar sesuatu pembelajaran yang berjaya ialah melalui sikap dan tindak tanduk.
Aku sentiasa menitik berat hasil dan sikap dalam mendidik anak-anak. Biarlah ada yang kurang pandai dalam pelajaran, namun akhlak dan sikap biar santun dan beradab. Biar ada sifat keinsanan dan cakna pada orang keliling.
Alhamdulillah, anak-anak ini mudah mengikut kata. Mudah dilentur dan dididik. Seri dalam proses perpindahan ke sekolah pendidikan khas. Kelas yang lebih sesuai untuk dia. Namun pertukaran memakan masa juga.
Sementara itu dia akan di sekolah kami, di kelas aliran perdana bersama kawan-kawan yang lain. Dan kini aku tidak lagi risau tentang dia. Kerana kawan-kawan dia dah ada untuk menjaga dia dan mengasihinya.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kata orang, kalau nak didik anak biarlah dari usianya masih kecil. Mereka ibarat kain putih, ibu ayahlah yang ebrtanggungjawab untuk mencorakkannya. Banyak nilai murni yang perlu diajarkan pada anak supaya mereka membesar menjadi individu yang positif.
Salah satunya adalah sifat sabar agar ia dapat menjadi asas bagi membentuk disiplin dan buat anak menjadi lebih berbudi pekerti.
Anak pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson iaitu Isaac Raees selalu mendapat perhatian para pengikut di media sosial kerana wajahnya yang comel serta telatahnya yang bijak.
Sumber foto: Instagram Zahirah Macwilson
Meninjau ke akaun TikTok @zahirahmacwilson, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Isaac di meja makan. Di dalam video itu, Zahirah meletakkan coklat di dalam sebuah mangkuk dan meminta Isaac untuk tidak memakannya sehingga dia kembali.
Dengan yakin dia menjawab okey dan bermulalah adegan comel Isaac yang memujuk dirinya untuk bersabar dan tidak memakan coklat itu. Sambil mencuit-cuit coklat itu, dia ketawa dan menyebut “Wait, sabarr.”
Lucunya kerana beberapa kali dia melihat coklat itu dan kelihatan seperti tidak sabar untuk makan, tetapi terus memujuk diri untuk bersabar.
Sumber foto: Instagram Zahirah Macwilson
Ternyata gelagat Isaac mencuit hati ramai orang untuk meninggalkan komen;
Cabaran tersebut berjaya ditempuhi Isaac dan dia tidak makan walaupun sedikit coklat yang ada sehingga Zahirah kembali. Dia kemudiannya dibenarkan untuk makan dan menyuapkan coklat itu pada mommynya. Memang patuh pada arahan, penyabar. Baguslah Isaac, good boy!
Ibu bapa mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Memahami akan setiap perkembangan anak sejak kecil tanda anda adalah ibu bapa yang cukup prihatin dan mengambil berat setiap perkembangannya.
Meneliti setiap perkembangan anak bermula dari waktu bayi adalah yang seharusnya mak ayah lakukan bagi memeriksa sama ada anak terlambat dalam perkembangannya mahupun tidak.
Keupayaan seperti mengambil langkah pertama, tersenyum dan melambai adalah titik perkembangan anak atau development milestones.
Secara amnya, ia adalah perkara yang dapat dilakukan kebanyakan kanak-kanak pada usia tertentu. Pun begitu, ada juga anak yang mungkin berdepan dengan lewat pembangunan atau development delay. Periksa perkembangan anak kecil anda melalui check list ini:
#Usia 1
Fizikal – Menarik badan untuk berdiri dan berjalan sambil memegang perabot – Mula untuk bertatih – Makan dengan sudu – Minum dengan cawan
Sosial – Meneroka sekeliling dengan pemantauan ibu bapa – Sedar apabila terpisah daripada individu lain – Malu atau gementar dengan individu tidak dikenali – Anak kecil mula menunjukkan kasih sayang dan tantrum
Kognitif – Boleh mencari objek tersembunyi – Tahu bahagian tubuh – Melambai ‘bye bye’ – Mula menyebut ‘mama’ dan ‘dada’
#Usia 2
Fizikal – Berdiri sambil menjengketkan kaki (tiptoe) – Menendang bola – Mula berlari – Memanjat dan turun perabot tanpa bantuan
Sosial – Mengikut tingkah laku individu lain – Lebih berdikari – Seronok apabila bersama kanak-kanak lain – Mengetahui nama individu yang dikenali
Kognitif – Bermain permainan mudah – Membezakan warna dan bentuk – Membentuk dan menyebut ayat antara 2 hingga 4 patah perkataan
#Usia 3
Fizikal – Memanjat dengan baik – Berlari dan berjalan naik turun tangga dengan mudah – Menaiki basikal roda tiga – Boleh membaling bola
Sosial – Meniru gaya individu dewasa dan rakan – Mempamerkan kasih sayang dan keprihatinan – Fahami maksud ‘milik saya’ atau ‘miliknya’ – Dapat memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri – Boleh berpisah dengan mudah daripada ibu ayah
Kognitif – Boleh bermain dengan permainan yang bergerak – Bermain pretend dengan mainan atau individu – Memahami arahan di atas, di dalam atau di bawah – Boleh menyebut nama penuh – Mengikuti 2 atau 3 arahan, seperti “Buka pakaian dan masukkan ke dalam bakul”
#Usia 4 & 5
Fizikal – Perkembangan kanak kanak pada usia ini mereka mampu berjalan naik turun tangan dengan bergantian kaki – Boleh menggunakan tandas sendiri – Makan sendiri menggunakan sudu dan garpu perkembangan kanak kanak
Sosial – Suka dikelilingi oleh rakan sebaya – Cenderung untuk mengikuti peraturan – Boleh memahami giliran dalam permainan – Suka menyanyi, menari dan berlakon
Kognitif – Bermain dengan permainan mekanikal – Boleh melukis individu dengan anggota tubuh – Memahami konsep masa – Tahu nama dan alamat
Lewat perkembangan pada anak kecil
Sekiranya perkembangan anak kecil anda tidak seperti pencapaian biasa yang disarankan, bertenang! Ini kerana, setiap anak membesar mengikut rentak mereka sendiri.
Umumnya, kesukaran dalam mencapai tahap perkembangan kanak kanak dalam kemahiran berbahasa, berfikir, sosial atau motorik disebut sebagai kelewatan perkembangan (developmentaldelay).
Seperkara yang perlu anda fahami, lewat perkembangan adalah berbeza dengan ketidakupayaan perkembangan (development disabilities).
Ia merangkumi keadaan seperti cerebral palsy, kehilangan pendengaran serta gangguan spektrum autisme (ASD) dan ia biasanya kekal seumur hidup.
Jika anda mengesyaki anak mungkin mengalami lewat perkembangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik. Terdapat banyak punca yang boleh menyumbang kepada lewat perkembangan kanak kanak, seperti:
* Kelahiran pramatang * Keadaan genetik seperti sindrom Down * Masalah penglihatan atau pendengaran * Kekurangan zat makanan * Penggunaan alkohol atau dadah semasa kehamilan * Penderaan atau pengabaian fizikal * Kekurangan oksigen semasa bersalin
Berilah perhatian dan periksa check list yang diberikan untuk melihat sejauh mana perkembangan anak anda.
Berikan anak sedikit masa jika anak terlewat dalam perkembangannya. Bawalah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tahap perkembangan anak kecil kita. Jangan terlambat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ibu dan bapa mana yang tidak gembira bila melihat prestasi anak-anaknya yang mampu menguasai pelbagai subjek dengan baik di sekolah. Satu kebanggaan atas usaha selama ini.