Sudah menjadi tanggung jwab seorang jururawat untuk mengambil berat tentang pesakitnya sepanjang mereka di hospital. Berlainan pula dengan kisah jururawat ini, dia membuat satu keputusan besar apabila mengambil pesakit di bawah jagaannya sebagai anak angkat. Bayi perempuan itu berada dalam unit jagaan rapi selama beberapa bulan tanpa ada seorang pun pelawat.

Liz Smith bertugas sebagai Pengarah Jururawat Senior di Franciscan Children’s in Massachusetts sentiasa mencintai pekerjaannya tetapi merasa ‘kurang’ dalam kehidupan peribadinya. Liz Smith sentiasa mahukan anak, tetapi masih tidak ada berpeluang. Bahkan dia sudah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ibu sejak tahun 2016 lagi.

Masih tidak berkeluarga tetapi menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ibu, Liz membuat rawatan kesuburan sebagai percubaan untuk hamil. Malangnya, pakar kesuburan memberinya berita buruk apabila laporan makmalnya keluar dan tidak menunjukkan ciri-ciri positif untuk mengandung. Menurut wanita ini, itulah berita paling menyedihkan yang pernah dia terima.

IKLAN

Berlalunya hari suram, ketika Liz bertemu dengan Gisele ketika sedang bertugas. Bayi ini dilahirkan pra matang dan laporan mengatakan dia menghidap neonatal absence syndrome, sejenis penyakit yang menyerang bayi jika mereka terdedah kepada dadah semasa dalam kandungan. Berat hanya lebih kurang 1 kilogram, Gisele ditahan selama beberapa bulan di hospital tetapi tidak pernah ada seorang pun yang melawat bayi ini.

Apabila ini terjadi, Liz mengambil keputusan untuk mengambil Gisele sebagai anak angkatnya. Sebelum membuat keputusan itu, Liz melawat Gisele setiap hari kerana tabiat itu katanya umpama ganjaran terhebat buat Liz. Ketika hari Gisele harus keluar dari hospital, dia masih diberi minum susu menggunakan tiub khas dan tidak sembuh sepenuhnya.

“Pada awalnya, saya ambil Gisele sebagai anak angkat kerana mahu satukan dia dengan ibu bapanya. Saya sentiasa bersedia dengan kemungkinan kami akan berpisah jika ibu bapanya mahu mengambil Gisele semula. tetapi saya sedar, dia berhak untuk menerima kasih sayang yang secukupnya,” kata Liz kepada CNN.

IKLAN

Malangnya ibu bapa Gisele tidak layak untuk menjaganya kerana masalah tertentu dan kelayakan mereka dinafikan oleh mahkamah negeri, Liz menerima berita ini dengan hati yang berbelah bahagi. Menurutnya, dia gembira kerana dapat menjaga Gisele, tetapi sedih untuk kedua orang tua anak kecil itu kerana tidak dibenarkan untuk menjaga Gisele. Liz faham sukar untuk melawan ketagihan dadah dan kemudian mahu menjadi ibu.

IKLAN
Berbulan-bulan Dalam NICU, Tak Ada Yang Melawat. Kerana Sayang, Jururawat Ini Ambil Bayi Sakit Sebagai Anak Angkat
Antara foto terkini Liz dan anak angkatnya, Gisele

Pada bulan Oktober 2018, Gisele sah menjadi anak angkat Liz. Dia kini berumur dua tahun. Kesihatannya sudah semakin pulih. Masih perlu menggunakan tiub khas untuk makan, tetapi dia juga berselera untuk makan makanan sebenar. Walaupun perkembangannya sedikit lewat tetapi dia berada di landasan yang betul.

Ketika sesi temu ramah Liz bersama CNN, anak kecil ini membuat seisi studio tersentuh dengan nyanyiannya untuk Liz. Kalau dahulu tiada siapa yang pedulikannya, tetapi hari ini Gisele sudah mempunyai seorang ibu yang baik dan seluruh negara yang menyayanginya.

Sumber: CNN

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI