Sebenarnya nak cipta bonding dengan anak-anak dan lebih-lebih lagi nak gembirakan hati anak-anak tak lah sesusah mana, gurau sikit dan usik-usik anak dah cukup terhibur.

Tapi jenis usikan dan gurauan macam mana yang boleh membantu anak lebih bijak mindanya? Dalam hal ni mama papa kena kenal pasti jenis permainan. Bercerita pada anak, kita nampak macam membosankan tapi sebenarnya kalau pandai olah dan triknya, anak cukup suka.

Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) ni kongsikan trik bercerita pada anak. Paling penting katanya, cara ni buat anak lebih bijak dan mindanya pun diasah dengan baik.

Bercerita Pada Anak Macam Bosan Tapi Rupanya Boleh Asah Minda Anak, Simple Pun Dah Buat Anak Seronok!

Kanak-kanak suka bermain, itu memang naluri semulajadi mereka! Malah, tidak salah jika kita membuat tanggapan bahawa antara pengalaman hidup yang paling bermakna semasa usia pendidikan praformal antara 0-6 tahun adalah pengalaman bermain.

IKLAN

Pada masa yang sama, dapatkah kita sebagai papa dan mama juga pendidik prasekolah mengambil peluang agar aktiviti bermain si kecil membawa lebih manfaat kepada dirinya? Jawapannya, sudah pasti! Syaratnya mudah, pastikan anda memberi masa dan ruang dalam jadual seharian untuk ‘bermain’ bersama-sama si kecil anda walaupun sekadar 1 jam setiap hari. Latihan dan ‘permainan minda’ di bawah amat disyorkan untuk si kecil.

1. Selain daripada bermain dan bergerak secara aktif, si kecil pada peringkat usia pendidikan praformal cenderung untuk bercerita dan berkongsi pengalamannya dengan orang lain. Maka, luangkan sedikit masa dan berikan ruang kepada si kecil anda untuk bercerita, menyanyi dan mungkin juga berjoget untuk memberi gambaran aktiviti hariannya di taman pendidikan prasekolah.

Bercerita Pada Anak Macam Bosan Tapi Rupanya Boleh Asah Minda Anak, Simple Pun Dah Buat Anak Seronok!

2. Belajar untuk tunjukkan minat dan minta anak bercerita, membuat lakonan semula atau apa sahaja aktiviti di mana dia boleh berkongsi aktiviti pada hari berkenaan. Anda pasti tidak akan kering gusi!

IKLAN

3. Permainan jenis memori bantu anak untuk tingkatkan daya ingatan si kecil. Tak payah tunggu waktu sesuai, di dalam kenderaan ketika balik dari tadika atau di mana-mana sahaja yang selesa. Contoh, suruh anak fokus pada bangunan yang dilihat di luar kereta, misalnya kemudian minta si kecil ceritakan balik rupa bentuk bangunan tu. Simple.

Bila melepasi pasar raya, tanya pada anak, “Adik, kalau kita pergi ke pasar raya, apa 10 benda yang boleh kita beli dekat situ?”

4. Saya amat yakin bahawa minda yang aktif perlu latihan yang lebih tradisional seperti bermain teka-teki. Teka-teki memaksa minda untuk berfikir jauh dan tidak hanya secara logik semata-mata. Terserahlah kepada mama dan papa untuk mencari teka-teki yang sesuai. Di tadika, cikgu prasekolah boleh menggunakan teka-teki sebagai aktiviti kumpulan besar di dalam kelas terutama untuk kanak-kanak yang lebih matang.

IKLAN

5. “Siapa nampak… nampak tak?”. Aktiviti minda klasik ni cukup sesuai dimainkan ketika sedang dalam perjalanan ke mana-mana sahaja. Di Barat, permainan minda seperti ini kita panggil “I spy with my own eyes…” Permainan minda ini dan variasinya membantu si kecil anda untuk mengikuti arahan, meningkatkan tahap fokus, mengembangkan bahasa dan meningkatkan kesedaran ruang (spatial awareness) mereka.

Bercerita Pada Anak Macam Bosan Tapi Rupanya Boleh Asah Minda Anak, Simple Pun Dah Buat Anak Seronok!

6. Perjalanan dalam kereta sebenarnya memang membosankan. Bukan kita saja, anak-anak pun sama. Buat teknik kira-kira. Minta si kecil congak secepat mungkin setiap plet atau nombor kenderaan yang mereka nampak, seperti ‘AER 987’ (sama dengan 24). Satu lagi variasi ialah meminta si kecil beri satu ayat yang ada makna untuk setiap abjad yang dia lihat, misalnya ‘Ayam Ekor Rosak’ berdasarkan plet atau nombor tersebut. Menarik.

Jadi lepas ni kalau dalam kereta, jangan diam saja layan perasaan masing-masing. Cipta momen sambil asah minda anak-anak. Percayalah bila anak dah besar nanti, inilah momen yang paling diingati.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI