Sebaik memasuki tahun 2022 pastinya mak ayah sudah mempersiapkan jadual tahunan untuk bercuti seisi keluarga. Namun dalam merancang percutian, pesanan dari penceramah tersohor, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ini mak ayah jangan terlepas pandang.

Menerusi Instagramya, Ustaz Don turut berkongsi kalender percutian yang dirancang isteri tercintanya, Dr Husna Zahry bagi merancang percutian tahunan mereka tanpa mengabaikan sesi persekolahan anak. Inilah yang seharusnya kita lakukan.

“Bercuti Boleh, Kena Hormat Sekolah Anak” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Mak Ayah!

Kata Ustaz Don, dalam merancang percutian dengan anak-anak, jangan abaikan waktu pembelajaran anak-anak. Jangan biar anak ponteng sekolah sebaliknya sebagai mak ayah kitalah orang utama yang seharusnya menghormati waktu sekolah mereka.

“Bercuti Boleh, Kena Hormat Sekolah Anak” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Mak Ayah!

“Isteri saya hantaq mesej. Bagi gambaq ni (Gambaq 1). Untuk kami plan cuti sebab sekarang dah ada anak sekolah rendah.

“Bukan macam dulu. Cuti ikut dan saja. Rasa nak cunggit, cunggit teruih. La ni tak boleh la. Kena hormat sekolah anak,” tulisnya berkongsi.

“Bercuti Boleh, Kena Hormat Sekolah Anak” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Mak Ayah!

Menurut kata bapa kepada empat cahaya mata ini lagi, walaupun ada ibubapa yang merasa bimbang untuk menghantar anak ke sekolah dek kerana virus Covid-19 serta varian terbaru, Omicron namun janganlah dijadikan alasan mengabaikan pembelajaran anak. Hal ini sepatutnya tidak perlu berlaku.

IKLAN

“Bercuti Boleh, Kena Hormat Sekolah Anak” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Mak Ayah!

“Walaupun la ni sejak-sejak ligat internet ni orang mula rasa sekolah tak penting sebab dok dengaq macam-macam pihak dok motivate, tapi pendirian saya, sekolah tetap penting.

“Banyak saya belajaq di sekolah. Terutamanya berkawan dan bergaul serta hormat orang,” katanya berkongsi malah mengharapkan ibu bapa juga turut mengutamakan kepentingan anak belajar.

“Bercuti Boleh, Kena Hormat Sekolah Anak” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Mak Ayah!

Terharu isteri muliakan hari lahir Nabi

Dalam pada itu, perkongsian dari isteri tercinta, Dr Husna Zahry itu turut membuatkan penceramah yang disegani ramai ini terharu. Sudah semestinya inilah yang kita perlu lakukan, iaitu memuliakan hari kelahiran Nabi Muhammad yang kita sayangi.

IKLAN

Tidak hanya berkongsi nasihat untuk mak ayah bahkan Ustaz Don yang kini sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 ini juga mengharapkan kesejahteraan berpanjangan buat semua.

“Bercuti Boleh, Kena Hormat Sekolah Anak” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Mak Ayah!

“Jadi, saya pun, tengok la satu per satu sekali lalu. Bila mai tang bawah, saya terberenti dan renung lama. Sampai menangis sebab terharu (Gambaq 2)

“Rakyat Malaysia, walau apa pun orang nak kata lepaih baca post saya ni, saya tetap yakin macam mana saya yakin sekolah bagi manfaat, saya sangat yakin, BIRTHDAY RASULULLAH ‎ﷺ sangat dekat di hari kita.

“And i tell you, إنْ شَآء الله selama mana kita sentiasa mengutamakan menyambut, meraikan, memeriahkan, bagi cuti, bercuti, buat majlis ilmu, menghidupkan dan merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad ‎ﷺ , saya yakin dan pasti, إنْ شَآء الله Malaysia dan rakyatnya sentiasa dalam pemeliharaan Allah Azza Wa Jalla.

IKLAN

“Ya Allah, tolong pelihara Malaysia dan rakyatnya dan semua ummat Nabi Muhammad ‎ﷺ dari segala bala dan fitnah akhir zaman dengan berkat nama Mim Ha Mim Dal Nabi Muhammad ‎ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .

Sollu ‘Alan Nabi.

Benar apa yang dikongsikan oleh Ustaz, walau ke mana pun kita merangcang, usah abaikan pembelajaran anak. Sebolehnya jangan biar anak ponteng sekolah!

Menarik: Alhamdulillah 4 Bulan Lagi, Eyra Hazali Umum Hamil Anak Kedua, Buat Kejutan Untuk Suami!

Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.

Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI