Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Perkongsian dari Puan Najibah Mustaffa ini sangat betul. Dia beranggapan ibu dan isteri kena cari bahagia dulu kerana semua inilah kunci keharmonian dalam rumah tangga.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah-acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.
Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
Ads
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.
Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.
Ads
Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak-anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.
Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
Ads
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama-lama di tikar sejadah, mahu tadabbur al-Quran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat apa yang menggembirakan.
Benar, khidmat kepada rumahtangga adalah medan pahala. Namun janganlah sampai menekan diri. Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu. Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia.
Aksi anak kecil meniru orang lain atau orang dewasa memang mencuit hati dan boleh buat orang terhibur.
Namun, ia tak lagi lucu dan comel bila yang anak tiru itu adalah perbuatan tak senonoh.
Sentiasa ingat, anak masih belajar tentang dunia dan otaknya juga masih berusaha faham tentang cara dunia berfungsi. Maka ,amat biasa anak meniru tanpa tahu baik atau buruk perbuatan tersebut.
Bila anak mula tiru kelakuan buruk orang lain, ini apa yang ibu ayah boleh lakukan untuk tangani masalah ini. Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Puan Uswatun, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi Malaysia.
Ibu memang mampu menjaga anak sendiri. Biar pun ia mencabar, asalkan anak sentiasa depan mata. Ini perkongsian Yatt Hamzah.
Mama cantik ini telah berkongsi kisahnya menguruskan anak-anak selepas tamat hari berpantang 44 hari. Ketiga-tiga anaknya iaitu Suci Hanania Malika, 7, Suci Humaira Iqlima, 1 tahun 5 bulan dan Suci Hayfaa Medina, 1 bulan 18 hari dibawa ke butik kerana beliau tidak mengupah pengasuh atau pembantu rumah. Hebatnya ibu ini!
Anak pertama Yatt, Suci Hanania Malika bersama adik-adiknyaAnak kedua Yatt, Suci Humaira IqlimaAnak ketiga, Suci Hayfaa Medina
BIAR ANAK DIDEPAN MATA ASALKAN SELAMAT
Yatt menjalankan perniagaan busana muslimah menguruskan sendiri anak tanpa pembantu dan pengasuh. Yatt telah membawa anak ke pejabat kerana mahu anak-anak sentiasa berada di depan mata agar keselamatan tidak perlu risaukan.
ANAK SELANG SETAHUN
Paling mencabar ialah perlu menjaga anak kedua dan ketiga yang hanya selang usia setahun lebih. Berikut ialah posting Instagram beliau;
Bismillah.. #throwback 2 hari lepas. Genap 44 hari berpantang dan terpaksa keluar juga kerana tuntutan komitmen kerja sbg boss butik @sucibyyatthamzah
Maka bermulalah cabaran Bonda beranak tiga di tempat kerja dg 2 baby kecil jarak setahun, tanpa pembantu dan pengasuh. Fuhhh, MashaAllah amatlah payah dan susah. Sorang je yg melalak ok lagi, tapi bila dua2 melalak serentak! Dunia ni bergegar, gegak gempita wehh!!?? Allah je tahu apa rasa dlm hati ni. Nak nangis ada, nak marah, panik, stress, nak pengsan semua ada! Siapa yg ada baby beza setahun tahulah kan..
Bukan tak nak upah pengasuh, tapi firasat ibu ini kuat kata “tak apalah, selagi mampu aku akan jaga sendiri anak2 aku dgn tulang 4 kerat ni, kerana yakin aku masih mampu. Bila mereka ada depan mata, aku boleh kerja dg tenang & aman tanpa risaukan keselamatan mereka.”
Ada ibu2 nak share pengalaman silakan. Kepada ibu2 yg baru habis pantang, SALAM MERDEKA! SEP SIKIT
Malang tidak berbau, disaat kita mengejar masa untuk membuka kunci rumah, ketika itulah kunci terpatah. Jangan panik dan cemas kerana ada caranya untuk mengeluarkan kunci ini dari terperangkap di dalam lubang itu.
Perkongsian tip dari pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini anda perlu cuba. Memang senang!
Kalau kunci terpatah di dalam lubang kunci jangan panik. Nak keluarkan macam mana?
Cara keluarkan kunci patah
Hanya gunakan satu gam jenis batang (seperti di dalam gambar).
Kemudian panaskan dengan pemetik api.
Biarkan gam cair dan kemudian cepat-cepat masukkan ke gam ke dalam lubang kunci yang terpatah.
Tunggu selama 10 saat sambil menekan gam ke lubang pintu.
Kemudian perlahan-lahan tariklah ia keluar.
Tadaaa, hasilnya!
Memang berjaya. Jadi tak perlu risau bila kunci terpatah macam ni.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.