Dalam kita mendidik anak, ada waktunya kita tak perasaan kita tersalah mendidik malah kita jugalah punca anak jadi makin pelbagai ragam dan sikapnya.
Memberi anak ganjaran atau reward terutama ketika anak tantrum dan menyamuk bukan satu langkah bijak. Penulis keibubapaan, Ahmad Fhais Salim berkongsi tip ini buat panduan semua. Jangan salah langkah.
Tanpa sedar, kita sebenarnya yang galakkan anak berkelakuan buruk! – tantrum – merengek – baling barang – hempas pintu – lawan cakap
Dan macam-macam lagi kelakuan buruk. Kena aware tentang ni.
Sebagai contoh : Anak tunjuk protes, mengamuk, tantrum dan dia baling barang gara-gara dia minta nak main telefon kita tak bagi. Puas slowtalk, semua tak berhasil. Selagi tak dapat telefon selagi tu dia protes.
Ads
Sudahnya, kita kerana malas nak panjang cerita dan kadang ada rasa tak sampai tengok anak menangis, kita pun bagi la telefon untuk buat dia diam.
Serius ini la silap paling besar kita. Tanpa sedar sebenarnya kita sedang, REWARD KELAKUAN BURUK !!
Tanpa sedar kita sebenarnya sedang bagitahu anak bahawa bila dia berkelakuan buruk macam tu dia boleh dapat apa sahaja yang dia nak.
Ini bakal jadi penyesalan seumur hidup kita, serius! Sekali dah di buat susah kita nak di putar balik masa. Kena berhenti reward kelakuan buruk dan patut banyakkan reward kelakuan baik dia.
Ads
Baru la dia rasa ada MAKNA jika dia buat kelakuan baik. Bila baik dapat reward, bila buruk tak dapat apa-apa. Kena tegas, biar la anak melalak meraung macam mana pun jangan bagi reward, jangan bagi telefon yang di mintanya.
Ads
Buat cara ni : Bagitahu anak. “Nak telefon kena ikut apa ibu suruh ni!”
Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda, malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang.
Tugas kerja rumah ini boleh dimulakan seawal 3-4 tahun dengan tugasan mengemas mainan mereka, membuang sampah, memasukkan baju dalam mesin basuh dan mengemas katil.
Anak anak yang melakukan tugas di rumah akan mempunyai hubungan kekeluargaan yang lebih baik dan ini penting untuk kestabilan mental dan emosi mereka.
Ia juga penting untuk memupuk rasa tanggung jawab dan kesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran. Sikap menjaga kebersihan bermula dari rumah. Jika dirumah mereka sudah biasa dengan persekitaran bersih, tidak membuat semak dan membuang sampah, menggunakan tandas dengan bersih, sikap ini akan dibawa apabila mereka berada di luar rumah.
Paling penting, perkara ini perlu ajar untuk anak lelaki dan perempuan. Jangan latih anak lelaki untuk menjadi “Raja” di rumah, kasihan bakal isteri nanti!
Bila isteri minta sesuatu, jangan kata “TAK BOLEH” lagi. Usaha dulu, tapi JANGAN JANJI. Sebab bila berjanji, dia akan berharap. Bila dia berharap, kalau dia tak dapat, dia akan kecewa.
“Hari tu abang kata nak beli. Dah 3 bulan ni, tak beli-beli lagi pun…” Dengar pertanyaan macam ni suami pula nak marah bila dengar isteri cakap macam ni.
Sentiasa tanam nawaitu untuk cuba tunaikan permintaan isteri sebab apa yang dia minta tu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita tunaikan. Ianya juga mengikut kemampuan kita. Jarang-jarang sekali mereka nak minta sesuatu diluar kemampuan pasangan mereka.
Mereka pun masih waras dan boleh berfikir dengan baik. Takkanlah mereka nak membebankan dan menyusahkan pasangan mereka.
“Nanti abang akan usahakan…bulan depan kita beli. Tunggu bonus hujung tahun, baru abang belikan…”
Bila kita cuba penuhi permintaan isteri, insya-Allah Allah SWT akan buka pintu rezeki kita sebagai suami dan mudahkan urusan kita. Niat kita baik, boleh jadi apa yang isteri minta tu, adalah sesuatu yang boleh memudahkan urusan dia.
Bila kita mudahkan urusan isteri, Allah SWT akan mudahkan urusan kita. Simple ja formula yang Allah dah bagi kat hamba-hambaNya. Mudahkan urusan orang, Dia mudahkan urusan kita, bawa orang keluar daripada kesulitan, Dia akan bawa kita keluar dari kesulitan.
Buat baik dibalas baik. Buang batu atau kayu yang menghalang atau memudaratkan orang lain pun pahalanya besar apatah lagi menunaikan permintaan mereka yang berada dibawah tanggungan kita.
Sebaik-baik sedekahkan pada ahli keluarga kita sendiri…? Maka anggap setiap pemberian kita kepada ahli keluarga kita tu sebagai satu bentuk sedekah.
Sedekah ini adalah antara 3 amalan yang tidak akan terputus pahalanya walaupun kita dah MENINGGAL DUNIA.
Jangan berkata TIDAK lagi pada sesuatu yang diminta isteri, tapi usahakanlah dahulu walaupun kena menyimpan setiap bulan. Insya-Allah, mesti Allah akan bagi jalan untuk kita tunaikan.
Ruam susu pada bayi adalah disebabkan susu ibu, betul ke? Kalau begitu, adakah perlu untuk menghentikan penyusuan susu badan?
Teruskan membaca perkongsian artikel yang di kongsi dari hello doktor ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.
Apa itu ruam susu?
Ada yang mengatakan ruam ini terjadi apabila susu badan terkena bahagian pipi si kecil. Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan buat para ibu yang melakukan penyusuan eksklusif.
Tidak kurang juga yang mengatakan ruam pada pipi si kecil ini berkembang kesan pemakanan ibu yang mencetuskan alahan kulit kepada bayi – yang disalurkan melalui susu badan.
Bahan-bahan yang mencetuskan alahan tersebut juga dipercayai menjadi punca ruam pada pipi apabila susu ibu bersentuhan secara langsung dengan kulit ketika penyusuan.
Tetapi adakah ia benar susu ibu yang menjadi punca ruam atau ekzema pada kulit bayi ini?
Hakikatnya, andaian dan kepercayaan tersebut adalah tidak benar. Bahkan istilah ruam atau ekzema susu itu juga tidak tepat bagi menggambarkan punca sebenarnya.
Ini kerana dalam dunia perubatan hanya terdapat istilah ekzema atau dermatitis atopik – yang merupakan salah satu jenis dermatitis paling biasa terjadi kepada bayi atau kanak-kanak.
Fahami punca ruam susu pada bayi
Ekzema adalah keradangan kronik yang dicetuskan oleh ketidakupayaan badan untuk menghasilkan sel lemak yang cukup dikenali sebagai ceramides.
Punca ekzema masih belum dapat dipastikan tetapi yang pastinya ruam atau bintik yang menyebabkan pipi si manja menjadi kemerahan, bersisik dan gatal ini bukanlah disebabkan oleh penyusuan susu ibu.
Risiko untuk mengembangkan dermatitis atopik ini mungkin dipengaruhi oleh faktor genetik, fungsi sistem imun bayi dan faktor luaran yang lain.
Biasanya gejala ekzema ini boleh muncul sendiri dalam 6 bulan pertama kehidupan bayi. Dalam tempoh ini juga, penyusuan eksklusif amat digalakkan bagi memenuhi keperluan bayi.
Tetapi harus diingat bahawa masalah ekzema pada pipi bayi ini bukan disebabkan penyusuan atau terkena susu ibu.
Ruam susu pada bayi adalah cenderung untuk terjadi sekiranya mereka dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan makanan. Antara jenis alahan makanan yang sering dialami adalah seperti kacang, telur dan susu.
Walaupun terdapat hubungan antara alahan makanan susu yang menjadi punca kemunculan ekzema tetapi susu itu sendiri bukanlah penyebab ekzema buat kali pertama.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai alergi kepada susu atau produk tenusu, tindak balas alahan ini boleh memburukkan lagi gejala ekzema jika terus mengambilnya.
Bayi dengan ruam susu, boleh ke menyusu?
Dengan penjelasan di atas, jelas menunjukkan bahawa ekzema susu ini bukanlah disebabkan pengambilan atau pendedahan kepada susu ibu. Jadi keputusan untuk menghentikan penyusuan secara eksklusif bukanlah penyelesaian yang tepat bagi menghilangkan ekzema.
Ini kerana sekiranya penyusuan susu ibu dihentikan atau dihadkan, ia boleh menghalang si kecil daripada mendapat makanan terbaik yang dapat memenuhi keperluan hariannya.
Untuk kesan jangka masa panjang, ia boleh menjejaskan proses tumbesaran dan perkembangan bayi.
Bayi yang tidak mendapat cukup protein daripada susu berisiko untuk mendapat masalah kwashiorkor – kekurangan protein, keadaan berpotensi memburukkan lagi masalah kulit.
Maka bayi walaupun mempunyai ruam, masih perlu dan boleh meneruskan penyusuan. Namun sebaiknya ibu haruslah mengelakkan jenis-jenis makanan yang boleh mencetuskan alahan makanan pada bayi.
Merawat masalah ekzema pada bayi
Antara gejala ekzema biasa pada bayi adalah kulit kering dengan ruam merah, bersisik dan gatal.
Ibu boleh membantu melegakan simptom pada bayi dengan cara berikut:
1. Sapu ubat ekzema selepas mandi bantu atasi ruam susu pada bayi
Semasa mandi, cuba rendam seluruh badan bayi terutama yang terkena ekzema untuk mendapatkan kelembapan sepenuhnya. Bilas dengan air bersih.
Kemudian sapukan krim berubat atau salap ekzema dalam masa tiga minit selepas keluar dari tab mandi untuk memastikan kulit sentiasa lembap.
2. Pilih sabun bayi yang selamat
Bagi mengelakkan kerengsaan kulit menjadi lebih teruk akibat ekzema susu, idea yang baik adalah untuk memilih sabun mengandungi bahan hipoalergenik, tidak berwarna mahupun ditambah pewangi.
Biasanya sabun wangi dan berwarna mengandungi bahan kimia yang boleh memburukkan lagi masalah ekzema.
3. Gunakan pelembap kulit yang selamat
Pilihlah pelembap hipoalergenik yang lembut, pH seimbang dan mengandungi bahan organik. Seelok-eloknya, pelembap pilihan anda juga harus mengandungi ceramida – berfungsi untuk membaiki tisu kulit sensitif bayi.
Baca dan perhatikan bahan-bahan dalam pelembap pada produk bayi. Sapukan pelembap sekurang-kurangnya 3-5 minit selepas memandikan bayi.
Elakkan juga memakai pakaian yang diperbuat daripada bahan yang sering mencetuskan kegatalan atau kerengsaan seperti kain bulu atau sintetik.
Semoga masalah ruam kemerahan pada pipi si kecil akan bertambah baik. Pun begitu, jika masalah ruam susu pada bayi tidak pulih atau bertambah teruk, lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian dan penyelesaian yang berkesan.