Setiap kanak-kanak akan mencipta tempoh garis masa pencapaian mereka sendiri. Garis masa tersebut mungkin berubah lebih banyak, inilah sebabnya kenapa “tak apa atau it’s ok take your time untuk perkembangan anak” menurut pakar.

Ikuti perkongsian daripada Caroline Chirichella berkenaan perkembangan kanak-kanak dan bagaimana dia menjawab soalan yang diajukan kepadanya berkenaan anaknya Lucia Antonia.

Terdapat pelbagai soalan yang saya dapat tak kira daripada siapa pun saya bercakap mengenai Lucia Antonia yang berusia 18 bulan. “Adakah dia sudah mulai berjalan? Mengucapkan kata-kata pertamanya? Adakah dia memberi boleh menyuap makanan sendiri? Dilatih bebas lampin?”

Tidak kira berapa kali ditanyakan soalan-soalan ini, saya akan memberikan reaksi yang sama: “Dia akan melakukan apa yang perlu dia lakukan mengikut kadarnya sendiri.”

IKLAN

Jawapan ini mungkin tidak memuaskan bagi semua orang yang bertanya, tetapi ini cukup baik bagi saya. Kenapa? Kerana saya adalah ibu pertama kali untuk bayi perempuan yang cantik, bahagia, dan sihat.

Dan saya bosan dengan idea bahawa apabila seseorang mempunyai bayi, perkembangan mereka dibincangkan dan dibanding-bandingkan.

Terdapat pelbagai sebab mengapa seseorang anak mungkin sedikit lewat untuk mencapai sesuatu perkembangan diri dan bertanya kepada ibu bapa mengenai perkara ini boleh membuatkan mereka kecewa.

Saya sedar mungkin kebanyakan orang yang mengemukakan soalan ini bermaksud baik. Tetapi kadang-kadang soalan yang datang dari tempat yang baik datang dengan perbandingan, terutama jika yang bertanya menceritakan kembali, “Oh, baiklah, anak saya mula bercakap pada usia 9 bulan” atau “Anak saya boleh membaca ketika dia berumur 2.”

Soalan-soalan ini juga meletakkan ibu bapa dalam keadaan tidak selesa. Mereka mungkin merasa dihakimi atau kesal kerana anak mereka belum mengatakan “Mama” atau memaksa anak mereka berjalan tetapi kenyataannya anak tidak boleh dipaksa kerana tonggak perkembanggannya belum dicapai. Perkembangan kanak-kanak berbeza.

“Pencapaian tonggak perkembangan lebih lambat daripada biasa tidak semestinya akan membawa masalah jangka panjang,” kata Hugh Bases, MD, pakar pediatrik perkembangan dan tingkah laku di Hospital Kanak-kanak Hassenfeld NYU Langone Health. “Bagi saya, lebih penting anak itu ada progress dan dapat dipantau dari masa ke masa.”

Saya bosan dengan idea bahawa apabila seseorang mempunyai bayi, tonggaknya perkembangan anak adalah topik ataupun perlumbaan anak-anak yang perlu dibincangkan.

Berkenaan anak perempuan saya, dia belum bercakap tetapi itu mungkin kerana dia dibesarkan di rumah yang menggunakan dwibahasa (Inggeris dan Itali) dan anak-anak yang dibesarkan dengan dua bahasa mungkin memerlukan sedikit masa untuk mula bercakap, walaupun itu bukan peraturan umum.

Dan dia secara rasmi mula berjalan tepat pada hari pertama perintah berkurung di isytiharkan, beberapa minggu kemudian dia mula berjalan sendiri tanpa bantuan dan tanpa memegang tangan saya. Kemudian entah dari mana, dia bangun dan berlari sendiri. Saya hampir tak dapat nak mengejarnya sekarang.

Saya tidak mengatakan bahawa perkembangan anak tak perlu dipantau. “Kadang-kadang anak-anak memenuhi tonggak perkembangan lebih lambat dari yang diharapkan tanpa menimbulkan kebimbangan, ada kalanya kelewatan mencapai tonggak perkembangan tertentu boleh menjadi ‘red flags’ dalam perkembangan anak. Adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk membincangkan apa-apa kebimbangan mengenai perkembangan anak mereka dengan pakar pediatrik. Ibu bapa boleh merasa lebih tertekan dengan soalan. Itulah sebabnya saya katakan bahawa kita membiarkan ibu bapa memberikan maklumat itu secara sukarela tanpa diminta mengenai tonggak perkembangan anak mereka.” “kata Elizabeth Poole-Di Salvo, MD, pakar pediatrik di New York-Presbyterian Weill Cornell Medical Center.

Setiap kanak-kanak adalah unik. Masing-masing membesar dan berkembang mengikut rentaknya sendiri. Masing-masing akan mencapai tonggak perkembangan apabila mereka perlu. Dan itu harus berlaku tanpa ibu bapa merasa berkewajiban untuk mengesan kemajuan anak jika ada yang bertanya. Jangan ragu-ragu untuk memberikan jawapan, “Dia akan capai perkembanganya apabila dia bersedia. Lagipun, bukankah itu yang paling penting?

Sumber: Caroline Chirichella