Didik anak berdikari cara psikologi adalah keperluan untuk semua ibu bapa. Tahukah anda bahawa seorang anak tanpa disuruh akan mengambil mainan untuk bermain masak-masak, manakala seorang lagi anak akan ke sudut bacaan memilih buku. Mereka tidak meminta orang dewasa membantu sebaliknya melakukannya sendiri!
Hakikatnya menggalakkan anak melakukan sendiri merupakan salah satu cara memupuk sikap berdikari. Sediakan sokongan dan panduan kepada anak untuk cuba menyelesaikan masalah. Bagaimana pula, bagi anak yang tidak mampu melakukan dengan sendiri. Berikut tujuh tip secara psikologi untuk mendidik anak untuk menjadi seorang yang berdikari.
7 CARA LATIH ANAK ADA SIFAT BERDIKARI
1.Tugasan kecil kepada tugasan besar
Mulakan dengan tugasan kecil. Bahagikan tugasan besar kepada bahagian kecil. Semasa anak menyelesaikan tugasan kecil dengan jayanya, ajak melakukan tugasan yang lebih besar. Umpamanya setelah menyelesaikan puzzle, tingkatkan cabaran untuk tahap yang lebih sedikit cabarannya. Jangan lupa jika anak berjaya, beri penghargaan kepadanya.
2. Permainan bebas
Rancang masa “permainan bebas” dalam jadual harian. Anak memerlukan masa untuk membuat peraturan sendiri dan membina sempadan. Gunakan masa untuk membuat pemerhatian individu semasa anak bermain sendirian atau secara kumpulan.
Artikel Menarik: {Guna Pelekat Je, Anak Terus Jadi Rajin Buat Kerja Rumah. Ibu Ini Kongsikan Triknya}
3.Jadual tugasan harian
Jadual tugasan harian boleh dijadikan penanda aras peningkatan kebolehan anak berdikari. Gunakan carta bina graf jangkaan yang dicapai oleh setiap anak. Ubah tugasan mengikut harian atau mingguan.
Semasa anak menyelesaikan tugasan, anak boleh meletakkan kertas pelekat pada bahagian namanya dicarta. Aktiviti tugasan termasuklah memberi makan ikan, menyiram pokok, memulangkan buku ke rak yang betul, membersihkan bilik dan lain-lain tugasan yang sesuai dengannya.
4. Bantuan menguruskan masa
Bantu anak belajar menguruskan masanya sendiri. Terdapat anak yang tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Malah ada yang tidak tahu menjalankan aktiviti. Anak sebegini perlu diberi bantuan mengurus dengan menstrukturkan masa permainan bebas dan aktiviti.
5.Pilihan permainan
Sebaik-baiknya sediakan pilihan permainan buat anak. Mulakan dengan memberikan dua pilihan kemudian bergerak kepada tiga pilihan apabila anak sudah matang. Contohnya,”Adik hendak bermain buaian atau gelongsor?” Anak perlu memilih salah satu daripada dua pilihan yang dicadangkan. Aktiviti ini dapat membina kebebasan untuk berfikir dan belajar.
6. Lakukan tugasan sehingga selesai
Biarpun tugasan itu kecil, anak perlu menyelesaikannya. Beri pujian kepada anak kerana mengikut arahan. Jika perlu boleh diulang atau diajar semula perkara yang mereka tidak jelas. Tidak semua anak dapat memahami arahan dengan cepat.
Artikel Menarik: {Anak Perempuan Banyak Tiru Perwatakan Ibunya. Rajin Ibu, Rajinlah Anak}
6. Meletakkan barang di tempat asal
Memulangkan semula setiap peralatan ditempat yang betul dapat membantu anak belajar berdikari. Guru boleh melabel sama ada dengan gambar atau perkataan pada almari atau bekas peralatan. Isyarat ini dapat membantu anak mengingat kedudukan peralatan untuk disimpan. Disamping itu menggalakkan anak meningkatkan perkembangan literasi.
7. Mempunyai kawan baik
Menggalakkan persahabatan juga dapat membina perkembangan imej sendiri yang positif. Secara tidak langsung meluahkan perasaan simpati dan penyayang kepada orang lain.
Kesimpulannya, aktiviti yang mudah dapat membina keyakinan diri secara individu disamping menggalakkan anak menyelesaikan masalah tanpa mengharap bantuan orang lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI