Nampaknya berita pelantikan Menteri Pendidikan baharu menjadi berita baik untuk ibu ayah. Dengarnya tiada lagi exam oriented untuk anak-anak yang bersekolah.

Selama ini ramai ibu ayah meluahkan rasa tak puas hati dan kasihan melihat nasib anak-anak kecil yang terpaksa menanggung sistem pendidikan yang terlalu membebankan pada peringkat usia masih kecil lagi.

Jadinya apabila Dr Maszlee Malik yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada Jumaat lepas mempunyai latar belakang dan pengalaman yang luas dalam bidang akademk ramai yang mengharapkan satu perubahan baik dalam sistem pendidikan negara.

Dalam temubual dengan Astro Awani, Dr Maszlee menerangkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots yang akan diguna pakai dalam sistem pendidikan Malaysia Baru.

Mungkin ada ibu ayah yang tak pernah tonton filem tersebut dan kurang faham apa yang dimaksudkan.

Berita Baik Untuk Ibu Ayah Selepas Pelantikan Menteri Pendidikan Baharu. Tiada Lagi Exam Oriented Untuk Anak!
Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Maka perkongsian daripada Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini diharap dapat lebih membuka mata dan minda para ibu bapa sekalian sebagai persediaan untuk persekolahan anak-anak kelak.

Ada yang tak dapat tangkap, maksud Dr Maszlee Malik dalam Astro Awani tadi 
“Kita akan terapkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots dalam Malaysia baharu, 5 tahun ini.”

Berita Baik Untuk Ibu Ayah Selepas Pelantikan Menteri Pendidikan Baharu. Tiada Lagi Exam Oriented Untuk Anak!

IKLAN

Yang kurang jelas, mesti tak pernah tonton filem lakonan Amir Khan ini. Baik, mari saya jelaskan pengisian dalam filem berkenaan :

 

1. Amir Khan mahu mengajak masyarakat untuk memandang anak-anak berdasarkan bakat dan kemahiran yang mereka ada. Jika anak minat fotografi, jangan paksa anak untuk jadi engineer.

2. Berlumba-lumba untuk dapatkan keputusan cemerlang, mahu straight A, dapat nombor 1 dalam kelas, menjawab soalan berdasarkan skema jawapan yang diberikan, akhirnya pelajar menjadi robot, tak kreatif, takut, stress, mengalami depression dan bunuh diri.

3. Ada satu babak yang sangat menarik dalam filem ini. Prof Virus mengamuk di pejabat bila mana Amir Khan mencabar pegangannya selama ini. Maka, ditarik tangan Amir Khan masuk ke bilik kuliah dan disuruh mengajar. Scene ini sangat menarik, Amir Khan mahu beritahu, dia bukan mahu tunjuk pandai, tetapi menunjukkan cara mengajar yang sebenar. Win!

IKLAN

4. Subjek yang kita belajar di sekolah harus diterjemahkan di dalam kehidupan. Macam Amir Khan di awal babak masuk ke kampus, hingga senior di situ terkena renjatan elektrik. Rakannya Farhan dan Raju memberitahu, mereka belajar bab itu, tetapi Amir Khan praktikkannya. Genius!

Berita Baik Untuk Ibu Ayah Selepas Pelantikan Menteri Pendidikan Baharu. Tiada Lagi Exam Oriented Untuk Anak!

5. Mahu belajar engineering harus berdasarkan minat, bukan paksaan dari sesiapa. Inilah prinsip yang Amir Khan pegang hingga menjadi seorang Profesor terbilang di hujung cerita.

6. Setiap pelajar berhak untuk menyatakan pendapat, walau pandangan pengajarnya salah. Sebagai contoh, babak Prof Virus menunjukkan pen yang dicipta dengan nilai jutaan ringgit, dan ia hanya digunakan untuk menulis di angkasa. Akhirnya, Amir Khan kata kenapa tak guna pensel sahaja, kan boleh jimat duit tu. Win!

IKLAN

7. Pelajar yang beria-ia fokus dalam kelas, anak emas guru serta ulat buku tidak semestinya bagus dalam semua perkara. Dalam filem ini, Amir Khan paparkan watak Silencer yang berlagak konon dirinya paling pandai, tetapi kerjaya yang dibina tak mampu melawan Amir Khan, yang betul-betul minat dalam bidang kejuruteraan.

Berita Baik Untuk Ibu Ayah Selepas Pelantikan Menteri Pendidikan Baharu. Tiada Lagi Exam Oriented Untuk Anak!
Dr Maszlee Malik bersama ibunya

Cukup 7 point ini rasanya. Sangat jelas gagasan yang Dr Maszlee Malik mahu bawa dalam pendidikan di negara. Setiap murid akan dilayan sama rata, tiada yang lebih tiada yang kurang, dan paling penting tugas guru akan diringankan.

Jangan lupa sign petition di sini menyokong Dr Maszlee ya 
https://bit.ly/2KAeN06 
(Ada pihak yang tak berpuas hati, dilabel Dr Maszlee terlalu Islamik, ekstrimis agama, liberal dan gelaran yang sewaktu dengannya)

Semoga maju jaya Tuan!

Kami bersamamu! Dan saya berharap semua ibubapa juga bersetuju.

Ini adalah hadiah Hari Guru yang paling istimewa pada tahun ini!

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
#TukangCeramahBudakSekolah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI