Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.
Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.
Perlu ingat didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Begitu juga dalam keadaan di mana anak yang sedang mengamuk atau menangis kita kena faham apa kehendak yang diperlukan si kecil. Ada sebab anak berkelakuan sedemikian. Sebab kita ibu bapa, kita rasa ego. Sewajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.
Berikut perkongsian dari Najihah Che Seman mengenai apa yang menyebabkan si kecil mengamuk dan bagaimana nak atasinya mengikut situasi.
Semalam ada satu patient wanita menunggu ubat. Pegang anak kecil seorang dan sebelah dia anak besar dalam 4 tahun. Budak tu sebaya Muhammad. Menjerit-jerit mengamuk kat situ. Mak dia pun dah macam hilang sabar. Tapi kawal juga sebab dekat public.
So masa turn dia amik ubat, saya tanya dia. Kenapa anak dia mengamuk? Dia nak apa?
Ads
Mak dia cakap ntah. Memang perangai dia macam tu??♀️. Buat mimik malas nak amik port reason anak dia menganuk.
I feel like errrkk. Mesti ada sebab anak anak bertindak.
Budak-budak adalah bersih. Natural. Bila dia mengamuk, cuba tanya dia nak apa. Mengamuk maksudnya dia nak express kehendak dia. It is good. So biarkan dia express. Kita sebagai ibu bapa dengar dan ia kan tanda faham. Biasa insyaallah anak akan tenang. Kalau tak tenang juga, peluk anak kemas kemas. Bagitahu kita sayang.
Setiap apa jadi dengan anak, mesti datang dari environment dan cara pembesaran ibu bapa. So kalau anak camni, camtu, ibu bapa yang kena selidik kenapa jadi gitu. Mungkin sebab kita juga jenis mengamuk. Jadi anak-anak tiru kita. Mungkin juga sebab kita bagi gajet berleluasa pada anak. Anak yang melekap dengan gajet, tantrumnya lain macam. Atau mungkin kita sendiri yang serabut dan aura serabut tu akan sampai ke anak. So kita yang kena tenang dulu.
So everything mesti back pada kita.
Ads
Sama macam saya dan suami.
Bila Muhammad buat perangai pelik yang kita tak pernah buat, so mesti tanya suami pernah ke buat camtu walaupum gurau-gurau.
Sebab budak-budak cepat merakam perbuatan kita dan meniru. Kalau suami tak buat, kena selidik dari sekolah. Sebab tu je dunia anak-anak kita. Anak kita adalah corak dari didikan kita dan persekitaran dia.
Kalau Muhammad, saya perasan alhamdulillah bila jaga dia, kita jaga persekitaran dia. Memang tak ada isu mengamuk. Sangat jaranggg. Melainkan
Ads
1. Bagi gajet. Bila bagi gajet, nak amik balik memang siapppp! Menjerit-jerit nak. That why kita orang sangat jarang bagi dia phone. Bagi je dia main apa yang ada di rumah.
2. Travel malam. Atau balik Maghrib. Sebab gangguan jin. Biasa bila dah pujuk cara biasa tak jalan, saya akan baca ayat kursi dan azankan. Insyallah tenang
3. Tidur dalam keadaan mengamuk. Tak settle emosi. Biasa bangun pagi pun mengamuk. So saya akan pastikan anak tidur dalam keadaan tenang dan gembira.
Mom and dad, anak kita adalah corak kita. Baik kita baik mereka. Buruk mereka buruk kita. Kita yang bertanggungjawab mendidik mereka. Jangan pandai salahkan mereka sahaja. Recheck diri kita dahulu.
Let strive to become the better parent everyday.❤️
Rumah umpama syurga bagi setiap keluarga kerana dari rumah kita dapat berehat dengan tenang dan nyaman. Namun dari rumah jugalah boleh membuatkan kita tertekan jika kebersihan tidak dijaga, susun atur yang terlalu serabut dan barang di dalam rumah terlalu padat. Yang terbeban tentulah si ibu!
Tambahan pula bagi ibu yang mempunyai anak kecil dan ramai sudah tentu “naik hantu” dibuatnya apabila rumah yang baru siap dikemas kembali seperti kapal pecah. Sudahlah rumah besar, barang terlalu banyak, kain baju berbakul-bakul sehinggakan tiada waktu rehat untuk ibu-ibu. Stress bukan?
Rumah orang Jepun lapang. Barangan yg ada minimum aje. Sepanjang saya di Jepun, saya tak pernah nampak kedai perabot yang berderetderet macam kat Malaysia. Malah saya tak nampak langsung kedai perabot!
Rumah orang Jepun kecik-kecik aje. Walaupun kecik, rumahnya jadi luas dan lapang sebab tak banyak barang.
Lebih Masa Melayan Anak-anak
Sebab tulah mak kat Jepun ni jarang-jarang bertukar jadi dragon. Dia orang ada banyak masa main dengan anak, cakap baik-baik ngan anak dan melayan kerenah anak.
Mak ni lebih stabil mental dan fizikalnya
Mak kat sana, tak payah habiskan masa berjam-jam kemas rumah. Lipat kain baju yang berlori-lori. Sebabnya semua yang ada diminimumkan.
Sebahagian Stress Sebab Banyak Barang
So, kepada mak yang kat rumah tu, cuba tengok sekeliling rumah. Sebenarnya sebahagian stress yang kita ada kat rumah adalah sebab rumah kita terlalu banyak barang.
Nak kemas aje dah amik masa berejam. Masa banyak buang utk kemas dan tak masuk lipat kain baju. – Ochiai,tama-Shi.
Kredit: Normaliza Mahadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak bukan setakat memberi nafkah makan, minum dan pakaian tetapi lebih dari itu lagi. Berjaya bimbing anak dengan sentiasa menggerakkan hatinya ke arah kebaikan satu bonus besar buat ibu bapa.
Disebabkan itulah, ibu bapa digalakkan untuk melakukan beberapa amalan ini semasa anak tidur bagi merangsang minda separa sedar mereka. Ini sangat penting kerana minda separa sedarlah yang akan membentuk emosi dan peribadi anak secara keseluruhannya.
Setiap malam, apabila anak tidur wiridkanlah “Ya Latif” pada ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau sekurang-kurangnya 100x.
Seterusnya, bacakan surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) sekali.
Bisikkan di telinga anak kita dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya.
Bisiklah yang baik-baik seperti nasihat, pujian dan luahkan perasaan kasih sayang kita kepada mereka.
Mengikut kajian, percakapan kita kepada anak yang sedang tidur sangat berkesan kepada kesihatan jiwa dan rohnya. Hebatkan! Jadi sama-sama amalkan untuk kebaikan anak kita.
Peliharalah diri anak dengan akhlak yang baik dan sikap terpuji kerana merekalah yang akan mendoakan kita pula selepas ini.
Ada banyak cara pembelajaran si manja yang boleh anda lakukan. Malahan tanpa disedari aktiviti luar rumah yang menyeronokkan juga mampu merangsang fizikal dan mental anak membesar sebagai anak sihat dan cerdas.
1. Taman permainan yang menyeronokkan!
Biarkan si kecil berlari bebas dan mencuba pelbagai alat permainan yang ada di taman permainan. Aktiviti ini mampu menguatkan badan dan ototnya.Selain itu anak juga belajar kemahiran sosial apabila berjumpa dengan rakan sebaya.
2. Cintai alam sekitar
Dengan sekadar bersiar-siar dan berjalan pada waktu petang di halaman rumah atau kawasan sekitar rumah anda sambil belajar mengenali pelbagai pokok yang ada juga satu cara si kecil belajar. Ajak anak sentuh dan hidu bau pokok, bunga dan embun pagi yang ada di halaman rumah. Biarkan anak anda terdedah kepada pancaran cahaya matahari (pagi lebih selamat) dan hembusan bayu yang pasti memberikan dia pengalaman baru.
3. Jom berenang!
Kanak-kanak memang suka bermain air. Apa kata gunakan cuti hujung minggu dengan membawa anak ke kolam renang. Mereka tentu seronok belajar berenang selain aktiviti renang membantu menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan badan, ia membantu meningkatkan keyakinan diri.
4. Yeayy..adik boleh main pasir!
Sesekali biarkan anak bermain pasir di tepi pantai. Pasir mempunyai tekstur halus dan akan merangsang deria sentuhan, kemahiran mata – tangan. Aktiviti membina istana pasir akan menggalakkan si manja berimaginasi dan mereka cipta. Malah ia membantu meningkatkan daya kreatif kanak-kanak apabila mencipta pelbagai bentuk daripada pasir.
5. Berkebun
Jika anda ada halaman rumah, rajinkan diri untuk berkebun. Selain menyihatkan tubuh badan, aktiviti berkebun juga mengajar si cilik erti tanggungjawab, disiplin tanpa perlu dipaksa, menghargai alam semula jadi, mempelajari sains dan pek kepada alam semula jadi. Dengan berkebun, ia mengajar anak erti tanggungjawab untuk menjaga pokok-pokok dengan menyiramnya. Malahan ia meningkatkan keyakinan diri apabila dia menyaksikan pertumbuhan pokok tersebut di samping menambah ilmu pengetahuan anak tentang pokok.
6. Bermain belon
Warna warni belon memang mengujakan kanak-kanak. Belon adalah mainan yang murah tetapi memberikan keriangan kepada si manja. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan koordinasi mata – tangan anak. Menepuk belon kepada orang lain akan meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial si manja.
7. Bermain bola
Bermain bola memang sinonim dengan anak lelaki. Tetapi si anak perempuan juga boleh bermain bola bersama. Aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan. Anda boleh membaling bola kecil kepada si manja dan menyuruhnya menyambut bola serta memasukkan ke dalam bakul. Permainan ini dapat melatih kemahiran otot tangan dan koordinasi mata – tangan anak di samping menambah daya intelek anak menerusi pemahaman peraturan permainan.
8. Melukis
Mungkin melukis di dalam rumah anak akan berasa bosan, jadi apa kata sesekali bawa anak ke taman dan berikan pensil, warna dan kertas kepadanya. Biarkan si kecil melukis apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Cara ini membantu merangsang daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Ini dapat meningkatkan imaginasi, kemahiran otot tangan dan keupayaan pertuturan serta tata bahasa si manja dalam menerangkan apa yang dilukisnya.
9. Bermain dengan haiwan peliharaan
Kanak-kanak suka kepada haiwan. Dengan mendedahkan mereka bermain dengan haiwan peliharaan kanak-kanak belajar untuk bertanggungjawab dan menyayangi haiwan. Aktiviti ini melatih pelbagai aspek kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Pemerhatian dan penyeliaan ibu bapa diperlukan supaya anak mencapai potensi optimum dalam dirinya.
10. Shopping!
Bawalah si kecil membeli barangan keperluan rumah bersama. Dedahkan dia kepada cara membeli belah yang bijaksana tanpa perlu membazir. Terangkan apa tujuan dan kenapa membeli sesuatu barangan itu. Ini membantu menambah pengetahuannya. Anda boleh menyuruhnya mengira jumlah barangan yang dibeli dan mengingat apa barangan rumah yang diperlukan. Secara tidak langsung ini dapat mengajarnya bertanggungjawab. Bagi yang beragama Islam, beri pendedahan kepada anak mengenai kepentingan logo HALAL yang mesti ada sebelum memilih apa jua barangan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...