Apa yang anak patut kuasai di usia 6 tahun? Ini antara soalan pertama yang sering bermain di fikiran ibu bapa apabila mempunyai anak bawah usia 7 tahun.
Keadaan ini menunjukkan ramai ibu bapa dah mula risau tentang persediaan anak sebelum melangkah ke Tahun 1 lagi. Malah ramai juga yang menganggap anak sekarang dah makin bijak.
Jika dulu, masa Tahun 1 tulah baru nak belajar kenal huruf dan suku kata, namun sekarang dah berubah apabila anak umur 4 tahun pun sudah kenal huruf dan pandai membaca.
Persoalannya adakah anak umur 4 hingga 6 tahun perlu kuasai semua itu? Atau ia sekadar trend semasa? Apakah anak boleh bersaing dengan rakan sebayanya?
Perkongsian dari Puan Ainie Ahmad boleh membuka mata semua ibu bapa supaya tidak memberi tekanan pada anak-anak semata-mata nak capai kecemerlangan akademik sahaja.
Silibus darjah satu yang menggila membuatkan parents pun hampir nak gila.
Di whatsap tadika lama anak saya banyak yang bunyi gini, “cikgu, anak sy demam harini,ptg nnt saya pergi school ambil homework ye!!”
Chill la parents!!!
Anak kecil lagi.
Cuba lihat piramid di bawah. Ini adalah piramid pembelajaran. Umur 0-6 tahun adalah masa untuk fokus element yang saya bulatkan tu.
Yang saya bulatkan itu adalah 90% dari keseluruhan perkembangan otak.
90%.
Inilah basic kepada akademic part, membaca mengira tu!!!! yang orang dok pulun tu 10% jer.
Pulun la 10% macam mana pun, kalau 90% asas piramid tu tak kukuh, anak kita akan goyah diakhirnya. Mungkin result academic cemerlang, tapi fizikal tak kuat, posture tak betul dan kemudian hari sakit macam-macam. Bila menulis sedikit lenguh. Mungkin, akademik cemerlang, tapi tak reti berkawan dan emosi hancur, bila tiada ibu bapa disekeliling remuk segalanya.
“ala, yang bawah-bawah tu boleh buat kat rumah!!” kata sesetangah ibu bapa. Dulu saya okay jer.
Dengan gaya hidup sekarang, berapa banyak masa anak dirumah? Ramai ibu bapa balik dah penat. Balik dari keje terus masuk rumah jer!! Buka tv bagi anak tengok kemudian ayah main telefon dan mak uruskan keje rumah.
Ini kebanyakkannya!!! toksah la nak komen eh famili saya tak macam itu. Bukan sejibik sejibon. Takkan la i nak bg contoh kejadian setiap jenis famili.
Yang pentingnya sila jawab sendiri,
1. berapa banyak masa anak2 kita didedahkan dgn sensory activiti seperti bermain pasir, bermain tepung, bermain tanah?
2. berapa banyak masa anak2 kita dpt berlari sebebasnya, selaju2 yang dia nak,kemana2 yg dia suka sejauh2 yg dia nak?
3. berapa banyak masa anak2 kita dibenarkan bermain sehingga mengotorkan pakaian tanpa ibu bapa kata tidak?
4. berapa banyak masa anak kita dibiarkan mengambil risiko untuk memanjat setinggi2 yang dia nak?
5. berapa banyak masa anak kita di biarkan bergaul sesama mereka, bergaduh tanpa ibu bapa menyibuk memberikan peraturan dan taklimat dosa pahala?
Hujung minggu? sejam sehari?
TAK CUKUP!!!
Sedarlah zaman dah berubah dan gaya hidup kini mmg lari dari jauh dr fitrah -anak.
Anak berlari di mall kena marah, takut jatuh eskalator katanya, maka diikat tangannya. tapi berapa banyak masa yang mak ayah bawa keluar pergi padang bebaskan mereka berlarian? kalau asyik-asyik keluar pergi ke mall jer sebab panas.
Ada juga segolongan obses breastfeeding sampai umur 2 tahun minum breastfeeding saja. tak nak introduce solid. ada yang bagi bubur sahaja takut anak tercekik. bila masa anak nak stimulate different texture dalam mulut tu? umor 2 tahun anak dah pandai menolak. kalau baru time tu nak perkenalkan texture baru mmg susah.
Ada juga golongan yang i panggil RISK FREAK. takut sangat bagi anak pegang pinggan kaca, takut pecah katanya. kalau tak pernah pecah dia tak tahu “kaca tu boleh pecah”. tak benarkan anak lari, jatuh katanya. kalau x pernah jatuh macam mana dia nak belajar bagaimana utk push dirinya se optimum yg mungkin? jangan panjat tinggi2 nnt jatuh katanya, kalau tak rasa sendiri cara untuk imbangkan diri, bila masa dia nak latih daya imbangan dirinya.
Ada juga golongan yang I panggil as CONTROL freak. Dia tahu anak dia kene capai 90% ni. Dan biarkan anak bermain boleh bantu perkembangan ini. Tapi masih risau sebab dia tiada pembaris untuk mengukur perkembangan anaknya. Kalau kita bagi pembaris pon, dia still nervous sebab pembaris dia x sama dgn majoriti pembaris akademik nun di luar di sana.Pembaris besi yang x mengenal keperluan perkembangan kanak2.
Ada juga golongan yang kulit mukanya senipis sutera. Malu sangat anak lasak bermain dan bising maka diberinya gadget. Alasannya boleh duduk senyap dan pandai abc 123, pandai english. Educational apps jer katanya. ALASAN. Banyak budak2 yg gadget ni bila i tanya, “how do you feel today?”. “pentagon”, jawabnya. Bila i buat tower2 tinggi2 guna lego, dan tanya, “what do you think im trying to make?”, “number 1” jawabnya. weyh…ni bukan English manusia!!! ini english parrot!!!! tak ada imaginasi!!! bila pegang kapur, abis dilukisnya pentagon, triangle, trapezium, hexagon, octagon, alif sampai ya,a sampai z, siap huruf rusia bagai. tapi mana imaginasinya mengenai kehidupan harianya, budak lain lukis mak ayah and cerita pasal pergi krabi. atau lukis binatang kegemaran dinasour and imaginasinya bagaimana dinasour makan minum berlari. ini yg kita nak. dia make sense of things around him/her dan boleh berkomunikasi ape difikirannya.
Sumber: Ainie Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI