Si kecil selalu ingin berdikari untuk minum sendiri dengan menggunakan cawan atau penyedut minuman .
Mungkin ada ibu bapa yang memberikan anak minum air dan susu dengan botol susu kerana ia lebih mudah. Tiada lelehan dan tumpahan yang perlu dibersihkan. Selepas tahu kebaikan ini, anda bolehlah perlahan-lahan mengurangkan penggunaan botol susu. Biarkan si kecil minum dengan cawan dan penyedut minuman pula.
Menurut Aisyah Rozalli, Juruterapi Cara Kerja, GymCademy Melaka, kedua-dua perbuatan ini baik untuk membantu perkembangan pertuturan, oral motor, latihan pernafasan dan sebagainya.
MINUM DENGAN CAWAN
Ads
Bila anak ingin minum air pada cawan berbanding botol, itu tandanya anak makin membesar dan ingin mencuba sesuatu yang baru! Air tumpah, terpercik atau lelehen terkena pada pakaian mungkin akan berlaku.
Tetapi sabarlah kerana ini adalah fasa yang perlu dilalui si kecil untuk memahirkan beberapa elemen penting untuk perkembangan dirinya. Antara kebaikan yang diperolehi daripada perbuatan minum air pada cawan ialah:
Merangsang koordinasi oral motor.
Menggalakkan stimulasi visual spatial di mana si manja boleh melihat berapa banyak air yang tinggal di dalam cawan.
Meningkatkan kekuatan tangan dan kawalan tangan dengan menganggar berapa banyak kekuatan perlu dijana untuk menggerakkan cawan ke mulut.
Ads
MINUM MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN
Apabila berpeluang makan di luar, maka si kecil pun sibuklah untuk minum. Ia memberikan banyak faedah asalkan minuman yang diminum bukan minuman ringan, terlalu manis atau terlalu panas. Risiko air tumpah dan mengotorkan baju memang ada, jadi anda perlu siap sedia sepasang lagi baju semasa keluar makan di luar sebagai ganti.
Ads
Ambil langkah berhati-hati kerana penyedut minuman juga boleh melukakan tekak sekiranya dimasukkan terlalu dalam. Sebaik-baiknya ajar si kecil sedut pada hujungnya sahaja. Ini adalah masanya untuk anda menyediakan sebuah botol dengan isian air kosong sebagai bekalannya semasa keluar.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti minum menggunakan penyedut minuman ialah:
Rangsangan sensori proprioseptif di dalam mulut semasa menyedut. Ini meningkatkan kesedaran pergerakan lidah, bibir dan pipi.
Kawalan lidah dan rahang semasa minum.
Melatih penafasan semasa menghisap dan menelan.
Menggalakkan rangsangan oral motor yang membantu si kecil yang cerewet makan atau tiada selera makan.
Tantrum itu perkara biasa untuk anak yang masih kecil. Ibu bapa mesti pernah berhadapan dengan tantrum anak sama ada di rumah ataupun di tempat awam. Tantrum merupakan perkara yang normal yang akan dihadapi oleh ibu bapa. Tantrum merupakan kemarahan secara tiba- tiba atau perlakuan tidak wajar seperti menangis, menjerit, memekik dan menunjukkan ketidakpuasan hati dengan tindakan menendang atau memukul.
Tantrum sering terjadi dengan tanda sebagai proses membesar anak- anak agar menjadi lebih berdikari dan pandai mengawal diri apabila dewasa. Tantrum boleh ditangani dengan kelembutan seperti memujuk anak. Sebarang kekerasan tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan bahaya kepada perkembangan anak- anak.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/portrait-cute-little-asian-boy-hand-chin-thinking-while-standing_3175263.htm#query=tantrum%20anak%20melayu&position=37&from_view=search&track=ais
Menurut EzKitz by Nuha, melepaskan rasa di tangan dengan memukul anak boleh memberi kesan kepada otak anak. Anak- anak yang dipukul secara fizikal, ditambah pula dengan herdikan dan bebelan akan mempunyai masalah.
Antara tiga masalah yang dikongsikan adalah:
– Bilangan Gray Matter (Connective Tisu Dalam Otak) yang sedikit di dalam otak yang penting untuk perkembangan otak anak.
– Jika tisu berkurang, makan akan terganggulah Emosi, Memori, Kawalan Otot, Pertuturan dan banyak lagi fungsi otak anak.
– Anak juga akan berubah sama ada menjadi seorang yang pendiam atau seorang yang suka memberontak.
Tambahnya juga, anak- anak perlu diajar dan dibimbing dengan cara yang betul. Jika hendak marah atau menegur anak boleh, tapi ada cara yang betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih banyak aktivti sensori boleh dilakukan bila bayi sudah boleh duduk. Rangsangan motor halus ini boleh jadikan bayi anda bijak! Mama dan papa boleh sediakan bahan-bahan mainan ini, bukan susah mana pun kerana ia adalah barangan asas yang selalu ada dirumah.
5 SEBAB AKTIVITI SENSORI BERMANFAAT UNTUK BAYI
1)Aktiviti sensori membina sambungan saraf pada otak yang memberikan keupayaan untuk si manja menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks.
2)Menyokong perkembangan bahasa, pertumbuhan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran menyelesaikan masalah dan interaksi sosial.
3)Membangun dan meningkatkan memori.
4)Sangat bagus untuk menenangkan anak.
5)Membantu anak belajar sifat deria (keras, lembut, lekat, tanggal, kering dan sebagainya)
Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada mainan yang merangsang sensori membina sambungan saraf di laluan otak yang membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks pada masa akan datang.
Pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh mama papa antaranya seperti yang dikongsi di dalam video ini.
Antara yang paling menarik dan mudah disediakan antaranya pasir buatan dari bijirin.
Lebih selamat jika anak-anak termakan, Selamat mencuba!
Kredit: Thebastfamily
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalunya kita akan bercakap mengenai anak pertama atau anak bongsu. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bergelar anak kedua? Apakah fakta yang menarik dan mungkin pelik tentang anak kedua?
Ada keunikan tersendiri
Tanpa kita sedar, sebagai ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak, kita sering membuat perbandingan antara anak-anak. Adakalanya si anak tunggal pun menjadi mangsa perbandingan dengan anak individu lain.
Antara contoh ayat perbandingan yang sering diungkapkan adalah seperti, “Kenapalah kamu ni berbeza sangat dengan Along?” atau “Tak boleh ke kamu jadi seperti abang kamu yang tak banyak kerenah?”
Namun hakikatnya, setiap anak itu mempunyai keunikan, keistimewaan dan kekuatan yang tersendiri. Sebagai ibu bapa, anda seharusnya berbangga dengan setiap perbezaan yang dimiliki si anak.
Dalam masa yang sama, ia pastinya satu perkara terbaik jika anda dapat memahami keistimewaan personaliti setiap anak-anak, bukan? Jadi, pada perkongsian artikel kali ini, Hello Doktor akan cuba membantu anda memahami karakter si anak kedua atau lebih mesra dengan panggilan Angah.
Fakta anak kedua
Menjadi yang kedua selalu dianggap sebagai kurang bernasib baik. Ini kerana ibu bapa akan melebihkan anak yang pertama. Adakah anda bersetuju para ibu bapa sekali?
Tetapi sebenarnya, anak yang kedua lebih beruntung. Kenapa? Ini kerana apabila lahirnya mereka, ibu bapa akan menjadi individu yang lebih bertenang berbanding ketika kelahiran bayi pertama.
Apakah fakta menarik atau mungkin pelik mengenai si Angah ini?
Suka bersaing
Fakta anak kedua yang menarik ialah mereka mempunyai sikap yang gemarkan persaingan. Ia sama ada melibatkan adik-beradiknya sendiri ataupun dengan individu luar.
Sikap suka bersaing wujud kerana sejak kecil, mereka terpaksa bersaing dengan adik-beradik yang lain, khususnya anak pertama dalam mendapatkan perhatian kedua ibu bapa.
Tiada salahnya untuk bersaing, tetapi anda sebagai ibu bapa harus memastikan sikap suka bersaing yang dimiliki anak yang kedua terkawal. Jika tidak, ia mungkin akan menjadi keterlaluan dan sukar untuk dibendung.
9-fakta-anak-kedua-yang-unik
Sensitif
Uniknya si anak kedua kerana mereka dikatakan mempunyai sifat sensitif. Keadaan ini wujud kerana mereka sering dibandingkan. Tiada individu yang suka dirinya dibanding-bandingkan dengan individu lain.
Akibat sering dibandingkan, anak yang kedua akan melakukan perkara yang berlawanan dengan apa yang ibu bapa minta atau harapkan. Lebih kurang seperti memberontak. Mungkin itu adalah cara mereka meluahkan apa yang terpendam.
Melebihkan sahabat
Fakta anak kedua yang seterusnya adalah lebih rapat dengan sahabat. Ini kerana rasa sensitif kerana sering dibandingkan sekali gus menyebabkan anak yang kedua berasa terasing atau tersisih.
Biasanya ini berlaku kerana mereka menganggap ibu bapa memberikan perhatian lebih kepada anak sulung. Begitu juga dengan anak bongsu, yang dianggap sebagai anak paling dimanjakan oleh ibu bapa.
Situasi ini mengakibatkan anak tengah akan mencari perhatian individu. Sebab itu mereka mempunyai sahabat baik atau best-friend-forever (BFF). Malahan mereka cenderung melebihkan BFF berbanding keluarga sendiri apabila sudah terlalu rapat.
Terlalu bergantung
Mempunyai BFF atau teman baik, tidak salah. Namun, apabila terlalu rapat, ia akan menyebabkan individu bergelar anak yang kedua ini menjadi terlalu bergantung kepada teman baik mereka, terutamanya dalam membuat keputusan.
Ini kerana mereka bimbang keputusan yang dilakukan mungkin menyusahkan atau membebankan individu lain, khususnya individu yang rapat dengannya.
Di sebalik sisi negatif ini, individu yang menjadikan anak yang kedua sebagai pasangan, boleh dianggap bertuah. Ia disebabkan anak tengah dikatakan sebagai pasangan yang terbaik untuk dimiliki. Haaa, mana si Angah? Angkat tangan cepat!
Berdikari
Ada kajian menyatakan anak yang kedua merupakan individu yang lebih pandai berdikari berbanding adik-beradiknya lain. Ia berlaku kerana ibu bapa lebih menumpukan kepada anak sulung dan anak bongsu.
Situasi ini memerlukan mereka untuk mengajar diri sendiri supaya berdikari khususnya melibatkan aspek kemandirian. Sikap berdikari ini menjadikan anak yang kedua sebagai seorang yang berjiwa kental dan tabah. Hebat!
Si pencari perhatian
Fakta yang seterusnya ini agak unik. Di sebalik sikap berdikari itu, anak kedua cenderung mempunyai sifat sukar mencari perhatian. Ia berlaku kerana sejak lahir, mereka perlu berusaha untuk menarik perhatian ibu bapa.
Faktor mendorong wujudnya sifat gemarkan perhatian adalah kerana mereka berasakan tidak mendapat kasih sayang, perhatian dan layanan sepatutnya. Parents, please take note, okay?
Fakta Anak Kedua Yang Unik
Banyak kerenah
Berdasarkan kajian bertajuk Birth Order and Deliquency yang dilakukan pada tahun 2017, penyelidik mendapati anak tengah mempunyai banyak kerenah dan suka membuat kacau, terutamanya jika anak itu lelaki.
Namun, berbalik kepada fakta no. 6, bukankah anak tengah dianggap sebagai si pencari perhatian atau lebih glamor dengan panggilan attention seeker? Maka itu mungkin salah satu cara mereka untuk mencari perhatian. Jadi, banyakkan bersabar ya, ibu bapa sekalian!
Hiperaktif
Betul ke anak yang kedua hiperaktif dan lebih ligat berbanding anak yang lain? Ini adalah fakta anak kedua berdasarkan penyelidikan. Kajian mengatakan anak yang kerap dipanggil Angah, menjadi hiperaktif kerana cara pemikiran semula jadi mereka yang gemarkan persaingan.
Sekiranya anak anda yang kedua lebih ligat, jangan risau, ia adalah perkara normal. Cuma anda perlu sentiasa memantau agar tingkah laku mereka tidak menimbulkan masalah lain seperti pergaduhan sesama adik-beradik.
Jiwa bebas
Keistimewaan anak yang dilahirkan sebagai nombor 2 adalah mempunyai jiwa yang bebas dan gemar berimaginasi. Oleh sebab itu, kebanyakan individu bergelar anak yang kedua bekerja dalam bidang berkaitan seni.
Apa pun, seperti yang dikatakan pada awal tadi, setiap anak mempunyai keistimewaan tersendiri, tidak kira sama ada yang pertama, kedua, ketiga mahupun yang seterusnya. Sayangilah mereka seadanya dan berikan perhatian yang sama banyak pada setiap anak-anak anda. Jangan pilih kasih!
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...