Tugas sebagai ibu tetap dilakukan walau pun kini sedang sibuk dengan tour konsertnya. Pengorbanannya Datuk Sri Siti Nurhaliza ini didedahkan oleh pengurusnya.
Menurut Rozi Abdul Razak yang menguruskan ratu pop negara ini sejak dulu, kini dia perlu mengambil kira pelbagai faktor dalam menjalankan tugas.
DS Siti sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata, Siti Aafiyah yang kini berusia 11 bulan dan masih menyusu susu ibu. Maka dengan faktor-faktor ini pengurusan masa perlu seimbang.
Ads
MASA BERKUALITI
BERKORBAN MASA SEBAGAI IBU & KOMITMEN SEBAGAI PENGHIBUR
Mengunjungi rumah sanak saudara memang menjadi kebiasaan di bulan Syawal. Namun perkara yang menyayatkan hati di mana 20 ekor peliharaan mati gara-gara ibu bapa yang tidak memantau anak semasa pergi beraya.
Menurut paparan Aman Mokhtar, beliau meluahkan pendapatnya apabila ikan peliharaan di kolam rumah rakan Instagramnya itu mati selepas sebanyak kira-kira 1kg makanan ditumpahkan ke dalam kolam pada malam sebelumnya.
Tatatertib & didikan
“Bukan tidak suka atau tidak faham dengan budak-budak kecil, cuma tatatertib atau didikan parent disitu yang perlu dititikberatkan,” kata beliau ketika dihubungi Pa&Ma.
Berikut ialah posting Aman yang mendapat perhatian di seluruh negara dan tular.
Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dlm air & tv plasma tuan rumah jatuh dan pecah, dua-dua pasal kes datang beraya bawa anak-anak yang hyperactive tapi tak pantau.
And now 1 of my friend on IG ikan-ikan dalam kolam dia banyak mati sebab kes yang sama, bawa anak datang beraya tak pantau jaga.
Tabur sebalang makanan ikan
Ni kes tabur sebalang makanan kat ikan mcm tu je pastu ikan tak makan dan effect kat air kolam. Esok nya 20 ekor semua terapung mati.
Pantau seketat mungkin
Please lah ya yg ada anak2 kecik tu terutamanya.jaga elok2 n pantau seketat yg mungkin…kalau boleh ikat tangan anak tu ngan tgn sndri. Nak bawa anak2 kecik boleh tapi jgn sedap nak penuhkan perut sendiri je pastu membawang rancak smpai anak sendiri tak terpandang perangai kt tempat orng.
Jangan menyusahkan orang lain
Ikan2 kolam ni bukan murah nk beli.last gambar tu ikan tu dh ready nk bertelur tp dh sampai ajal…kesian tuan rumah.lain kali kalau tau anak tu dh perangai buas sngt n sendiri x reti nak control,better tinggal jelah anak kt rumah. Jgn nnti menyusahkn orng lain..
Rumah orang bukan playzone!
Ni datang beraya rumah orang tau…ada adab mengunjung, bukan kat padang bola boleh terkinja-kinja.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera fizikal dan seksual oleh pengasuh dan suami pengasuhnya di sebuah rumah, di Kandang Melaka pada Selasa.
Difahamkan, kanak-kanak malang itu sebelum ini dibesarkan oleh ibu angkat yang juga ibu saudaranya dan tinggal di Melaka selepas kanak-kanak terbabit diserahkan ibu bapa kandung yang menetap di Klang, Selangor.
Bagaimanapun, sejak akhir Julai lalu, kanak-kanak yang dipercayai turut mengalami masalah lembam dan mesra dipanggil Lina dalam kalangan ahli keluarga itu kemudian diserahkan kepada pengasuh berkenaan yang turut mempunyai hubungan saudara dengan ibu angkat terbabit.
Menurut sumber, kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka sekitar jam 2 pagi selasa selepas tidak sedarkan diri sebelum Pegawai perubatan yang menggendalikan kes berkenaan cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR).
Malangnya, bantuan CPR berkenaan tidak berjaya dan mangsa disahkan meninggal dunia selain terdapat kesan parut di bahagian kepala dan paha.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pasangan suami isteri masing-masing berusia 45 dan 36 tahun itu telah ditahan pada sebelah malam hari kejadian.
Menurutnya, setakat ini polis sedang menunggu laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
Jenazah kanak-kanak itu dituntut keluarganya di Bilik Forensik Hospital Melaka kira-kira jam 9.50 pagi selepas selesai proses bedah siasat dan selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Serkam, Merlimau pada jam 11 pagi Khamis. turut hadir kira-kira 30 ahli keluarga terdekat ibu bapa kandung kanak-kanak itu.
Sementara itu, bapa angkat mangsa yang memelihara kanak-kanak itu enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan tetapi menyerahkan kepada polis untuk siasatan.
Kes disiasat mengikut seksyen Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya pergi jua..Murid tahun satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan disyaki dijangkiti influenza, meninggal dunia pada 10.41 malam tadi.
Berita Harian melaporkan, bapa Nur Dinie Damia, Muhammad Noor Amin, 38, yang berkongsi berita sedih itu, turut memohon orang ramai mendoakan supaya roh anak bongsunya itu ditempatkan dalam kalangan golongan beriman.
“Anak saya dah tiada. Innalillahiwainailaihirojiun,” katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita menerusi WhatsApp.
Mengalami jangkitan pada hati dan otak mati
Sebelum itu, pada siang hari, Muhammad Noor yang ditemui pemberita di luar ICU HSA berkata, anaknya mengalami jangkitan pada bahagian hati dan disahkan mengalami otak mati selepas menjalani imbasan pada tengah hari, semalam.
Beliau yang kelihatan sebak berkata, Nur Dinie dimasukkan ke ICU HSA sejak empat hari lalu selepas kesihatannya merudum ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
Muntah darah sebelum masuk ICU
Nur Dinie sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya tiba-tiba merudum selepas mengalami demam minggu lalu.
“Hari ketiga demamnya masih tidak kebah menyebabkan saya membawanya ke klinik sebelum dia disahkan dijangkiti Influenza A sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta.
“Keadaan Nur Dinie ketika dirawat di hospital swasta juga tidak menunjukkan perubahan di samping mengalami muntah darah menyebabkan dia kemudiannya dirujuk ke HSA dan dimasukkan ke ICU bagi pemantauan pakar,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Jabatan Kesihatan Johor (JKJ) mengesahkan seorang murid Tahun Satu (merujuk kepada Nur Dinie Damia) yang dirawat di ICU sebuah hospital di Johor Bahru, dijangkiti Influenza seperti yang tular di media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan berkata, selain dijangkiti Influenza terdapat juga komplikasi lain yang menyebabkan kanak-kanak terbabit perlu dirawat di ICU dan diletakkan di bawah pengawasan pakar.
“Berdasarkan laporan doktor pakar, kanak-kanak terbabit turut mengalami pelbagai komplikasi lain bukan hanya Influenza sahaja,” katanya pada sidang media di JKJ Johor Bahru, semalam.
Antivirus Influenza di Johor masih mencukupi
Sementara itu, Aminolhuda memberi jaminan keadaan wabak Influenza di Johor dalam keadaan terkawal dan boleh diuruskan.
Katanya, bekalan perubatan terutama antivirus Influenza di negeri itu masih mencukupi.
“Malah 89 murid prasekolah sehingga Tingkatan Empat yang disyaki dijangkiti Influenza dirawat sebagai pesakit luar dan diminta berehat di rumah masing-masing.
“JKJ tidak merekodkan jumlah pesakit Influenza di negeri ini (Johor) berikutan jangkitan berkenaan tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan atau notifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, seperti jangkitan denggi contohnya yang memerlukan setiap jangkitan direkodkan.
“Pemantauan terhadap kes Influenza Like Illness (ILI) mendapati berlaku peningkatan kes ILI dan severe acute respiratory infection (SARI) sejak pertengahan bulan lalu, namun peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal,” katanya.