Bila dah ada anak, nak bergambar dengan suami bukanlah senang. Anak cemburu dan ingin turut serta dalam foto bersama ibu ayah, itulah cabarannya.
Hanya ibu ayah yang tahu betapa susahnya nak bergambar berdua bila sudah memiliki cahaya mata. Apa yang dimuatnaik Ramona Zam Zam ini comel sangat. Reaksi bayinya, Ivanna Alashkar, 9 bulan yang sedang tertidur tapi boleh terjaga daripada tidurnya bila Ramona dan suami cuba bergambar bersama.
Ibaratnya anak ada deria keenam untuk mengesan apa yang dilakukan mommy dan daddy. Jom tengok gambar ini mengikut urutan, lucu sangat!
Seronok melihat cucu Datuk Siti Nurhaliza, Arif Jiwa Asyraf yang sentiasa nampak ceria dan bijak aksinya. Melihat kepada limpahan kasih sayang yang tak berbelah bahagi diterima dari semua ahli keluarga tak hairanlah si comel ini membesar sihat dan bijak.
Rupanya mengikut kajian kasih sayang seorang ibu mampu beri kesan positif terhadap perkembangan otak anak.
Dipanggil dengan gelaran manja, pipiPao oleh ibunya, Tya Arifin pelakon Indonesia yang mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid, Arif selalu menarik perhatian ramai pengikutnya yang tak jemu melihat aksi si comel ini.
Arif sangat bertuah kerana sejak lahir lagi sentiasa dikelilingi dan disayangi oleh ahli keluarga apatah lagi ibu yang melahirkannya.
Pentingnya belaian kasih sayang dari seorang ibu terhadap anak dari awal usia sehingga ia dikatakan mampu memberi kesan positif pada perkembangan bahagian otak si kecil.
Lihat sahaja kesan positif perkembangan Arif yang sentiasa ceria dan bahagia selalu. Setiap hari macam-macam benda baru yang Arif belajar.
Dengan limpahan kasih sayang yang secukupnya diterima dari ibu ayah dan ahli keluarganya menjadikan si comel ini membesar sebagai bayi yang sihat dan cerdik.
Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan tetapi ibu muda ini sentiasa mencari masa untuk bersama anak tersayang dan memastikan Arif sentiasa ceria dan gembira!
Bonding antara ibu dan anak ini ternyata amat rapat sekali. Lihat sahaja cara Tya menidurkan anaknya. Nampak sangat Arif mesti nak ibu yang menidurkannya setiap masa. Sweet sangat!
Satu kajian yang dilakukan mendapati, pendidikan awal yang diterima oleh anak sejak awal usianya boleh membantu si kecil untuk membangunkan bahagian otak (hippocampus). Ia adalah bahagian otak yang penting untuk proses pembelajaran, daya ingatan dan tindak balas tekanan
Pendidikan awal yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bukan hanya baik untuk perkembangan anak, tetapi sebenarnya perubahan otak secara fizikal.
Kajian ini telah diterbitkan secara online dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Sumber: IG arifjiwaashraf & tyaarifinnw
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Eh, baby dah pandai senyumlah. Seronoknya! Ramai ibu bapa yang gembira apabila bayi mula senyum. Apakah yang berlaku di sebalik hal ini.
SENYUMAN BAYI PADA USIA 0-1 BULAN
Senyuman neonatal berlaku dari lahir hingga sebulan dan tidak menunjukkan kandungan emosi. Ramai yang geram tengok bayi kecil baru lahir senyum, comel sangat kan?
Tahukah mama dan papa ia adalah senyuman spontan dan sering berlaku semasa bayi mengantuk atau semasa tidur iaitu rapid eye movement (REM). Senyuman bayi pada ketika ini adalah repsons subkortikal dan akan berkurangan dengan kematangan. Jadi, bayi pramatang akan tersenyum lebih lama daripada bayi yang lahir cukup bulan atau 37 minggu ke atas.
SENYUMAN BAYI PADA 1-2 BULAN
Sekitar usia satu atau dua bulan, bayi secara beransur-ansur mula bertindak balas terhadap rangsangan alam sekitar. Senyuman pertama bayi semasa dia terjaga sepenuhnya mungkin akan muncul di antara usia enam hingga 10 minggu.
Pada usia ini, otak bayi sedang berkembang. Pengllihatannya bertambah baik dan dia dapat mengenali wajah mama dan papa. Bayi anda mungkin akan tersenyum apabila menerima rangsangan pendengaran terlebih dahulu seperti muzik atau suara mama atau papa. Dia seterusnya bertindak balas kepada rangsangan visual dan pendengaran yang digabungkan. Akhir sekali, bayi akan memberikan senyuman walau pun hanya menerima rangsangan penglihatan seperti mama dan papa senyum kepadanya atau menoleh ke arahnya.
SENYUMAN BAYI PADA 2-6 BULAN
Anda perlu membawa bayi andaberjumpa doktor jika bayi anda tidak tersenyum dengan tiga bulan. Jangan terlalu menekankan agar bayi untuk senyum sebaliknya buat aktiviti yang dia sukai seperti bermain dengannya dan bercakap-cakap.
Pada dua hingga tiga bulan, anda akan melihat bayi mula tersenyum apabila melihat anda. Ia seperti membuat wajah lucu untuk menyebabkan bayi anda ketawa. Menjelang usia empat hingga enam bulan, bayi anda akan mula tersenyum, kemudian berpaling apabila dipanggil. Bayi belajar mengawal emosi dan kegembiraan yang dirasainya.
SENYUMAN BAYI PADA 6-12 BULAN
Sepanjang tempoh ini anda akan mula melihat banyak senyuman yang berbeza. Dia sudah boleh memberikan banyak senyuman. Ada yang tidak tersenyum apabila berada hampir dengan orang yang tidak dikenali atau yang tidak disukainya. Senyuman mulut terbuka menunjukkan dia sedang bergembira!
Bayi anda juga akan mula bermain dengan ketawa. Bila mencecah usia lapan atau sembilan bulan, senyuman sering digunakan dalam interaksi sosial dan sebagai kaedah komunikasi. Pastikan mama dan papa memberi tindak balas terhadap bayi anda apabila dia memberikan anda senyuman yang besar. Seperti bercakap atau memuji sambil menggeleteknya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakkan ibu bapa berfikir bahawa bayi baru lahir tidak memerlukan mainan, tapi tanggapan tersebut kurang tepat. Bayi 0-6 bulan memerlukan mainan untuk membantu pertumbuhannya, merangsang skill motor, sensori dan anak akan menjadi lebih cerdas.
Bermain merupakan proses pembelajaran yang amat penting untuk permulaan kehidupan anak-anak. Bayi akan cepat belajar melalui barang permainan mereka. Inilah contoh-contoh mainan yang membolehkan anak 0-6 bulan menjadi cerdas dan bijak.
5 MAINAN YANG MEMBOLEHKAN ANAK BIJAK DARI 0-6 BULAN
“Mainan pun membawa kesan terhadap berkembangan minda anak ke?”
Mestilah, mommy-mommy pun kena bijak dan pandai memilih mainan yang sesuai dengan usia mereka.
Sebenarnya, ada beberapa contoh permainan anak yang mendidik. Walaupun ramai ibu bapa menganggap “alah anak baru lahir, tak payah lah nak main mainan sangat!” Tapi, ternyata pendapat macam tu tak betul okay. Sebab mainan ni membantu perkembangan si kecil.
“Jadi apa mainan tu?”
Hah, jomm akak terangkan 1 per 1 beberapa jenis mainan yang mendidik.
Selepas anak dilahirkan, mata mereka ni belum sempurna untuk melihat. Kalau mommy nak tau, dia hanya dapat melihat warna hitam putih dengan jarak pandang sekitar 10 ke 25 cm ketika berusia 0-1 bulan saja.
Tapi pandangan mata si kecil akan bertambah baik seiring dengan waktu. Jadi untuk permulaan, mommy boleh tunjukkan si kecil gambar hitam putih dan dia akan memerhatikannya tanda tertarik dengan gambar tersebut.
Kemudian mommy gerakkan gambar hitam putih itu lalu amati adakah si kecil mengikut arah gambar tersebut. Mommy boleh try masa bayi berusia satu hingga dua bulan.
Play gym ni salah satu mainan yang mendidik. Sebab mainan gantung dapat membantu merangsangkan pancaindera bayi usia satu hingga empat bulan.
Lepas tu si kecil akan tersenyum kalau nampak mainan ini berpusing di hadapannya. Apatah lagi mainan gantung ini boleh berbunyi dan bergerak sendiri di atas bulatannya. Sekaligus menarik minat bayi untuk bermain.
Kalau anak dah berusia lima bulan, bayi sudah boleh menggosokkan tangannya terhadap pelbagai permukaan. Jadi mommy bolehlah bagi anak mainan dengan pelbagai tekstur bagi merangsang minda si kecil.
Perkenalkan buku lembut yang dibuat dari kain dan memiliki tekstur yang berbeza pada setiap halamannya. Kemudian, bacakan cerita setiap hari sebelum tidur, sekaligus menarik minatnya membaca buku sejak kecil.
Pilih buku yang mempunyai jalan cerita yang tidak terlalu panjang hanya beberapa patah ayat saja dalam satu halaman.
Kalau anak mommy dah pandai merangkak, mainan bola membantu merangsang kemampuannya untuk terus merangkak.
Apatah lagi, dia dapat sentuh dan mendapatkan bola tersebut ketika bergerak. Begitulah seterusnya. Sampailah mommy dapat melihat si kecil tangkas semasa merangkak demi mendapatkan bola yang berada di hadapan matanya.
Pastikan mommy memilih bola yang mempunyai pelbagai tekstur, boleh berbunyi apabila dipicit dan lembut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.