Bagi mereka yang belum dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata sendiri, mengambil seorang anak angkat mungkin dilihat perkara biasa.
Bagaimanapun, agak jarang kedengaran mereka yang mampu memberikan belaian dan kasih sayang sehingga lima anak angkat.
Bagi usahawan kek, Ziq Bakery & Cake, Suzana Salleh, usahanya memelihara lima anak angkat menjadikan rezekinya semakin luas dan perniagaan bertambah maju.
Usahawan wanita berusia 45 tahun itu berkata, dia berbangga kerana menjadi ibu kepada enam cahaya mata termasuk seorang anak kandung.
Ambil anak angkat sebab tak boleh hamil
Menurutnya, dia mula mengambil anak angkat ketika berusia 23 tahun selepas doktor mengesahkan dia tidak boleh hamil seperti wanita normal yang lain.
“Sedihnya hati hanya ALLAH SWT yang tahu kerana naluri menjadi ibu meluap-luap ketika itu. Mujurlah suami saya amat memahami dan banyak memberi sokongan.
Ads
“Suami juga bersetuju untuk kami mengambil anak sepupu sebagai anak angkat kerana ibu bapanya berpisah ketika itu. Alhamdulillah, sejak itu rumahtangga kami semakin bahagia dengan kehadiran dia,” katanya.
Suzana berkata, dia mula menjual pelbagai jenis kek dan roti dari rumah pada tahun 1997.
“Berkat memelihara anak angkat saya mula membuka kedai di Gong Kapas pada 2006,” katanya yang mempunyai anak angkat berusia 2, 7, 9, 11 dan 24 tahun.
Lepas jaga anak angkat, disahkan hamil
Ads
Katanya, selepas memelihara anak angkat pertama, dia menerima khabar gembira apabila hamil dan kini satu-satunya anak kandungnya, Ahmad Haziq Badrol Hisham telah berusia 17 tahun dan baru pulang dari pengajian agama di Turki.
“Saya terharu dengan hubungan erat antara anak kandung dan anak angkat. Tiada beza, kasih sayang yang dicurahkan sama rata dan tidak berbelah bahagi.
“Setiap kali saya nak ambil anak angkat, saya akan minta kebenaran kepada anak kandung saya. Alhamdulillah, dia menerima dan bersetuju dengan keputusan saya,” katanya.
Setiap anak angkat bawa rezeki berbeza
Suzana berkata, setiap anak angkat pasti membawa rezeki dalam hidupnya sehingga perniagaan bakerinya mampu merekodkan jualan jutaan ringgit setiap tahun.
Ads
“Setiap kali ambil anak angkat, pasti ada rezeki baharu untuk kami sekeluarga misalnya diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk membekalkan roti kepada mangsa banjir, dapat membuka lebih banyak rangkaian bakeri di daerah lain dan paling penting kehidupan kami sangat bahagia dengan gelak tawa mereka,” katanya.
Didik anak lelaki dan perempuan seimbang
Katanya, selain sukar mendapatkan cahaya mata, peningkatan kes buang bayi turut menyentuh hatinya.
“Antara faktor saya memelihara anak angkat kerana tidak tahan dengan kes buang bayi yang dilaporkan media. Saya rasa terpanggil untuk memelihara mereka, beri didikan agama sebaiknya agar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara apabila mereka dewasa.
“Saya hantar anak perempuan ke sekolah aliran Cina dan banyak ajar selok-belok perniagaan sejak kecil manakala yang lelaki pula saya akan hantar ke madrasah agar mereka dapat mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna,” katanya.
Perkongsian seorang ibu yang mempunyai anak lima, Iman Zulta, berkongsi beberapa amalan yang dilakukan setiap hari selepas solat Subuh bagi memastikan si kecil menjadi anak yang bijak dan paling penting tidak meragam.
Antara amalan mudahnya adalah dengan zikir tasbih serta zikir nama-nama Allah serta bacaan Al-Fatihah khusus. Jom ikuti perkongsian beliau.
Saya mak anak 5, anak semua kecil lagi paling besar darjah 3. Saya perasan bila saya buat benda ini hari tersebut sangat smooth, anak-anak pun mudah dengar kata.
Berikut saya kongsikan rutin pagi saya yang banyak membantu saya setiap hari selepas Solat Subuh:
1. Zikir Tasbih 33-33-33
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Allahuakbar – 33 kali
2. Zikir Ya Bari’ (Maha Mengatur) sangat membantu memberi ketenangan dan urusan harian lancar. Saya niatkan agar Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak sepanjang hari.
3. Bacaan Surah al-Fatihah secara khusus
Bacakan Surah al-Fatihah dan hadiahkan pahala bacaan tersebut:
Pertama, untuk diri sendiri
Kemudian, untuk suami
Seterusnya, untuk setiap anak-anak secara individu
(Contoh: Jika ada 5 orang anak, bacalah al-Fatihah 5 kali sambil niatkan dengan nama penuh setiap anak). Niatkan agar mereka menjadi anak yang soleh, dengar kata, mudah urusannya dan dilindungi Allah sepanjang hari.
Sebagai ibu, saya faham sangat kadang-kadang tak sempat nak duduk dan baca dengan tenang. Jadi, alternatif saya adalah pasang audio bacaan Al-Ma’thurat semasa saya sedang di dapur masak sarapan dan siapkan bekal anak-anak.
Saya turut zikirkan bersama-sama walaupun sambil buat kerja. Mulut tetap berzikir walaupun tangan sibuk bekerja.
Amalan ini nampak ringkas, tetapi besar kesannya. Bila hati kita tenang, anak-anak pun lebih mudah diurus. Suasana rumah juga akan lebih damai.
Jom amalkan rutin ini bersama-sama, moga lebih lancar urusan kita dalam menjaga anak-anak.
Nak menyimpan sendiri tak dinafikan adakalanya terbabas. Ada waktu menyimpan dan ada pula terpaksa berbelanja. Bagaimana nak menabung cara konsisten? Idea ibu ini, Hani Mynis boleh anda jadikan ikutan.
Idea menabung dari duit poket suami ini bukan hanya boleh menyimpan bahkan dapat gandakan rezeki suami. Tabungan 52 dan Tabung Suamiku Kaya ni memang lain dari yang lain.
Nak tahu macam mana jenis tabungan ini?
Selalu ada tabung hijau (rm5) dan tabung oren (rm20) kan, tp tahun ni Hani tak buat tabung warna warni tu dan hanya buat tabung dua ni iaitu tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” ?
Masuk tahun ni, ni tahun ke 4 Hani buat cabaran simpanan duit 52 minggu ni. Masa jadi pelajar dulu, memang dihujung tahun dapat kumpul duit ni sangat berguna. Macam dapat duit kutu gitu haha. So dengan duit ni lah kalau hani nak tebus wish list ke apa.
Percaya tak dengan duit tabung ni dua tahun lepas dapatlah sponsor sikit untuk hantar mummy pergi umrah (alhamdulillah?) dan tahun lepas dapat bagi 30 hadiah sempena besday husband yg ke-30. Semua guna duit sendiri campur duit tabung ni (padahal student lagi tak bekerja gitu ?).
Untuk tabung “suamiku kaya”, baru tahun ni Hani mula sebenarnya. Sebab nak tolong tambah keberkatan rezeki suami berniaga je. Nak tolong je hahaha ?. Macam Hani pernah mention dulu, walaupun isteri ada pendapatan / duit sendiri, suami elok juga bagi nafkah @ duit poket untuk isteri sebelum pergi kerja supaya berkat lagi duit suami.
Walaupun dua ringgit insyaAllah ada lah keberkatan dia kat situkan (tetiba bertukar mode ustazah nak bagi tazkirah pulak haha)
Duit poket yang alif beri setiap pagi sebelum kitorang keluar rumah, Hani masukkan dalam tabung sambil berdoa semoga Allah limpahkan banyak rezeki buat suami dan diberkati setiap duit yang masuk. Ha Sebab tu nama tabung ni : tabung suamiku kaya ?? mana tahu berkat doa isteri dan masin mulut suami jadi kaya haha.
Hanya berkongsi, mana yang nak mula tabung 52 weeks tu sempat je mula lagi. Details dalam caption gambar ye?
Konsep dia setiap minggu masukkan duit ikut lah itu minggu ke berapa kan.
Kalau sekarang ni dah masuk minggu ke 13, boleh masukkan dalam tabung tu RM13. Dan seterusnya. Hani masukkan duit setiap hari Jumaat.
Mana yang baru nak mula minggu ni. Masukkan terus RM91 dalam tabung ni (dah gaji kan haha). So minggu depan teruskan je masukkan RM14 dan seterusnya. Seminggu sekali je masukkan duit, bukan hari-hari. Sebab tu tabung ni namanya tabung 52 minggu.
Simpan lah dalam bekas apa-apa. Kalau takut terpakai, guna tabung yang tak boleh bukak (jenuh nak bukak, bukan tak boleh haha).
Free printable nak keep track senang. Total RM1378 banyak kan sapa nak bagi haha.
Ada yang nak masukkan nilai-nilai lain. Macam seminggu RM10 ke. Terpulang. Tulis amount kat sini so kita ingat minggu ni dah masuk ke belum duitnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 (berumur 6 tahun pada 2020), yang lahir pada 2015 (berumur 5 tahun pada 2020) atau yang lahir pada 1.1.2016 (berumur 4 tahun pada 1.1.2020) wajib ambil tahu!
Sebaran info yang dikongsi oleh ibu ini tentang pendaftaran online murid tahun satu untuk sesi 2021 & 2022. Ibu bapa perlu alert kerana sistem pendaftaran dalam talian KPM (SPATKPM) bakal dibuka pada 1 mac ini. Jangan ada yang terlepas untuk mendaftar pula ya. Sebarkan pada ibu bapa lain.
Guideline nya begini :-
📌1) Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
📌2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020 https://public.moe.gov.my
📌3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
📌4) Dokumen yang diperlukan
– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
– semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah
📌5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.
Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal bersekolah rendah di tahun hadapan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.