Kes tumpah darah dalam kalangan wanita selepas melahirkan anak adalah perkara biasa yang kita dengar. Keadaan ini sangat berbahaya kerana ia melibatkan nyawa si ibu jika tidak diberikan rawatan sewajarnya dengan pantas. Tumpah darah yang berlaku 24 jam selepas bersalin dipanggil secondary postpartum hemorrhage.

Ia menyumbang kepada kematian ibu terutamanya ibu muda yang menyembunyikan kandungan dan melahirkan bayi secara rahsia di persekitaran yang tidak bersih dan selamat untuk melahirkan bayi. Di dalam penulisannya melalui blog, Dr Sharifah Halimah Jaafar, Pakar Obstetrik & Ginekologi menjelaskan lebih lanjut tentang hal ini.

Apakah sebab sebab tumpah darah semula selepas lebih 24 jam bersalin?

1. Cebisan uri atau selaput tetuban yang tersangkut/tertinggal didalam rahim. Ini adalah penyebab yang paling utama dan kerap. Selepas kelahiran bayi, walaupun uri boleh keluar tetapi kadang kadang ada cebisan atau ketulan uri yang tercabut dari gugusan uri dan terus melekat ke dinding rahim.

Berkorban Lahirkan Anak, Tak Sempat Bermanja. Alami Tumpah Darah, Mungkin Maut

Secara rutinnya selepas bersalin, doktor atau jururawat akan memeriksa uri yang terkeluar dan memastikan gugusan uri sempurna. Walaupun begitu, ada kalanya masih juga ada ketulan uri yang tercabut yang tidak dapat dikenalpastikan.

Ketulan uri yang tertinggal bukan sahaja menyebabkan rahim tidak boleh mengecut dengan berkesan mengakibatkan tumpah darah tetapi juga ia boleh menyebabkan jangkitan kuman masuk kedalam rahim dan menyebabkan radang dan kejutan sepsis.

2. Jangkitan kuman (endometritis): Jangkitan kuman di dalam rahim boleh berlaku selepas bersalin kerana sistem pertahanan ibu mengandung dan semasa dalam pantang (pueperium) rendah. Ini memudahkan ibu mendapat jangkitan. Kadang kadang tinggalan selaput atau cebisan uri menjadi makanan untuk bakteria dan menyebabkan bakteria membiak dengan pesat sehingga terjadi radang yang serius didalam rahim.

IKLAN

Artikel Menarik: [Mengidam Makan Coklat, Esok Lusa Datang Haid. Itu Normal Untuk Wanita]

Radang atau ‘inflammatory’ pada dinding endometrium boleh membuka semula salur darah yang telah tertutup, merangsang sistem pembekuan darah sehingga menyebabkan perdarahan yang serius dan kegagalan darah untuk membeku.

Bakteria juga boleh menusuk masuk kedalam darah melalui rahim dan menyebabkan kejutan sepsis serta kejutan akibat tumpah darah yang serius. Jika tidak dirawat segera, ia boleh membawa kepada kematian ibu selepas bersalin.

Berkorban Lahirkan Anak, Tak Sempat Bermanja. Alami Tumpah Darah, Mungkin Maut

Apakah kaedah rawatan tumpah darah semula selepas bersalin 24 jam?

1. Mengoptimasikan sistem utama ibu dengan bantuan transfusi darah atau pengembang plasma

IKLAN

2. Injeksi Antibiotik untuk mengawal dan membunuh bakteria didalam darah dan juga dalam rahim

Berkorban Lahirkan Anak, Tak Sempat Bermanja. Alami Tumpah Darah, Mungkin Maut

3. Prosedur DD&C atau ERPOC (Evacuation of Product of Conceptus): Prosedur ini juga dipanggil prosedur cuci rahim boleh dibuat selepas ibu diberi bius penuh.

Apakah kesan jangkamasa panjang jika tidak dirawat?

IKLAN

1. Kejutan Sepsis (Septicaemic Shock) yang boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang, kegagalan organ penting badan dan kematian ibu

Berkorban Lahirkan Anak, Tak Sempat Bermanja. Alami Tumpah Darah, Mungkin Maut

2. Kegagalan sistem pembekuan darah sistemik (DIVC) – boleh menyebabkan perdarahan yang tidak boleh berhenti dan perdarahan secara spontan dibahagian organ badan yang lain.

Artikel Menarik: [Mata Asyik Kabur Waktu Mengandung Bukan Biasa. Kalau Biar, Berisiko Kena Sawan]

3. Asherman’s Syndrome. Tinggalan cebisan uri boleh menyebabkan jangkitan dan radang di dalam rahim. Dinding rahim akan berparut dan melekat.

Sesungguhnya kita tidak meminta sebarang kejadian yang buruk berlaku sepanjang kehamilan, semasa proses kelahiran dan selepas bersalin. Semoga perkongsian dari Dr Sharifah ini sedikit-sebanyak dapat memberi ilmu kepada para ibu yang bakal melahirkan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI