Perjalanan menyusukan anak sememangnya tidak mudah. Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjayakan penyusuan dengan baik dan lancar. Sama seperti kita, pelakon, Shakila Khoriri juga melalui pengalaman dan cabarannya yang tersendiri.
Walaupun mempunyai impian untuk menyusukan anak sama seperti ibu-ibu lain, dan dianugerahkan susu yang banyak selepas mencuba pelbagai petua, namun perjalanannya ternyata berbeza di saat anak kesayangannya, Ameena Sofea menolak direct feed di awal kelahirannya.
Meskipun mahu yang terbaik buat anaknya, namun dia reda dan akur dengan kemahuan anak kecilnya itu.
“Bila nak share pasal penyusuan ini saya percaya semua mak-mak ada cerita dan sejarahnya sendiri.
“Bagi Killa pulak bila bermula dari awal kelahiran Ameena lagi dimana waktu tu Killa overdue dua minggu dan memang dipaksa untuk bersalin sebab kalau tak bayi akan lemas dalam perut kata doktor.
“Proses bersalinkan Ameena dulu sangat mudah. Waktu tu excited sangat nak jumpa Ameena. Excited jugak nak susukan dia, macam mak-mak lain, yang semua orang impi-impikan.
“Tapi satu je yang Killa rasa terkilan sangat bila lahirkan Ameena, doktor kata bagi diorang settlekan Ameena dulu.
“Dalam kepala tengah fikirkan mesti anak tengah lapar. Masa tu nurse kata mereka bagi susu dulu sebab nampak dia lapar sangat dan tak sangka bukan sebotol tapi sampai tiga botol. Cumanya dalam kuantiti yang betullah untuk baby.
“Mulanya agak frust jugalah sebab memang nak bagi menyusu. Tapi ada jugak hikmahnya sebab kalau tunggu Killa punya susu mesti dia kelaparan nanti,” kata Killa berkongsi.
Ads
Teruja berikan snak susu kolostrum
Kata isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali ini juga berkongsi pengalaman pertama kali memerah susu terawal iaitu kolostrum begitu bermakna dalam hidupnya.
” Ramai kawan-kawan share sebelum bersalin kena buat itu dan ini dan Killa pun cuba dengan harapan susu banyak macam orang lain.
” Kila start rasa stress bila mula pam susu, susu tak sebanyak orang lain tapi Killa tetap nak kejarkan susu kolostrum sebab tahu bagus untuk anak. Waktu itu dapatlah simpan susu 2 auns untuk beri pada anak.
” Nurse minta saya bagi direct feed tapi sayangnya waktu itu Ameena awal-awal lagi sudah menolak. Dia tolak dengan lidah dia. Mujurlah dia mahu minum stok susu kolostrum yang saya simpan lebih awal.
Ads
” Saya lega dia minum susu awal yang saya simpan. Bila hari kedua, Killa perasan susu makin kurang. Banyak juga Killa dapatkan pandangan dari kakak dan rakan-rakan terdekat dan dalam masa yang sama tetap pam mengikut waktu.
” Tapi sayangnya Ameena waktu itu memang tetap tak mahu direct feed, dia hanya minum susu botol. Bila masuk minggu kedua pula terus susu semakin berkurang dan hari ke hari susu memang dah tak ada,” kongsi Killa lagi yang mula tertekan mengalami penurunan susu.
Akur Ameena tolak susu
Ibu muda ini tidak patah semangat, biarpun tanpa direct feed, dia tetap meneruskan jadual mengepamnya seperti biasa.
“Macam-macam cara yang Killa buat, minum air longan, cuba milk booster dan tidak terkecuali berurut. Tapi yang sedihnya walaupun susu kembali ada, Ameena menolak susu badan. Walaupun diisi dalam botol, dia tetap tak mahu.
“Hari-hari tengok susu terbuang macam itu sahaja, sedih sangat. Bila bagi susu formula baru dia nak minum susu. Killa cakap dalam hati, tak apalah, bagi dia masa.
Ads
“Dalam masa yang sama Killa terus pam macam biasa sebab waktu itu memang dah bengkak susu sampai Killa demam. Akhirnya beberapa minggu lepas itu, Killa dan Fizi akur dengan kemahuan Ameena.
“Apa yang kami lakukan adalah Killa tetap pam agar tak sakit dan kami teruskan susu formula untuk Ameena sebab itu yang terbaik dari dia tidak minum susu. Walaupun ada rasa terkilan tapi Killa reda,” kongsinya lagi.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan menjelaskan tentang 8 gangguan haid yang sering terjadi kepada wanita. Ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh!
Pakar O&G terkenal yang berpengalaman luas ini telah berkongsi info mengenai masalah gangguan haid yang biasa dihadapi di kalangan wanita baru-baru ini. Informasi yang dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat ini boleh dijadikan panduan bagi anda yang mungkin menghadapi masalah haid. Berikut ilalah perkongsian beliau;
BILA HAID TERGANGGU
Pusingan haid yang teratur melambangkan kesuburan, kewanitaan dan kesihatan. Pelbagai gejala dan penyakit boleh menimbulkan gangguan haid. Diantaranya ada yang merbahaya dan mengancam kesihatan seperti kanser pangkal rahim (cervix), kanser ovari atau rahim.
Sebahagian besar (masalah gangguan haid) disebabkan oleh gangguan hormon dan juga pelbagai ketumbuhan bukan kanser saperti fibroids, endometriosis dan ovarian cysts. Walau demikian wanita perlu berwaspada bila timbul gangguan-gangguan berikut:
#1 PERDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN KELAMIN
Ia boleh dianggap sebagai tanda kanser pangkal rahim. Walau punbegitu, ada punca-punca lain seperti cervical erosion, jangkitan kuman dan cervical fibroids dan polyp. Perlu membuat pemeriksaan faraj dan buat ujian pap smear.
#2 PERDARAHAN SELEPAS PUTUS HAID Ini adalah satu tanda kanser dalam rahim. Selain tu, ia berpunca daripada kekurangan hormon estrogen, fibroid dan polyp.Periksa peranakan dan buat vaginal scan, buat pap smear dan juga diagnostic D&C.
#3 HAID TERLALU BANYAK & BERPANJANGAN (MENORRHAGIA) Punca utamanya ialah ketumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia dan polyps. Perlu buat vaginal scan. Rawatannya ialah dengan bedah D&C, membuang fibroid atau membuang rahim. Ubat hormon, norethisterone(Norculut) boleh membantu.
#4 SAKIT SENGGUGUT Ia seringkali disebabkan oleh endometriosis dan adenomyosis. Keadaan ini juga boleh menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta kesakitan. Perlu buat vaginal scan.Bagi gadis buat scan perut.
#5 HAID TIDAK TERATUR
Jarak antara haid 3 hingga 6 bulan atau lebih. Ia sering disebabkan oleh masalah Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), ovari bengkak dan tidak subur. Sering berlaku pada wanita gemuk. Gangguan utama ialah sukar hamil, kegunaan dan perdarahan banyak dan berpanjangan. Perlu rawatan khusus dan kuruskan badan.
#6 TIDAK DATANG ATAU LEWAT DATANG HAID Punca utama ialah kehamilan. Langkah pertama buat ujian kehamilan UPT. Buat vaginal scan untuk pengesahan. Lain-lain punca ialah gangguan hormon akibat stress atau masuk umur empat puluhan. Mungkin hampir menopause.
#7 TIDAK DATANG HAID MELEBIHI 6 BULAN
Ia adalah satu tanda menopaus bagi mereka berumur sekitar 50an atau premature menopause bagi mereka dibawah 40 tahun.Bagi mereka yang berhenti haid dalam umur 20an dan awal 30an , mungkin sebabkan ovarian failure, iaitu telur dan hormon telah tandus.
#8 TIADA DATANG HAID PADA GADIS BERUMUR 20 TAHUN Mungkin disebabkan tiada rahim atau pangkal rahim atau faraj. Ini adalah kecacatan kogenital iatu sejak lahir tidak sempurna peranakannya.
“Mia ni asyik merengek je lepas tu gosok-gosok telinga dia. Mata dah nampak merah. Tak boleh jadi ni. Kena bawak jumpa doktor,” ujar Mira yang risau melihat keadaan bayinya ang baru berusia lima bulan kerap menggaru telinga.
Jangkitan telinga adalah salah satu penyakit yang biasa dialami bayi berusia antara empat hingga enam bulan. Jangkitan ini menyerang bahagian telinga tengah (sekitar gegendang telinga) Gangguan pada telinga boleh mengganggu pendengaran anak. Kenal pasti apa tanda bayi anda mengalami jangkitan telinga
• Lendir pekat dari hidung
• Demam tinggi
• Keluar kotoran kekuningan di sudut mata
• Rongga telinga nampak bengkak dan merah
• Anak mudah mengamuk dan resah
• Kerap menarik-narik atau mengorek telinga
• Keluar cairan kekuningan atau putih dari telinga
Apakah punca anak mengalami jangkitan telinga?
1. Anak biasa minum susu dari botol dengan kedudukan berbaring atau hingga tertidur. Posisi ini membuatkan susu boleh mengalir hingga Eustachian tube dan bahagian tengah telinga. Gangguan pada telinga boleh mengganggu pendengaran anak.
2. Menghisap puting kosong terutama pada waktu siang. Menurut beberapa pakar, gerakan menghisap yang berterusan akan menarik cecair dari hidung dan kerongkong ke bahagian tengah telinga. Puting juga berisiko membawa bakteria. Jadi, sebaiknya hentikan anak dari menghisap puting.
3. Kajian menunjukkan anak yang kerap terdedah pada asap rokok lebih mudah mengalami jangkitan telinga. Ini kerana asap rokok mengganggu Eustachian tube dan melemahkan serabut yang dipanggil cilia yang berfungsi mengeluarkan bakteria semasa proses bernafas. Bila cilia tidak bekerja dengan sempurna, bakteria dan kuman tersangkut dalam saluran pernafasan.
4. Alergen di udara, salah satunya adalah dari haiwan peliharaan yang biasa membawa kotoran seperti kulit kering yang menggelupas dari badan atau bulunya yang merupakan allergen. Jadi, jangan biarkan haiwan peliharaan masuk ke bilik tidur anak atau membiarkan anak memeluk atau mencium haiwan peliharaan tersebut.
Jangkitan telinga boleh mengganggu keselesaan bayi yang akan kerap merengak, meragam dan enggan bersosial. Seterusnya ia boleh menyebabkan perkembangan mereka terganggu. Kesan sebarang petanda dan rawat segera masalah jangkitan yang dihadapi oleh si manja.
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mempunyai cara tersendiri untuk memberikan sokongan kepada isterinya, Dr Halina yang sedang hamil.
Menerusi perkongsian terbaru di akan instagram miliknya, Sheikh Muszaphar mendedahkan beliau akan menambahkan berat badannya setiap kali Dr Halina hamil.
Menurut Sheikh Muszaphar, beliau melakukan inisiatif itu untuk memberikan semangat kepada Dr Halina dan tidak mahu isterinya itu merasai kekurangan atau rendah diri dengan perubahan fizikal yang dilaluinya ketika hamil.
Apa yang menjadi perhatian, video tersebut sangat kreatif apabila setiap anak berbisik untuk berkongsi berita gembira itu.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.