Bayi lelaki berusia setahun tiga bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, Pasir Mas, Kelantan (19 Disember).
Memetik laporan Metro, kejadian pada 1 tengah hari itu menjadikan bayi itu adalah korban pertama banjir di Kelantan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang Shapawi Stapa berkata, mangsa dikatakan bermain di anjung rumah bersama kakaknya sebelum dilaporkan terjatuh.
Ads
“Bagaimanapun, kejadian mangsa terjatuh tidak disedari oleh kakaknya sebelum nenek mangsa menyedari cucunya tiada dan bertindak mencari di keseluruhan rumah.
“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1 tengah hari sebelum mengerahkan jentera ke lokasi kejadian.
Gambar Hiasan Kredit Gambar: Awani
“Bagaimanapun, sebaik tiba mayat mangsa sudah ditemui penduduk kampung dan mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kredit: Metro
Ads
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa percaya bantal adalah keperluan asas untuk tidur yang selesa. Bila melihat bayi tidur di atas bantal yang lembut dan empuk, timbul rasa tenang. Nampak lengkap, kemas dan seolah-olah bayi itu sedang tidur dengan selesa.
Namun hakikat yang ramai tidak sedar, bayi tak perlukan bantal tidur. Malah, penggunaan bantal yang lembut dan empuk sebenarnya boleh mengundang risiko bahaya kepada bayi, terutama ketika mereka masih kecil dan belum mampu mengawal pergerakan sendiri.
Bantal yang terlalu lembut, tebal atau gebu mungkin nampak selesa di mata orang dewasa. Tetapi bagi bayi, ia boleh menjadi punca risiko yang serius. Bayi belum mempunyai kawalan otot leher dan kepala yang kuat seperti orang dewasa.
Dalam keadaan tertentu, bantal boleh menutup hidung dan mulut bayi tanpa disedari, sekali gus mengganggu pernafasan mereka.
Pakar Pediatrik Dr Nisa Khalil menegaskan bahawa bayi berumur kurang daripada dua tahun, tidak patut tidur dengan bantal walau yang nipis sekali pun.
Menerusi hantaran di Threads, dia menerangkan bahawa American Academy of Pediatrics (AAP) memberi saranan agar tidak meletakkan sebarang bantal, selimut mahupun anak patung lembut di dalam katil bayi.
Tambahnya lagi, kebanyakan pakar turut mencadangkan agar melanjutkan perkara itu sehingga bayi berusia dua tahun.
Ini kerana bayi yang masih kecil sedang belajar untuk bernafas, bergolek dan berganjak secara selamat.
Tulang belakang bayi masih lurus dan sangat fleksibel. Mereka tidak memerlukan sokongan leher seperti orang dewasa. Oleh sebab itu, tidur di atas permukaan rata tanpa bantal adalah posisi paling semula jadi dan selamat untuk bayi.
Berbeza dengan orang dewasa yang memerlukan sokongan pada bahagian leher, bayi hanya perlukan permukaan tidur yang rata dan firm untuk menyokong perkembangan tulang belakang mereka secara sihat.
Bayi tak perlukan bantal tidur kerana tubuh mereka direka untuk tidur dalam posisi rata. Memberikan bantal terlalu awal bukan sahaja tidak memberi manfaat, malah boleh mengganggu pernafasan dan postur semula jadi bayi.
Sekiranya perlu menggunakan selimut, pastikan ia dikepitkan di bawah kedua-dua ketiak bayi bagi mengelakkannya daripada menutupi muka bayi.
Malah sebelum ini, sudah pernah berlaku insiden seorang bayi yang meninggal dunia dipercayai akibat lemas di dalam selimut ketika dihantar di rumah pengasuh.
Penggunaan bantal yang lembut atau empuk boleh menyebabkan beberapa risiko serius, antaranya:
Bayi belum mampu mengubah posisi kepala sendiri jika saluran pernafasan mereka tertutup. Dalam situasi tertentu, walaupun bantal nampak kecil dan tidak berbahaya, ia tetap boleh menjadi ancaman kepada keselamatan nyawa bayi.
Ramai ibu bapa menggunakan bantal dengan niat yang baik. Ada yang mahu bayi tidur lebih lena, ada yang bimbang kepala bayi menjadi rata, dan ada juga yang sekadar mengikut kebiasaan keluarga sejak turun-temurun.
Namun realitinya, keselesaan di mata orang dewasa tidak semestinya selamat untuk bayi. Apa yang nampak lembut, cantik dan selesa itu kadang-kadang menyimpan risiko yang tidak disangka.
Pakar kesihatan biasanya mencadangkan penggunaan bantal hanya selepas anak berumur 1 tahun ke atas. Itupun dengan syarat bantal tersebut:
Untuk bayi bawah setahun, bantal tidak diperlukan langsung kerana bayi tak perlukan bantal tidur pada peringkat ini.
Bagi memastikan keselamatan bayi ketika tidur, ibu bapa disarankan untuk menyediakan persekitaran tidur yang ringkas dan selamat:
Persekitaran tidur yang ringkas sebenarnya jauh lebih selamat berbanding katil yang penuh dengan aksesori.
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak. Kita mahu mereka tidur lena, selesa dan selamat. Namun dalam usaha itu, penting untuk kita berpandukan ilmu dan fakta kesihatan, bukan sekadar kebiasaan atau apa yang nampak cantik di mata.
Kadang-kadang, perkara yang paling simple itulah yang paling melindungi. Kerana keselamatan bayi bukan tentang apa yang nampak indah, tetapi tentang apa yang benar-benar melindungi nyawa.
Seorang wanita selamat melahirkan bayinya selepas terpaksa menjalani pembedahan kecemasan akibat anak dalam kandungannya menunjukkan tanda-tanda hampir lemas.
Kejadian itu berlaku di Jalan Ranau-Tambunan, Kampung Pahu, Tambunan, pada Rabu, apabila laluan terputus akibat tanah runtuh menyebabkan ambulans dan pasukan kecemasan terkandas.
Sebelum itu, tular sebuah video berdurasi satu minit 25 saat yang memaparkan keadaan ketika itu hujan manakala jalan raya tidak dapat dilalui oleh kenderaan kerana ditimbuni tanah.
Manakala pasukan perubatan cuba membantu wanita yang diusung melalui laluan terjejas untuk dihantar ke hospital menggunakan ambulans.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Maria Suleiman, pasukan dari Klinik Desa Tontolob yang berdekatan segera melakukan penilaian awal dan mendapati wanita itu dalam fasa aktif bersalin dan perlu dipindahkan segera ke hospital.
Katanya, kejadian itu berlaku pada jam 7.26 pagi itu apabila laluan terputus dan menyebabkan ambulans serta kenderaan kecemasan terhalang.
Berkat kerjasama pasukan kecemasan, pihak polis, serta penduduk kampung, wanita tersebut berjaya dipindahkan menggunakan laluan alternatif ke Hospital Keningau, di mana dia segera dimasukkan ke dewan bedah.
“Susulan daripada itu Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Daerah Tambunan telah dikerah ke lokasi kejadian dengan sebuah ambulans untuk membantu memindahkan pesakit dan disebabkan laluan terhalang, mereka mencari alternatif lain bagi memastikan, pesakit dapat dipindahkan segera.
“Sebaik tiba di hospital, pesakit segera dimasukkan ke dewan bedah dan menjalani pembedahan kecemasan kerana mengalami tanda-tanda bayi lemas di dalam kandungan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Maklumnya, pembedahan kecemasan berjaya dilakukan, dan ibu serta bayinya kini berada dalam keadaan stabil.
Bila bersembang dengan anak-anak ni, seronok juga. Kalau dah besar sikit, bukan main pandai susun kata-kata waktu bercakap tu. Kita pun tak terjawab dibuatnya. sebenarnya momen bersembang dengan anak-anak ni sesuatu yang boleh dijadikan kenangan.
Seperti yang dikongsikan oleh bapa ini menerusi akaun Tiktok @weera_audadi, video ketika dia dan anaknya sedang makan dan berbual kosong. Pada awalnya, si anak bertanyakan sesuatu seolah-olah memerli ayahnya.
Perbualan antara ayah dan anak;
“Bukan main seronok tadi?”.
Pelik dengan pertanyaan itu, si ayah kemudian bertanya semula kepada anaknya apa yang seronok.
“Seronok? Apa yang seronoknya?”.
Si anak kemudiannya memberitahu yang dia ternampak ayah dan ibunya naik motor berdua sambil berpeluk.
“Abang nampak Papa dengan Mama naik motor. Peluk-peluk..”
Yang lucunya apabila si anak bertanya jika ayah dan ibunya itu ada ‘apa-apa’.
“Papa dengan Mama ada apa-apa ke?”.
Si ayah pula tidak faham dengan soalan itu dan bertanya semula kepada anaknya.
Kemudian disahut semula oleh si anak yang orang yang naik motor bersama dan berpeluk ni biasanya bercinta. Lucunya, si anak bertanya adakah ayah dan ibunya itu bercinta.
“Papa dengan Mama kamu ni bukan setakat bercinta je bang oiii! Kahwin dah pun..”
Mendengar jawapan ayahnya itu, si anak terus bertanya bila mereka berkahwin kerana dia tak pernah nampak pun situasi tersebut.
“Abang, masa Papa dengan Mama kahwin, belum sempat proses kamu lagi bang. Memang le kamu tak nampak..”
Jom tonton video ni;
Si anak seolah-olah tak percaya dengan jawapan ayahnya itu dan terus sambung makan. Memang lucu sungguh perbualan dua beranak ini. Memang ada masanya anak akan bertanya soalan-soalan pelik yang sukar untuk dijawab.
Antara komen yang ada;
Semoga si ayah dapat menjelaskan hal yang sebenar kepada anak tanpa menimbulkan keraguan dan kekeliruan lagi selepas ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.