Di saat anak anda sudah pandai berjalan, akan tiba satu peringkat di mana si kecil akan meneroka setiap yang berada di sekeliling mereka. Mereka akan melihat, menyentuh, menghidu, mendengar dan merasa benda yang ada pada mereka. Ketika peringkat ini, usah terkejut jika anak anda paling seronok bermain pasir atau tanah di luar rumah.
Bermain kotor baik untuk si manja?
Semua ibu bapa pasti tidak suka jika anaknya bermain kotor. Bukan hanya disebabkan penat mencuci pakaian kotor si manja, bahkan juga sebab yang lebih penting adalah kerana khuatir anak dijangkiti kuman dan bakteria. Pasir dan tanah yang ada di luar rumah mengandungi banyak kotoran dan bakteria yang boleh menyebabkan si manja ditimpa penyakit. Selain pasir dan tanah, kanak-kanak gemar bermain dengan makanan mereka, daun, air, batu, kayu, pokok-pokok, rumput dan macam-macam lagi.
Mengikut kajian perkongsian dari Hello Doktor, bermain kotor adalah merupakan bahagian penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Jika dilihat dari sudut kasar, memanglah bermain kotor ini hanya akan menyebabkan anak kotor dan lebih teruk lagi boleh memberi kesan kepada kesihatan anak. Namun, melalui ‘kotoran’ juga dapat memberi berpeluang kanak-kanak untuk mempelajari banyak benda.
Kajian anak bermain kotor dengan perkembangan mereka
Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang bermain kotor adalah lebih berkemungkinan untuk lebih baik dalam pembelajaran mereka. Bayi yang mencengkam, merasa (perbuatan), rasa (oral) dan membaling objek, terutamanya makanan mereka, adalah sedang mengumpul maklumat berterusan tentang dunia di sekeliling mereka. Ahli psikologi menjalankan kajian kepada 72 bayi, masing-masing berumur 16 bulan, memberikan mereka beberapa bahan dan melihat jika bayi-bayi tersebut boleh belajar menyebut nama bahan yang diberikan.
Ads
Melalui kajian tersebut, mereka mendapati bahawa anak-anak yang lebih suka membuat kotor adalah lebih baik dalam pembelajaran dan menangkap perkataan. Pakar memberitahu, melalui tindakan seperti bermain dengan kerusi makan ataupun melempar barang sebenarnya, bayi sedang mendapat maklumat daripada perbuatan-perbuatan mereka. Malahan, mereka menggunakan maklumat tersebut kemudiannya. Setiap kanak-kanak diberikan 14 objek bukan pejal, termasuklah jem strawberi, keju, butterscotch, coklat cair dan oatmeal. Bayi-bayi ini kemudiannya disuruh menyebut nama setiap barang, dengan perkataan yang ringkas seperti ‘dax’ atau ‘kiv’. Seminit kemudian, bayi-bayi ini diberikan objek yang sama dalam bentuk yang berbeza, dan diminta untuk mengenal pasti objek sekali lagi.
Saintis mendapati bahawa kanak-kanak yang menggunakan lebih ‘tindak-tanduk kotor atau selekeh’ seperti menggenggam, mengambil atau membawa bahan ke dalam mulut mereka, boleh menamakan beberapa barang lebih tepat berbanding dengan bayi yang tidak melakukan ‘tindak-tanduk kotor; seperti menuding barang dengan jari. Daripada kajian ini, kira-kira 70% kanak-kanak yang melakukan aksi kotor dapat mengenal pasti barang dengan tepat, sementara kanak-kanak yang tidak membuat aksi kotor hanya kira-kira 50% sahaja yang menjawab dengan betul.
Ads
Manfaat jika biar anak bermain kotor
Perkembangan fizikal
Dengan bermain kotor, kanak-kanak berpeluang melatih dan mengembangkan kemahiran motor halus serta kordinasi tangan dan mata mereka melalui aktiviti seperti memegang, menabur dan menyudu pasir. Aktiviti ini juga menyediakan peluang untuk kanak-kanak membezakan tekstur seperti lembut, kasar, keras dan halus.
Perkembangan emosi dan sosial
Menjadi sifat semula jadi kanak-kanak iaitu penuh dengan rasa ingin tahu. Bermain kotor menggalakkan si kecil untuk melalui pengalaman baru. Semasa bermain kotor, kanak-kanak tidak perlu mengikuti peraturan dan tiada cara khusus untuk mereka bermain kotor. Ketika ini, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk membuat sesuka hati mereka. Hal ini dapat meningkatkan rasa yakin diri mereka. Melalui bermain kotor ini juga, si manja anda akan fokus, bijak merancang dan menyelesaikan masalah. Anak anda juga dapat membina hubungan dengan rakan sebaya mereka semasa bermain.
Perkembangan intelektual
Kanak-kanak akan menyiasat, meneroka, mencipta dan lebih memahami dunia di sekeliling mereka. Sewaktu mereka memerhati, meramal, mencuba untuk menyelesaikan masalah dan melihat hasil, kanak-kanak akan lebih memahami kaedah saintifik yang digunakan sepanjang proses bermain kotor.
Ads
Perkembangan kreatif
Anak kecil anda berpeluang untuk meningkatkan imaginasi dan kreativiti mereka melalui kotoran yang dimainkan. Melalui pengalaman sensori, kanak-kanak dapat bergerak balas dengan perkara yang mereka lihat, dengar, rasa, sentuh dan hidu. Mereka kemudiannya akan melahirkan perasaan dan pandangan melalui warna, struktur, bentuk dan binaan dalam pemerhatian mereka.
Kesimpulannya, membenarkan anak bermain kotor tidak semestinya anda perlu berikan si manja kebebasan bermain tanah dan pasir di luar rumah. Sebaliknya, kini terdapat banyak pasir kinetik yang dijual di pasaran. Jika ingin lebih jimat, bawalah anak anda bermain pasir di pantai.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelawak dan pengacara terkenal Shuib Sepahtu sama juga seperti ibu bapa lain yang mendidik anak-anaknya berpuasa sejak usia kecil lagi.
Mengejutkan anak-anak kecil bangun bersahur bukan tugas yang mudah. Maklum sahaj tengah enak dibuai mimpi tiba-tiba kena kejut bangun makan mesti ramai kanak-kanak yang akan meragam.
Bagaimanapun sebagai ibu ayah, Shuib dan Sarah Raissuddin tidak mahu membiarkan anak-anak mereka terlepas peluang merebut pahala sunnahnya bersahur yang sangat digalakkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
Baru-baru ini Shuib memuat naik video gelagat dua anaknya Uwais Al-Qarni, 7 dan Dzahira Talita Zahra, 5, bangun bersahur dengan mata yang masih tertutup.
Dalam video tersebut menunjukkan Uwais yang masih mengantuk tetap meneruskan sahurnya demi semangat untuk berpuasa. Dia yang disuap makan oleh atuknya Raissuddin Hamzah tetap mengunyah makanan walaupun dengan mata masih terpejam.
Manakala Talita yang manja dengan panggilan Dekta yang disuap oleh Shuib pula nampak betul-betul mengantuk dan terpaksa makan sahaja.
Nampaknya Shuib dan Sarah betul-betul bersabar melayan kerenah anak-anak mereka waktu bersahur.
Perkongsian tersebut mendapat respon daripada ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman diri sendiri semasa masih kecil serta setelah menjadi ibu bapa.
Kalau perkongsian video terdahulu menunjukkan atuk yang menyuap cucunya makan waktu bersahur, hari ini Shuib berkongsi lagi video gelagat anaknya yang masih lagi disuap oleh atuknya sambil mata terpejam.
Tetapi kali ini dua orang atuk sekaligus datang bagi semangat dan sokongan untuk si cucu bersahur dan berpuasa. Alhamdulillah, si kecil mendapat rangsangan positif daripada keluarga tersayang untuk belajar menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.
Harini dua atok tlg sahurkan cucu2nya…tak boleh bukak mata lagi ??? .
Nabi SAW bersabda, “Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” (HR Ahmad)
Wah, bila dua orang atuk bergabung nak pastikan cucu-cucunya bersahur memang seronoklah.
Ramai netizen memuji kesabaran atuk Raissuddin yang tetap menunggu Uwais mengunyah perlahan makanan dalam mulutnya untuk disuap lagi.
Yang lagi lucu bila atuk berdehem suruh si cucu sambung mengunyah bila dia tertidur semula.
Bestnya dua-dua atuk ada
Tahniah Shuib dan Sarah yang berjaya mendidik anak-anak belajar berpuasa sejak kecil lagi. Semoga mereka dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah nanti.
Geram sampai tahap kesabaran tak boleh nak dikawal boleh berlaku bila anak buat perangai. Tambahan pula dengan kepenatan selepas seharian bekerja antara salah satu punca ibu bapa tak boleh nak kawal kemarahan sehinga terpaksa naik tangan.
Sampai bila nak berterusan? Di sini pentingnya ibu bapa mencari penyelesaian di sebalik masalah ini. Berdasarkan perkongsian Dr Rozanizam Zakaria persoalan kenapa anak kecil buat perangai bukan disebabkan sikap anak itu sahaja tetapi melibatkan ibu bapa dan persekitaran.
Berikut antara persoalan dan penyelesaian yang boleh dijadikan panduan
Salam doktor, anak saya umur 2 tahun selalu buat perangai, mengamuk, tak nak dengar kata, kacau adik. Kalau saya marah dia menjerit. Kadang-kadang tak dapat control sampai terpaksa naik tangan. Macam mana nak handle? – Puan M –
Sebelum kita pecah kepala fikir ‘magic solution’ kepada ‘masalah dunia’ ini, let’s consider this. Kerana dalam banyak keadaan, bagi saya persoalan yang lebih tepat bukan bagaimana, tetapi mengapa.
INGINKAN PERHATIAN – kanak-kanak perlu bersaing untuk mendapat perhatian dari ibu bapa dengan anak-anak lain, kerjaya, urusan rumahtangga, gajet dan internet dan pelbagai lagi distraction yang menyebabkan kanak-kanak rasa tidak mendapat perhatian yang diingini. Adakalanya tingkah laku yang tidak disenangi itulah satu-satunya cara untuk mereka mendapat perhatian yang diinginkan.
CEMBURU DAN PERSAINGAN – Kanak-kanak pada usia 2-4 tahun mula belajar tentang konsep ‘my way, my things, myself’ dan kehadiran orang lain seperti adik beradik dan kawan-kawan adakalanya menguji ‘territory’ ini.
PERASAAN KECEWA – ‘frustration’ adalah emosi yang tercipta bila mereka tidak dapat memenuhi keinginan mereka sendiri disebabkan ketidakmampuan mereka. Contohnya tak dapat ambil barang yang diingini, tak berjumpa dengan mainan yang dicari, tak dapat menonton cerita yang diingini.
PERASAAN TAKUT/GELISAH BIMBANG DITINGGALKAN ATAU BERJAUHAN DARI TEMPAT BERGANTUNG – Reaksi ini adalah tindak balas normal terhadap ketidak pastian mereka atau apa yang mereka pelajari dari pengalaman sebelumnya. Mereka tidak memiliki kematangan komunikasi untuk meluahkan perasaan mereka melainkan dengan tingkahlaku.
REAKSI NORMAL TERHADAP KESAKITAN, KELETIHAN DAN GANGGUAN EMOSI – Seperti mana orang dewasa, mereka juga mengalami situasi sebegini. Cumanya, mereka lebih kerap meluahkannya dengan tingkah laku (Orang dewasa pun ada juga berperangai sebegini)
KEHENDAK IBUBAPA YANG SUKAR DIPENUHI – Jangan expect kanak-kanak untuk berperilaku sempurna seperti dewasa pada setiap ketika (dewasa pun tak mampu penuhi expectation ini). Adakalanya ibubapa perlu terima hakikat sesetengah tingkahlaku adalah simply kerana mereka masih kanak-kanak.
DRAMA IBU BAPA – Stress boleh berjangkit! Bila ibubapa tidak mengurus emosi dengan baik, tekanan dan bebanan yang mereka hadapi singgah pada anak-anak. Drama mereka disambung oleh anak-anak dengan watak dan jalan cerita yang berbeza.
Banyak tenaga, suara, masa dan emosi dapat dijimatkan bila kita dapat kenal pasti punca dan selesaikannya dari puncanya dengan lebih rasional. Dalam hiruk pikuk cabaran mendidik anak-anak, ada ketika kita perlu mengambil beberapa langkah kebelakang dan berfikir…”kenapa agaknya anak bertuah ini jadi sebegini?” Mungkin jawapannya ada pada kita..
Kerja yang kita fikir hendak jadi sekejap jadi lama pula bila kita bawa anak ke pasar atau ke mall atau grocery shop.
Si ibu hanya ingin beli sayur yang mungkin hanya ambil masa 10 minit sahaja. Tapi disebabkan si cilik hendak ikut sama 10 minit jadi 1 jam!
Sebenarnya banyak rangsangan yang ibu ayah boleh beri pada anak semasa membawa anak membeli belah bersama-sama tau.
Menurut Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa ada banyak kelebihan ibu bapa kena tahu untuk anak.
Masa ini juga boleh dikira *GOLDEN HOUR* di mana ibu ayah dapat meluangkan masa secara berkualiti bersama.
Jadi apa rangsangan yang anak akan dapat ya?
> Auditori
Pasti di pusat membeli belah banyak bunyi-bunyi di sekeliling. Sejurus bayi dilahirkan sistem pendengaran mereka sudah menyamai dengan dewasa. Mereka akan lebih tertarik kepada bunyi yang ada nyaring.
Gunakan peluang ini kenalkan kepada anak ini bunyi di sekeliling dan anak akan terbiasa tidaklak mereka sensitif di kemudian hari!
> Sentuhan
Ya dengan menyentuh sesuatu si cilik akan lebih memahami objek yang dia lihat. Penggunaan deria tactile ini yang amat banyak terletak di tapak tangan membantu anak mendiskriminasi objek itu dari segi saiz, tekstur luaran kasar atau lembut, bentuk dan sebagainya.
Guna peluang ini ajar anak pelbagai objek di grocery shop yang ada banyak tekstur.
Ini juga salah satu cara mengelakkan anak TERLEBIH GELI di masa hadapan! Pastikan sanitize tangan anak sentiasa ya.
> Bau
Bermacam-macam bau ada di mall ya. Bau orang, makanan, minuman dan sebagainya.
Tapi jangan boleh disuruh menghidu setiap satu objek! Cukup sekadar mengenalkan bau pada anak. Emmm wanginya bau limau purut ni.
> Visual
Mata adalah organ pada penglihatan kita. Memang rambang mata lah anak jika dibawa jalan jalan kan. Lebih lebih lagi yang baru dapat kaki. Semua yang dilihat ingin diambil.
Tidak mengapa masa ini sifat anak umur 11 ke 24 bulan memang lah hendak berlari je jika dilepaskan.
Ibu ayah kena pantas sedikit sambil menggunakan peluang ini mengenalkan objek yang OK dipegang dan yang BUKAN untuk dipegang.
Ini baru sahaja antara rangsangan yang boleh ibu ayah beri pada anak bila bawa mereka membeli belah bersama sama.
Yang penting gunakan peluang yang ada untuk spend a good quality time together
Masa itu memang BERHARGA lebih-lebih lagi bila ibu ayah sibuk.
Jadi jom kita jadikan waktu membeli-belah kita lebih BERKUALITI dan SERONOK!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.