Sekali tengok macam edit je tapi hakikatnya tak. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh anak kepada pasangan Instafamous, Mikhail Isaaq dan Siti Hajar apabila bayi lelakinya yang diberi nama Mikhail Darwish berjaya mencuri tumpuan sesiapa saja yang melihatnya.
Dengan kulit yang putih dan mempunyai sepasang mata berwarna kelabu, semua akan cakap seperti anak patung. Sejak dilahirkan Oktober lalu, tarikan utama Mikhail Darwish ini pada matanya.
“Kebetulan pula keturunan isteri saya (Hajar) ada kacukan Arab, Melayu, Cina dan saya sendiri pun ada keturunan Melayu, Cina, India dan Bugis.
“Jadi bila lahirnya Mikhail Darwish ini ia mempunyai campuran darah kedua-dua pihak. Kebetulan ini juga anugerah Allah,” kongsinya.
Ads
Bayi berusia 3 bulan ini juga turut mempunyai instagram sendiri dan kini mempunyai seramai 129,000 pengikut untuk melihat perkembangan si kecil ini membesar.
Ads
Rata-rata warganet geram melihat kecomelan Mikhail Darwish ini dan semuanya memuji si kecil ini yang mempunyai mata bulat dan cantik.
Sumber: Mikhail Darwish (MD) & Mizisaaq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh seorang bayi melainkan perkara asas seperti makan atau minum, bermain dan tidur. Paling penting adalah tidur kerana ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan anak anda.
Waktu tidur yang baik untuk bayi 0-6 bulan rata-rata dianggarkan 16 jam sehari. Semakin bertambah usianya, maka waktu tidurnya menjadi semakin berkurangan.
Pun begitu, ada sesetengah ibu ayah yang mengalami kesukaran kerana bayi mereka tidak mahu tidur malam. Mungkin anda boleh meneliti faktor-faktor ini yang mungkin menjadi penyebab si manja susah mahu tidur dan asyik meragam pada waktu malam.
Bayi juga manusia biasa, malahan lebih lemah sifat fizikal mereka jika dibandingkan dengan seseorang dewasa. Bayi memerlukan perutnya sentiasa kenyang dan ia juga kerap terasa lapar.
Sebagai ibu, susukanlah anak anda sekurang-kurangnya setiap empat jam kerana bayi mudah terasa lapar. Sebelum tidur, susukanlah anak anda secukup-cukupnya, pasti masalah bayi anda yang susah tidur ini akan mula berkurangan.
#Jika anak anda menyusu menggunakan susu tepung, anda hendaklah pantau apabila menyusukannya. Elakkan anak anda menyusu sehingga matanya terlelap kerana khuatir akan tersedak.
Tidur memerlukan relaks dan ketenangan sendiri. Jadi, jauhkan bilik tidurnya dari suasana bising dan lampu yang terlalu terang. Selain itu, pastikan juga ruang udaranya mencukupi untuk menjaga keselesaan serta kesihatan bayi.
Suhu bilik juga perlu diberikan perhatian, jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika menggunakan penghawa dingin, suhunya jangan sampai bayi menggigil kesejukan.
Pakaian yang tidak selesa di tubuh bayi, seperti tidak menyerap peluh atau terlalu sempit boleh menganggu tidur bayi. Sebaiknya, pakaikanlah baju tidur yang ukurannya sesuai dengan tubuh bayi (jangan terlalu besar/kecil), serta diperbuat daripada material yang lembut serta menyerap peluh.
Tumbuh gigi bagi bayi amat menyakitkan sehingga tidurnya menjadi kurang nyenyak. Gigi yang baru hendak tumbuh akan membuatkan bayi berasa tidak selesa kerana gusinya terasa gatal.
Usia bayi di mana gigi pertamanya mula tumbuh adalah berbeza-beza, namun rata-rata bayi mulai tumbuh gigi pada sekitar enam bulan. Kebanyakan bayi yang tumbuh gigi akan menunjukkan tanda-tanda seperti mengeluarkan air liur dan suka menggigit benda keras.
Cara terbaik untuk melegakan ketidakselesaan anak anda ialah dengan picit gusinya dengan lembut. Pastikan anda membasuh tangan sebelum melakukannya untuk mengelakkan pembiakan kuman di dalam mulut anak anda.
Biasanya bayi kalau ada sesuatu yang tidak selesa di tubuhnya seperti adanya penyakit atau gangguan kesihatan seperti demam dan batuk pasti akan kerap menangis.
Jika perlu, segeralah jumpa doktor kerana gangguan pernafasan pada setiap bayi adalah berbeza-beza.
Menemani bayi sehingga benar-benar lena adalah kunci kesalahan yang utama. Bayi akan terbiasa dengan kehadiran anda sehingga saatnya terjaga, dan tidak melihat anda, dia akan berasa gelisah.
Temani bayi anda sehingga hampir tidur dan bukannya sehingga terlelap! Ketika bayi sudah terbiasa dengan dunia sendirinya, maka dia tidak akan lagi merengek minta ditemani kala terbangun di tengah malam.
Secara tidak langsung anda telah mendidik anak anda untuk mengatasi kegelisahan dan membuatkannya lebih berkeyakinan pada kemudian hari.
Kehadiran orang baru dalam keluarga penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida beberapa hari lalu memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarga setelah lama menanti bayi perempuan.
Bayi perempuan yang diberi nama Raudah Arshiyah yang bermaksud Taman Terbaik itu kini menjadi perhatian seluruh ahli keluarga.
Bagaimanapun, menurut Datin Seri Shahida memandangkan anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi masih lagi kecil dan dalam proses untuk menerima adik baru, kena banyak ambil hatinya dulu.
“Sekarang ni kena banyak ambik hati @yusoffalqardawi_terlajaklaris sebab dia dah start cemburu dengan baby raudhah!!
Hari pertama je dia nampak baby dia nak keracak(cakar)….sekarang dah masuk hari ke 3 dia dah start ok dan faham…..tapi jangan pegang baby lama-lama sangat kena pegang dia juga baru dia tepuk tangan.”
Sementara itu, menerusi laman Instagram Rozita Ibrahim, ibu Datuk Aliff Syukri berkongsi momen istimewa keluarga itu menerima orang baru.
Malah, dia turut mendedahkan nama yang diberikan kepada anak kelima pasangan popular itu.
“Slide tau “ sempat sy snap gambar baby senyum” mood Abah paling hapy dapat anak perempuan
“Kami sedih muka Yusuf jelez dan tarik diri menyendiri dgn Raudah Arshiyah nama baby baru family kami.
Menerusi ruang komen, netizen memuji keindahan nama milik si comel.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Latih anak tidur dan bangun awal sejak kecil memang tidak mustahil. Anda bolehlah cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Datuk Dr Sheikh Muzaffar ini. Lebih-lebih lagi bila anak susah nak tidur atau sudah tidur tapi bangun semula pada tengah malam hingga mama atau papa terpaksa berjaga sehingga dinihari.
Maka, eloklah jika rutin tidur diwujudkan sejak kecil supaya boleh mengelakkan masalah di kemudian. Ia terbukti berkesan kepada anak kembar beliau, Adam dan Noah yang bakal genap empat bulan pada 27 November nanti.
Berikut ialah perkongsiannya;
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana kami melatih anak-anak untuk tidur hingga ke pagi pada usia yang sangat muda. Adalah normal untuk bayi baru lahir sehingga umur enam bulan untuk bangun pada tengah malam menangis kerana banyak sebab.
Mungkin lampin mereka basah, suhu bilik terlalu sejuk atau panas, lapar untuk menyusu yang paling biasa atau perkara yang tidak dapat dijelaskan. Kami mula meletakkan anak kembar tidur di bilik mereka sendiri sejak lahir dengan monitor bayi yang terhubung ke bilik kami sekiranya mereka mula menangis di tengah malam.
Pastikan bayi disusukan dengan baik dan tukar lampin yang baru sebelum mereka tidur. Anak kembar kami biasanya tidur pada 9.30-10.00 malam.
Dan buatlah rutin pada masa yang sama setiap hari sebab bayi sukakan rutin.
Pastikan bilik selesa untuk bayi – tidak terlalu panas atau sejuk. Kadang-kadang mereka tidak selesa memakai pajama terlalu tebal. Ibu bapa akan tahu apa yang terbaik.
Sekiranya mereka bangun di tengah malam, hanya pantau dari jauh dan jangan ambil dan dukung mereka dengan segera melainkan tangisan itu lebih kuat. Kadang-kadang mereka hanya ingin bergolek ke kiri dan kanan dengan menangis lembut dan kembali tidur lagi.
Tidak perlu menepuk pada bahagian belakang sebab ia akan menyebabkan mereka ingin didukung.
Pastikan mereka bangun pada masa yang sama setiap hari. Anak kembar saya biasanya bangun pada jam 6 pagi manakala anak-anak perempuan saya bangun pada pukul 6.30 pagi. Walaupun bayi masih tidur, bangunlah mereka mengikut rutin yang sama.
Insya Allah, bayi akan menyesuaikan diri dan akan tidur sepanjang masa.
Setiap bayi berbeza tetapi tidak sepatutnya menjadi masalah selepas langkah mudah ini. Semoga berjaya kepada anda dan harap ia berkesan…
Ramai yang menyambut baik tip yang diberikan dan tidak kurang juga yang telah melakukannya. Berikut ialah reaksi netizen kepada perkongsian Dr Sheikh Muzaffar itu dan beliau juga sempat membalas beberapa pertanyaan daripada pengikutnya.
Ketahui 10 tanda anak gifted yang sering ibu ayah terlepas pandang. Panduan penting untuk memahami potensi luar biasa anak dan cara membimbing mereka dengan betul.