Latih anak tidur dan bangun awal sejak kecil memang tidak mustahil. Anda bolehlah cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Datuk Dr Sheikh Muzaffar ini. Lebih-lebih lagi bila anak susah nak tidur atau sudah tidur tapi bangun semula pada tengah malam hingga mama atau papa terpaksa berjaga sehingga dinihari.
Maka, eloklah jika rutin tidur diwujudkan sejak kecil supaya boleh mengelakkan masalah di kemudian. Ia terbukti berkesan kepada anak kembar beliau, Adam dan Noah yang bakal genap empat bulan pada 27 November nanti.
Berikut ialah perkongsiannya;
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana kami melatih anak-anak untuk tidur hingga ke pagi pada usia yang sangat muda. Adalah normal untuk bayi baru lahir sehingga umur enam bulan untuk bangun pada tengah malam menangis kerana banyak sebab.
Mungkin lampin mereka basah, suhu bilik terlalu sejuk atau panas, lapar untuk menyusu yang paling biasa atau perkara yang tidak dapat dijelaskan. Kami mula meletakkan anak kembar tidur di bilik mereka sendiri sejak lahir dengan monitor bayi yang terhubung ke bilik kami sekiranya mereka mula menangis di tengah malam.
Pastikan bayi disusukan dengan baik dan tukar lampin yang baru sebelum mereka tidur. Anak kembar kami biasanya tidur pada 9.30-10.00 malam.
Dan buatlah rutin pada masa yang sama setiap hari sebab bayi sukakan rutin.
Pastikan bilik selesa untuk bayi – tidak terlalu panas atau sejuk. Kadang-kadang mereka tidak selesa memakai pajama terlalu tebal. Ibu bapa akan tahu apa yang terbaik.
Sekiranya mereka bangun di tengah malam, hanya pantau dari jauh dan jangan ambil dan dukung mereka dengan segera melainkan tangisan itu lebih kuat. Kadang-kadang mereka hanya ingin bergolek ke kiri dan kanan dengan menangis lembut dan kembali tidur lagi.
Ads
Tidak perlu menepuk pada bahagian belakang sebab ia akan menyebabkan mereka ingin didukung.
Pastikan mereka bangun pada masa yang sama setiap hari. Anak kembar saya biasanya bangun pada jam 6 pagi manakala anak-anak perempuan saya bangun pada pukul 6.30 pagi. Walaupun bayi masih tidur, bangunlah mereka mengikut rutin yang sama.
Insya Allah, bayi akan menyesuaikan diri dan akan tidur sepanjang masa.
Setiap bayi berbeza tetapi tidak sepatutnya menjadi masalah selepas langkah mudah ini. Semoga berjaya kepada anda dan harap ia berkesan…
Ads
Ramai yang menyambut baik tip yang diberikan dan tidak kurang juga yang telah melakukannya. Berikut ialah reaksi netizen kepada perkongsian Dr Sheikh Muzaffar itu dan beliau juga sempat membalas beberapa pertanyaan daripada pengikutnya.
Biasanya ibu ayah yang terlalu ‘excited’ beli mainan anak sehingga terlupa bahaya pada anak sendiri.
Bagaimanapun dalam memberi peluang anak mengoptimumkan segala perkembangannya ibu bapa harus menitikberatkan soal keselamatan dalam rumah. Biarlah rumah tak dihias cantik dengan objek-objek berbahaya, asalkan anak kita bebas meneroka di dalam rumah.
Begitu juga dalam pemilihan mainan, pastikan ia selamat untuk anak. Perkongsian dari Puan Sakinah Hamid dalam blognya sakinahamid.com antara panduan untuk ibu bapa. Antara ciri-ciri yang perlu dititik beratkan ialah:
1) Tiada bucu tajam
Kulit bayi masih nipis dan lembut. Tersilap cara pegang, anak mungkin akan terluka. Ia sedikit sebanyak akan membantutkan minat dan keberanian anak untuk meneroka.
2) Tidak mudah pecah / rapuh
Mainan untuk kanak-kanak yang sebaiknya adalah dari kualiti yang baik. Bayi 1 tahun sudah mempunyai kecenderungan untuk menggigit, melempar, mengetuk, memijak mainan dan lain-lain. Mainan yang rapuh & mudah pecah akan mendedahkan anak kepada bahaya tercucuk cebisan yang pecah.
3) Ringan
Pastikan material yang dipilih adalah dari plastik berkualiti atau kayu ringan. Mainan dari kayu atau bahan logam boleh mencederakan kaki bayi jika terlepas semasa memegangnya.
4) Saiz besar
Pada usia 1 tahun, penggunaan deria mulut untuk bereksplorasi masih lagi dominon. Pilih mainan yang bersaiz besar, tidak mudah ditelan oleh bayi. Mainan seperti guli dan bola-bola kecil sebolehnya tiada di rumah yang mempunyai anak kecil.
5) Pastikan mainan yang mempunyai guli/objek kecil hanya boleh bergerak di dalam gelung.
6) Jika mainan mempunyai tali, pastikan tali itu tidak terlalu panjang yang boleh akibatkan bayi terjerut leher.
7) Elakkan mainan yang mengandungi air
Jika memilih mainan seperti teether, pilihlah yang mengandungi gel. Mainan yang mengandungi gelembung air akan merangsang anak untuk menggigit dengan geram, sehingga boleh menyebabkan kebocoran pada teether.
Menunaikan ibadat umrah bersama anak-anak kecil tentu bukan mudah. Tambahan pula jika ibu sedang hamil, ia tentunya mencabar. Jom ikuti tip yang dikongsikan dengan Yatt Hamzah ini.
Yatt yang sedang hamil 7 bulan telah berlepas mengerjakan umrah bersama suami Mohammad Zulfadhli Khiruddin dan dua anaknya, Suci Hanania Malika, 7 tahun serta Suci Humaira Iqlima, 11 bulan. Dia juga sedang menyusukan bayinya walau pun sedang hamil ketika ini.
Info yang dikongsikan boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang berhajat untuk membawa si kecil bersama semasa mengerjakan ibadah umrah. Antara catatan Yatt tentang umrahnya kali ini ialah seperti berikut;
TIP 1-BERIKAN ANAK MAINAN
…..Tips buat ibu bapa yg bawa anak2 kecil spt bayi 11 bulan ni ke Umrah ;
Get them BZ with toys or ur makeup (for babygirl) or plastic cup air zam2 pun boleh!
TIP 2-SENTIASA BERSANGKA BAIK
Serius tak mudah bg ibu-ibu hamil especially yg dah masuk 3rd trimester utk travel jauh apatah lg buat ibadah Umrah dengan masih susukan bayi 11 bulan yg lasak teramat! Dulu sy tak boleh bayangkan, sekarang sy sdg alaminya..Amat mencabar!
Dengan kena angkut beg tangan sendiri, beg makanan baby dan beg sejadah! 3 beg skali angkut! Dengan dukung baby Iqlima jika dia meragam. Dengan melayan karenah Kak Nia yg kdg2 moody..Dengan melayan jemaah2 Malaysia, Brunei Singapore nak selfie lg! Hehehe..
Macam penat macam susah kan..Percayalah bila saya kata, semua jadi mudah di sini! Wallahi Allah bantu sgt2 bila berada di sini!
Akan ada saja bantuan yg dtg..Ramai yg offer nak bawa beglah, nak dukung anaklah..Ruang solat akan mudah terbuka walaupun dah bersesak dlm Masjid dg jemaah dr 1 dunia. Tapi Allah Maha Besar..Allah Maha Baik..Bersangka baik dan bergantunglah hanya pada Dia. Banyak2 doa, MAKBUL in shaa Allah!
So ibu2 dan bakal2 ibu, DON’T WORRY, BE HAPPY je di Tanah Suci Mekah & Madinah sbb doa dan usaha wanita hamil power di sini..Malaikat mendoakan setiap saat, Allah makbulkan setiap permintaan..Percayalah
TIP 3-SEDIAKAN KEPERLUAN IKUT CUACA SEMASA
Madinah sejuk sangat 7-15 darjah Celcius sampai terpakse pinjam bulu beruang utk lil Mujahidah kenit @sucihumairaiqlima
Tips umrah bulan 12 (cuaca sejuk) : MESTI BAWA UTK BABY ; baju sejuk, minyak panas (yuyi, balm hangat, etc), vaselin petrol jelly, minyak bayi, losyen, sunblock.
TIP 4-MANFAATKAN KEBAIKAN AIR ZAMZAM
Air zamzam bagus sbb
TIP 5-SEGERA PENUHI KEPERLUAN ANAK UNTUK ELAK AMUKAN
Bila baby @sucihumairaiqlima mula menangis di Masjidil Haram ni, Bonda dia pun ikut sama. Ketahuilah ibu-ibu, bayi mu menangis hanya kerana 4 sebab!
So fahamilah anak2 mu wahai ibu, bagilah apa anak-anak mu nak..Dan bagilah cepat2 kalau tak nak depa ni melalak lebih lama. Kalau nak tidur lekas dodoi kasi lelap, kalau lampin basah penuh lekas salinkan, kalau sakit perut lekas sapu minyak hangat & urut2 bg selesa, kalau lapar lekas susukan! Di mana sahaja, bila2 masa! Sebab tu kena sentiasa pakai BF friendly tudung especially masa travel, tak sempat dah nak keluarkan nursing cover bagai kalau dah dok kalut dg macam2 beg! Jadilah ibu bijak, barulah anak2 pun ikut jejak..Haa, amacam, ibu2 ada berani?
TIP 6-TIP RAWAT KULIT KERING
Di Mekah memang cuaca panas sikit, mengeringkan kulit sehingga bibir, kulit muka, tangan saya jadi menggelupas teruk dan kaki jadi merekah dan gatal2. So saya pakai vaseline, aloe vera gel, cc cream & lip balm. Paling penting dan berkesan adalah minum air zam-zam banyak-banyak dan sapukan di seluruh muka dan tempat2 yg kering dan merekah setiap kali kita rasa x selesa dan kering. In shaa Allah ini paling mujarab kerana di dalam air zam-zam mengandungi syifa’ yg luar biasa. Tak percaya cubalah..
TIP 7-TAWAF SELEPAS SUBUH DAN MAGHRIB UNTUK ELAK HABUK
Suasana di sekitar Masjiidil Haram dihujani habuk kerana kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan. Yatt memberitahu banyak tempat dan laluan telah ditutup, tempat tawaf semakin sempit dan banyak habuk bila tawaf pada waktu siang.
So dengan keadaan begini, kenalah buat persediaan mental & fizikal di Masjidil Haram ni. Wajib jaga kesihatan diri dan anak2 dengan elakkan habuk2 di sekeliling Masjid dengan pakai topeng terutama kanak2 dan banyakkan minum air zam2. Kalau boleh elakkan anak2 tawaf pada waktu kerja-kerja sedang berjalan iaitu waktu tengahari sampai Asar. Paling sesuai adalah SELEPAS SUBUH dan SELEPAS MAGHRIB.
Kita juga digalakkan datang AWAL KE MASJID SETIAP KALI WAKTU SOLAT utk mengelakkan kesesakan dan berebut tempat solat. Kalau lewat sikit memang banyak pintu telah ditutup so better datang awal.
TIP 8- PANDUAN BAWA ANAK KE MASJID
Kata Yatt, jangan sekat keinginan semula jadi anak untuk bermain dan jadi ibu bapa yang bijak semasa berada di dalam masjid.
Anak2 bijak adalah anak2 yg pandai bermain tapi pantau dan limitkan pergerakan mereka. Jangan pula halang kerana akan bantutkan proses perkembangan minda dan kecergasan mereka. Kalau anak tak bijak jangan salahkan mereka tapi salahkan diri sendiri ya..
TIPS UTK IBU BAPA BAWA ANAK KE MASJID ;
Team Pa&Ma berharap agar urusan umrah Yatt dan keluarga dipermudahkan oleh Allah.
Tidak seperti yang ibu bapa harapkan, bayi anda tidak mampu untuk menyatakan sayang pada anda melainkan dengan beberapa cara lain yang menunjukkan si manja menyayangi anda.
Apabila bayi anda melihat ke dalam mata anda
Bayi-bayi suka melihat muka manusia, dan muka anda adalah kegemarannya. Pandangan emosional yang digunakan untuk menarik perhatian dan kasih dari penjaganya adalah naluri kelangsungan hidup yang kuat. Ia juga adalah permulaan kepada kasih mereka kepada anda kerana mereka sudah mula menyedari pentingnya anda dalam kehidupan mereka.
Apabila bayi anda sudah mula mengenal bau anda
Bayi juga boleh mengenal penjaga mereka dalam masa beberapa minggu dan penjaga tersebut sentiasa menjadi keutamaan mereka. Berbanding memilih berdozen ros wangi dan peluh serta kesan susu pada baju anda, pasti si manja akan lebih tertarik kepada baju anda. Bayi yang berusia seminggu pun akan lebih memilih pengalas penyusuan yang menyerap susu ibu mereka. Untuk para bayi, tiada bau yang lebih enak daripada bau ibu mereka.
Apabila bayi anda senyum kepada anda
Sesetengah orang menganggap senyuman awal bayi hanyalah salah satu daripada refleks tanpa sengaja. Faktanya ialah, kajian yang terbaru menunjukkan bahawa senyuman daripada seorang bayi mempunyai makna yang sangat besar. Senyuman bayi yang pertama kemungkinan adalah perkara yang paling menakjubkan. Ia adalah cara mereka yang tersendiri untuk mengatakan ‘aku cinta padamu’. Antara usia enam hingga lapan minggu, anda boleh menangkap senyuman sosialnya yang sebenar yang bakal menyerikan hari anda.
Apabila bayi anda cuba untuk bercakap dengan anda
Bunyi suara terawal yang keluar daripada bayi anda akan ditujukan kepada anda atau penjaganya yang dipercayai. Bahasa awal ini (dikenali sebagai protoconversation) akan digunakan untuk membina hubungan dengan anda, jadi balas percakapan mereka. Tanpa sedar, anda dan bayi sedang membina platform untuk perbualan yang baik di kemudian hari.
Apabila bayi anda berkongsi minat dengan anda
Jika bayi melihat anda sangat fokus dengan perkara yang anda lakukan, si manja akan cuba menirunya. Tindakan meniru ini dirujuk sebagai perhatian mutual. Ia bermula sepantas usia beberapa bulan, tetapi ia lebih ketara semasa usia 9 hingga 12 bulan. Ini menunjukkan bayi anda menyebelahi anda dan memberi perhatian akan apa yang anda lakukan.
Apabila bayi anda menyorok di belakang anda
Jangan terlalu terkejut jika anak anda melakukannya apabila ada seseorang yang baru dilihatnya muncul tiba-tiba. ‘Kegelisahan melihat orang asing’ ialah fasa yang normal. Jika bayi anda mencari perlindungan dari anda, ini bermakna mereka menyayangi anda dan percaya anda boleh memastikan mereka sentiasa selamat.