Itulah yang berlaku di kalangan kita hari ini. Kita melarang anak-anak menggunakan gajet di rumah tapi kita sendiri sebagai ibu bapa menggunakannya tanpa henti. Masa yang sepatutnya diperuntukkan bersama anak-anak kita isikan dengan bermain game atau melayari media sosial. Sudahnya anak mula rasa terpinggir di rumah.

Inilah yang cuba dikongsikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyazid di facebook miliknya. Berpadalah menggunakan teknologi di rumah, jangan sampai anak-anak mula terasa jauh hati dengan perbuatan kita. Kita tak sedar yang kita melarang anak tetapi cuba menunjukkan contoh yang tidak baik pada mereka.

“Berpadalah Guna Teknologi, Jangan Sampai Anak-Anak Rasa Jauh Hati” – Ustaz Don Daniyal


Hari ini ramai mak ayah bercakap tentang anak yang ketagih gajet tanpa mereka sedar mereka juga ketagih perkara sama.

Saya kongsi kesan kepada anak-anak bila mak ayah pula ketagih gajet.

1- Anak-anak akan rasa kurang diperhatikan. Boleh jadi anak-anak seronok kerana tidak dipantau, buat mereka bebas untuk melakukan apa sahaja, boleh jadi mereka sedih dan rasa kekosongan kerana tiada yang menemaninya.

“Berpadalah Guna Teknologi, Jangan Sampai Anak-Anak Rasa Jauh Hati” – Ustaz Don Daniyal

2- Anak akan stress dan memberontak. Ya la, anak nak main kat luar rumah, mak ayah tak mau. Leceh la apa la. Anak main kat dalam rumah tak bagi sebab nanti rumah sepah. Pahtu anak nak buat apa? Apa pilihan depa ada?

IKLAN

3- Anak-anak akan replace kekosongan jiwa yang sepatutnya diisi oleh mak ayah dengan kekosongan yang dia suka. Kalau hidupnya diisi dengan kartun, dia akan lebih percaya kartun dari percaya mak ayah. Kalau hidupnya diisi dengan kasih sayang orang lain, dia akan rapat dengan orang tu berbanding mak ayah.

“Berpadalah Guna Teknologi, Jangan Sampai Anak-Anak Rasa Jauh Hati” – Ustaz Don Daniyal

4- Kurang rasa hormat oleh anak kepada mak ayah. Macam mana nak hormat, mak ayah larang anak main game kalau mak ayah pun main game, main handphone. Mak ayah kata perkara yang mak ayah sendiri buat.

Berpadalah dalam menggunakan teknologi.
Jangan sampai anak-anak rasa jauh hati
Buat kita hilang dalam dunia sendiri
Kerana masa yang berlalu tak boleh berputar kembali

IKLAN

Wallahua’lam.

“Berpadalah Guna Teknologi, Jangan Sampai Anak-Anak Rasa Jauh Hati” – Ustaz Don Daniyal

Nasihat paling berguna untuk kita yang mula alpa. Benar kita bersungguh-sungguh menasihati anak-anak kita, bimbang akan kesan pada perkembangan otaknya sedangkan kita tak pernah henti menjarakkan diri daripada gajet yang kita jadikan alat utama dalam pekerjaan. Tinggalkan seketika di rumah kerana itulah sebaiknya.

Beri hak pada masa anak-anak kita!

IKLAN

EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING

Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.

Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.

“Berpadalah Guna Teknologi, Jangan Sampai Anak-Anak Rasa Jauh Hati” – Ustaz Don Daniyal

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel 

Sumber: @UstazDonOfficialPage

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI