Melalui tempoh berpantang lepas bersalin sendirian apatah lagi di luar negara bukan satu perkara yang mudah sebenarnya. Ia memerlukan kerjasama dan sokongan kuat dari suami.

Sebenarnya ramai ibu yang berpengalaman melalui tempoh berpantang sendirian dibantu oleh suami dan pastinya masing-masing mempunyai cara dan cerita tersendiri yang pasti menarik dikongsi.

Apa yang dilalui oleh Puan Masnira Ramli yang kini menetap di Kota Mekah ketika berpantang anak ketiganya boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu lain yang mungkin akan melalui tempoh berpantang sendirian.

Lately ni kalau jumpa kawan-kawan atau sedara mara yang datang haji mesti akan tanya saya dan suami bagaimana saya berpantang sendirian.. soalan paling wajib.

Hehe.. sebenarnya agak sukar jika tidak mentally prepared. Bukan pada pihak saya sahaja tetapi untuk suami juga.. lebih lagi kelahiran kali ini merupakan anak ke 3 jadi ada 2 lagi anak yang tidak boleh diabaikan juga.

Bonus untuk saya kali ini kerana anak pertama dan ked-masing sudah berumur 8 dan 4 tahun. Sudah berada dalam peringkat umur yang boleh menolong ringan-ringan. Setidaknya mereka sudah pandai menguruskan diri sendiri..

Berpantang Lepas Bersalin Sendirian Di Luar Negara, Ibu Ini Kongsi Tips Dan Pengalamannya

Saya kongsikan juga beberapa perkara yang boleh diguna pakai hendaknya jika anda mahu berpantang sendirian tanpa pertolongan keluarga terdekat.

1) Sejak sebelum melahirkan lagi saya sudah briefing suami dan anak-anak tentang tanggungjawab masing-masing. Perlu ingatkan kerap.

Untuk suami yang agak busy dengan kerja kadangkala beliau tidak ada masa untuk membaca sebarang information.

Jadi saya yang akan baca dan terangkan kepada beliau. Kongsi apa-apa link berkenaan tentang kelahiran, penjagaan bayi dan juga penjagaan ibu di dalam pantang.

Cara saya adalah terangkan secara santai dan kaitkan dengan penceritaan supaya suami tidak stress dan mudah ingat.

Contohnya, “bro, u tau tak tadi baca news ada ibu tu cederakan anak dia sendiri!” Suami pasti terus tanya kenapa. Dari situ saya akan terangkan akan pentingnya penjagaan ibu-ibu di dalam pantang.

2) Sediakan list makanan ibu di dalam pantang. Print dan tampal kat peti ais siap-siap, mudah untuk buat rujukan.

IKLAN

3) Bonus juga untuk saya sebab suami dapat bercuti lama iaitu selama 3 minggu untuk menjaga saya dan anak-anak. Kalau di Malaysia saya tidak pasti boleh cuti lama atau tidak.

4) Beli stock makanan at least untuk sebulan siap-siap supaya suami tidak perlu keluar kerap semasa menjaga isteri nanti. Bahaya tinggal isteri di dalam pantang tanpa pengawasan.

5) Aturkan jadual suami kerana kadangkala orang lelaki ni tidak terlalu arif tentang jadual kita di rumah.

Contohnya pukul berapa perlu mula memasak, waktu mandi isteri, waktu mandi anak-anak, pukul berapa biasanya kita basuh baju dan siapkan urusan anak-anak.

Apabila ianya teratur suami akan ada masa untuk melayan isteri pula. Contohnya berbual-bual kosong. Itu penting ya untuk kesihatan emosi isteri. Sambil tu ingatkan suami lagi tentang jadual beliau yang seterusnya!

Ya, orang lelaki ni kita perlu ingatkan banyak kali sebab mereka tak boleh buat banyak kerja dalam satu masa tapi cara ingatkan tu pula kena kreatif.

Salah cakap nampak macam membebel dan mengarah. Jadi pandai-pandailah guna bahasa yang lembut dan menyedapkan hati.

Kalau suami buatkan apa-apa kena puji.  Wow, bestnya.. sedapnya.. pandainya.. supaya mereka juga akan rasa dihargai dan happy.

IKLAN

 

6) Sentiasa berpuas hati akan apa yang dilakukan oleh suami. Jangan banyak complain. Jangan terlalu cerewet.

Contohnya lipat baju tak sama yang macam kita nak, cara mengemas lain, susun atur rumah bertukar. Layankan je. Sekejap je masa dalam pantang kan. Lepas tu tukar lah balik. 

Masa saya dalam pantang, pisau, senduk, kuali, periuk semua bertukar tempat! Haha.. lepas habis pantang kena susun balik semula.

Berpantang Lepas Bersalin Sendirian Di Luar Negara, Ibu Ini Kongsi Tips Dan Pengalamannya

Pendek kata, jangan semakkan fikiran kita dengan benda yang remeh. Positifkan minda dan hargai juga akan kesukaran orang lain di dalam rumah.

7) Orang lelaki ni tak faham bahasa kiasan. Belajar untuk terus terang. Tak perlu bagi mereka teka teki teka tekuk dan teka emosi kita. Terus terang sahaja.

Contohnya, bro, saya stress saya nak perhatian. Bro, boleh tak tolong hantar mesej ‘i love u’ kat saya? Bro, boleh tak balik nanti belikan saya bunga? Bro, saya rasa saya dah gemuk. Tapi kalau saya tanya cakap je saya sentiasa cantik di mata awak. Ingat tu jangan lupa.

8)Selepas 3 minggu suami dah mula bekerja. Waktu memasak, membasuh semua bertukar. Masak sebelum pergi kerja.

IKLAN

Berpantang Lepas Bersalin Sendirian Di Luar Negara, Ibu Ini Kongsi Tips Dan Pengalamannya

Nanti saya hanya perlu panaskan. Kalau tak sempat nak masak beliau akan belikan makanan untuk saya dan anak-anak. Basuh baju waktu malam dan sidai sebelum pergi kerja juga.

9) Isteri juga perlu pandai berdikari menjaga diri di dalam pantang bukan bermakna tidak boleh buat apa-apa langsung.

Boleh buat kerja-kerja ringan seperti lipat baju, panaskan makanan, buat air sendiri dan sebagainya.

10) Ini tips khas untuk suami. Jangan lokek belikan sesuatu sebagai tanda penghargaan untuk isteri setelah bersusah payah melahirkan zuriat anda.

Belilah ikut kemampuan, tak mahal pun tak pe. Bukan susah pun nak ambil hati orang perempuan ni.

Mereka cepat cair dan mudah tersentuh. Bagi ayat manis sikit settle dah. Tak pandai? Itu alasan je. Nak seribu daya.

11) Ini pun trick penting untuk suami. Kalau waktu malam korang penat sangat tak larat nak bangun bila baby menangis dan temankan isteri susukan baby, korang kena bangun juga.

Jangan terus berdengkur buat tak tahu. At least korang tanya keadaan isteri masa tu. Ok ke tak. Nak pertolongan apa-apa tak. Ambil berat macam tu akan sangat-sangat membantu lebih lagi untuk emosi isteri.

12) Saling bertolak ansur, bekerjasama, berterus terang dan menghargai satu sama lain itu penting dan ianya perlu diluahkan tidak boleh terpendam dalam hati.

Semoga Allah mudahkan perjalanan kehidupan kita semua.. amin.. 

#diaribersalineira
#makkahalmukarramah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI