Bersalin seminggu awal berbanding tarikh jangkaan, penyanyi Adira Suhaimi bersyukur, urusan melahirkan anak ketiganya berjalan lancar.
Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 28, berkata bayi perempuan seberat 3.4 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan 8 Ogos lalu jam 1.20 tengah hari.
“Alhamdulillah, semuanya sudah selamat dan bayi juga sihat. Cuma, saya masih lemah, mungkin kesan ubat selepas pembedahan.
Ads
“Mengikut perkiraan awal, saya dijadualkan bersalin pada 16 Ogos ini, namun dimasukkan ke hospital, malam kelmarin selepas menunjukkan tanda mahu bersalin.
“Mengenai nama, saya memilih pangkal huruf A, sama seperti kakak dan abangnya, cuma masih belum ditentukan. Ada ketika, nama anak itu datang secara spontan,” katanya.
Ads
Penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Hati itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Terdahulu, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Anggrek yang dilahirkan pada 10 Mac 2017, manakala Asan pada 9 September 2018.
Berita gembira itu turut dikongsi suami Adira menerusi Instagram yang menyifatkan, kehadiran bayi itu sebagai rezeki tidak ternilai dalam rumah tangga mereka.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sahaja melahirkan anak kedua 5 September lalu, penampilan Tasha Shilla yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata ini nampak seperti bukan orang dalam pantang. Penampilan yang berseri dengan solekan nipis menambahkan kecantikannya.
Isteri kepada ahli perniagaan, Atiq Idris telah menarik perhatian ramai kerana gambar selepas bersalin ini nampak Tasha begitu ceria sekali.
Menerusi instagram Tasha Shilla, dia ada memuat naik satu posting keluar ke hospital bawa anak buat pemeriksaan kesihatan.
Tampil ringkas mengenakan kemeja bersama ‘leggings’ hitam, Tasha turut ditemani suami ketika sedang membuat pemeriksaan bayi perempuan mereka yang diberi nama Nyla Kaadira.
“With my baby girl Nyla Kaadira,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan emoji berbentuk love.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, ramai yang memberikan ucapan tahniah dan selamat berpantang buat Tasha Shilla. Malah, tak kurang juga yang memuji kecantikannya.
“Alhamdulillah syukur direzekikan sepasang.. big congratulations to you😍”
“Congratulation pretty mommy still maintain and sweet always”
“Mommy looking good😍”
Terdahulu, Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak selamat melahirkan cahaya mata kedua bayi perempuan seberat 3.19 kilogram secara pembedahan sekitar 10.37 pagi, 5 September lalu.
Tasha dan Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020. Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata Raees Zander kini berusia setahun lima bulan
Kredit: IG Tasha Shilla
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Setelah melalui proses kelahiran dan berpantang, seorang ibu akan menempuhi pelbagai cabaran disamping menguruskan bayi. Bantuan dan keprihatinan daripada suami akan amat menolong dalam proses pemulihan ini.
Jururawat Bel Nawhen berkongsi info mengenai apa yang boleh suami lakukan selepas seorang ibu melahirkan. Memang tidak dinafikan para suami memang ingin membantu cuma tidak tahu apa perlu dilakukan. Ini adalah antara pertolongan yang boleh diberikan. Berikut ialah perkongsian beliau;
Suami, bila isteri sudah melahirkan, apa boleh buat untuk ringankan beban isteri?
– Tolonglah cucikan luka mereka sikit. Dari situ awak akan tahu berharganya parut mereka demi melahirkan zuriat tercinta anda.
– Pastikan isteri cuci luka betul-betul untuk elak jangkitan dari berlaku.
– Belajar juga kenalpasti luka macam mana sudah di jangkiti kuman contoh isteri tiba-tiba demam, luka dia tak sembuh-sembuh, berbau tak menyenangkan, ada nanah segala. Bawa isteri jumpa doktor segera.
2. AMBIL TAHU TENTANG JENIS DARAH NIFAS ISTERI.
– Anda perlu tahu, ada beberapa jenis darah nifas isteri dan jika darah nifas isteri berbau kurang menyenangkan, darah yang keluar kelihatan segar, memenuhi lebih dari 1 pad sehari, bawa isteri ke hospital segera.
Kalau para suami nak tahu, darah nifas (lokia) ada 3 jenis:
1. Rubra
Hari pertama sehingga hari 4.
Berwarna merah terang
2. Serosa
Hari ke 5 sehingga 14.
Berwarna merah gelap.
Amaun semakin sedikit
3. Alba
Hari ke 15 keatas.
Kadangkala keluar spotting.
Amaun yang sedikit atau minimal
Para suami boleh melakukan pelbagai perkara dalam tempoh ini. 6 pekara utama ini perlu diberikan perhatian iaitu;
1. Sediakan pemakanan seimbang yg tinggi dengan protein untuk galakkan penyembuhan luka. Makanan tinggi vitamin C untuk bantu tingkatkan imuniti badan isteri
2. Sentiasa ingatkan isteri untuk kerap tukar pad setiap 3 jam sekali walaupun pad tak penuh.
– Sambil tu, bantu jaga bayi sebentar sementara isteri tengah menukar pad dan membersihkan diri. Ada sesetengah ibu ni jadi malas nak tukar pad pasal tidak ada sesiapa tengokkan bayi masa dia ke tandas.
3. Ambil tahu tentang penyusuan susu ibu
– Bantu isteri dalam perlekapan yang baik supaya isteri tak sakit dan anak dapat susu yang berkualiti bukannya hisap angin sahaja.
– Jika isteri ada simpan susu dalam fridge, tolonglah suamkan susu dan bagi pada anak dan kasi chance isteri berehat jap.
– Kenal pasti keadaan isteri yang alami breast engorgement. Sakit woi. Jadi tolonglah demahkan sikit payudara yang membengkak tu.
4. Tempoh berpantang isteri
– Berpantang bukan takat pantang bersama, tapi proses isteri sembuh emosi dan fizikal. Jadi, suami kena tahu bila masa sesuai nak bagi isteri beristirehat dan suami tolong urus anak-anak.
– Pastikan makanan yang diambil oleh isteri adalah makanan berkhasiat bukannya disukat-sukat. Kalau disukat, isteri sembelit, isteri stress, rehat tak cukup, emosi tak stabil, luka lambat sembuh.
5. Temu janji
– Bila nurse datang rumah, bagi kerjasama. Bukan hunus parang bila ada nurses datang melawat rumah untuk lakukan pemeriksaan ke atas isteri dan bayi.
– Siapkan isteri dan anak-anak bila nurse nak melawat. Jadi isteri kurang segan sikit.
– Jika perlu bawa isteri temujanji klinik, ambil tahu tarikhnya. Jika tak mahu teman dalam klinik, hantar depan pintu pun oklah.
6. Lain-lain
– Hadkan orang yang boleh melawat dan peluk cium anak anda. Nanti yang selsema dan batuk tu tibai cium anak anda, anak pula berjangkit.
– Jangan bagi orang melawat malam-malam buta. Bagi masa anak dan isteri berehat. Mereka bukan bahan pameran.
– Siapkan mandian isteri setiap pagi jika tidak ada air pancuran.
– Belajar juga cara tukar lampin anak anda. Bukan susah pun.
– Boleh belajar mandikan bayi. Kasihanlah isteri dengan luka pembedahan dan episiotomi perlu duduk mencangkung atau atas bangku tertunduk-tunduk mandikan bayi anda sambil tahan sakit.
Bila anda bantu isteri waktu begini, isteri kurang stress dan kurang beremosi. Kalau ibu pertama kali lagilah tak berapa pandai urus anak. Kerjasama suami dapat meringankan sedikit perasaan si isteri.
Notakaki:
Sayang isteri bukan sekadar cukup bermain kata-kata tapi juga meringankan tulang menguruskan rumahtangga.
Menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Banyak yang harus dilakukan untuk menyediakan yang terbaik buat anak-anak. Kadang-kadang perangai anak yang macam-macam pun boleh buat ibu sakit kepala!
Sebagai manusia biasa kadang-kadang ibu akan merasa stres dan marahkan anak-anak. Bila dah dimarah, tak sampai hati pula tengok mereka. Ibu kena bijak mencari jalan untuk mengurangkan rasa stres itu.
Menurut kajian dalam American Journal of Epidemiology, wanita atau lelaki yang kuat marah cenderung untuk mempunyai berat badan berlebihan.
1. Rasa marah, kemudian cari makanan
Apabila kita sedang marah ia bukan sahaja menyebabkan perubahan emosi dalam fikiran tetapi juga melibatkan proses kimia dalam tubuh manusia. Apabila sedang marah, hormon adrenalin akan dirembeskan.
Ia menyebabkan perasaan panik dan risau serta mengaktifkan butang ‘sedia bertindak’. Ketika ini, aliran darah dari organ ke otot menyebabkan kita sukar merasa lapar ketika marah.
Tapi ia hanya sementara sahaja, selesai marah kita akan mula kehilangan tenaga dan merasa lapar. Apabila kita dalam keadaan tertekan begini, kita cenderung untuk memilih makanan yang tidak sihat atau mindless eating.
2. Cari makanan yang menenangkan
Apabila kita dalam keadaan stres atau sedang marah, kita akan mencari makanan yang membuatkan kita selesa. Makanan begitu seperti snek, coklat, kek, biskut dan minuman manis berkesan untuk melegakan perasaan tetapi kita cenderung untuk mengambilnya berlebihan.
3. Hormon kortisol meningkat
Dalam keadaan marah, hormon kortisol akan meningkat. Ia bukan sahaja meningkatkan tekanan darah, tetapi memberi efek terhadap berat badan.
Menurut BrightSide, kortisol akan menukarkan gula dalam darah kepada lemak dan melambatkan proses pencernaan. Akibatnya, ia akan meningkatkan berat badan dengan penghasilan lemak.
4. Jadi susah tidur
Bila selalu marah dan stres, pola tidur akan terganggu. Kita menjadi sukar tidur dan ia menyebabkan kekurangan tenaga. Apabila tidak tidur, kita biasanya cenderung untuk makan dan memilih comfort food yang biasanya boleh menyebabkan peningkatan berat badan.
5. Hilang fokus
Apabila sering marah-marah, kita menjadi orang yang kurang daya tumpuan. Setiap yang berlaku, kita hanya akan nampak yang negatif sahaja. Ia akan membuatkan kita mudah merasa putus asa, takut mencuba dan meghukum diri sendiri.
Sebenarnya, jika merasa letih atau stres berehatlah. Ibu juga manusia biasa, kadang-kadang ‘tewas’ juga. Tubuh dan otak kita tidak boleh menerima beban yang terlalu banyak. Ibu merupakan ‘orang kuat’ dalam keluarga, jadi sentiasa positifkan diri dan buatlah setiap perkara itu mengikut kemampuan sahaja.
Pergerakan bayi boleh memberi petunjuk penting tentang kesihatan dan keperluan si kecil. Ketahui 7 pergerakan yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa serta bila perlu mendapatkan nasihat doktor.