Statistik terkini daripada National Health & Morbidity Survey 2022 menunjukkan 3 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia dilahirkan melalui pembedahan caesarean. Angka ini jelas menunjukkan trend bersalin czer semakin meningkat saban tahun. Namun di sebalik prosedur yang dianggap selamat ini, ramai ibu mungkin tidak menyedari bahawa kaedah kelahiran czer boleh memberi kesan tertentu terhadap kesihatan dan perkembangan anak pada masa hadapan.
Trend Bersalin Czer Jadi Pilihan Ramai Mama
Dalam tempoh dua dekad lalu, kelahiran melalui pembedahan caesarean semakin meningkat di negara kita. Data menunjukkan kenaikan daripada 10.5% pada tahun 2000, meningkat kepada 15.7% pada 2006, dan melonjak lagi sehingga 23% antara 2011 hingga 2015 di hospital utama Malaysia.
Faktor peningkatan ini datang daripada pelbagai punca — komplikasi kehamilan, kedudukan bayi, faktor kesihatan ibu, sejarah kelahiran terdahulu dan ada juga ibu yang memilih czer kerana lebih yakin. Apa pun puncanya, penting untuk ibu ayah faham bahawa kesannya bukan hanya kepada ibu, tetapi juga perkembangan awal bayi.
Pakar menjelaskan bahawa sistem imun dan kesihatan usus adalah dua aspek utama yang terkesan.
Ketika kelahiran normal, bayi terdedah kepada bakteria baik daripada ibu, yang memainkan peranan sebagai asas pembentukan mikrobiota usus. Ini sangat penting untuk:
Membina sistem pertahanan tubuh
Menyokong perkembangan otak
Mewujudkan imbangan bakteria baik dalam usus
Namun bagi bayi czer, proses ini tidak berlaku secara semula jadi. Akibatnya, mereka berisiko mengalami:
Ads
Sistem imun yang lebih mudah terjejas
Masalah pencernaan seperti perut kembung
Imbangan bakteria baik yang kurang stabil
Risiko alahan yang lebih tinggi
Perkembangan kognitif sedikit perlahan
Ada kajian turut menunjukkan bahawa kanak-kanak czer lebih mudah mengalami jangkitan saluran pernafasan dan masalah usus pada awal usia.
Usus Sihat, Otak Bijak
Ramai ibu ayah tidak menyedari bahawa hubungan usus-otak (gut-brain axis) sangat mempengaruhi perkembangan anak. Mikrobiota usus yang sihat membantu:
Penyerapan nutrien penting seperti zat besi, vitamin B dan asid lemak
Pertumbuhan otak dan tumpuan
Perkembangan emosi dan tingkah laku
Jika berlaku ketidakseimbangan bakteria baik yang biasa berlaku pada bayi czer ia boleh menjejaskan beberapa proses penting ini.
Sebab itulah ibu bapa perlu lebih peka dan mengambil langkah awal untuk menyokong imun si manja.
Gambar Hiasan
Cara Menyokong Anak Selepas Bersalin Czer
Walaupun bayi czer mempunyai keperluan khas dalam pembentukan imun, ada banyak usaha yang boleh membantu mereka membesar sihat:
Ads
1. Pemakanan harian seimbang
Pastikan diet anak kaya serat, buah, sayur dan bijirin penuh bagi menyokong pembentukan bakteria baik dalam usus.
2. Pilih susu rumusan yang sesuai
Untuk anak yang memerlukan sokongan tambahan, susu formula dengan komponen khusus untuk imun dan usus amat membantu.
3. Prebiotik
Membantu pertumbuhan bakteria baik dan menstabilkan mikroflora usus.
4. 2’-FL (2’-Fucosyllactose)
Prebiotik penting yang meniru komponen terbaik dalam susu ibu, berfungsi menyokong sistem imun anak.
Ads
5. MFGM (Milk Fat Globule Membrane)
Komponen nutrisi yang terbukti membantu perkembangan otak serta pertahanan tubuh anak.
6. DHA
Nutrien asas untuk otak, penglihatan dan perkembangan kognitif.
Gabungan nutrien seperti prebiotik, 2’-FL, MFGM dan DHA sangat bermanfaat terutamanya bagi anak czer yang memerlukan rangsangan tambahan bagi menyokong imun mereka.
Kesimpulan
Tidak kira lahir secara normal atau czer, setiap anak tetap anugerah paling berharga. Namun bagi anak czer, mereka mungkin memerlukan sedikit boost tambahan dalam perkembangan awal dan di sinilah peranan ibu ayah sangat besar.
Dengan pemakanan seimbang, nutrisi tepat dan sokongan awal, anak czer juga boleh membesar dengan sihat, kuat dan bijak seperti anak-anak lain.
Sejak kebelakangan ini banyak kes kemalangan jalan raya yang berlaku. Lebih menyedikan apabila anak kecil turut menjadi mangsa korban nahas jalan raya. Ada yang maut akibat tercampak keluar dari kereta dan ada yang maut akibat terkena hentaman airbag.
Seorang doktor tampil berkongsi cerita apabila dia berada dalam situasi cuba menyelamatkan nyawa kanak-kanak dua tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ikuti perkongsian ini.
Tujuan Untuk Memberi Kesedaran
Saya muatnaik gambar ini bukanlah bertujuan untuk nak membangga diri mahupun nak memberitahu seluruh dunia bahawa saya seorang yang baik dan suka membantu orang lain, tetapi, niat dan tujuan utama saya memuatnaik gambar dan penulisan ini adalah untuk memberi satu dua pengajaran khususnya kepada mana-mana pembaca yang mempunyai anak kecil.
Jika anda lihat, gambar yang saya muatnaik ini menunjukkan saya memegang sehelai kain yang berlumuran darah. Kain tersebut merupakan baju Melayu yang saya pakai dalam perjalanan untuk singgah ke kedai roti yang terletak di jalan utama sebelum ke masjid. Perjalanan saya terhenti apabila saya terlihat akan satu kemalangan yang baru sahaja berlaku yang melibatkan dua buah kenderaan.
Kemalangan itu tidaklah berlaku di depan mata saya, namun, saya rasa, kemalangan tersebut baru sahaja berlaku memandangkan tidak ada orang ramai lagi yang berkerumun di situ. Alah, seperti biasalah, orang kita ni kan semua mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi. Pantang ada kemalangan, pasti akan ada ramai orang berkumpul ibarat pesta muda-mudi pula gamaknya.
Dua Buah Kereta Remuk
Saya terus berhentikan kereta di bahu jalan. Saya lihat, terdapat dua buah kereta yang remuk di dihadapannya. Melihatkan kedua-dua kereta tersebut bertentangan diantara satu sama lain, sudah tentu pelanggaran yang berlaku ini adalah secara head-on. Mungkin sebuah kereta terbabas, dan memasuki jalan bertentangan sehingga melanggar kereta yang satu lagi. Tanpa membuang masa, saya terus berlari merapati mangsa.
Dalam kereta pertama, ada seorang lelaki, lingkungan umur dalam 40-an. Dia boleh keluar sendiri daripada keretanya tanpa bantuan dan dapat lihat luka-luka kecil di bahagian mukanya. Kemungkinan besar adalah daripada serpihan kaca daripada cermin hadapan keretanya ketika pelanggaran terjadi. Kereta yang kedua pula, lebih teruk. Terdapat satu retakan pada cermin hadapan kereta tersebut belah tempat duduk penumpang. Kedua-dua lelaki dan wanita tu masih lagi duduk di dalam kereta tersebut, dan kelihatan kedua-duanya memakai tali pinggang keledar. Disebabkan kereta tersebut model yang lama, maka, saya tidak dapat lihat mana-mana deployed airbag.
Gambar hiasa (sumber google)
Ada Budak Kecil Atas Ribaan Ibunya, Ada Satu Luka Bergaris Panjang
Wanita tersebut menjerit-jerit meminta pertolongan. Saya buka pintu belah penumpang dan barulah saya sedar, terdapat seorang budak kecil di dalam kereta itu. Kakinya berada di atas riba ibunya dan kepalanya pula di atas dashboard kereta tersebut. Budak tersebut memang menangis dan berteriak dengan kuat. Saya perhatikan, terdapat satu luka bergaris panjang di atas kepalanya, daripada dahi sehingga ke belakang telinga kanannya. Lukanya mirip luka yang terpotong dengan pisau, atau terma perubatannya kita panggil sebagai laceration wound. Dengan segera saya buka baju melayu saya yang bewarna kelabu itu, dan saya tekan pada luka tersebut.
Hentikan Pendarahan Dengan Segera
Darahnya mengalir dengan sangat pantas. Untuk pengetahuan anda, bahagian kulit kepala kita ini mempunyai banyak salur darah. Mana-mana luka yang terjadi di situ akan mengakibatkan darah yang keluar ini sangat pantas. Daripada konsep dan pespektif perubatan kecemasan, tidak kira luka di mana sekalipun, perkara yang perlu dilakukan dengan segera adalah menghentikan pendarahan tersebut. Caranya adalah dengan menggunakan kain (kain kapas yang menyerap air lebih baik) dan menekup pada luka tersebut.
Kehilangan Darah Yang Banyak Boleh Menyebabkan Pelbagai Komplikasi
Untuk budak berumur lebih kurang 2 tahun itu, isipadu darah yang berada dalam badan mereka jauh lebih sedikit daripada darah orang dewasa. Kehilangan darah berterusan boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ utamanya seperti jantung, buah pinggang dan otak. Terminologi perubatan untuk keadaan ini dipanggil haemorrhagic shock dan kondisi ini amat berbahaya kerana boleh merosakkan organ-organ utama seperti kerosakan kekal pada otak dan mempunyai risiko kematian yang sangat tinggi.
Ibu kepada budak tersebut, yang cedera ringan terus menelefon 999 sementara saya cuba sedaya upaya untuk memastikan darah tidak terus-menerus keluar daripada luka tersebut. Saya rasa amat takut kerana budak lelaki tersebut sekejap sedar dan sekejap tidak sedar. Apabila dia sedar, dia membuka mata dan menangis, dan beberapa saat kemudian, dia badan dia menjadi lemah-longlai pula. Hal ini memang disebabkan oleh pendarahan tersebut dan memang saya buat sehabis baik untuk menekan bahagian luka tersebut.
15 minit kemudian, kedengaran ambulans sampai di tepi jalan. Seorang Medical Assistant (MA) menghampiri saya, dan saya terus bercakap dengannya
“Estimated 2 years old boy, deep laceration wound extending from the forehead to behind the right earlobe. I didn’t manage to do full primary yet because of the bleeding. Help me grab as many gauze as you can so that we can stop the bleeding together”
Apa yang saya maksudkan adalah mengenai luka dan kecederaan yang dialami. Primary survey bermaksud pemeriksaan daripada kepala ke kaki untuk mengesan mana-mana kecederaan yang lain. Memang tidak dinafikan, apa yang saya buat itu melangkau sahaja primary survey kerana tumpuan saya adalah pada bahagian yang mengalami pendarahan yang teruk. Saya tidak sempat nak periksa bahagian dada, abdomen, kaki, tangan dan lain-lain kerana saya terlalu risaukan pendarahan di kepala budak itu.
Saya bercakap dengan MA tersebut yang saya perlu alihkan kain yang saya gunakan kerana anda faham-faham sahajalah, kain baju melayu yang licin ni bukanlah kain yang terbaik untuk menyerap darah, namun, saya tiada pilihan lain semasa kejadian tersebut berlaku. Singlet yang saya pakai juga, kainnya jenis polyester, juga amat tidak berkesan kalau nak hentikan pendarahan. Jadi, mahu tak mahu, saya terpaksa alihkan kain baju melayu tersebut dan MA tersebut dengan pantas menekup bahagian luka tersebut.
Untuk pengetahuan pembaca, anda seharusnya tidak mengalihkan kain yang anda pakai untuk menutup luka. Andai kata kain tersebut basah lencun dengan darah sekalipun, anda perlu meletakan selapis lagi kain diatasnya. Jika masih basah dengan darah, anda harus menambah lapisan demi lapisan sehinggalah darah tidak lagi kelihatan di atas kain tersebut. Cuma macam dalam kes saya, saya terpaksa alihkan kerana jenis kain yang saya gunakan amat tidak sesuai.
Akhirnya, selepas banyak lapis kain diletakkan, jarum pun sudah berjaya ditusuk di tangan budak tersebut dan diberikan air untuk menggantikan darah yang hilang buat sementara waktu sebelum dihantar ke hospital. Ibu kepada budak tersebut juga masuk ke dalam ambulans dan ikut sama. Kedua-dua lelaki yang berada di dalam kedua-dua buah kereta saya paksa ke hospital walapun mereka kata tak nak kerana mereka rasakan mereka okay. Kita tidak akan tahu sepenuhnya tahap kecederaan seseorang itu selagi pemeriksaan lengkap dan skan tidak dilakukan. Mujur ada hamba Allah yang baik hati dan menawarkan diri untuk menghantar mereka berdua ke hospital.
Kanak-Kanak Tersebut Tidak Duduk Di Dalam Car Seat
Apa sebenarnya yang berlaku ni? Apa yang menyebabkan budak tersebut cedera teruk tetapi ibu bapanya tidak? Jawapannya adalah pengabaian soal keselamatan. Saya tidak ingin memarahi atau mengutuk mangsa yang terlibat kerana saya pasti, saya sendiri pun kadangkala memandang remeh isu keselamatan ketika memandu. Kadangkala rasa malas nak pakai tali pinggang keledar kerana destinasi yang nak ditujui tu dekat sahaja. Kadangkala malas nak pakai helmet bila masuk ke jalan kampung dan lain-lain.
Kejadian seumpama ini adalah kerana sikap terlepas pandang ibu bapa mangsa berkenaan. Saya dapati, kedua-dua ibu dan ayah kepada mangsa memang memakai tali pinggang keledar. Malangnya, budak tersebut berada di atas pangkuan ibunya semasa pelanggaran terjadi. Memang ibunya meletakkan budak tersebut di atas ribanya ketika pelanggaran terjadi.
Budak Tercampak Ke Depan
Sudah tentu daya momentum yang terjadi apabila pelanggaran head-on ini akan menyebabkan budak tersebut tercampak ke hadapan, dan kepalanya terhentak pada cermin hadapan dengan begitu kuat sehingga berlakunya luka yang agak besar. Izinkan saya memohon kemaafan terlebih dahulu di sini andai kata penulisan saya ini terlalu kasar dan berterus terang.
Banyak Kejadian Bayi Tercampak
Apa yang berlaku pada mangsa dalam kejadian tersebut sebenarnya dikira bernasib baik kerana mengikut pengalaman saya, saya pernah lihat bayi berusia tak sampai setahun tercampak keluar daripada kereta apabila kereta tersebut mula bergolek-golek selepas pelanggaran berlaku. Anda bayangkan sahajalah bayi yang tercampak dan melambung keluar daripada kereta pada ketinggian beberapa meter dari atas jalanraya. Daya graviti memang sudgh cukup kuat mengakibatkan kematian apaila mangsa terhempas di atas jalanraya daripada ketinggian tersebut.
Saya akui, saya tidak ada anak dan tidak berapa pasti ragam anak-anak kecil ini. Akan tetapi, saya mempunyai adik-beradik yang mempunyai anak. Saya sendiri kadangkala berasa amat kasihan apabila anak saudara saya diletakkan di dalam carseat di belakang menangis. Mereka menangis, melalak dan kadangkala menjerit-jerit apabila dipasang dengan strap dan diletakkan di belakang kereta di dalam carseat. Ibu mana yang tak kesiankan anak mereka. Ayah mana yang sanggup nak mendengar tangisan anak-anak mereka di dalam kereta.
Akhirnya, mereka mengalah. Mereka mengambil anak mereka itu, dan diletakkan di atas riba. Diusap-usap, dicium-cium dan ditimang-timang supaya anak mereka tidak lagi menangis. Namun, saya tertarik dengan komen beberapa orang semasa saya meletakkan entri ini di Facebook saya. Katanya, lebih baik menahan telinga mendengar anak menangis daripada ibu bapa yang menangis tanpa henti apabila tragedi berlaku. Saya tidak mendoakan atau menyatakan tragedi akan berlaku kepada anda, tidak.
Saya tidak mengatakan pembelian carseat akan boleh melewatkan atau mencegah ajal. Tidak!. Cuma apa yang saya ingin katakan di sini adalah andai kata tragedi tersebut berlaku (nauzubillah), adakah anda sudahpun buat yang terbaik untuk anak anda? Saya teringat kata-kata seorang pesakit semasa saya bekerja di hospital dulu, iaitu pesakit psikiatri yang kehilangan anaknya yang baru berumur 3 tahun akibat kemalangan, dan jawapan yang dia berikan kepada doktor pakar psikiatri saya rasa amat baik untuk saya kongsikan kepada anda semua. Apabila ditanya oleh doktor pakar mengenai bagaimanakah dia boleh cope dengan keadaan yang terjadi beberapa minggu sebelum itu, dia menjawab
“Perkara yang boleh buatkan saya reda dengan pemergian anak saya adalah saya tahu, saya dah buat yang terbaik daripada segi pencegahan terhadap kemalangan tersebut. Ajalnya sudah tiba dan memang amat sakit (emosi) pada awalnya, namun, saya terima dan boleh bertahan hanya kerana seperti yang saya katakan, saya sudah buat yang terbaik untuk keselamatan dia dan saya tahu, saya tiada kuasa untuk melawan takdir”
Sebelum saya akhiri artikel ini, saya ingin menyatakan di sini satu lagi informasi yang telah dikongsikan oleh pembaca-pembaca semua iaitu mengenai soalan, adakah selamat jika kita letakkan budak di atas riba kita, kemudian kita pakaikan tali pinggang keledar sekali bersama dengan kita? Jawapannya tidak selamat. Gabungan momentum ke hadapan, bersama letusan airbag yang memberikan daya tolakan ke belakang apabila kemalangan berlaku sudah cukup kuat untuk memberi kecederaan dalaman kepada kanak-kanak akibat dihimpit di tengah-tengah.
Itu sahaja perkongsian saya kali ini. Andai kata artikel ini terlalu panjang, saya mohon kemaafan. Saya berharap agar anda dapat mengambil pengajaran dan isi yang baik daripada kejadian yang saya lalui ini. Saya tidak tahu kesudahan kepada kes ini, namun, marilah kita berdoa yang baik-baik untuk kesejahteraan mereka. Terima kasih kerana sudi membaca.
**Penerbitan Artikel Ini Telah Mendapat Kebenaran Daripada Dr. Onn Azli Bin Puade**
“Macam nak luruh jantung” itulah saat yang mendebarkan buat ibu mangsa apabila mengetahui anak tunggalnya dibawa lari oleh cucu pengasuh sendiri pada Selasa lalu.
Menurut perkongsian MalaysiaGazette, Farisha Amirah dikejutkan dengan berita kehilangan anak perempuannya pada pukul 5.30 petang sebaik pulang dari tempat kerja dan dalam perjalanan mengambil anaknya dari rumah pengasuh.
Jelasnya, dia kaku dan lemah apabila pengasuhnya yang juga warga emas memaklumkan cucu perempuannya sendiri yang melarikan anaknya.
Ketika itu wanita tersebut sedang solat.
“Memang macam nak luruh jantung bila saya dengar jiran saya (pengasuh) memaklumkan perkara sedemikian. Susulan itu, saya menelefon keluarga termasuk yang di kampung bagi memaklumkan kejadian sebelum suami saya pergi membuat laporan polis.
Sampai pukul 9 malam kami (saya dan suami) masih berurusan dengan pihak polis sebelum saya kuatkan hati pulang ke rumah untuk solat.
“Selepas solat, tiba-tiba naluri hati saya kuat mengatakan anak kami akan kembali ke pangkuan. Susulan itu, saya siapkan kelengkapannya termasuk menyediakan susu serta pakaian dalam satu beg sebelum turun dan tunggu kehadirannya di pos pengawal pangsapuri kami,”
Menurut Farisha Amirah, sejam kemudian, dia dan suami menerima panggilan daripada polis memaklumkan mereka telah berjaya mengesan suspek namun bayi yang dilarikan tiada bersama.
Katanya, meskipun diberitahu anak mereka belum lagi ditemui namun naluri tetap mengatakan bayi itu akan diselamatkan dan pulang ke pangkuannya
Syukur sangat selepas 10 minit kami dapat panggilan mengatakan anak saya ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.
“Memang bagaikan mimpi dan lembik lutut saya sebaik dapat memegang dan peluk anak di hospital. Selalunya dengar cerita sahaja anak diculik tapi tak sangka kami sendiri lalui kejadian ngeri itu.
“Anak saya itu mungkin dijual kepada sindiket sekiranya pihak polis lambat mengesan suspek memandangkan bayi kami ditemui dalam sebuah van yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan negara jiran melalui negeri di Pantai Timur,” jelasnya yang berasal dari Changlun, Kedah.
Tambahnya, sehingga kini, dia masih trauma atas kejadian tersebut selain mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga anaknya sepenuh masa.
“Saya sudah serik nak bagi orang lain jaga anak dan kami sekeluarga harap mereka yang terlibat dikenakan hukuman setimpal agar kejadian yang sama tidak berulang kepada ibu bapa lain,” katanya.
Terdahulu, lima individu termasuk seorang remaja bawah umur yang dipercayai terlibat dalam kes melarikan bayi berkenaan direman di Mahkamah Bukit Mertajam di sini hari ini.
Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berusia lingkungan 14 hingga 43 tahun itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik
Akibat kedegilan sesetengah rakyat malaysia, Perdana Menteri malam ini menjelaskan sebab-sebab kenapa perintah kawalan pergerakan dikeluarkan. Ikuti perutusan yang disampaikan oleh beliau.
PERUTUSAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN PERDANA MENTERI 18 Mac 2020
Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya hormati.
Pada malam ini, saya sekali lagi berdiri di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan status terkini wabak COVID 19 di negara kita. Hari ini terdapat 117 kes jangkitan baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID 19 sebanyak 790.
Ini bukanlah perkembangan yang menggembirakan kita. Langkahlangkah tegas perlu terus diambil untuk membendung wabak ini daripada terus merebak.
Kerana itulah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuatkuasa pada hari ini. Saya ingin menjelaskan tujuan kerajaan melaksanakan perintah ini. Kenapa sekolah, universiti dan sebahagian pejabat, premis perniagaan
dan kilang ditutup.
Tujuannya ialah supaya saudara-saudari tidak perlu bergerak ke sana sini. Saudara-saudari tidak perlu bersesak-sesak dalam LRT, MRT atau bas untuk ke tempat kerja. Tidak perlu bersesak di kantin atau kedai makan di waktu rehat tengahari. Anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah, tidak perlu mengikuti aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan virus COVID-19.
Selama tempoh dua minggu ini, saudara-saudari dan anak-anak hanya perlu berada di rumah. Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana. Dengan cara ini saudara-saudari terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini insyaAllah dapat dibendung. Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan.
Tujuannya bukan untuk membolehkan saudara-saudari balik ke kampung, memenuhi jemputan kenduri, membeli belah di pasaraya, bersiar-siar di taman atau bercuti di tempat peranginan. Bukan. Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah. Stay at home and protect yourself and your family.
Saya sebutkan perkara ini kerana semalam ramai yang balik ke kampung. Saya lihat lebuhraya sesak dengan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen bas juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung.
Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur.
Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja.
Kenapa? Kerana kita hendak putuskan rantaian jangkitan. We want to break the chain of infection. Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 ini dapat dikurangkan.
Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu?
Ini kerana COVID 19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu. Terdapat kes di mana simptom hanya muncul selepas itu. Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19.
Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, Kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah.
Saudara-saudari,
Virus ini berjangkit dari manusia ke manusia menerusi sentuhan. Kalau saudari-saudari bergerak ke sana-sini, apatah lagi bersesak di tempat awam, kemungkinan untuk bersentuhan adalah tinggi.
Kerana itu kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah supaya anakanak kita tidak perlu pergi ke sekolah. Jadi mereka tidak akan bersentuhan dengan rakan-rakan yang mungkin membawa virus COVID19. Saudara-saudari juga tidak perlu ke tempat kerja supaya saudarasaudari tidak bersentuhan dengan orang lain yang mungkin membawa virus ini. Inilah tujuannya.
Tetapi jika saudara-saudari masih bergerak ke sana sini, kemungkinan saudara-saudari bersentuhan dengan orang lain dan mendapat jangkitan wabak ini adalah tinggi.
Jadi, tolonglah. Saya merayu sekali lagi. Duduklah diam-diam di rumah. Stay at home and protect yourself and your family. Saudara-saudari mungkin bertanya. Kalau duduk di rumah sahaja, bagaimana dengan keperluan harian? Bolehkah pergi ke pasar? Atau kedai makan?
Jawapannya boleh. Pasar masih dibuka. Tetapi amalkan penjagaan kesihatan yang rapi. Elakkan bersentuhan dengan cara menjarakkan diri anda daripada orang lain dan sentiasa bersihkan diri. Basuh tangan dengan menggunakan sabun atau hand sanitizer. Kalau boleh mandi dengan lebih kerap supaya badan sentiasa bersih.
Kedai makan juga dibuka. Tetapi untuk mengelakkan risiko jangkitan, saudara-saudari tidak dibenarkan makan di kedai. Pesan makanan, bungkus dan bawa balik ke rumah. Atau lebih baik gunakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah atau home food delivery service.
Dengan cara ini, saudara-saudari tidak perlu keluar dari rumah untuk membeli makanan.
Jangan pula gunakan peluang dua minggu ini untuk lepak di kedai mamak. Jangan saudara-saudari. Ini akan meningkatkan risiko jangkitan. Elakkan melepak dengan kawan-kawan di restoran, di kopitiam, di pusat hiburan atau di mana-mana tempat yang boleh mendedahkan
Saudara saudari kepada jangkitan wabak COVID-19. Di kampung-kampung saya tahu ini musim kenduri kahwin. Maklumlah cuti sekolah. Saya ingin mengingatkan saudara-saudari, termasuk dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini ialah perhimpunan ramai, antaranya
kenduri kahwin.
Jadi, kepada ibu-bapa pengantin saya minta tolong sangat-sangat batalkan kenduri. Akad nikah boleh dibuat, tetapi majlis kenduri jangan buat dulu. Tangguhkanlah. Apabila keadaan telah bertambah baik, buatlah kenduri untuk anak kesayangan.
Saya fikir anak tuan-tuan dan saudara-mara yang dijemput hadir faham masalah besar yang sedang kita hadapi ini. Jangan malu, jangan segan.
Beritahulah tetamu yang telah dijemput bahawa kenduri kahwin yang dirancang terpaksa dibatalkan kerana masalah COVID 19. Saya percaya mereka akan berterima kasih kepada tuan-tuan kerana prihatin tentang kesihatan para tetamu.
Ini adalah antara perkara-perkara yang mungkin dianggap kecil, tetapi amat penting untuk dilakukan. Prinsipnya mudah sahaja. Dalam tempoh dua minggu ini, duduklah diamdiam di rumah. Stay at home.
Nampak mudah dan remeh. Tetapi sebenarnya inilah perkara penting yang saudara-saudari mesti lakukan untuk bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Sebagai Perdana Menteri, saya ada tanggungjawab besar untuk menangani krisis yang sedang melanda negara kita. Tetapi saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugas ini bersendirian. Saya memerlukan sokongan anda semua.
Saya memerlukan sokongan para doktor, jururawat, polis, semua penjawat awam, pekerja swasta, pelajar universiti dan saudara-saudari sekalian untuk membendung wabak COVID-19 daripada menular di negara kita.
InsyaAllah, berkat sokongan, kebersamaan dan kesabaran kita semua, saya berdoa mudah-mudahan kita akan berjaya mengatasi krisis ini. Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamuálaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.